Thursday 28 November 2013

Pertanyaan: Siapakah Syiah? Mungkinkah pegangan golongan minoriti ini berada dalam kebenaran? 

Jawapan:

Saudara yang bertanya, selama menurut logika al-Quran golongan majoriti belum tentu berada dalam kebenaran sebagaimana lima belas kali firman Allah (s.w.t.) di dalam al-Quran:

أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ .

“Kebanyakan mereka tidak mengerti”…
- Surah al-An’am ayat 37, surah al-‘Araf ayat 131, Surah al-Anfal ayat 34, Surah Yunus ayat 55….. …….

Dua kali disebut:
أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ .

“Kebanyakan mereka tidak berfikir”.
Surah al-Ankabut ayat 63, Surah al-Hujurat ayat 4.

Kita juga dapat melihat masyarakat yang menjadi majoriti di dunia sekarang ini ialah golongan Masihi. Menurut statistik penduduk dunia dari data-data dari setiap negara yang dilapor oleh Wikipedia, hari ini pengikut agama Masihi di seluruh dunia membentuk 30% daripada penduduk dunia.

Jikalau majoriti secara otomatik dianggap sebagai pemilik kebenaran, maka golongan ini sebenarnya lebih berhak untuk anda katakan sebagai pemilik kebenaran. Sekiranya anda mencermati  fakta ini sudah tentu anda tidak bertanyakan soalan remeh tersebut.

Walau bagaimanapun sebab golongan Ahlusunnah menjadi majoriti di dalam masyarakat Islam di seluruh dunia akan mendesak kita membuka lebih banyak lembaran sejarah. Semoga beberapa perkara berikut dapat menyingkirkan keraguan anda:

قال تعالى ( إن الذين آمنوا وعملوا الصالحات أولئك هم خير البرية ) . لما نزلت هذه الآية قال الرسول لعلي يا علي ( ع ) هم أنت و شيعتك .

سورة البينة ، آية 7 .

والصواعق المحرقة لابن حجر ص 96 ؛ شواهد التنزيل للحاكم الحسكاني ج 2 ، ص 356 - 66 ح 1125 - 1148؛كفاية الطالب للكنجي الشافعي ص 244 و 245 و 246 ؛ المناقب للخوارزمي ص 62 و 187؛ الفصول المهمة لابن الصباغ المالكي ص 107 ؛ ينابيع المودة ـ قندوزي الحنفي ـ ص 62؛ نور الأبصار ص 71 و 102 ؛ الدرالمنثورـ سيوطي ـ ج 6 ، ص 379؛ تفسير الطبري ج 3 ، ص 146؛ تذكرة الخواص لابن الجوزي ص 18؛ فتح القدير للشوكاني ج 5 ، ص 477؛ فرائد السمطين ج 1 ، ص 156 .

Firman Allah (s.w.t.): “Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk” Tatkala ayat ini turun, Rasulullah (s.a.w.) bersabda kepada Ali, “Wahai Ali, mereka itu adalah engkau dan Syiahmu”.

Shawaiq Muhriqah Ibnu Hajar halaman 96, Syawahid Tanzil halaman 356-66, Kifayah al-Thalib halaman 244, 245 dan 246, al-Manaqib al-Khawarijmi halaman 62 dan 187, Fushulul Muhimmah halaman 107, Yanabi’ul Mawaddah halaman 62, Nurul Absar halaman 71 dan 102, Tafsir Durrul Manthurjilid 6 halaman 379, Tafsir al-Tabari jilid 3 halaman 146; Tazkiratul Khawas ibnu Jauzi halaman 18, Fathul Qadir jilid 5 halaman 477, Faraid al-Samthin, jilid 1 halaman 156.

... أمير المؤمنين علي بن أبي طالب قال قال رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) يا علي إذا كان يوم القيامة يخرج  قوم من قبورهم لباسهم النور على نجائب من نور أزمتها يواقيت حمر تزفهم الملائكة إلى المحشر فقال علي تبارك الله ما أكرم هؤلاء على الله قال رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) يا علي هم أهل ولايتك وشيعتك ومحبوك يحبونك بحبي ويحبوني بحب الله هم الفائزون يوم القيامة .

تاريخ مدينة دمشق ج42، ص 332،‌ ذيل ترجمه آقا اميرالمؤمنين علي عليه السلام .


Ali bin Abi Talib berkata, Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Wahai Ali, apabila tiba hari kiamat, akan keluar satu kaum dari kubur, di mana pakaian mereka daripada cahaya, dan menunggang di atas unta cahaya, tambatan unta itu daripada batu delima merah. Malaikat akan mengiringi mereka sampai ke padang Mahsyar”. Maka berkata Ali, “Tabaraka wa Ta’ala, sungguh mereka ini dimuliakan”. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Mereka ini ialah orang yang menerima kepimpinan-mu, Syiah-mu dan pencinta-mu, demi-ku mereka mencintai-mu, dan mereka juga mencintai-ku kerana Allah. Mereka itu golongan yang berjaya di hari kiamat”.
Tarikh al-Madinah, jilid 42 halaman 332


روى ابن عساكر بإسناده عن جابر بن عبد اللّه،  قال: كنّا عند النبي صلى اللّه عليه وسلّم، فأقبل علي بن أبي  طالب، فقال رسول اللّه: «قد أتاكم أخي، ثمّ التفت الي‏الكعبة فضربها بيده. ثمّ قال: والذي نفسي بيده، إنّ هذا وشيعته لهم الفائزون يوم القيامة.

 ثمّ قال: إنّه أوّلكم إيماناً معي، وأوفاكم بعهد اللّه، وأقومكم بأمر اللّه، وأعدلكم في الرعيّة، وأقسمكم بالسويّة، وأعظمكم عند اللّه مزية». قال: وفي ذلك الوقت نزلت فيه: (إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّلِحَتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ). البيّنة:7/98.

  كان أصحاب محمد صلى اللّه عليه وسلّم إذا أقبل علي قالوا: قد جاء خير البرية.

تاريخ مدينة دمشق ج42، ص 371،‌ ذيل ترجمه  اميرالمؤمنين علي عليه السلام .

 

Ibnu Asakir dengan sanad-sanadnya sendiri, daripada Jabir bin Abdullah berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah (s.a.w.) maka datanglah Ali bin Abi Talib, Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Sesungguhnya telah datang saudaramu, setelah itu baginda mengadap ke Ka’bah dan smenepuknya dengan tangan baginda. Kemudian baginda bersabda: Demi jiwaku ditanganNya, Sesungguhnya dia ini dan Syiahnya akan berjaya di hari kiamat”. 

Kemudian baginda bersabda lagi: “Ali adalah orang yang pertama beriman, yang paling amanah melaksanakan janji Allah, yang paling adil dalam soal kepimpinan rakyat, yang paling saksama dalam pengagihan bantuan masyarakat, dan yang paling tinggi dan istimewa kedudukannya di sisi Allah, Jabir berkata: Lalu turunlah ayat….[surah al-Bayyinah: 7-8]. Jabir juga berkata: Setiap kali Ali hadir, para sahabat akan berkata: “Telah datang sebaik-baik makhluk”.

وعن ابن عباس ( رض ) قال : لما نزلت هذه الآية : ان الذين امنوا وعملوا الصالحات أولئك هم خير البرية قال : لعلي هو أنت وشيعتك تأتي يوم القيامة أنت وشيعتك راضين مرضيين ويأتي عدوك غضبانا مقحمين ...

نظم درر السمطين ـ زرندي حنفي ـ ص 92 .

Daripada Ibnu Abbas, ia berkata: “Tatkala telah turun ayat ini: [surah al-Bayyinah: 7-8], Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Ayat ini berkenaan dengan Ali, iaitu engkau dan Syiah-mu akan datang di hari kiamat kelak, kamu dan Syiah-mu akan diberikan kedudukan yang mana Allah redha dengan kalian dan kalian redha dengan-Nya. Sementara musuh-musuhmu akan marah dan tangan-tangan mereka akan terikat dileher-leher mereka”
Nizham Durar as-Samthim, al-Zarnadi al-Hanafi halaman 92.

... عن الشعبي عن علي قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " أنت وشيعتك في الجنة " .

تاريخ بغداد ج12، ص 284، ذيل ترجمه عصام بن الحكم بن عيسى بن زياد بن عبد الرحمن رقم 6731 .

“Daripada al-Sya’bi, Ali bin Abi Talib berkata, Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Engkau (Ali) dan Syiah-mu berada di dalam Syurga”

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لعلي أنت وشيعتك تردون على الحوض رواة مرويين بيضة وجوهكم وان عدوك يردون على الحوض ظمأ مقمحين .

المعجم الکبير ـ الطبراني ج1، ص 319، حديث 948 ، باب عبيدالله بن أبي رافع عن ابيه .

Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w.) telah berkata: “Wahai Ali, engkau dan Syiah-mu (di hari kiamat kelak) akan datang kepada-ku di telaga al-Haudh dalam keadaan tidak dahaga. Wajah kalian putih. Sesungguhnya musuh-mu akan datang kepada-ku dalam keadaan dahaga dan binasa.

al-Mu’jam al-Kabir al-Tabrani, jilid 1 halaman 319, Hadis ke-948, Bab ‘Ubaidillah bin Abi Rafi’, daripada ayahnya.


Daftar nama-nama Syiah daripada kalangan sahabat Nabi

Zahabi ketika membahaskan tentang Hujur bin ‘Udai bin Hablah bin ‘Udai bin Rabi’ah mengatakan:

 وهو حجر الخير ... أبو عبد الرحمن الشهيد . له صحبة ووفادة ... وكان شريفا ، أميرا مطاعا ، أمارا بالمعروف ، مقدما على الانكار ، من شيعة علي رضي الله عنهما .

سير أعلام النبلاء ج 3، ص 463، ذيل ترجمه حجر بن عدي .

Beliau Hujur al-Khair…. Abu Abdul Rahman al-Syahid (nama julukannya). Beliau adalah sahabat Nabi dan seorang yang setia… seorang yang mulia, maju ke depan mengerjakan Amar Ma’ruf dan mencegah kemungkaran, dan dia daripada Syiah Ali Raiyallahuanhuma

Zahabi mengatakan tentang Sa’id bin Wahb al-Hamdani al-Khayawani al-Kufi sebagai:

من كبراء شيعة علي ... أسلم في حياة النبي صلى الله عليه وسلم .

سير أعلام النبلاء ج 3، ص180، رقم 70 ، ذيل ترجمه سعيد بن وهب .

Beliau daripada Syiah Ali…. telah memeluk Islam di zaman hayat Nabi (s.a.w.)
Siyar A’lam al-Nubala, jilid 3 halaman 180, no. 70, dibawah nama Sa’id bin Wahb.

Ibnu ‘Abdul Rahman menceritakan perihal Abul Tufail al-Sahabi sebagai berikut:
أبو الطفيل عامر بن واثلة الكناني .. وقد ذكره ابن أبي خيثمة في شعراء الصحابة... وكان متشيّعاً في علي.

الإستيعاب ابن عبد البر ج 4 ص 1696

Abul Tufail ‘Amir bin Wathilah al-Kunani… Ibnu Abi Khaithamah menyebut nama beliau daripada kalangan sahabat nabi… dan beliau adalah Syiah Ali.
Al-Isti‘ab Ibn Abdul Bir, jilid 4 halaman 1696 

Ibnu Abil Hadid berkata:
 وكان سلمان من شيعة على ( عليه السلام ) وخاصته.

شرح نهج البلاغة - ابن أبي الحديد، ج 18،ص 39.

Salman daripada Syiah Ali dan sahabatnya yang khusus
Ibnu Abil Hadid, Syarah Nahjul Balaghah jilid 18 halman 39.

Mas‘udi Syafie menceritakan peristiwa kewafatan Nabi (s.a.w.):
أن الإمام عليا أقام ومن معه من شيعته في منزله بعد أن تمت البيعة لأبي بكر .

اثبات  الوصية للمسعودي : 121 ط النجف .

“Sesunggunya Imam Ali berada di dalam rumahnya bersama Syiah-nya ketika selesai peristiwa pembaiatan kepada Abu Bakar”
Ithbat Al-Wasiyah al-Masu‘udi halaman 121

Dr. Subhi al-Shaleh mengatakan:

كان بين الصحابة حتى في عهد النبي ( صلى الله عليه وآله وسلم ) شيعة لربيبه علي ، منهم : أبو ذر الغفاري ، والمقداد بن الأسود ، وجابر بن عبد الله ، وأبي بن كعب ، وأبو الطفيل عمر بن وائلة ، والعباس بن عبد المطلب وجميع بنيه ، وعمار بن ياسر ، وأبو أيوب الأنصاري.

النظم الإسلامية : ص 96 .
Di kalangan sahabat, sehingga di zaman Nabi (s.a.w.) ada beberapa orang Syiah Ali yang ditarbiyah oleh Nabi. Antaranya ialah: Abu Zar al-Ghafari, Miqdad bin Aswad, Jabir bin Abdullah, Ubai bin Ka’b, Abu Tufail ‘Amir bin Wailah, Abbas bin Abdul Mutalib serta seluruh anak-anaknya, ‘Ammar bin Yasir dan Abu Ayub al-Ansari.
al-Nizam al-Islamiyah halaman 96

Muhammad Kurd Ali dalam kitab Khitat al-Syam mengatakan:

 عرف جماعة من كبار الصحابة بموالاة علي في عصر رسول الله صلى الله عليه وسلم ، مثل سلمان الفارسي ، القائل : بايعنا رسول الله على النصح للمسلمين ، والائتمام بعلي بن أبي طالب ، والموالاة له ، ومثل أبي سعيد الخدري ... ومثل أبي ذر الغفاري وعمار بن ياسر ، وحذيفة بن اليمان وذي الشهادتين ، وأبي أيوب الأنصاري ، وخالد بن سعيد ، وقيس بن سعد .

خطط الشام 5 / 251 - 256  .
Pada zaman Rasulullah telah dikenal komuniti besar dari kalangan sahabat nabi yang mengangkat Ali menjadi pemimpin seperti Salman al-Farisi yang berkata: Kami ketika bersama Rasulullah telah menerima kepimpinan Ali bin Abi Talib, seperti Abu Zar al-Ghifari, Ammar bin Yasir, Huzaifah bin al-Yamani, Zil Syahadatain, Abi Ayub al-Ansari, Khalid bin Sa‘id dan Qais bin Sa’d.
Khitat al-Sham jil 5 halaman 251-256

Ibnu Hazm berkata:


وروينا عن نحو عشرين من الصحابة أن أكرم الناس على رسول الله ( صلى الله عليه وآله وسلم ) علي بن أبي طالب.

الفصل في الملل والأهواء والنحل : 3 / 32 (111/4)، وركبت السفينة  لمروان خليفات،  ص 598.
Kami meriwayatkan sekitar dua puluh orang sahabat nabi tentang yang paling mulia dari kalangan manusia di sisi Rasulullah ialah Ali bin Abi Talib.

al-Fashl fil milal wal Ahwa wal Nihal, jilid 3 halaman 32, Wa Rakibtul Safinah Marwan Khalifat, halaman 598
Kemunculan Syiah menurut riwayat ulama Ahlusunnah
Ibnu Khaldun mengatakan:

مبدأ دولة الشيعة: اعلم أنّ مبدء هذه الدولة، أنّ أهل البيت لمّا توفي رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلّم كانوا يرون أنّهم أحق بالأمر وأنّ الخلافة لرجالهم دون سواهم من قريش.

وفي قصّة الشورى أنّ جماعة من الصحابة كانوا يتشيعون لعلي ويرون استحقاقه على غيره ولمّا عدل به إلى سواه تأففوا منه وأسفوا له مثل الزبير ومعه عمار بن ياسر والمقداد بن الأسود وغيرهم.

تاريخ ابن خلدون، ج 3، ص 171.
Ketahuilah mula-mula terbentuknya Daulah ini ialah tatkala wafatnya Rasulullah Ahlul Bait merasakan mereka lebih berhak dalam pemerintahan, Bani Hashim lebih layak menjawatnya dan Quraysh yang lain tidak berkelayakan.

Dalam peristiwa Syura ada beberapa orang sahabat daripada Syiah Ali percaya tidak ada seorang pun yang layak menjadi Khalifah melainkan Ali, mereka menunjukkan rasa tidak puas hati apabila bukan Ali menjawat jawatan khalifah. Mereka itu seperti Zubair, Ammar, Miqdad bin Aswad dan lain-lain lagi.
Tarikh Ibnu Khaldun, jilis 4 halaman 171

Ustaz Abdullah ‘Inan berkata:

من الخطأ أن يقال : إن الشيعة ظهرت ولأول مرة عند انشقاق الخوارج . بل كان بدء الشيعة وظهورهم في عصر الرسول ( صلى الله عليه وآله وسلم ) حين أمره الله بإنذار عشيرته في الآية 214 من الشعراء : (وأنذر عشيرتك الأقربين) ولبى النبي فجمع عشيرته في بيته وقال لهم مشيرا إلى علي : هذا أخي ووصيي وخليفتي فيكم فاسمعوا له وأطيعوا.

 روح التشيع لعبد الله نعمة : ص 20 عن الجمعيات السرية .

Antara kesilapan ialah orang yang mengatakan Syiah mula wujud ketika munculnya fitnah Khawarij. Bahkan kemunculan Syiah sebenarnya ialah di zaman kehidupan Rasulullah (s.a.w.) ketika turunnya arahan Allah kepada Rasulnya dalam surah Syu’ara ayat 214, ketika Nabi menyeru seruan Labbaik, maka baginda menghimpunkan kaum kerabatnya di dalam rumahnya dan sambil menunjukkan kepada Ali baginda bersabda: “Ini adalah saudara-ku, Washi-ku, dan Khalifah setelah-ku, maka dengarlah kata-katanya dan patuhlah kepadanya”.

Abu Hatim al-Razi (Wafat 205 Hijrah) salah seorang ulama dalam bidang Lughah dan Ulum Quran dalam kitab al-Zinah fi al-Kalimat al-Islamiyah al-Arabiyah berkata:

الشيعة لقب لقوم كانوا قد ألفوا أمير المؤمنين علي بن أبي طالب - صلوات الله عليه - في حياة رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وعرفوا به ، مثل سلمان الفارسي ، وأبي ذر الغفاري ، والمقداد بن الأسود ، وعمار بن ياسر ، وكان يقال لهم شيعة علي ، وأصحاب علي.

كتاب الزينة : 259 تحقيق عبد اللّه سلوم السامرائي، نشأة الشيعة لعبد المنعم داود، ص 65، ط. بغداد 1968، الشيعة في مصر، لصالح الورداني المستبصر، ص 10.
Nama Syiah merujuk kepada golongan yang terkenal dengan mencintai Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib di zaman Rasulullah (s.a.w.). Contohnya Salaman al-Farisi, Abi Zar al-Ghifari, Miqdad bin Aswad, ‘Ammar bin Yasir, mereka ini disebut sebagai Syiah Ali dan para sahabat Ali.

Kitab al-Zinah halaman 256

Zubair bin Bakar berkata:
 وكان عامّة المهاجرين وجلّ الأنصار لا يشكّون أنّ عليّاً هو صاحب الأمر بعد رسول‏اللّه‏.

الأخبار الموفّقيات لابن بكار (ت 272): 580، ومثله في تاريخ اليعقوبي: 103/2.

Secara umumnya, Muhajirin dan Ansar tidak mengesyaki bahawa Ali adalah pemilik pemerintahan setelah Rasulullah (s.a.w.).
al-Akhbar al-Muwaffaqiyat, Ibnu Bakar halaman 580

Tuesday 5 November 2013

Aku Lebih Baik Dari Dia

Posted by Unknown On 18:20 No comments



Suatu hari, Allah SWT berfirman kepada Nabi Musa as, “Hai Musa, bila nanti kau akan bertemu dengan-Ku lagi, bawalah seseorang yang menurutmu kamu lebih baik daripada dia.” Nabi Musa as lalu pergi ke mana-mana; ke jalanan, pasar, dan tempat-tempat ibadat. Ia selalu menemukan dalam diri setiap orang itu suatu kelebihan dari dirinya. Mungkin dalam beberapa hal yang lain orang itu lebih teruk dari Nabi Musa, tetapi Nabi Musa selalu menemukan ada hal pada diri orang itu yang lebih baik dari dirinya. Nabi Musa tidak mendapatkan seorang pun yang terhadapnya Nabi Musa dapat berkata, “Aku lebih baik dari dia.”

Kerana gagal menemukan orang itu, Nabi Musa masuk ke tengah-tengah binatang. Dalam diri binatang pun ternyata selalu ada hal-hal yang lebih baik daripada Nabi Musa. Seperti kita ketahui, burung Merak, misalnya, bulunya jauh lebih bagus dari bulu manusia. Sampai akhirnya Nabi Musa menemui seekor anjing kudisan. Nabi Musa berfikir, “Mungkin sebaiknya aku pergi membawa dia.” Ia pun lalu mengikat leher anjing itu dengan tali. Namun ketika sampai ke suatu tempat, Nabi Musa melepaskan anjing itu. 

Ketika Nabi Musa datang untuk bermunajat lagi di hadapan Allah SWT, Tuhan bertanya, “Ya Musa, mana orang yang Aku perintahkan kepadamu untuk kau bawa?” Nabi Musa menjawab, “Tuhanku, aku tidak menemukan seseorang pun yang aku lebih baik darinya.” Tuhan lalu berfirman, “Demi keagungan-Ku dan kebesaran-Ku, sekiranya kamu datang kepadaku dengan membawa seseorang yang kamu fikir kamu lebih baik darinya, Aku akan hapuskan namamu dari daftar kenabian.” 

Kata ana khairun minhu atau “Aku lebih baik dari dia” pertama kali diucapkan oleh Iblis untuk menunjukkan ketakaburannya. Tuhan menyuruhnya untuk sujud kepada Adam as tapi Iblis tidak mahu. Ia beralasan, “Aku lebih baik dari dia. Kau ciptakan aku dari api dan Kau ciptakan dia dari tanah.” Takabur yang dilakukan oleh Iblis pertama kali itu adalah takabur kerana nasab, takabur kerana keturunan. 

Menurut Al-Ghazali, di antara beberapa faktor yang menyebabkan orang menjadi takabur dan berfikir, “Aku lebih baik dari dia,” adalah nasab. Iblis adalah tokoh takabur kerana nasab yang paling awal. Kebanggaan atau kesombongan kerana nasab ini pernah menjadi satu sistem dalam masyarakat feodal. Feodalisme adalah sistem kemasyarakatan yang membahagi masyarakat berdasarkan keturunannya. Sebahagian masyarakat disebut berdarah biru dan sebahagian lagi berdarah merah.

Ada sebuah buku yang dengan secara terperinci mengkritik sebahagian sayyid atau keturunan Rasulullah saw yang merasa bahwa mereka lebih utama dari orang yang bukan sayyid. Sebahagian sayyid itu berpendapat bahwa jika ada orang bukan sayyid yang beramal soleh sebanyak-banyaknya, derajatnya akan tetap lebih rendah dari seorang sayyid yang beramal maksiat. Menurut penulis buku tersebut, seorang sayyid yang berpendapat seperti itu pastilah seorang sayyid yang ahmaq atau tolol. Dalam salah satu buku itu, ia memberikan contoh sayyid yang berfikiran seperti itu sebagai orang yang takabur kerana nasabnya. Ternyata, penulis buku itu pun adalah seorang sayyid. Namanya Al-Sayyid Abdul Husain Asghai.

Penulis itu mengingatkan saya kepada Imam Ali Zainal Abidin as. Ia pernah menangis terisak-isak di hadapan Baitullah. Thawus Al-Yamani mendekatinya dan bertanya, “Wahai Imam, mengapa engkau harus beribadat seperti ini? Bukankah datukmu Rasulullah saw dan ibumu Fathimah as?” Lalu Imam dengan marah menjawab, “Jangan sebut-sebut di hadapanku ibuku dan datukku, kerana Allah SWT akan memberikan syurga kepada siapa saja yang taat kepada-Nya, walaupun ia adalah seorang budak dari Afrika. Dan Allah akan memasukkan ke neraka siapa saja yang maksiat kepada-Nya walaupun ia adalah seorang sayyid dari bangsa Quraisy.”

Berbangga sebagai keturunan Rasulullah saw saja adalah suatu perbuatan takabur, apalagi berbangga sebagai keturunan bukan Rasulullah saw. Orang yang berbangga kerana keturunannya yang bukan Rasulullah saw adalah seperti orang miskin yang takabur. Hal itu bukan bererti orang kaya boleh takabur. Orang kaya yang takabur pun akan dimasukkan ke neraka. 

Kehormatan dalam Islam tidak ditegakkan berdasarkan nasab. Tuhan berfirman, “Innâ akramakum ‘indallâhi atqâkum. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling takwa.” (QS. Al-Hujrat 13 ) Pernah pada suatu hari, seseorang datang kepada Rasulullah saw dengan membanggakan nasabnya. Di kalangan masyarakat Arab waktu itu, kebanggaan suatu nasab didasarkan pada jumlah jasa yang dilakukan nasab itu. Kerana itu, mereka sering menyebut-nyebut jasa orang tua mereka. Orang itu memperkenalkan dirinya dengan menyebut silsilah orang tuanya sampai keturunan kesembilan. Rasulullah saw hanya menjawab pendek, “Wa anta ‘âsyiruhum fin nâr. Dan engkau, keturunan yang kesepuluh, di neraka.” Ia masuk neraka kerana ketakaburannya.

Ketika berhadapan dengan orang yang takabur karena nasabnya, yang membanggakan kehebatan orang tuanya, Sayidina Ali berkata, “Ucapan kamu benar. Tapi alangkah teruknya yang dilahirkan oleh orang tuamu.”

Al-Ghazali membahagi takabur kepada dua bahagian. Pertama, takabur dalam urusan agama dan kedua, takabur dalam urusan dunia. Takabur dalam urusan agama dibahagi lagi menjadi dua; takabur kerana ilmu dan takabur kerana amal. Menurut Al-Ghazali, yang banyak takabur kerana ilmu adalah para ilmuwan, filusuf, dan ulama. Apa tanda-tanda orang yang takabur kerana ilmunya? Ia tidak mahu mendengarkan nasihat dari orang yang lebih bodoh darinya. Ia merasa dirinya paling pintar dan tidak memerlukan bantuan orang lain.

Daniel Goleman, dalam bukunya Emotional Intelligence, menceritakan kisah dua orang yang lulus bersamaan dari perguruan tinggi. Satu orang di antaranya luar biasa pintar dan lulus dengan nilai tertinggi sementara seorang yang lain lulus dengan nilai biasa-biasa. Dua tahun kemudian, diselidiki nasib kedua orang itu. Orang yang pintar itu ternyata menganggur sementara orang yang tidak pintar telah menjadi manager di sebuah perusahaan. Selidik punya selidik, ternyata orang pintar itu tidak tahan bekerja di satu tempat, kerana dia tidak boleh bekerja sama dengan orang lain. Ia merasa dirinya pintar sehingga tidak memerlukan bantuan orang lain.

Takabur yang kedua di dalam urusan agama adalah takabur kerana amal. Jika seseorang banyak beramal, ia boleh menjadi sombong. Dalam sebuah hadis diriwayatkan seseorang yang datang ke majlis Nabi. Orang itu dipuji para sahabat kerana kebagusan ibadatnya. Tapi Nabi mengatakan, “Aku melihat bekas tamparan syaitan di wajahnya.” Nabi kemudian menyuruh sahabat membunuh orang itu. Orang itu merasa amal dirinya paling baik di antara orang lain. Di waktu lain, Rasulullah saw bersabda, “Jika ada seseorang yang berkata, ‘Manusia ini semuanya sudah rosak,’(dan ia merasa bahwa hanya dirinya yang tidak rosak) maka ketahuilah bahwa sesungguhnya dia yang paling rosak.”

Ada orang yang merasa amalnya sudah bagus sehingga dia merendahkan orang lain. Ada juga orang yang merasa dirinya amat soleh dan segera menganggap rendah orang lain yang tidak solat berjemaah di masjid seperti dirinya. Ia pun mengecam orang lain yang solatnya dijamak. Orang-orang seperti itu termasuk orang yang takabur kerana amalnya. 

Sayidina Ali mengajarkan kepada para pengikutnya, “Kalau kamu berjumpa dengan orang yang lebih muda, berfikirlah dalam hatimu: Pasti dosanya lebih sedikit dari dosaku. Kalau kamu berjumpa dengan orang yang lebih tua, berfikirlah dalam hatimu: Pasti amalnya lebih banyak dari amalku.” Setiap orang pasti ada kelebihannya. Kita juga punya kelebihan, tetapi hal itu tidak menyebabkan kita menjadi lebih mulia daripada orang lain. Begitu kita merasa diri kita lebih mulia dari orang lain dan ingin diperlakukan sebagai orang mulia secara diskriminatif, kita sudah jatuh kepada takabur. Takaburnya boleh kerana ilmu atau kerana amal.

Takabur bahagian kedua menurut Al-Ghazali adalah takabur dalam urusan dunia. Takabur dalam urusan dunia disebabkan oleh beberapa hal. Pertama, kerana nasab, seperti telah dijelaskan di atas. Kedua, kerana harta kekayaan. Ketiga, kerana kekuasaan. Keempat, kerana kecantikan. Kelima, kerana banyaknya anak buah dan pengikut. Penyakit yang terakhir ini biasanya diderita oleh para ulama. 

Rasulullah saw bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat takabur walaupun hanya sebesar biji sawi.” Kita dapat mengukur hati kita, apakah terdapat sebutir takabur atau tidak, dengan menjawab beberapa pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan itu sebagai berikut: Ketika Anda masuk ke dalam sebuah majlis dan melihat kawan Anda yang setara dengan Anda duduk di tempat yang lebih mulia, sementara Anda duduk di tempat yang lebih rendah, apakah ada perasaan berat dalam diri Anda? 

Ketika Anda akan memilih menantu dan memperhatikan keturunan calon menantu itu, lalu ternyata keturunannya tidak sebanding dengan Anda, apakah Anda merasa berat menerimanya? Apakah Anda merasa berat menerima nasihat dari orang yang lebih rendah daripada Anda? Apakah Anda merasa berat untuk memakai pakaian yang teruk ketika menghadiri pengajian? Jika Anda menjawab “ya” untuk salah satu dari pertanyaan di atas, ketahuilah, Anda sudah jatuh ke dalam takabur.

Saya akhiri tulisan ini dengan sebuah hadis. Rasulullah saw bersabda, “Pastilah orang yang takabur itu punya cacat dalam dirinya yang ia sembunyikan.” Hadis itu saya kira sangat modern. Menurut Psikologi mutakhir, orang-orang yang arogant atau sombong di dunia ini sebetulnya adalah orang yang menderita cacat tertentu yang tidak kita ketahui dan mereka berusaha menutupinya. 

Kita dapat mengubati perasaan takabur dengan istighfar dan bersikap tawadhu. Tidak ada ubat bagi takabur selain bersikap rendah hati. Rasulullah saw bersabda, “Jika kamu temukan di antara umatku orang yang bersikap tawadhu, maka hendaklah kamu bersikap lebih tawadhu lagi kepada mereka. Dan apabila kamu temukan di antara umatku orang yang bersikap takabur, maka hendaklah kamu bersikap lebih takabur lagi kepada mereka.”

Saturday 26 October 2013

Meratapi

Posted by Unknown On 20:44 No comments
Hari ini saya akan menambah satu lagi kategori yang baru, iaitu posting video dari channel Youtube,
amada yang saya upload atau yang saya favorite kan. InsyaAllah, weblog ini akan menjadi lebih
 baik dari segi informasi, kerana kadangkala, apa yang susah dfahami dengan bacaan, boleh
 difahami dengan menonton dan memahami video-video ini.


 


video pertama :





Video kedua :





Sebagai tambahan, boleh rujuk fatwa para ulama tentang Qama Zani :


Salam dan Solawat.
Assalamuala Hussain, wa ‘ala auladil Hussain, wa ‘ala ashabil Hussain.
Seperti biasa, apabila tibanya Muharram, puak-puak Wahabi akan memulakan propaganda mereka
untuk menyerang amalan Azadari, iaitu peringatan syahadah Imam Hussain. Azadari merupakan
tonggak kekuatan kerohanian seorang Syiah kepada Ahlulbait(as), maka sudah pasti para musuh
akan mencuba sedaya upaya dalam memesongkannya. Salah satu amalan yang paling digunakan
sebagai senjata oleh geng-geng Wahabi ialah amalan Qama Zani iaitu memukul diri dengan rantai
atau pisau sehingga keluar darah.
Berikut ialah beberapa pendapat ulama Syiah silam dan yang sekarang tentang amalan ini.
Ulama silam:
Ayatullah al-Uzma Sayed Muhsin Hakim: Qamezani (pisau yang dipukul pada badan) bukanlah amalan
 beragama dan mustahab. Amalan ini memberi kesan buruk kepada Islam, umatnya dan Ahlul Bait (as).
Ayatullah al-Uzma Sayed Abul Qasim al-Khui: Tidak ada sebarang dalil Syar’i yang membolehkan
 Qamezani; tidak ada jalan yang menghukumkan amalan itu sebagai mustahab.
Ayatullah al-Uzma Sayed Abul Hasan Esfahani: Penggunaan pisau, gendang, rantai dan Bouq (sejenis
trompet dari tanduk) adalah haram dan bukan dari Syariat Islam.
Ayatullah al-Uzma Sayed Muhsin Amin Jabal ‘Amili: Qamezani dan apa saja peralatan sambutan Asyura
 sepertinya adalah haram menurut hukum akal dan Syarak. Mencederakan kepala bukan sahaja tidak
memberi manfaat di dunia dan pahala di akhirat, bahkan ia menyakiti jiwa serta haram menurut hukum
 syarak. Amalan ini juga menyebabkan Syiah dan Ahlul Bait diejek oleh orang ramai. Mereka akan
 menganggap amalan ini sebagai ganas. Tiada syak lagi bahawa amalan ini berasal dari bisikan
Syaitan dan tidak mendatangkan keredaan Allah, Rasulnya dan Ahlul Bait.
Ayatullah al-Uzma As-Syahid Sayed Muhammad Baqir Sadr: Amalan ini adalah pekerjaan insan yang
 jahil dan para ulama sentiasa menghalang dan mengharamkannya.
Ayatullah al-Uzma Fadhil Lankarani: Masalah Qamezani bukan sahaja tidak mendatangkan lebih banyak
kesedihan dan kecintaan terhadap Imam Husain (as) dan matlamat suci beliau. Namun ia tidak diterima,
bahkan ia memberikan natijah yang buruk dalam pandangan rasional.
Ayatullah al-Uzma Shalehi Mazandarani: Dalam sumber Fiqh, Qamezani sama sekali tidak memberikan
 sebarang faedah dalam Azadari Imam Husain (as).
Ayatullah As-Syahid Murtadha Mutahhari: Upacara ini meniru budaya Kristian Ortodok Caucasus.
Ayatullah Muhammad Jawad Mughniah: Upacara ini tidak sesuai dan Bid’ah menurut agama dan Mazhab.
Ayatullah Musykini: Perkara ini menimbulkan masalah menurut Syariat Islam. Bahkan ia mengandungi
unsur-unsur haram dan umat Islam tidak boleh sekali-kali memasukkannya sebagai ibadah dalam
berdukacita atas Imam Husain (as).
Ulama di zaman ini
Ayatullah al-Uzma Sayed Ali Khamenei: Qamezani adalah budaya yang direka; dan sama sekali tidak
 berkaitan dengan agama. tiada syak lagi, Allah tidak meridhainya.
Ketika Komunis menakluki rantau Azerbaijan-Soviet dahulu, semua kesan-kesan Islam di sana telah
 dihapuskan seperti masjid telah ditukar kepada gudang. Dewan dan Husainiyah ditukar menjadi gedung
lain dan tidak ada sebarang tanda agama Islam dan Syiah yang berbekas; kecuali Qamezani sahaja yang dibenarkan…. mengapa? Ini adalah cara mereka memerangi agama Islam dan Syiah. Kadang-kadang
 musuh menggunakan alasan seperti ini untuk menentang agama. Setiap unsur khurafat diketengahkan
supaya kemurnian Islam tercemar.
Ayatullah al-Uzma Jawadi Amili: Tidak dibenarkan melakukan perkara yang boleh menyebabkan Islam
dihina dan kehormatan Islam direndahkan; Qamezani dan amalan seperti  itu hendaklah dijauhi.
Ayatullah Makarim Syirazi: Metodologi Azadari hendakkah tidak memberi sebarang kesempatan kepada
 musuh Islam dan menyebabkan penyalahgunaannya. Hendaklah acara besar ini tidak diperkecilkankan dan menyebabkan penghinaan kepada mazhab. Memukul badan dengan pisau atau rantai tajam hendaklah dijauhi.
Ayatullah al-Uzma Mazaheri Esfahani: Memukul badan dengan pisau dan seumpanya adalah haram.
Ayatullah al-Uzma Sayed Kazim Haeri: Perkara khurafat seperti Qamezani menyebabkan Islam dan Syiah
 mendapat nama buruk.
Ayatullah Nuri Hamdani: Peserta Azadari hendaklah sentiasa menyedari keburukan Qamezani di mana
pihak musuh sentiasa memikirkan cara menjajah dan melemahkan umat Islam serta mencetuskan
 bahaya dari dalam. Semoga Allah membantu umat Islam.
Ayatullah al-Uzma Syaikh Muhammad Yaqubi: Tidak boleh melakukan sebarang kerja yang tidak berakal, membahayakan diri, menyebabkan penghinaan terhadap agama dan Maktab Ahlul Bait (as)… Oleh itu
 wajiblah kita menjauhi amalan-amalan seperti Qamezani atau yang mencederakan tubuh dengan
 alat-alat tajam.
Ayatullah Muhammad Mahdi Asfahi: Amalan-amalan ini memberi kesan negatif dalam penyampaian
 pesanan Asyura kepada orang ramai dan ia menyebabkan acara Husaini diremehkan.
Memang ada ulama yang membenarkannya, tetapi dengan syarat ia diyakini tidak membawa mudharat
 kepada pelakunya. Tetapi secara logiknya sudah pasti tindakan ini akan membawa kemudharatannya.
Malah para ulama ini sendiri tidak melakukannya.
Kesimpulan
Kepada Wahabi, cukuplah dengan propaganda kamu, ajaran kami tidak pernah membenarkan
amalan-amalan ini, maka berhentilah. TIdak perlu lagi menabur fitnah, apabila sudah terang lagi
bersuluh, nanti nampak macam orang bodoh.
Kepada saudara Syiah yang masih lagi berkeras untuk melaksanakan Qama Zani, kami tidak
 menghalang apa yang kamu nak buat, kerana kami tahu, kalian semua ikhlas melakukannya kerana
 ingin merasai kesakitan yang dirasai Imam Hussain(as). Tetapi ingatlah, amalan ini jika ada pun
 kebaikannya, akal yang logik lagi sihat akan segera mengetahui keburukannya adalah jauh lebih
banyak kepada diri, masyarakat dan agama kita.
Semoga kita dapat menghayati mesej Asyura yang sebenar. Salam ‘alaikum.


Wallahualam.

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~