Sunday 19 January 2014





Rasulullah itu adalah orang yang sangat dicintai oleh para sahabatnya, 
umumnya para sahabat mencintai Rasulullah Saw, walau ada sebahagian 
sahabat yang diam-diam membenci Rasulullah. Tetapi majoriti sahabat itu 
angat mencintai Rasulullah Saw.

Pernah suatu malam Rasulullah mendengar suara beberapa orang di luar
 biliknya, Rasulullah menegur: “Kenapa kalian berkumpul di sini?” lalu 
mereka menjawab: “Ya Rasulullah, kami tidak boleh tidur khuatir ketika 
ami tidur nanti, orang-orang kafir datang dan membunuhmu.” Mereka 
sukarela menjadi pelindung Rasulullah Saw, datang sendiri, tidak dibayar. 
Tetapi Rasulullah Saw mengatakan, “Tidak, Allah melindungi aku, 
pulanglah kamu ke tempat kamu masing-masing.”

Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi 
ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah Saw, dia tunggu sampai 
Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia hanya mengucapkan 
alam lalu memandang Rasulullah saja, setelah puas dia pergi. 
Suatu saat setelah dia ketemu Rasululllah dia pergi, lalu tak lama 
kemudian balik lagi dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah Saw 
dan meminta izin, “Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah, kerana
 saya takut tidak boleh melihat engkau setelah ini.” Dan Rasulullah
mengizinkannya.

Kemudian, setelah kejadian itu Rasulullah tidak pernah melihat 
lagi tukang minyak wangi itu. Disuruhnya sahabatnya pergi melihat, 
ternyata ia sudah meninggal dunia tidak lama setelah dia pergi dari 
pasar dan memandang wajah Rasulullah Saw itu. Lalu kata 
Rasulullah Saw: “Kecintaannya kepadaku akan menyelamatkan 
dia di hari akhirat.”

Ada lagi seorang sahabat Rasulullah bernama Abu Ayyub 
Al-Anshari. Ketika Rasulullah hijrah ke Madinah, beliau beristirehat 
dahulu di pinggiran kota menginap di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. 
Rumahnya itu dua tingkat, Abu Ayyub dan isterinya di tingkat atas 
dan Rasulullah Saw di bawah. Pada malam hari Abu Ayub dan 
istrinya tidak boleh tidur kerana mereka takut menggerakkan tubuhnya, 
semua terbujur seperti sebongkah kayu menahan dirinya untuk tidak
bergerak. Mereka takut kalau bergerak, nanti debu-debu dari atas
 itu berjatuhan kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah mengetahui hal itu, 
beliau sangat terharu lalu kepada Abu Ayub diajarkan sebuah doa 
sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayub.

Dalam perang Uhud, ketika kaki Rasulullah terluka, ada seorang 
sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah. Dia pegang kaki itu
 lalu dia bersihkan luka itu dengan jilatannya. Rasulullah terkejut 
lalu berkata, “Lepaskan! Lepaskan!” Sahabat itu berkata: “Tidak
 Ya Rasulullah, aku tidak akan melepaskannya sampai luka ini kering!”

Ada seorang sahabat, yang setelah Rasulullah meninggal dunia, 
membanggakan mulutnya yang tidak ada gigi lagi. Saat perang 
Uhud itu juga, Rasulullah cedera kerana rantai pelindung
kepalanya menusuk pipinya. Lalu seorang sahabat menarik
rantai itu dengan giginya, tapi sebelum rantai itu keluar, 
seluruh giginya tercabut. Dia bangga bahawa giginya itu
 berjatuhan kerana membela Rasulullah yang dicintainya. 
Sehingga menjadi satu kebahagiaan tersendiri. Ini, sekali lagi
 masalah cinta, dan cinta itu selalu tidak wajar.

Ada satu contoh lagi kecintaan orang kepada Rasulullah Saw. 
Menjelang suatu peperangan, Rasulullah sedang membariskan
 pasukannya kerana Rasulullah selalu merapikan barisan pasukannya. 
Ternyata ada seorang sahabat, mungkin kerana perutnya terlalu besar, 
selalu perutnya itu berada di luar barisan. Kemudian Rasulullah lewat
 dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu 
sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata: “Engkau diutus
 untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?”
 Lalu Rasulullah turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, 
lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai qishas atas kesalahanku.”
 Kemudian orang itu berkata: “Tapi engkau pukul langsung kepada
 kulit perutku.” Lalu Rasulullah segera membuka pakaiannya, 
tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah dan mencium perutnya.
Rasulullah kaget dan berkata: “Ada apa denganmu?” Sahabat itu 
menjawab: “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, 
mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu. 
Saya ingin sebelum meninggal dunia, sempat mencium perutmu yang mulia.”


Dan sahabat itu kemudian gugur di medan perang setelah
 mencium perut Rasulullah Saw. Rupanya ini hanya strategi
 dia agar boleh mencium perut Rasulullah Saw.

Kelak, setelah Rasulullah meninggal dunia, kecintaan para
 sahabat itu diungkapkan dengan kerinduan yang luar biasa kepada Rasulullah Saw.



Mengapa Rasulullah dirindui atau dicintai? Itu bukan hanya kerana 
Allah SWT membuka hati mereka untuk rindu, tetapi kerana akhlak
Rasulullah yang menarik kecintaan mereka. Dan akhlak itu adalah 
Sunnah. Sekiranya kita mencontoh akhlak beliau ini, pasti kita pun
 akan dicintai oleh banyak manusia. Tentu tidak oleh semua manusia, 
kerana Rasulullah juga tidak dicintai oleh semua manusia, tidak dicintai
oleh semua sahabat dan tidak dicintai oleh semua makhluk. Tapi 
sekiranya kita mempraktikkan akhlak Rasulullah itu dalam pergaulannya
 dengan orang banyak, pasti kita pun akan menjadi manusia, yang dicintai
 oleh kebanyakan umat manusia.

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~