Sunday 2 February 2014

Jawapan kepada penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam-kristian dan kelebihan Ahlu l-Bait Nabi s.a.w dalam mubahalah (sumpah laknat) dengan Kristian Najran:

(i) Kalimah Allah telah dikenali oleh Quraish (musyrikin) di Makkah sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

(ii) Justeru jika ditanya mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi, nescaya mereka akan berkata: Allah. (surah al-Zumar (39): 38)

(iii) Perkataa Allah secara pengertian kasar telah difahami oleh mereka. Kemudian Nabi s.a.w menjelaskan kepada mereka bahawa Allah itu Satu, Tidak beranak dan diperanakkan. Allah adalah tempat tujuan. Dan tidak ada suatu pun yang menyerupaiNya (surah al-Ikhlas (112: 4 ayat)

(iv) Rasulullah s.a.w telah menggunakan kalimah Allah di hadapan Kristian Najran sebagai rujukan kepada pertaruhannya. Baginda telah mempertaruhkan Ahlu l-Baitnya kepada mereka. Dan mereka memahaminya. Kemudian ia dikenali dengan mubahalah (sumpah laknat). Dan Rasulullah s.a.w tidak melarang Kristian Najran dari menggunakan perkataan Allah dalam mubahalah dan agama mereka.
Ayat al-Mubahalah.
Allah berfirman di dalam surah Ali-Imran (3:61)"Sesiapa yang membantahmu mengenai (kisah'Isa) sesudah datang ilmu (yang menyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubalahah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang dusta."
Semua ulama tafsir Sunnah dan Syi'ah bersepakat bahawa ayat al-Mubahalah diturunkan kepada lima manusia suci; Muhammad, 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Di sana terdapat para sahabat lelaki tetapi beliau tidak memanggil seorang pun daripada mereka selain daripada 'Ali, Hasan dan Husain. Kemudian di sana juga terdapat Ummahat al-Mukminin dan wanita-wanita Bani Hasyim, tetapi beliau juga tidak memanggil seorangpun daripada mereka selain daripada anak kandungnya Fatimah al-Zahra' a.s. Satu hakikat yang tidak dapat disembunyikan bahawa maksud Anfusa-na (diri kami) di sini ialah saudara Rasulullah s.a.w yang kedudukannya di sisi Rasulullah s.a.w samalah dengan kedudukan Harun di sisi Musa. Beliau ialah Imam Amiru l-Mukiminin 'Ali a.s kerana Allah menjadikannya ('Ali a.s) di dalam ayat ini nafs Muhammad s.a.w (diri Muhammad itu sendiri).
Ini adalah keistimewaan yang dikhususkan oleh Allah S.W.T kepada mereka dan tidak ada orang lain selain daripada mereka dari umat ini. Ibn Hajr telah menyebutnya di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah di dalam bab kesebelas riwayat daripada al-Dar al-Qutni bahawa 'Ali di majlis Syura ('Umar) telah berhujah dengan menyatakan: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian seorang yang lebih hampir kepada Rasulullah dari segi kekeluargaan selain daripadaku? Dan siapakah yang telah dijadikan dirinya oleh beliau seperti dirinya sendiri? Anak-anaknya seperti anak-anaknya dan wanita-wanitanya seperti wanita-wanitanya selain daripadaku? Mereka menjawab: Allahuma la. Wahai Tuhanku! Tidak ada seorang pun selain daripada anda sekeluarga. Seorang penyair yang memuji Imam 'Ali a.s mengemukakan syairnya:
Dia di dalam ayat al-Tabahul adalah diri Nabi sendiri, Tiada selain daripadanya ('Ali) yang dimaksudkan dengannya. Kemudian hadis al-Mubahalah adalah masyhur dan disebutkan oleh Ahli Tafsir, Hadis dan Sirah. Mereka menulis peristiwa itu pada tahun kesepuluh Hijrah iaitu tahun Mubahalah. Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib (iii, hlm.20) berkata: Ketahuilah, sesungguhnya riwayat ini adalah seperti disepakati kesahihannya di kalangan Ahli-ahli tafsir, hadis dan lain-lain.
(i). Tidak seorangpun di kalangan wanita dijemput untuk melakukan Mubahalah selain daripada anak perempuannya Fatimah al-Zahra’. Dialah “penghulu wanita syurga” dan isteri Ali bin Abi Talib, Imam Syiah pertama. Dia adalah ibu dan nenek kepada sebelas para Imam Syiah Imamiah (Ja‘fari) yang disucikan.
(ii). Para isterinya tidak dijemput. Ini menunjukkan mereka bukanlah daripada keluarganya (Ahlu l-Baitnya ) dari segi istilah. Dan mereka tidak disucikan. (iii). Tidak seorangpun di kalangan “anak-anak kami” dijemput selain daripada Hasan dan Husain. Mereka berdua adalah Imam kedua dan Imam ketiga Syiah dan maksum daripada Ahlu l-Bait nabi s.a.w. Dan kedua-duanya adalah “ketua pemuda syurga”. Ini menunjukkan kemaksuman mereka berdua.
(iv). Tidak seorangpun yang dijemput di kalangan” jiwa kami” selain daripada Ali a.s, dialah yang disabdakan oleh nabi saw “Aku daripada anda dan anda daripadaku” iaitu jiwa yang sama, setara dengan jiwa nabi saw. Tidak ada seorang sahabat pun yang mempunyai jiwa yang setara dengan jiwa nabi saw selain daripada Ali a.s. “Kedudukannya dengan nabi saw seperti kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku” Kedudukan Ali a.s di sisi nabi saw adalah setara dengan kedudukan nabi Harun a.s di sisi Musa a.s, nabi Harun adalah seorang nabi dan rasul. Maka dialah Imam Syiah yang pertama dan maksum kerana disucikan oleh Allah dan dijamin oleh Rasul-Nya.
(v). Semua para sahabat nabi tidak dijemput. Ini menunjukkan mereka bukanlah daripada keluarganya dan mereka tidak disucikan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kedudukan mereka adalah selepas Ahlu l-Bait nabi s.a.w.
(vi). Ini menunjukkan kelebihan Ahlu l-Bait nabi s.a.w yang disucikan ke atas para sahabat yang tidak disucikan.
(vii). Ahlu l-Bait nabi s.a.w tidak boleh dibandingkan dengan sahabat nabi saw kerana mereka tidak disucikan.
(viii). Setiap Muslim sama ada sahabat atau bukan sahabat yang berselawat di dalam sembahyangnya, mesti menyebut Ali Muhammad (keluarga Muhammad s.a.w). Jika tidak hukum sembahyangnya tidak sah. Justeru kemaksuman Iman 12 adalah akidah al-Qur’an dan akidah Sunnah nabi s.a.w itu sendiri. Biarpun ia tidak menjadi pegangan Ahli Sunnah wal-Jama‘ah.
Tidak ada larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian menurut al-Qur’an, Hadis dan Perlembagaan Persekutuan.


Oleh Rasyidah Mandali

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~