Thursday, 24 April 2014






Tulisan ini tidak bermaksud memecah-belah ummat atau menebarkan fitnah terhadap seorang yang dianggap Ulama atau dianggap berjasa terhadap Islam, tapi justeru meluruskan siapa sebenarnya yang menjadi pemecah-belah ummat, dan menghancurkan Islam dari dalam atas nama Islam, dan agar jelas bagi siapa yang masih berada dalam ketidak-jelasan dan penuh dengan kesamaran, dan mengetuk pintu hati mereka yang selama ini hatinya tertutup dan menutupi dari kebenaran, hanya Allah yang maha tahu setiap isi hati, dan Allah pula-lah yang akan membalas setiap keburukan. innalillah wainna ilaihi raji’un. Saya awali tulisan ini dengan mengutip satu Sabda Rasulullah SAW berikut ini :

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

“Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah akan muncul tanduk syaitan”[Shahih Bukhari 2/33 no 1037]
Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Siapakah Salafi Wahabi ….?
Inilah yang banyak dipertanyakan, bahkan Wahabi pun ikut-ikutan bertanya siapakah Wahabi, agar tidak ketahuan belangnya, apakah Wahabi hanya nama fiktif …? apakah itu hanya tuduhan kuffar …? apakah itu fitnah musuh-musuh Tauhid …? pelecehan atau penghinaan …? atau ternyata itu benar adanya.
Aliran Wahabi [Wahabiyah] ini dinisbahkan kepada ajaran Syaikh Muhammad ibnu Abdil Wahhab an- Najdi. Lahir tahun 1115 H/1703 M dan wafat tahun 1206 H.
Syaikh Sulaiman ibnu Abdil Wahhab an-Najdi yakni saudara kandung Syaikh Muhammad ibnu Abdil Wahhab an- Najdi, tentu lebih tau tentang saudaranya tersebut dan menulis dua kitab tentangnya iaitu “As-Shawa’iqul Ilahiyah fi Raddi ‘ala Wahhabiyah” dan “Fashlul Khithab fi Raddi ‘ala Muhammad bin Abdil Wahhab”
Syaikh Sulaiman ini termasuk Ulama di masa itu, beliau mengatakan : “Sekarang, orang-orang telah ditimpa bala’ (bencana) dengan seorang yang mengaitkan dirinya dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, mempelajari ilmu tanpa menghiraukan siapapun yang menyelisihinya. Siapa yang menyelisihinya adalah kafir menurutnya, sementara ia tidak memiliki satu syarat pun dari syarat-syarat Ijtihad bahkan sepersepuluh syaratnya pun tidak ia miliki, tapi ajarannya diterima oleh orang bodoh”.
Lebih lanjut Syakh Sulaiman ibnu Abdil Wahhab membeberkan semua kebodohan saudara nya yang sangat ia dirisaukan itu, beliau berkata :
bahwa saudara nya itu cuma belajar sedikit ilmu agama dari beberapa gurunya termasuk ayahnya sendiri, dia gemar membaca kisah para pengaku kenabian, seperti Musailamah al-Kazzab, Sujah, Aswad al-’Ansi dan Thulaihah al-Asdi. Sejak ia belajar telah tampak gelagat penyimpangan besar, sehingga ayahnya dan para gurunya mengingatkan masyarakat akan bahaya penyimpangan Ibnu Abdil Wahhab. Mereka bertutur, “Anak ini akan tersesat dan akan menyesatkan banyak orang yang Allah sengsarakan dan jauhkan dari rahmat-Nya”.
Pada tahun 1143-H, Muhammad ibnu Abdil Wahhab menampakkan ajarannya kepada aliran baru, akan tetapi ayahnya bersama para masyaikh, guru-guru besar di sana [Huraimala’] berdiri tegak menghalau kesesatannya itu, Mereka membongkar kebatilan ajaran Muhammad ibnu Abdil Wahhab, Ajarannya tidak diterima, sehingga ketika ayahnya wafat pada tahun 1153 H, ia mulai berleluasa mendakwahi ajarannya. Ia mulai menyuarakan kembali ajarannya di kalangan para awam yang kebingungan dan tak tau banyak tentang agama, maka sekelompok orang awam menerima ajakannya dan mendukungnya, tapi kerana kelahiran aliran sempalan ini, masyarakat di sana bangkit dan hampir saja membunuhnya [Ibnu Abdil Wahhab], Ia kembali ke kota ‘Uyainah [kota lahir nya]. Di sana ia mendekatkan diri kepada raja kota tersebut, ia menikah dengan saudara perempuan sang raja tersebut. Di sana ia memulai kembali menyeru kepada bid’ah yang ia cetuskan itu, tetapi tidak lama kemudian, masyarakat ‘Uyainah keberatan dengan ajarannya, mereka mengusirnya dari kota tersebut, Ia pergi meninggalkan ‘Uyainah menuju Dir’iyyah (sebelah timur kota Najd), sebuah daerah yang dahulu ditinggal oleh Musailamah al kazzab yang mengaku sebagai nabi itu,
Di kota tersebut, ia mendapat dukungan dari rajanya iaitu Muhammad ibn Sa’ud, dan masyarakat di sana menyambut ajarannya dengan hangat, demikian penuturan dari saudara kandung nya sendiri.
Wahabi sungguh benar sebuah nama bagi ajaran Syaikh Muhammad ibnu Abdil Wahhab, bukan sebuah nama fiktif atau sebutan penghinaan, berikut bukti pengakuan dari Syaikh Wahabi yakni Ibnu Baz dalam kitab Fatwa Nur ‘ala al-darb pada soal yang ke 6 sebagai berikut :
س 6 – يقول السائل: فضيلة الشيخ، يسمي بعض الناس عندنا العلماء في المملكة العربية السعودية بالوهابية فهل ترضون بهذه التسمية؟ وما هو الرد على من يسميكم بهذا الاسم؟
“Soal ke 6 – Seseorang bertanya kepada Syaikh : Sebahagian manusia menamakan Ulama-Ulama di Arab Saudi dengan nama Wahabi [Wahabiyyah], adakah antum ridho dengan nama tersebut ? dan apa jawapan untuk mereka yang menamakan antum dengan nama tersebut ?”
Syaikh Ibnu Baz menjawab sebagai berikut :
الجواب: هذا لقب مشهور لعلماء التوحيد علماء نجد ينسبونهم إلى الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب رحمة الله عليه
“Jawab : Penamaan tersebut masyhur untuk Ulama Tauhid yakni Ulama Nejed [Najd], mereka menisbahkan para Ulama tersebut kepada Syaikh Muhammad ibnu Abdil Wahhab.
dan bahkan Ibnu Baz memuji nama tersebut, ia berkata :
فهو لقب شريف عظيم
“Dianya (Wahhabiyah) adalah panggilan yang sangat mulia dan sangat agung”.
Tetapi fakta sekarang justeru Wahabi merasa tersinggung bila di sebut Wahabi, mereka anggap nama itu nama yang sangat teruk, mungkin kerana sejarah berdarah mereka, sejarah kelam mereka, atau mungkin kerana menghindar dari ulama sejagat menggugat Wahabi, akhirnya ganti nama dengan Salafi, padahal sangat bertentangan dengan pemahaman para ulama salaful ummah, Allah-lah yang tahu apa sebenarnya alasan mereka tidak lagi menerima nama Wahabi ini.

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:


01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.


02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.


03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.


04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.


05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.


06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).


07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.


Dari Sudut FIQH:


01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.


02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.


03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.


04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.


05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.


06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.


Dari Sudut MANHAJ:


01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.


02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.


03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.


04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.


05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.


06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.


07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.


08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.


09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.


10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.


11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.


12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.


Dan masih sangat banyak lagi ajaran-ajaran yang di susupi oleh mereka ke dalam Islam, dan ingat bahwa setiap aliran itu pasti berdalil dengan Al-Quran dan Hadits, tapi semua nya sangat jauh dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah menurut pemahaman Ahlul Bait dan para Ulama. Semoga kita semua selalu terpelihara dari bahaya pemahaman mereka, wallahul musta’an.


Wednesday, 23 April 2014

Mutiara Suci Rasulullah

Posted by Unknown On 06:41 No comments


Rasulullah saw bersabda:
  • “Seburuk-buruk manusia di hadapan Allah swt. adalah seorang alim yang tidak mengamalkan ilmunya dan tidak mengambil manfaat dari ilmu yang dimikinya”.
  • “Semulia-mulia rumah adalah rumah yang di dalamnya  anak-anak yatim disantuni dengan kasih sayang dan cinta”.
  • “Orang-orang yang beriman pada Allah swt, hari akhir dan janji-janji Allah swt. hendaknya menunaikan amanat dan janjinya”.
  • “Tatapan seorang anak kepada  orang tuanya kerana kasih sayang adalah ibadah”.
  • “Sahabat yang berbudi luhur dan mulia sungguh  lebih berharga daripada harta benda”.
  • Sampaikan kepada yang lain bahwa tidak ada kata-kata dariku yang tersimpan, yang kalian ketahui secara pasti.
  • Siapa pun yang menisbatkan doktrin atau ajaran kepadaku, dan itu tidak berasal dariku, maka ia akan pergi ke neraka.
  • Pintu Firdaus tertutup bagi tukang fitnah dan tukang ghibah.
  • Sedekah menghindarkan diri dari bala dan musibah.
  • Zakat harus dikumpulkan dari orang-orang kaya dan diberikan kepada orang miskin.
  • Seorang yang memberikan sedekah dengan sepotong perak dalam masa hidupnya adalah lebih baik dibandingkan menyerahkan seratus keping perak ketika masa sakaratul maut.
  • Berjumpa dengan sahabat-sahabat dengan wajah riang dan mengundang mereka untuk sebuah perjamuan merupakan amal ibadah.
  • Melebarkan perhatian kepada tetangga dan mengirimkan kepada mereka hadiah adalah bahagian dari ibadah. 
Kematian
  • Janganlah engkau berharap mati sebelum waktunya tiba.
  • Sebutlah kebaikan orang-orang mati di antara kalian dan janganlah menyebut cela dan aib mereka.
  • Bunuh diri merupakan salah satu dosa besar. 
Kemuliaan Bekerja Keras
  • Barang siapa yang mampu dan pantas namun tidak bekerja untuk dirinya atau untuk orang lain maka Allah Swt tidak rela kepadanya.
  • Orang-orang yang mencari nafkah dan mencukupi kebutuhan hidupnya adalah dicintai oleh Allah Swt.
  • Allah adalah Maha Pemurah kepada orang yang mencari nafkah untuk mencukupi kebutuhan hidupnya dengan usahanya sendiri tidak dengan meminta-minta.
  • Barang siapa yang membuka bagi dirinya pintu meminta-minta, Allah Swt akan bukakan pintu kemisikinan untuknya.
  • Ya Allah! Jauhkan dariku sifat pemalas dan tidak berdaya.
  • Barang siapa yang memonopoli perdagangan maka ia adalah seorang pelaku maksiat.
Pendidikan
  • Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim dan muslimat.
  • Manusia memiliki kebebasan dan bertanggung jawab atas perbuatannya.
  • Tinta pena ulama lebih kudus daripada darah syuhada.
  • Barang siapa yang melakukan perjalanan untuk mencari ilmu, maka akan Allah akan  Allah Swt tunjukkan baginya jalan menuju Firdaus.
  • Carilah ilmu walaupun harus ke negeri Cina.
  • Carilah ilmu, kerana barang siapa yang mencari ilmu, ia berada di jalan Allah, menunaikan ibadah, orang yang mengajarkannya adalah memuji Allah, yang mencarinya memuja Allah, yang mengajarkannya, menunaikan bersedekah; dan orang yang mengajarkannya, melaksanakan sebuah kebaktian kepada Allah. Ilmu pengetahuan memberikan kemampuan kepada pemiliknya untuk membezakan antara yang halal dan haram; ilmu pengetahuan adalah sahabat dalam kesendirian, teman dalam kesunyian, kawan ketika kehilangan kawan; membimbing kita kepada kebahagiaan; memberikan rezeki ketika kesusahan; melayani sebagai senjata menghadapi musuh. Dengan ilmu makhluk bangkit hingga kepada ketinggian derajat kebaikan dan kemuliaan, berhubungan dengan kedaulatan di dunia ini dan meraih kebahagiaan di akhirat.
  • Seburuk-buruk manusia adalah orang jahil, dan sebaik-baik manusia adalah orang alim.
  • Orang-orang yang belajar tidak akan pernah mati.
Musuh-Musuh Allah
  • Musuh Allah yang terbesar adalah mereka yang mengakui Islam, dan melakukan kekufuran dan melukai orang hingga berdarah tanpa sebab.
  • Maksiat yang terbesar adalah menyekutukan sesuatu dengan Allah, menyakiti hati kedua orang tua, membunuh sesama manusia, bunuh diri, bersumpah palsu.
Hasud
  • Jangan mencari-cari aib orang lain, kerana ia memakan dan menghilangkan kebaikan, sebagaimana api melalap kayu-kayu bakar. 
Puasa
  • Orang yang melaksanakan puasa, namun tidak meninggalkan dusta dan fitnah, maka Allah Swt tidak akan mengindahkannya  apakah dia makan atau minum
Keridhaan Allah
  • Siapakah orang yang diRedhai oleh Allah? Orang yang paling bermanfaat untuk yang lainnya.
  • Sesungguhnya Allah Swt mencintai seorang muslim yang miskin dengan keluarganya dan menahan diri dari meminta-minta dan melakukan pekerjaan haram.
Memaafkan
  • Barang siapa yang menahan marahnya, ketika ia memiliki kemampuan untuk melakukannya, Allah Swt akan memberikan ganjaran yang besar kepadanya.
  • Insan yang paling mulia di sisi Allah Swt adalah orang yang memaafkan –ketika ia memiliki kekuasaan– orang yang melukainya.
  • Orang yang kuat bukanlah orang yang jago bergulat. Orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya ketika ia sedang marah. Oleh kerana itu Allah Swt berfirman: “Sesungguhnya, mereka yang mengerjakan kesabaran di bawah ujian dan memaafkan adalah orang-orang yang benar.”
Sifat Munafik
  • Orang munafik adalah orang yang ketika berbicara, berdusta; berjanji, melanggarnya; dan ketika diberi amanah, berkhianat.
  • Muslim adalah orang yang menunaikan amanah, jujur dan setia pada janjinya.
Islam dan Agama Lain
  • Salah seorang sahabat Nabi Saw meminta Nabi Saw untuk melaknat orang-orang kafir. Nabi Saw bersabda: “Aku tidak diutus untuk melakukan hal seperti ini, Aku diutus sebagai rahmat untuk sekalian alam.”
  • Setiap bayi yang lahir dilahirkan dalam keadaan condong (fitrah) kepada Islam. Ibu dan bapaknyalah yang menjadikan mereka seorang Nasrani atau seorang  Yahudi atau seorang Majusi.
  • Berlakulah dengan santun kepada orang lain, dan tidak kasar; hiburlah mereka dan jangan mencerca mereka.
Akhlak
  • Tidak ada pekerjaan yang paling baik melebihi banyak diam dan memiliki akhlak yang mulia.
  • Sebaik-baik sahabat adalah yang paling baik akhlaknya.
  • Amal-ibadah tidak akan diterima kerana buruknya lisan.
Pernikahan
  • Menikah diwajibkan kepada mereka yang mampu atau yang memiliki kemampuan.
Sederhana
  • Siapa yang tidak melakukan kesederhanaan dan tidak mencegah dirinya dari perbuatan yang tercela adalah bukan muslim.
  • Zina mata adalah melihat disertai dengan syahwat kepada istri orang lain; dan zina lisan adalah berkata-kata yang dilarang.
  • Aku bersumpah demi Allah, tidak ada yang lain, yang lebih dimurkai oleh Allah Swt, melebihi perbuatan zina antara lelaki dan wanita.
  • Orang yang meminum arak, berzina, mencuri, dan meminta-minta maka baginya azab yang pedih. 
Muslim dan Persaudaran Muslim
  • Seorang muslim adalah dia yang lisannya dan tangannya terlepas dari menyakiti muslim yang lainnnya.
  • Seorang muslim yang sejati adalah mereka yang bersyukur kepada Allah Swt dalam kemakmuran dan pasrah kepada-Nya dalam kesempitan hidup.
  • Tidak layak bagi seorang yang berbicara kebenaran untuk mengutuk orang-orang.
  • Tidak sempurna bagi seorang muslim yang penuh kantung perutnya sementara tetangganya kelaparan.
  • Tidak sempurna iman seseorang, sehingga apa yang menjadi harapannya terhadap orang lain adalah seperti yang dia harapkan untuk dirinya.
  • Seluruh kaum muslim adalah ibarat sebuah dinding, kesemua bagiannya saling menguatkan satu sama lain, dengan cara seperti ini, mereka harus saling mendukung satu dengan yang lainnya.
  • Setiap muslim adalah bersaudara dalam agama, dan mereka tidak dibenarkan untuk menindas satu dengan yang lainnya juga tidak dibenarkan untuk meninggalkan satu dengan yang lainnya ketika diperlukan pertolongannya, juga tidak dibenarkan menghina satu dengan yang lainnya; dan segala sesuatu yang dimiliki oleh seorang muslim haram bagi yang lain, darahnya, hartanya dan nama baiknya.
  • Menghina seorang muslim adalah berbuat maksiat kepada Allah Swt dan perbuatan kufur memerangi salah seorang muslim.
  • Kewajiban seorang muslim terbagi menjadi enam bahagian:
    • Ketika engkau bersua dengan seorang muslim engkau berikan salam kepadanya.
    • Engkau memenuhi undangan seorang muslim ketika engkau diundang.
    • Memberikan nasihat kepadanya jika diminta.
    • Ketika ia bersin dan berkata: “Alhamdulillah”, engkau harus berkata“RahimakaLlah (semoga Allah merahmatimu).
    • Engkau jenguk ia ketika ia sakit
    • Dan mengikuti kebaikannya ketika ia wafat.
Penindasan
  • Allah tidak menyukai para zalim dan tidak mencintai kezaliman di dunia.
Anak Yatim
  • Sebaik-baik rumah, adalah rumah yang di dalamnya anak yatim disantuni dan dikasihi.
  • Aku dan para pelindung anak yatim akan berkumpul di satu tempat di akhirat kelak laksana dua anak jari, saling bersentuhan.
Al-Qur’an, Nabi dan Ahlulbait Nabi
  • Wahai Tuhanku! Anugerahkan kepadaku cinta-Mu; anugerahkan kepadaku kecintaan kepada orang-orang yang mencintai-Mu; anugerahkan kepadaku perbuatan yang dapat meraih cinta-Mu; jadikan cinta-Mu lebih aku sukai daripada diriku sendiri, harta dan keluargaku.
  • Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadaku untuk tawadhu’ dan merendah, tidak pongah, dan tidak melakukan kezaliman kepada yang lain.
  • Nabi Saw berdiri menyambut putrinya Fatimah, ketika ia berkunjung ke kediaman Nabi Saw.
  • Aku tinggalkan dua pusaka berharga kepada kalian dan jika berpegang teguh kepadanya kalian tidak akan pernah sesat selamanya, Kitabullah danItrahti (Ahlulbait).
  • Aku dan ‘Ali diciptakan dari Nur yang satu.
  • Aku adalah kota ilmu dan ‘Ali adalah pintunya.
  • Wahai ‘Ali! Kedudukanmu bagiku adalah seperti kedudukan Harun bagi Musa, hanya saja tidak ada nabi selepasku.
  • Barang siapa yang menjadikan Aku sebagai mawla-nya, ‘Ali adalah mawla-nya. Allahummah, jadikan sahabatMu yang menjadikan ‘Ali sebagai sahabatnya, dan musuh bagi siapa yang memusuhinya.
  • Fatimah adalah belahan jiwaku.
  • Husain adalah dariku dan Aku dari Husain.
  • Hasan dan Husain adalah penghulu pemuda di Surga. 
Surga
  • Tidak akan masuk surga, bagi orang yang memiliki sebiji atom kesombongan dalam dirinya.
  • Jahannam dikelilingi dengan kesenangan dan surga dikelilingi dengan kesusahan dan kesukaran.
  • Barang siapa yang memiliki hati yang lurus, kudus dan pengasih, mereka akan memasuki surga.
  • Jagalah dirimu dari lima hal dan aku penjaminmu untuk memasuki surga:
    • Ketika engkau berkata-kata, katakanlah yang benar;
    • Tunaikan janjimu;
    • Tunaikan amanah yang diberikan kepadamu;
    • Jagalah tanganmu dari menyerang dan;
    • Dari mengambil yang haram dan buruk.
Keluarga dan Orang-Tua
  • Firdaus terletak di bawah telapak kaki ibu.
  • KeRidhaan Allah berada pada keRidhaan ayah dan murka Allah berada pada kemurkaan ayah.
  • Barang siapa yang berhasrat untuk memasuki Firdaus, ia harus membuat orang-tuanya Ridha.
  • Alangkah malangnya, seorang pemuda tidak mendapatkan Firdaus kerana tidak berkhidmat kepada orang-tuanya.
  • Setiap insan harus berbuat kebajikan kepada orang tuanya, walaupun mereka menyakitimu.
  • Kebajikan adalah sebuah tanda keimanan dan barang siapa yang tidak memiliki kebajikan, maka ia tidak memiliki iman.
  • Tidak ada warisan yang baik dari orang tua  kepada anaknya melebihi warisan adab yang baik.
  • Perlakukan anak-anak sehingga tertanam iffah (menghormati-diri) dalam diri mereka.
  • Barang siapa yang melakukan kebaikan kepada anak putrinya, ia akan terselamatkan dari api jahannam.
  • Muslim yang paling sempurna adalah muslim yang paling disukai sikapnya oleh orang lain.
Kesombongan
  • Tidak seorang pun dapat tumbuh besar, kuat dan menawan perilakunya, orang yang pikirannya hanya terpusat seluruhnya kepada dirinya.
  • Sebuah komunitas harus berhenti dari membual nenek-moyang mereka. Manusia adalah anak-cucu Adam dan Adam berasal dari tanah.
Pikiran
  • Yang pertama kali diciptakan adalah cahayaku.
  • Pikiran mulia menghasilkan pekerjaan mulia
Nasihat-nasihat
  • Jihad terbesar adalah jihad melawan diri.
  • Sebaik-baik perbuatan di sisi Allah Swt, adalah perbuatan istiqamah, walaupun dalam skala kecil.
  • Ikat untamu kemudian tawakkal kepada Allah.
  • Sebaik-baik perbuatan adalah yang dicapai dengan cara yang baik.
Mengingat Allah Swt
  • Akhlak yang baik, bermusyawarah dalam bekerja dan mengambil jalan tengah dalam segala urusan, merupakan sifat utama para nabi.
  • Segala sesuatu memiliki pembersih dan pembersih hati adalah mengingat Allah Swt.
  • Barang siapa yang berhasrat berjumpa dengan Allah Swt, Allah berhasrat untuk berjumpa dengannya.
  • Lima waktu solat yang diwajibkan menghapuskan dosa-dosa yang dikerjakan di antara satu waktu dengan waktu yang lainnya, kecuali dosa-dosa besar.
  • Kerjakan solatmu dengan berdiri, jika engkau tidak mampu, dengan duduk, jika tidak maka berbaringlah.
  • Perintahkan anak-anakmu untuk mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan berikan hukuman kepada mereka pada usia sepuluh tahun jika menolak untuk mengerjakan solat; dan ketika mereka mencapai usia sepuluh tahun, pisahkanlah tempat tidur mereka.
Curiga
  • Sikap curiga adalah dusta yang paling legam.
Simpati
  • Allah tidak akan mengasihi kepada orang yang tidak mengasihi terhadap sesama manusia. Barang siapa yang tidak mengasihi kepada makhluk Allah Swt dan kepada anaknya, maka Allah tidak akan berbuat baik kepadanya.
  • Barang siapa yang berbuat kebajikan kepada orang-orang yang membutuhkan, Allah akan memperlakukan mereka dengan baik di dunia dan di akhirat.
  • Barang siapa yang menjenguk orang sakit, seorang malaikat akan berseru dari langit: “Berbahagialah di dunia ini dan semoga kebahagiaan menyertai langkah-langkahmu; dan hunilah kediamanmu di surga.
Wanita
  • Seorang istri yang solehah adalah sebaik-baiknya khazanah
  • Apakah engkau memukul istrimu, sebagaimana layaknya seorang pembantu? Engkau tidak boleh melakukan itu.
  • Seorang muslim tidak boleh membenci istrinya. Jika ia tidak rela dengan istrinya, jadikan ia rela dengan yang lain. Yang merupakan sesuatu yang hasanah (baik).
  • Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah Swt adalah perceraian.
  • Jangan kalian mencegah istri-istri kalian untuk pergi ke masjid; akan tetapi mereka lebih baik mengerjakan solat di rumah.
  • Ketika seorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, dan pengasih dan taat kepada suaminya, katakan kepada mereka bahwa mereka akan masuk surga dari pintu mana pun yang mereka sukai.
Dunia
  • Cinta dunia adalah akar segala kejahatan.
  • Kekayaan yang dipergunakan dengan pantas adalah sebuah rahmat; dan pemilik dapat dengan halal berusaha untuk memperbanyaknya dengan cara-cara yang jujur.[]

Mutiara Suci Ahlulbait

Posted by Unknown On 06:29 No comments



Sabda Imam Ali As:
  • Janganlah engkau mencari kehidupan hanya sekedar untuk makan.  Akan tetapi carilah makan agar engkau dapat hidup.
  • Sesuatu yang paling merata manfaatnya adalah kematian orang-orang jahat
  • Janganlah engkau mengecam Iblis secara terang-terangan, padahal engkau adalah temannya dalam kesunyian.
  • Akal seorang penulis itu terletak pada pena-nya.
  • Kawan sejati adalah belahan ruh, sedangkan saudara adalah belahan badan.
  • Janganlah engkau mengucapkan sesuatu yang engkau sendiri tidak suka jika orang lain mengucapkannya atasmu.
  • Biadab adalah penyebab segala keburukan.
  • Galilah ilmu pengetahuan sejak kecil, pasti engkau akan beruntung ketika besar.
  • Lebih baik engkau memilih kalah (mengalah) sedang engkau sebagai orang yang bijak daripada engkau memilih menang, akan tetapi engkau sebagai pelaku kezaliman.
        Sepuluh keutamaan ilmu dibanding harta:
  • Ilmu adalah warisaan Rasullulah,sedang harta adalah warisan Firaun. Sebab itu ilmu lebih baik dari harta.
  • Engkau harus menjaga hartamu,sedang ilmu menjagamu. Jadi,ilmu lebih utama.
  • Seseorang yang berharta mempunyai banyak musuh,sedang orang yang berilmu mempunyai banyak kawan.Kerananya ilmu lebih bernilai.
  • Ilmu lebih mulia dari harta, kerana ilmu akan berkembang bila dibagi-bagikan,sedang harta akan susut bila dibagi-bagikan.
  • Ilmu lebih baik sebab orang yang berilmu cenderung untuk menjadi dermawan,sedang orang berharta cenderung untuk menjadi kikir dan pelit.
  • Ilmu lebih aman kerana dia tidak dapat dicuri,sedang harta dapat dicuri.
  • Ilmu lebih tahan lama kerana tidak rosak oleh waktu atau sebab dipakai, sedang harta boleh rosak.
  • Ilmu lebih bernilai kerana tanpa batas,sedang harta terbatas dan boleh dihitung.
  • Ilmu lebih bermutu karena dia dapat menerangi pikiran,sedang harta cenderung untuk membuat pikiran tidak fokus.
  • Ilmu lebih utama kerana dia mengajak manusia untuk mengabadi kepada Tuhan mengingat makhluk-Nya yang lemah dan terbatas, sedang harta mendorong manusia menganggap dirinya sebagai Tuhan dengan memandang rendah orang-orang yang lebih miskin darinya.
       Tentang akal:
  • Kekayaan yang paling besar adalah akal.
  • Akal ( kecerdasan ) tampak melalui pergaulan, sedangkan kejahatan seseorang diketahui ketika dia berkuasa.
  • Akal adalah raja, sedangkan tabiat adalah rakyatnya. Jika akal lemah untuk mengatur tabiat itu, maka akan timbul kecacatan padanya.
  • Akal lebih diutamakan daripada hawa nafsu kerana akal menjadikanmu sebagai pemilik zaman, sedangkan hawa nafsu memperbudakmu untuk zaman.
  • Makanan pokok tubuh adalah makanan, sedangkan makanan pokok akal adalah hikmah. Maka, kapan saja hilang salah satu dari keduanya makanan pokoknya, binasalah ia dan lenyap.
  • Duduklah bersama orang-orang bijak, baik mereka itu musuh atau kawan. Sebab, akal bertemu dengan akal.
  • Tidak ada harta yang lebih berharga daripada akal.
  • Pertalian yang paling berharga adalah akal yang berpasangan dengan kemujuran.
  • Adab adalah gambaran dari akal
  • Jika akal dibiarkan menjadi kendali, tidak tertawan oleh hawa nafsu, atau melampaui batas agama, atau fanatik terhadap nenek moyang, niscaya hal itu akan mengantarkan pelakunya pada keselamatan.
  • Jika engkau hendak menutup sebuah kitab, maka hendaklah engkau teliti kembali kitab itu. Kerana sesungguhnya yang kau tutup adalah akalmu.
  • Jika Allah hendak menghilangkan nikmat dari seorang hambaNya, maka yang pertama kali diubah dari hambaNya itu adalah akalnya.
  • Akal adalah naluri, sedangkan yang mengasuhnya adalah berbagai pengalaman.
  • Akal adalah buah pikiran dan pengetahuan yang sebelumnya tidak diketahui.
  • Ruh adalah kehidupan badan, sedangkan akal adalah kehidupan ruh.
  • Akal adalah rekaman terhadap berbagai pengalaman.
  • Rasulmu adalah juru terjemah akalmu.
  • Pahamilah kabar jika kalian mendengarnya dengan akal yang penuh dengan pemahaman, bukan akal yang sekadar meriwayatkan. Sesungguhnya periwayat ilmu banyak jumlahnya, sedangkan yang memahaminya sedikit.
  • Orang yang berakal bersaing dengan orang-orang soleh agar dapat menyusul mereka, dan dia ingin sekali dapat berserikat dengan mereka kerana kecintaannya terhadap mereka, meskipun amalnya tidak mampu menyamai mereka.
  • Orang berakal, jika berbicara dengan suatu kalimat, maka ikut bersamanya hikmah dan nasehat.
  • Orang yang paling bijak akalnya dan yang paling sempurna keutamaannya adalah yang mengisi hari-harinya dengan perdamaian, bergaul dengan saudara-saudaranya dengan rekonsiliasi, dan menerima kekurangan zaman.
  • Tidaklah patut bagi orang yang berakal kecuali berada dalam salah satu dari dua kondisi ini, iaitu berada dalam cita-cita yang paling tinggi untuk mencari dunia, atau berada dalam cita-cita yang paling tinggi untuk meninggalkannya.
  • Tidaklah layak bagi seorang yang berakal untuk menuntut ketaatan orang lain (terhadapnya), sedangkan ketaatannya terhadap dirinya sendiri ditolak.
  • Orang yang berakal adalah orang yang mencurigai pendapatnya sendiri dan tidak mempercayai apa yang dipandang baik oleh dirinya.
  • Orang yang berakal adalah yang menjadikan pengalaman-pengalaman (hidup) sebagai nasihat baginya.
  • Sesungguhnya perkataan-perkataan orang berakal, jika benar, maka ia adalah ubat; namun jika salah, maka ia adalah penyakit.
  • Permusuhan orang-orang pintar adalah permusuhan yang paling berat dan paling berbahaya kerana ia hanya terjadi setelah didahului dengan hujah dan peringatan, dan setelah tidak mungkin lagi ada perdamaian di antara keduanya.
  • Sesungguhnya sesuatu yang tidak disukai (kesialan) memiliki batas yang pasti akan berakhir. Oleh kerana itu, seseorang yang berakal hendaknya bersikap tenang sampai kesialan itu hilang (berlalu dengan sendirinya). Sebab, menghindar darinya sebelum habis waktunya hanya akan menambah kesialannya.
  • Orang yang paling disukai oleh orang berakal adalah musuhnya juga berakal. Sebab, jika musuhnya itu berakal, maka dia akan merasa aman dari kejahatannya.
  • Celaan orang-orang yang berakal lebih berat daripada hukuman seorang penguasa.
  • Permulaan pendapat orang berakal adalah akhir pendapat orang bodoh.
  • Bagi orang yang berakal, hidup dalam kesusahan bersama orang-orang berakal lebih disenangi daripada hidup dalam kelapangan bersama orang-orang bodoh.
Sabda Imam Husain As:
  • “Aku tidak melihat kematian melainkan kebahagiaan, sedang hidup bersama orang-orang zalim adalah kehinaan”.
  • “Manusia telah menjadi budak dunia, sedang agama hanya pengakuan lisan belaka.  Selagi agama memakmurkan kehidupannya, mereka akan memegangnya, namun bila mereka ditimpa musibah, betapa sedikitnya mereka yang teguh”.
  • Kepada putranya Ali Zainal Abidin as., Imam Husain as berkata: “Wahai anakku, berhati-hatilah dari berlaku zalim terhadap seseorang yang tidak menemukan pembela di hadapanmu kecuali Allah”.
Sabda Imam Ali Zainal Abidin As:
  • “Wahai anakku! Waspadalah terhadap lima macam manusia, dan janganlah kau bersahabat dan seperjalanan dengan mereka:
  • “Jauhilah bersahabat dengan pendusta kerana dia seperti fatamorgana mendekatkan orang yang jauh dari engkau dan menjauhkan orang dekatmu.
  • “Jauhilah bersahabat dengan orang fasik kerana dia akan menjualmu dengan sesuap nasi atau selainnya.
  • “Jauhilah bersahabat dengan orang kikir kerana dia akan membiarkanmu ketika engkau membutuhkannya.
  • Jauhilah bersahabat dengan orang dungu (tolol) kerana dia hanya ingin memanfaatkanmu dan mencelakakanmu.
  • “Dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka memutuskan silaturahmi, kerana aku mendapatinya terlaknat di kitab Allah.
  • Dalam pesannya kepada sang putra Imam Muhammad Al-Baqir as., Imam Ali Zainal Abidin as. mengatakan, “Berbuat baiklah kepada setiap orang yang menuntut kebaikan. Jika ia adalah orang yang berhak menerima kebaikanmu, maka engkau telah melakukan hal yang semestinya, tapi jika ia tidak berhak menerima kebaikanmu, maka engkau sungguh telah berhak mendapatkan kebaikan.
  • “Jika seseorang mencacimu dari sebelah kanan dan beralih ke sebelah kiri, lalu meminta maafmu, maka terimalah permintaannya”.
Sabda Imam Ja’far As:
  • “Waspadalah terhadap tiga orang; pengkhianat, pelaku zalim, dan pengadu domba. Sebab, seorang yang berkhianat demi dirimu, ia akan berkhianat terhadapmu, dan seorang yang berbuat zalim demi dirimu, ia akan berbuat zalim terhadapmu, juga seorang yang mengadu domba demi dirimu, ia pun akan melakukan hal yang sama terhadapmu”.
  • “Tiga manusia sebagai sumber kebaikan; manusia yang mengutamakan diam (tidak banyak bicara), manusia yang tidak melakukan ancaman, dan manusia yang banyak berdzikir kepada Allah”.
  • “Sesungguhnya puncak keteguhan adalah tawadhu”. Salah seorang bertanya kepada Imam, ”Apakah tanda-tanda tawadhu itu?” Beliau menjawab: hendaknya kau senang pada majlis yang tidak memuliakanmu, memberi salam kepada orang yang kau jumpai, dan meninggalkan perdebatan sekalipun engkau di atas kebenaran”.
  • Seorang laki-laki seringkali mendatangi Imam Ja’far as, kemudian dia tidak pernah lagi datang. Tatkala  Imam as. menanyakan keadaannya, seseorang menjawab dengan nada sinis, “Dia seorang penggali sumur”. Imam as membalasnya, ”Hakikat  seorang lelaki ada  pada akal budinya, kehormatannya ada pada agamanya, kemuliannya ada pada ketakwaannya, dan semua manusia sama-sama sebagai bani Adam”.
  • “Hati-hatilah terhadap orang yang teraniaya, kerana doanya akan terangkat sampai ke langit”.
  • “Ulama adalah kepercayaan para rasul. Dan  bila kau temukan mereka  telah percaya pada penguasa, maka curigailah ketakwaan mereka”.
  • “Tiga perkara yang mengeruhkan kehidupan; penguasa zalim, tetangga  yang buruk, dan perempuan pencarut. Dan tiga perkara yang tidak akan damai dunia ini tanpanya, yaitu keamanan, keadilan dan kemakmuran”.
Sabda Imam Musa Al-Kazim As:
  • “Katakan yang hak, walaupun akan mendatangkan kerugian kepadau”.
  • “Jika engkau menjadi seorang pemimpin yang bertakwa, maka seharusnya engkau bersyukur kepada Allah  atas anugerah ini”.
  • “Bersikap tegaslah dan keras terhadap orang-orang zalim sehingga engkau dapat merebut haq orang-orang mazlum (yang teraniaya) darinya”.
  • “Kebaikan yang utama adalah menolong orang-orang yang tertindas”.
  • “Dunia ini berkulit halus dan cantik, ibarat seekor ular namun  menyimpan racun pembunuh di dalamnya”.
Sabda Imam Ali Ar-Ridha As:
  • “Barang siapa yang tidak berterima kasih kepada orang tuanya, maka dia tidak bersyukur kepada Allah swt.”
  • “Barang siapa yang selalu mengawasi dirinya, niscaya akan beruntung, dan barang siapa melalaikannya, pasti akan merugi”.
  • “Sebaik-baik akal adalah kesadaran seseorang akan dirinya sendiri”.
  • “Bila seorang mukmin marah, maka kemarahannya tidak akan mengeluarkan dirinya dari bersikap benar. Dan jika ia senang, maka kesenangannya tidak akan menghanyutkannya ke dalam kebatilan.  Dan jika ia punya kekuatan, ia tidak akan merebut lebih dari haknya”.
  • “Sesungguhnya Allah membenci orang-orang yang menceritakan kejelekan orang dan orang yang mendengarkannya serta orang yang banyak bertanya”.
Sabda Imam Al-Jawad As:
  • “Kehormatan seorang mukmin ialah ketakbergantungannya pada orang lain”.
  • “Seorang mukmin senantiasa membutuhkan tiga perkara: taufiq dari Allah, penasihat dari dalam dirinya, dan menyambut setiap orang yang menasihatinya”.
  • “Hari Keadilan itu lebih mengerikan bagi orang zalim daripada hari perlakuan zalim terhadap orang teraniaya”.
  • “Neraca kesempurnaan harga diri seseorang ialah meninggalkan apa saja yang tidak membuat dirinya indah”.
  • “Kematian manusia kerana dosa-dosanya itu lebih banyak ketimbang kematiannya karena ajalnya, dan hidupnya seseorang kerana kebajikannya itu lebih banyak daripada hidupnya dengan (takdir) umurnya”.
Sabda Imam Al-Hadi As:
  • “Barang siapa yang taat kepada Allah, maka ia tidak akan kuatir terhadap kekecewaan makhluk”.
  • “Barang siapa yang tunduk pada hawa nafsunya, maka ia tidak akan selamat dari kejelekannya”.
  • “Barang siapa yang rela tunduk terhadap hawa nafsunya, maka akan banyak orang-orang yang tidak suka padanya”.
  • “Kemarahan itu terdapat pada orang-orang yang memiliki kehinaan”.
  • “Pelaku kebaikan itu lebih baik daripada kebaikan itu sendiri. Sedang pelaku keburukan itu lebih buruk daripada keburukan itu sendiri”.
  •  “Cercaan itu lebih baik dari pada kedingkian”.
  • Beliau berkata kepada Al-Mutawakkil, “Janganlah engkau menuntut janji kepada orang yang telah engkau khianati”.
Sabda Imam Hasan Al-Askari As: 
  • “Tidak ada kemuliaan bagi orang yang meninggalkan kebenaran, dan tidak ada kehinaan bagi orang yang mengamalkannya”.
  • “Dua perkara yang tidak ada sesuatu pun yang lebih unggul di atas keduanya: iman kepada Allah dan kawan yang bermanfaat”.
  • “Keberanian seorang anak terhadap orang tuanya di masa kecil akan mendorongnya kepada kedurhakaan terhadapnya di saat dewasa”.
  • “Bukan termasuk kebajikan menampakkan kegembiraan di hadapan seorang yang sedih”.
  • “Cukup bagimu sebuah pelajaran yang  menjauhkanmu dari segala yang tidak kau sukai dari orang lain”.
  • “Seluruh keburukan telah terkumpul  dalam satu rumah, dan kuncinya adalah dusta”.

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~