Monday 7 October 2013




[Khatib Ahlusunnah Jargalan berkata, "Hari ini sekiranya kita semua dapat melihat bagaimana perpecahan dan perselisihan yang dicetuskan oleh Takfiri - Salafi di kalangan umat Islam di seluruh dunia, pasti kita melihat sebabnya adalah perluasan kuasa besar dunia dan Zionis ke atas umat Islam.]

***

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Imam solat Jumaat Jargalan, Akhund Samadi dalam khutbah Jumaatnya berkata, "Hari ini sekiranya kita semua dapat melihat bagaimana perpecahan dan perselisihan yang dicetuskan oleh Takfiri - Salafi di kalangan umat Islam di seluruh dunia, pasti kita melihat sebabnya adalah perluasan kuasa besar dunia dan Zionis ke atas umat Islam, yang mana kita selaku umat Islam hendaklah memperluaskan perpaduan dalam menghadapi kumpulan-kumpulan takfiri ini di samping
mempertahankan agama Islam."

Akhund Samadi menjelaskan, "Salah satu misi utama pihak musuh mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam ialah menjauhkan mereka dari al-Qur'an dan Sunnah Nabi (s.a.w), yang mana kita umat Islam hendaklah peka. Dalam menjaga dan memperluaskan
solidariti untuk menghadapi kezaliman, kita hendaklah berjuang dan jangan biarkan ada orang yang cuba merosakkan umat Islam.

"Hari ini tidak kira Sunni atau Syiah, kita semua hendaklah berganding tangan, dan menjaga perpaduan bagi menggagalkan rancangan jahat pihak musuh. Hendaklah kita memperkayakan kebudayaan Islam dan faktor-faktor perpaduan, yang mana musuh-musuh Islam dengan sendirinya akan mengalami kekalahan. Propaganda mereka bagi perpecahan tidak akan memberi kesan di
kalangan umat Islam.

"Senjata paling penting dan efisien umat Islam ialah perpaduan dan kesatuan umat Islam, di seluruh dunia. Umat Islam hendaklah menghapuskan semua konspirasi dan fitnah yang telah diwujudkan oleh musuh kerajaan (musuh Iran) dan kuasa besar dunia,"
tutur beliau.

Selain itu, beliau menganggap ketaatan terhadap pemimpin tertinggi revolusi Islam Iran Ayatullah Sayid Ali Khamenei merupakan satu-satunya jalan untuk memelihara dan memperluaskan perpaduan Islam. Tambah beliau lagi, "Sekiranya umat Islam sedunia ingin mencapai kemajuan dalam semua bidang, kejayaan dan kebahagiaan di dunia serta akhirat, mereka hendaklah taat kepada pemimpin umat Islam sedunia dan kenyataan-kenyataan Rahbar dijadikan panduan dirinya."

Beliau menegaskan, "Al-Qur'an menyeru seluruh umat Islam untuk bersatu padu dan berpegang dengan tali Allah. Surah Al Imran ayat 103 menyatakan berpegang teguhlanh dengan tali Allah semuanya, dan janganlah berpecah belah. Ini adalah penjelasan tentang perpaduan dan solidariti umat Islam."

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa musim haji merupakan peluang keemasan untuk menunjukkan kekuatan umat Islam kepada kuasa besar dunia terutamanya Zionis. Katanya lagi, alternatif terbaik untuk menghadapi golongan yang zalim berasaskan situasi dunia Islam sekarang hanyalah perpaduan dan kesetiakawanan umat Islam.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~