Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seniman Mesir Hasan Yusuf mengecam Syeikh Yusuf al-Qardhawi dengan menyatakan, "Samada dia sudah mati, atau Israel telah menanam sim kad dalam kepalanya."
Beliau membuat kenyataan tersebut dalam sebuah rancangan televisyen ketika membicarakan serangan Yusuf al-Qardhawi terhadap askar mesir.
Katanya lagi, "Samada Allah telah mewafatkan al-Qardhawi, atau Israel menyelamatkannya dengan menanam sim kad di dalam kepalanya, ataupun dia sedang mengerjakan apa yang diperintahkan, ini disebabkan ia (Israel) mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakinya sedangkan orang ini (al-Qardhawi) adalah pelakon."
Seniman Mesir ini menambah, "Al-Qardhawi bukan lagi seorang Syeikh, yang dikenal, yang dirujuk dan yang dipetik pandangannya," tegasnya sambil menyatakan bahawa beliau sendiri tidak percaya bahawa presiden Kesatuan Ulama Sedunia ini adalah Syeikh Yusuf al-Qardhawi seperti yang dikenalnya selama ini.
Hasan Yusuf turut memohon maaf sekiranya kenyataan beliau dianggap sebagai penghinaan dalam saluran televisyen. Menurut Hasan lagi, beliau sebelum ini sering ke Qatar pada setiap hari Khamis untuk menghadiri kuliah-kuliah al-Qardhawi, khutbah Jumaat dan kembali ke Mesir.
Seniman ini melahirkan harapan beliau semoga Syeikh Yusuf al-Qardhawi akan bertemu dengan Tuhannya dengan seruan yang baik, bukan dengan cara yang lain. Sementara itu pengacara rancangan Wael Abrashi menambah, "bukan dengan seruan kutukan".
Al-Qardhawi pada bulan Ogos lalu mengecam askar Mesir setelah penggulingan presiden Mursi dengan menyatakan bahawa Israel tidak bertindak seperti yang mereka (askar Mesir) lakukan. Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia ini turut menyeru askar Mesir mengabaikan arahan kementerian pertahanan negara tersebut.
0 comments:
Post a Comment