Thursday 29 August 2013

10,000 risalah Syiah dirampas

Posted by Unknown On 19:18 No comments
Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lebih 10,000 naskhah risalah berkaitan Syiah yang sudah diedar dan baru dicetak di sebuah kilang percetakan di Cheng di sini, Isnin lalu.
Rampasan berasingan itu dilakukan bermula Jumaat lalu di kawasan letak kereta sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini, apabila sebanyak 140 naskhah risalah dirampas selepas JAIM menerima aduan ia diedarkan dua lelaki warga asing yang meletakkannya di cermin kenderaan.

Manakala menerusi serbuan dilakukan JAIM dan KDN di kilang percetakan itu berjaya merampas tujuh bungkusan besar berjumlah 10,000 naskhah risalah jenis sama yang baru dicetak dipercayai untuk edaran.
Risalah 40 muka surat bertajuk ‘Bahaya Syiah?’ antaranya mengandungi laporan polis empat muka surat mengenai dakwaan pengikut Syiah gagal mendaftarkan pertubuhan berkenaan, penjelasan mengenai Deklarasi Amman mengenai perjanjian dalam kalangan ulama dan cendekiawan Islam berbeza mahzab yang secara khususnya turut mengiktiraf lapan mahzab termasuk Syiah.

Selain itu, turut dimuatkan penjelasan mengenai Syiah berkaitan fatwa dan pelbagai tuduhan terhadap mereka sebelum ini dan turut diselitkan petikan dan laporan akhbar berkaitan isu Syiah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya menerima aduan berhubung risalah berkenaan yang didapati mengandungi perkara berkaitan Syiah.
“Ia didakwa diedarkan dua lelaki warga asing yang meletakkannya di cermin kenderaan di situ selepas solat Jumaat pada hari itu. “Kita merampas semua bahan cetakan itu kerana ia jelas mengandungi mengenai Syiah dan penerbitannya juga didapati tidak sah,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~