Saturday, 24 August 2013

Syiah Di Alam Melayu

Posted by Unknown On 20:47 No comments
Syiah di Alam Melayu

Kerajaan Islam yang pertama di Alam Melayu telah ditegakkan di Perlak dengan perlantikan Sultan Alauddin Sayyid Mawlana ‘Abd al-‘Aziz Shah sebagai pemerintah yang pertama. Beliau adalah putera kepada Ali Bin Muhammad Bin Ja‘far al-Sadiq (Imam Syiah ke 6). Dan kerajaan Islam Perlak adalah kerajaan Islam yang pertama di Alam Melayu yang berpegang kepada Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah. Lima (5) orang dari pemerintahnya menganut aliran Syiah:

  1. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana ‘Abd al-‘Aziz Shah memerintah antara tahun 225 H-249H (840M-864M). Iaitu cicit kepada Imam Ja‘far al-Sadiq as.
  2. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana ‘Abd al-Rahim Shah memerintah antara  tahun 249-274H (864M-888M)
  3. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana ‘Abbas Shah memerintah antara tahun 274H-300H (888N-913M)
  4. Sultan ‘Ala’  al-Din Mawlana Mughayah Shah memerintah antara tahun 302H-305H (915M-918M)
  5. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana Mahmud Shah memerintah antara tahun 365H-377H (976M-988M).
  6. Tempoh pemerintahan mereka adalah 88 tahun M (91 tahun Hijrah).

Dan kedatangan golongan Alawiyyun atau keturunan Rasulullah ke Alam Melayu adalah disebabkan kegagalan mereka di dalam pemberontakan yang diketuai oleh Muhammad Bin Ja‘far al-Sadiq as pada 200H menentang Bani Abbas, Khalifah al-Makmun.Justeru mereka datang ke Perlak untuk berdakwah dan mencari rezeki. Kedatangan mereka seramai 100 orang ke Perlak dianggar-kan pada tahun 817M. Ia telah mengambil masa 23 tahun berdakwah kepada orang Melayu yang belum memeluk Islam sehingga sebuah kerajaan Islam yang bermazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah ditubuhkan di Perlak pada hari Selasa, 1 Muharram tahun 225H (840M). (Lihat SHI‘AH DAN PENGARUHNYA DALAM BIDANG POLITIK DAN TASAWUF FALSAFAH DI ALAM MELAYU ZAMAN TRADITIONAL, hlm.156-7,153,143 dan seterusnya (unpublished Ph.D Thesis 2003 oleh Kamis Bin Ismail, UKM, Bangi, Selangor).

Lantaran itu orang Melayu di dalam sejarah awal mereka telah memeluk Islam dengan berpegang kepada mazhab Syiah Imamiyyah Ithna Asy‘ariyyah (Ja‘fari) bukan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, kerana Abu Hasan al-Asy‘ari dilahirkan pada tahun 227H dan mati pada tahun 330H sementara al-Maturidi dilahirkan pada 225H dan mati pada tahun 331H. Mereka berdua merupakan pengasas mazhab pemikiran teologi Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sedangkan kerajaan Islam Syiah di Perlak telah ditubuhkan dengan resminya pada hari selasa 1 Muharram tahun 225H/840M.

Justeru orang Melayu dari segi sejarah awal dan kebudayaan mereka  sehingga ke hari ini seperti tahlil, berzanji, sambutan hari Maulid al-Rasul s.a.w, sambutan Nisfu Sya‘ban(kelahiran Imam al-Mahdi as) ziarah kubur, majlis bercukur dan  memperingati hari Asyura, adalah Syiah kerana kecintaan mereka kepada anak cucu Rasulullahs.a.w. Malah inilah tuntutan Islam yang yang sebenar sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Syura (42:23) “Katakanlah:Aku tidak meminta kepadamu suatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga (ku)” dan sabda Rasul s.a.w: “Sesiapa yang mati kerana mencintai keluarga Muhammad (Ali-Muhammad), maka dia mati sebagai seorang syahid (al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, iv, hlm. 220). Dan sabdanya: Cintailah keluargaku kerana mencintaiku” (al-Tumudhi, Sunan vi, hlm.622, al-Hakim, al-Mustadrak baina al-Sahahayni, iii,163). Dan kembalinya mereka kepada Syiah adalah kembali kepada sejarah awal mereka yang bermula pada abad ke sembilan Masihi  atau abad ke tiga Hijrah di Alam Melayu.(Ibid).

Hampir dua belas abad yang lalu, mereka telah berpegang kepada mazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah. Ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana sejarawan. Mungkin kedatangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di Perlak secara besar-besaran adalah hampir satu abad kemudian (Ibid). Dan kini pula kedatangan fahaman Wahabi yang sedang mengambil tempat Ahli Sunnah Wal-Jam‘ah di Malaysia bagi menguasai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dari golongan Asya‘irah di dalam “fatwa politik” dan lain-lain.

Justeru Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang berpegang kepada teologi Abu al-Hasan al-Asy‘ari semakin hilang pengaruh mereka dan sedang diganti dengan “Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah” yang berfahaman Wahabi dan mereka inilah yang memusuhi Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah. Justeru tidak hairan jika ada yang mengatakan: “Menjadi Syiah Ja‘fari itu adalah lebih baik kerana ia kembali kepada sejarah awal Islam di Alam Melayu selain ia mempunyai hujah yang kuat tentang kebenarannya daripada menjadi “Ahli Sunnah Wahabi” yang kontradiksi dengan akal yang sejahtera seperti pembongkaran kubur sahabat Rasulullah s.a.w bernama Hujur Bin ‘Adi di Syria (Farsnews 4/5/2013), pembakaran kubur sahabat Rasulullah s.a.w bernama Ja‘far al-Tayyar di Jordan (Farsnews 4/5/2013, memakan hati tentera Syria (al-‘Alamnews 18/5/2013) dan pemusnahan kubur nabi Ibrahim as di al-Riqqah, Syria dilakukan oleh Wahabi (al-‘Alamnews 30/5/2013) (Bandingkan kata-kata Imam Syafi‘i dengan teliti “Aku adalah Syiah di dalam agamaku”).

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~