Wednesday 28 August 2013

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menjelaskan bahawa pendirian bahawa pengikut mazhab Syiah merupakan ancaman negara adalah berikutan trend pengambilalihan kerajaan oleh Syiah di Timur Tengah.
“Adakah kita perlu terantuk baru terngadah?  Adakah kita mahu apa yang berlaku di Iraq dan Bahrain turut berlaku di sini?
“Di negara-negara tersebut polarisasi berlaku antara Syiah dan Sunni.  Ini diikuti oleh konflik antara dua kumpulan tersebut dan Amerika masuk campur dalam urusan dalaman negara tersebut,” kata Wan Junaidi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa pengikut Syiah mengancam keselamatan negara.
“Ancaman keselamatan ini lebih daripada yang kita tahu menerusi media, biar saya kata ajaran ini harus disekat dari awal bimbang berlaku seperti di beberapa negara di Asia Barat dan Asia Selatan hingga tercetusnya perpecahan.
“Malah, darah selain daripada mazhab mereka adalah halal dan mereka boleh lakukan apa sahaja terhadap penganut agama lain yang tidak ikut mazhab mereka,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa di pejabatnya pada bulan lalu.
Wan Junaidi menambah bahawa amalan pengikut Syiah akan bermula secara keagamaan pada peringkat awal dan berkembang menjadi militan.
Beliau bagaimanapun beliau  tidak menjelaskan sebarang bukti nyata berkenaan dengan ancaman Syiah kepada keselamatan negara pada waktu ini.
Isu Syiah hangat diperkatakan sejak dua bulan lalu apabila Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mengumumkan untuk mewartakan fatwa anti-Syiah sebagai enakmen jenayah syariah.
Ekoran itu semua negeri lain turut mewartakan fatwa tersebut sebagai undang- undang syariah.


0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~