Tuesday, 30 July 2013





Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) -Timbalan Urusan Forum Antarabangsa Pendekatan Mazhab Islam, Hujjatul Islam Hamid Allamul Huda menyatakan tentang toleransi dalam kehidupan beragama di Iran dan propaganda palsu musuh yang menentang perpaduan umat Islam. Beliau yang terlibat secara langsung dalam kegiatan pengikut Ahlu Sunnah Iran, mengatakan, “Oleh kerana revolusi Islam Iran merupakan sebuah revolusi budaya dan spiritual, ianya juga menaruh perhatian khusus kepada komuniti dan ulama Ahlu Sunnah di Iran.”

Dalam wawancaranya dengan pejabat Agensi Berita Taghrib (ABT), Hujjatul Islam Allamul Huda menjelaskan secara panjang lebar tentang keadaan semasa Ahlu Sunnah di Iran secara umum. Berikut ini petikan wawancaranya:

(Agensi Berita Taghrib): Kami tertarik untuk mendapatkan penjelasan anda tentang keadaan Ahlu Sunnah di Iran secara umumnya dari berbagai dimensi. Bolehkah anda menceritakannya kepada kami?

(Hujjatul Islam Allamul Huda): Meski pun adanya berbagai propaganda palsu dari negara-negara asing, Ahlu Sunnah Iran sama sekali bukanlah komuniti yang terpisah dengan saudara mereka, Syiah. Mereka sebagai warga negara Iran, memiliki hak-hak yang diakui dan diperuntukkan dengan jelas oleh undang-undang Iran. Majoriti Ahlu Sunnah Iran tinggal di wilayah Sistan-Baluchestan dan sebelum kemenangan revolusi Islam, jumlah sekolah di daerah itu sangat sedikit, namun kini lebih dari 200 sekolah dan madrasah melakukan kegiatannya di wilayah tersebut. Ini merupakan berkat dari revolusi Islam dan kegiatan itu diselaraskan oleh masyarakatnya sendiri melalui sokongan dan bantuan kerajaan. Jika tanpa sokongan itu, tentu saja sekolah-sekolah tersebut tidak pernah dibangunkan.

Di masa lalu, masyarakat di wilayah Sistan-Baluchestan pergi ke Pakistan untuk melanjutkan pendidikannya, tapi sekarang semua telah dipercukupkan bahkan pelajar-pelajar dari negara lain seperti Afghanistan dan Tajikistan datang untuk menimba ilmu agama di daerah itu. Di Kurdistan juga demikian, komuniti Ahlu Sunnah sebelum kemenangan revolusi Islam, juga berangkat ke Kurdistan Irak untuk menuntut ilmu pengetahuan. Namun kini keperluan mereka juga telah dipenuhi baik dari segi sarana mahupun tenaga pengajar. Pemerintah Republik Islam Iran menerapkan prinsip yang sama terhadap pengikut Syiah dan Ahlu Sunnah. Mereka sama-sama diberi anggaran untuk kegiatan pendidikan dan kami juga ikut serta dalam bidang ini.

Sebelum kemenangan revolusi Islam, perempuan tidak begitu diperhatikan dalam urusan agama dan mazhab. Di masjid-masjid bahkan tidak ada tempat khusus untuk perempuan mendirikan shalat. Akan tetapi, kini telah ada hawzah ilmiah khusus untuk perempuan di kalangan Ahlu Sunnah dan mereka memfokuskan diri untuk menimba ilmu berdasarkan ajaran mazhabnya. Fenomena terbuka dan kebebasan ini sepenuhnya ada dalam sistem Republik Islam Iran. Sebuah realiti yang dapat disaksikan dari dekat dan juga patut ditampilkan.

(Agensi Berita Taghrib): Menurut Anda, apa tujuan propaganda media-media asing yang menafikan kebebasan mazhab Ahlu Sunnah di Iran?

(Hujjatul Islam Allamul Huda): Isu-isu tersebut sengaja dihembuskan oleh musuh. Mereka kadang kala memperluaskan propagandanya dengan menyatakan bahwa Ahlu Sunnah di Iran berada di bawah kekangan dan tidak mempunyai kebebasan, namun perlu dicatat bahawa undang-undang dikuatkuasakan di Iran. Semua kegiatan harus dilakukan dalam rangka undang-undang dan semua warga negara mempunyai kedudukan yang sama di mata undang-undang. Misalnya, jika ingin membangunkan sebuah pusat kegiatan, maka sudah tentu perlu mendapatkan izin rasmi dari pihak berkuasa, dan ini juga berlaku di negara-negara lain.

Pemerintah tidak pernah melarang komuniti Ahlu Sunnah untuk melakukan kegiatan dan menjalankan mazhabnya. Mereka mempunyai kebebasan yang diakui oleh undang-undang. Media-media Barat hanya terdaya mengatakan bahawa pemerintah Iran tidak memberi kebebasan kepada kelompok Ahlu Sunnah dan tidak mengakui hak-hak mareka. Itu semua hanya propaganda Barat untuk mengadu domba dan memecah belah umat Islam. Pemerintah tidak pernah menghad atau mengekang mareka, melainkan menuntut semua pihak melakukan kegiatannya dalam kerangka undang-undang.

(Agensi Berita Taghrib): Sejauh mana Ahlu Sunnah Iran dapat terlibat dalam kancah budaya, sosial dan politik dalam negeri?

(Hujjatul Islam Allamul Huda): Mereka adalah Muslim dan juga warga negara Iran. Bancian rasmi tidak menanyakan mazhab mereka, sama seperti warga Iran yang lain. Mereka bebas memilih tempat untuk belajar dan melakukan aktiviti di pusat-pusat ilmiah di Iran. Kini 20 anggota parlimen Iran berasal dari kelompok Ahlu Sunnah. Mereka juga memegang sejumlah jawatan penting di berbagai kota. Oleh karena itu, sama sekali tidak ada larangan yang dapat menghalang kegiatan mereka. Pandangan negara, undang-undang dan Pemimpin Besar Revolusi Islam Ayatullah al-Udzma Sayid Ali Khamenei adalah, Ahlu Sunnah merupakan Muslim dan saudara kita. Mereka juga harus memiliki hak-hak yang sama di mata undang-undang.

(Agensi Berita Taghrib): Bagaimana hubungan universiti Ahlu Sunnah Iran dengan lembaga-lembaga pendidikan dunia Islam?

(Hujjatul Islam Allamul Huda): Hubungan politik antara berbagai pemerintah dan negara kadang-kadang menghadkan hubungan dan kerjasama di bidang budaya dan pendidikan. Batasan ini tidak hanya untuk Ahlu Sunnah, Hauzah Ilmiah Qom juga menginginkan adanya hubungan dan kerjasama dengan Universitas Al Azhar Kaherah. Kami ingin ada kelas yang dibuka untuk komuniti Syiah di universiti tersohor itu. Di Hawzah Ilmiah Qom, ada kelas yang diprioritikan untuk pengikut Ahlu Sunnah, sebagaimana juga terdapat di Universiti Mazhab Islam di Tehran dan Universitas Agama di Qom. Mereka menjadi tenaga pengajar di lembaga-lembaga tersebut.

Kita perlu memisahkan antara masalah budaya dan isu politik. Namun kita hidup di sebuah dunia di mana masalah ekonomi kadang kala mempengaruhi juga masalah politik, demikian pula dengan masalah budaya. Kami menilai positif hubungan dan kerjasama dunia Islam dalam bidang pendidikan dan universiti. Jika masalah ini diperhatikan, tentu kita dapat membangun hubungan yang lebih luas dan kukuh.

(Agensi Berita Taghrib): Bolehkah anda jelaskan tentang kegiatan Forum Internasional Pendekatan Mazhab-mazhab Islam dalam mewujudkan pendekatan mazhab dan kesepahaman di antara para pengikutnya di Iran.

(Hujjatul Islam Allamul Huda): Kami telah menganjurkan sejumlah seminar dan latihan pendidikan untuk komuniti Ahlu Sunnah dan Syiah di berbagai daerah di Iran. Kegiatan ini sangat berkesan dalam mencipta kesepahaman satu sama lain dan juga membina interaksi. Kami juga menyelenggarakan program latihan untuk tenaga pengajar dan penggiat budaya baik Syiah maupun Ahlu Sunnah. Mereka mengikutinya secara bersama-sama dalam program-program tersebut. Kedua-dua pihak dapat lebih mengenal antara satu sama lain dan membangun kesefahaman.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~