Monday, 29 July 2013

Bukan Semua Syiah Sesat

Posted by Unknown On 00:20 No comments
Bukan semua syiah adalah sesat. Ulama' mengiktiraf 2 mazhab sahaja di kalangan syiah iaitu Syiah Imamiyyah Ja'fariyyah ( syiah imam 12 ) dan Syiah Zaidiyyah.
Hanya pihak tertentu sahaja yang tidak ingin melihat perpaduan antara umat islam. 

Cuba baca artikel yg di petik di TheMalaysianInsider.

Bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie.
Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah.
“Kita tidak menolak ada fahaman Syiah ini yang dianggap terkeluar dari Islam. Ini kerana ajaran Syiah yang hangat diperkata memang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sanggup mengkafirkan rakan seagama,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. 
Seorang ahli akademik dari sebuah universiti tempatan yang terlibat dalam kajian ketamadunan menyifatkan isu Syiah hangat diperkatakan berikutan krisis di Timur Tengah yang belum menemui jalan penyelesaian.
Jika isu itu terus diperbesarkan di Malaysia, katanya, tidak mustahil negara juga bakal berdepan kemelut perang saudara, malah mungkin mengheret kaum lain yang tidak terlibat dalam isu itu.
“Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Mohamed Morsi, diskriminasi kaum  berlaku kepada penganut Kristian dan Syiah di sana. Empat orang berfahaman Syiah dibunuh dengan kejam dalam insiden itu,” katanya.
Ahli akademik itu menganggap serangan terhadap Syiah di negara ini disebabkan pengaruh golongan Salafi yang membenci golongan berkenaan walaupun mereka tidak mencetuskan huru-hara dalam negara.
Katanya, antara sebab kerajaan Kedah menggunakan pendekatan mengharamkan Syiah di negeri itu kerana bimbang provokasi tercetus antara pengikut Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri berkenaan.
“Kerajaan Kedah ambil pendekatan itu kerana kebanyakan penduduknya bukan berpendidikan tinggi. Maka dikhuatiri jika ada pihak yang cuba mulakan provokasi, pergaduhan sesama Islam boleh tercetus.
“Ini berlainan situasinya seperti di Kuala Lumpur, ketegangan mungkin dapat dielak jika dua kumpulan berkenaan saling mengawal sensitiviti dan emosi masing-masing,” katanya.
Berdasarkan sejarah, pensyarah itu berkata pengembangan Syiah di Nusantara agresif pada abad ke-20 di Pasai dan Perlak, malah merebak ke Istana Siam pada abad ke-17 berikutan wujudnya pemakaman di Pattaya.
Jika kerajaan telus untuk menyelesaikan isu Syiah, katanya, ketua mereka atau lebih dikenali sebagai ‘Usuli’ perlu didekati dan pendekatan musyawarah dilakukan.
“Jika kerajaan terus mengancam Syiah menggunakan pendekatan menangkap atau beri kaunseling langsung, ditakuti mereka akan berpura-pura dalam penampilan dan akidah bagi mengelak diri diancam atau dikenal pasti.
“Lebih mengejutkan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Mei lalu menggesa umat Islam seluruh dunia tanpa mengira fahaman Sunni atau Syiah supaya berdamai, berhenti berbalah dan berbunuhan sesama sendiri.
“Awal minggu ini, Dr Mahathir menggesa negeri yang belum mewarta fatwa anti Syiah, patut berbuat demikian dengan mengambil kira bahawa fahaman itu hanya membawa kesan negatif dan memecah belah ummah,” katanya.
Selasa lalu, agensi berita nasional, Bernama melaporkan kerajaan Terengganu akan mematuhi pewartaan fatwa anti-Syiah walaupun negeri itu bebas dari pengaruh fahaman atau ajaran itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata laporan mendapati isu Syiah di negeri itu di peringkat terkawal.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man, berkata fatwa pengharaman Syiah di negeri itu sudah diumum sejak beberapa tahun lalu. - 25 Julai, 2013.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~