Wednesday 31 July 2013

Hampir setiap hari penganut mahzab Syiah di Malaysia diserang di negara ini.
Belilah akhbar-akhbar berbahasa Melayu, semua wajib mempunyai cerita kesesatan Syiah dan bahaya mahzab utama di Republik Islam Iran itu.
Akhbar Sinar Harian hampir setiap hari mempunyai laporan khas mengenai mazhab Syiah seperti pencanggahannya dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, cara mereka solat, ketaksuban mereka kepada ahli keluarga Nabi Muhammad dan pelbagai lagi.
Pendek kata seperti tiada masalah lain di Malaysia, Syiah lah musuh utama negara.
Sedangkan apa yang kita baca di akhbar, peningkatan jenayah yang berleluasa di Malaysia.
Isnin lalu, Pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara.
Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis anti jenayah yang juga Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.  
Namun, akhbar berbahsa Melayu tidak menjadikan isu jenayah sebagai perbincangan utama.
Orang-orang Melayu mungkin terlalu jahil dan hanya menerima dan sebab itulah akhbar-akhbar ini terus memainkan isu ini.
Provokasi-provokasi anti Syiah tanpa henti akhirnya menyebabkan satu lagi jenayah berlaku.
Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung ancaman bunuh terhadap dirinya yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.


Abdullah berkata, dia terpaksa membuat laporan itu setelah menerima ugutan dan ancaman itu setelah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhd Amirul Roshid berkongsi gambar dan maklumat mengenai dirinya dalam Facebook Gerakan Anti Syiah Malaysia.


“Pemilik akaun tersebut telah menuduh saya seorang yang sangat aktif menyesatkan masyarakat Kedah khususnya pemuda-pemudi Kedah dan menghasut masyarakat supaya membenci orang Islam lain yang mengamalkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah," katanya.


“Saya memandang bahawa tuduhan ini adalah amat berat dan sama sekali tidak berasas. Ingin saya tegaskan dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut kerana tidak menepati realiti dan saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam-peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Pendang.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menggesa kerajaan Malaysia untuk mengadakan sidang khas Parlimen bagi menyelesaikan masalah jenayah yang semakin meningkat dalam negara.
Beliau berkata, jaminan diberikan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mampu meredakan kebimbangan rakyat kerana pasukan polis dilihat seperti sudah hilang kawalan.
Tepuk dada tanya selera. Yang mana lebih utama? Memerangi jenayah atau menghapuskan Syiah?
Mungkin juga oleh kerana orang Malaysia terlalu sibuk memerangi Syiah menyebabkan jenayah berleluasa? – 31 Julai, 2013.



0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~