Tuesday, 30 July 2013

Disini saya menyediakan fakta-fakta yang tidak diketahui oleh masyarakat dunia tentang peperangan yang belaku di Syria. Baca lah, hanya mengambil beberapa minit sahaja. Saya tahu, masyarakat kurang minat untuk membaca, tetapi demi isu ini, bacalah. Fakta ini membolehkan kita tidak tersalah langkat atau memfitnah orang lain.

Janganlah kita seolah-olah mengambil pendekatan menuduh apatah lagi memfitnah padahal sebenarnya diri sendiri tidak pernah mendapat atau memperoleh info yang secukupnya. Pendek kata, diri itu jahil, tapi ada hati ingin menuduh sewenang-wenangnya. Kaji dahulu, dapatkan info dari pelbagai sudut/pelbagai pihak. Jangan terlalu terikat dengan info yang hanya datang dari satu pihak sedangkan info di pihak yang berlawana tidak kita peroleh dan kaji. 

Kita juga harus  check dan balance segala input yang kita peroleh selama ini. Saya takut tanpa sedar, rupa-rupanya kita menzalimi diri kerana tidak berlaku adil pada diri sendiri sebenarnya. Saya ingin menasihati pada pembaca dan juga saya, hati-hatilah dari terus mengambil sesuatu pendirian tanpa selidik, terutama yang membabitkan hukum-hukum Allah.



Baca lah artikel yang saya sediakan ini : 

Israel amat bimbang dengan kerjasama ketenteraaan yang terjalin antara Iran, Syria, Lebanon dan Palestin yang dilihat sebagai ancaman atas negara haram Yahudi itu. Mereka telah bersungguh-sungguh membuat perancangan untuk putuskan hubungan kerjasama ini. Rancangan ini telah didedahkan dalam laman web rasmi Israel. Sila baca laman web berikut




Kerajaan Syria adalah dari golongan Syiah Alawi yang tidak sehaluan dengan Iran dan Hezbollah yang bermazhab Syiah Imamiah juga tidak sama dengan tentera Hamaz di Palestin yang bermazhab Ahlul Sunnah. Namun begitu mereka semua bersatu atas nama Islam demi membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa daripada cengkaman Yahudi Laknatullah. 


Iran telah membekalkan senjata kepada Syria untuk disalurkan kepada pejuang-pejuang Islam di Lebanon dan Palestin seperti yang diakui sendiri oleh media barat.




Atas sebab itulah mereka berusaha keras untuk hancurkan kerjasama ini dengan membangkitkan peperangan mazhab Sunni Syiah di negara-negara tersebut. 


Perpaduan umat Islam Sunni dan Syiah yang terjalin ini benar-benar telah melemahkan mereka dan mengancam kedudukan mereka di bumi Palestin. Buktinya tentera Hezbollah di Lebanon berjaya mengusir Israel dari selatan Lebanon pada tahun 2006.





Kejayaan demi kejayaan yang dinikmati dalam peperangan dengan Israel hasil bantuan Iran menyebabkan pemerintah Iran lebih disanjungi daripada pemerintah Arab Saudi. Oleh itu kerjasama ini membahayakan Arab Saudi pada masa yang sama. Kehilangan pengaruh ini boleh menjejaskan kedudukan pemerintahan mereka. Jika mereka tidak berhati-hati dinasti mereka juga akan jatuh seperti jatuhnya dinasti sebelum ini.


Atas sebab itulah Arab Saudi , Amerika , Eropah dan Israel bersatu untuk memerangi Iran, Syria dan Hezbollah di Lebanon. Hinggakan akhirnya Arab Saudi melalui Qatar telah membantu peperangan di Syria untuk turut sama menumbangkan kerajaan Syria.



Apabila wanita dan anak-anak kecil terbunuh dalam peperangan ini mereka besar-besarkan isu ini dengan mengatakan kerajaan Syria sedang membunuh rakyatnya sendiri dengan kejam sekali. Mereka cuba membangkitkan emosi umat Islam seluruh dunia merestui perbuatan mereka menyerang Syria. Pelajar-pelajar agama dari seluruh dunia yang belajar di negara-negara Arab diajar dengan berita-berita ini supaya bila mereka pulang ke negara masing-masing menyebar pula berita ini.

Jika benarlah kerajaan Syria pimpinan Bashar Al Asad telah membunuh puluhan ribu rakyat negaranya sejak 15 Mac 2011 bagaimana parti politiknya boleh menang besar dalam pilihanraya yang dibuat pada 7 Mei 2012 ? Berita ini tidak dihebohkan oleh media barat dan Al Jazeera kerana ia akan membongkar penipuan mereka mengenai kerajaan Bashar Al Assad.

Parti politik Bashar Al Asad telah memenangi 168 kerusi dan pembangkang hanya menang 5 kerusi sahaja.

Ini membuktikan peperangan yang bermula di Syria sejak 15 Mac 2011 bukanlah peperangan yang dicetuskan oleh majoriti rakyat Syria tetapi daripada golongan minority yang tidak sampai 5% peratus yang dibantu oleh tentera luar tajaan Amerika, Eropah, Arab Saudi dan Qatar. Sila rujuk pada laman Wikipedia mengenai keputusan pilihanraya 2012 di Syria.



Atas sebab itulah Russia dan China sentiasa menghalang campurtangan Amerika, Eropah, Arab Saudi dan Qatar atas isu Syria. Tetapi sayangnya ramai umat Islam tidak mengetahui perkara ini.


Fitnah demi fitnah disebarkan melalui media barat dan Al Jazeera yang berpusat di Qatar. Akhirnya semakin ramai umat Islam yang mulai terpengaruh dengan khabar palsu ini hingga menyokong kepada peperangan yang dilancarkan ke atas kerajaan Syria.


Bukti lain kerjasama antara Kerajaan Arab Saudi dan Amerika dapat dilihat daripada pengakuan Amerika sendiri iaitu kerajaan Arab Saudi telah membelanjakan sebanyak USD60 ribu juta untuk membeli senjata daripada Amerika Syarikat.




Jika Arab Saudi adalah musuh Israel sudah tentu Amerika tidak akan bekalkan senjata sebanyak itu kepada Arab Saudi. Dan tujuan penjualan senjata itu telah dinyatakan secara jelas ialah untuk peperangan dengan Iran (termasuklah ke atas Syria dan Lebanon yang mempunyai hubungan dengan Iran).


Peperangan yang sedang berlaku di Syria adalah sebahagian daripada fitnah yang sedang terjadi sebelum kemunculan dajjal. Kerjasama dan fitnah ini akan berjaya mempengaruhi majoriti umat Islam di seluruh dunia hinggakan mereka merestui pembunuhan ke atas saudara mereka di Syria, Lebanon dan Iran. Mereka menjadikan mazhab sebagai alasan sedangkan tujuan utamanya adalah sebab politik, kerakusan kepada kekuasaan dan hasil bumi Arab yang kaya dengan minyak.


INSYAALLAH pada bulan Zulhijjah tahun 2015 nanti tentera pakatan Iran, Syria dan Lebanon akan berjaya menawan Jerusalem dan membebaskan Masjidil Aqsa daripada cengkaman Yahudi Laknatullah. Tentera Arab yang bersatu dengan tentera Israel, Amerika dan Eropah akan mengalami kekalahan. 

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~