Pembohongan bahawa Tidak Ada Masjid Sunni di Iran/Tehran
Malang sekali, hari ini terdapat beberapa 'ustaz'/'ulama' yg membuat banyak pembohongan terhadap Iran dan Syiah, demi untuk menghancurkan perpaduan umat Islam. Mereka lebih teruk dari Yahudi dalam pembohongan dan propaganda mereka.
Mereka mengatakan bahawa kononnya:
- Tidak ada masjid Sunni di Iran/Tehran.
- Tidak ada kerusi untuk Sunni di dalam Parlimen Iran sedangkan Yahudi dan Kristian diberikan kerusi.
- Dan pelbagai lagi tuduhan lain.
Mari kita mulakan dengan nama Allah dan mari kita tunjukkan realiti Iran bagi mendedahkan pembohongan2 ustaz2 dan ulama2 ini. InsyaAllah.
Masjid Tidak Syiah Tidak Sunni, tetapi ia adalah hanya Rumah Allah
Terdapat penekanan yang besar terhadap perpaduan Sunni-Syiah di Iran, dan Imam Khomeini adalah penyokong terbesar kepada perpaduan ini.
- Perlembagaan Iran dan Imam Khomeini sangat jelas menyatakan bahawa melabel Masjid sebagai kepunyaan Syiah atau Sunni adalah satu bentuk perpecahan kepada perpaduan umat Islam. Adalah satu tindakan yg dikecam untuk menyatakan bahawa ini adalah Masjid Syiah atau itu adalah Masjid Sunni. Tidak. Semua masjid adalah hanya untuk Allah.
- Undang2 Iran menyatakan:
Jika terdapat kawasan di mana majoriti adalah Syiah, maka Sunni diminta untuk solat di belakang Imam Syiah. Manakala kawasan2 yang mana Sunni adalah majoriti, di situ Syiah diminta untuk pergi ke masjid Sunni yang sama dan solat dibelakang Imam Sunni dan mereka tidak dibenarkan untuk membuka mana2 masjid baru yang berasingan.
Mungkin ada segelintir yang menyeleweng dari peraturan ini, tetapi kira-kira 80-90% mengamalkan peraturan ini dan Syiah harus solat di belakang Imam Sunni.
Malah Ayatullah Khamenei dan kesemua Mujtahid Syiah , mereka sendiri solat beberapa kali di belakang Imam Sunni tanpa apa2 masalah.
Pesanan :
Harus ingat, anda tidak seharusnya membandingkan situasi di Iran dengan Arab Saudi. Kerana kerajaan Saudi adalah hipokrit. Tidak ada masjid Syiah di Mekka mahupun di Madinah dan juga kebanyakan bandar2 lain di rab Saudi. Namun, tidak juga Salafi di kawasan Syiah diminta utk solat di belakang Imam Syiah, sebaliknya mereka melayan Syiah sebagai makhluk kotor. Namun 'ustaz2' 'ulama2' tadi itu tidak pula membangkitkan kelakuan buruk regim Saudi ini terhadap Syiah
Keadaan Masjid-Masjid di Pakistan
-Di setiap jalan di Pakitan, anda akan temui sekurang-kurangnya 3-4 Masjid.
-Masjid pertama adalah milik Ahlehadis. 10 meter dari situ ada lagi masjid dan masjid itu milik Deobandi. 25 meter dari situ terdapat lagi masjid , dan itu milik Muslim Barailwi. Dan 10 meter lagi dari situ terdapat masjid Syiah.
-Apakah bagus untuk memiliki 3-4 masjid yang berbeza (Rumah Allah) di setiap jalan? Adakah ini akan menuju ke arah perpaduan umat Islam?
-Dan keadaan paling teruk adalah di Eropah, di mana di Hamburg (Jerman) terdapat tiga masjid berbeza dalam satu bangunan yg sama. Orang2 Kristian mengetawakan keadaan ini.
IRAN : Terdapat 10 000 Masjid Ahlus Sunnah di Iran di mana Imam Sunni mengetuai Solat
Orang-orang fasiq kerap kali datang dengan pelbagai tuduhan palsu demi menghasut dan mencetus kebencian sesama Muslim. Sedangkan Allah telah menetapkan bahawa sekiranya seorang Fasiq datang kepadamu dengan membawa berita, hendaklah kamu menyiasat berita tersebut. Realitinya adalah:
- Terdapat 70 000 buah Masjid di Iran.
- Di mana 10 000 buah darinya Imam Sunni mengetuai solat.
- Ini bermakna, bagi setiap 500 orang sunni, terdapat sebuah masjid di Iran, manakala bagi setiap 1100 orang Syiah, terdapat satu masjid sahaja.
Undang2 Iran menyatakan, bahawa tidak ada Masjid Syiah mahupun Masjid Sunni, tetapi semua Masjid adalah Rumah Allah. Kawasan di mana orang Sunni adalah majoriti, di situ orang Syiah tidak dibenarkan membuka masjid berasingan mereka sendiri, sebaliknya mereka harus pergi dan solat di belakang Imam Sunni, dan begitu juga sebaliknya. Mungkin ada di beberapa kawasan yg menyeleweng dari peraturan ini, tetapi apakah ada tempat di dunia yang mana peraturan diikuti oleh semua orang 100%? Secara amnya, Syiah tidak ada masalah apa pun untuk solat di belakang Imam Sunni di Iran, begitu juga sebaliknya.
Rujukan artikel undang2 lengkap tentang perkara ini. Sila ke sini : http://www.jahannews.com/vdcevx8e.jh8epi9bbj.html
Mudah-mudahan selepas ini kesemua tuduhan2 dan pembohongan2 orang2 Fasiq akan terhenti. InsyaAllah.
Malah di masjid Eropah, Sunni dan Syiah solat bersama. Imam Iran selalu terbang ke Eropah dan Imam Sunni turut datang mengimami solat Jumaah. Tidak ada masalah antara hubungan Sunni-Syiah di sini.
Saksi: Syiah Iran mempunyai Hubungan Mesra dengan Sunni Iran dan Berfikiran Positif terhadap Mereka.
Mengenai isu Sunni-Syiah di Iran, survey PCO (Center for Public Opinion (Amerika)) mengatakan :http://www.terrorfreetomorrow.org/upimagestft/TFT%20Iran%20Survey%20Report%200609.pdf
Syiah Muslim di Iran Berfikiran Positif terhadap sedara Sunni, Kristian, Amerikans dan lain2.
….rakyat Republik Islam Iran,yang mana 87% dari mereka yang menyertai survey ini mengenalkan diri sebagai Syiah, melihat kedua saudara Muslim Sunni dan Kristian mereka dengan pandangan yang sangat2 positif - hanya 8% saja yang menyatakan sebaliknya.
Maka, Syiah Iran tidak sesekali membenci sedara Sunni mereka, dan satu2nya makhluk yang penuh dengan kebencian dan pembohongan adalah ulama2 Takfiri yg ekstremis.
Perlembagaan Iran mengenai Islam dan Perbezaan Fiqh (Mazhab)
- Artikel 11 (Perpaduan Prinsip Islam)
Selari dengan ayat suci Al-Quran, "Sesungguhnya umatmu ini adalah umat yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku [21:92], semua umat Islam bersatu membentuk sebuah negara, dan kerajaan Republik Islm Iran mempunyai tugas untuk menyelaraskan dasar2 umum supaya ia dapat menyemai rasa persaudaraan dan perpaduan di kalangan umat Islam, dan ia mesti sentiasa berusaha untuk membawa perpaduan politik, ekonomi, dan budaya dunia Islam.
- Artikel 12 (Agama Rasmi)
Agama rasmi Iran adalah Islam dan (mazhab rasminya adalah) Ja'fari (Syiah Imamiyah) dan prinsip ini akan kekal selamanya tidak berubah. Mazhab-mazhab Islam lain diberi kebenaran sepenuhnya (utk diamalkan). Dan pengikut2 mereka bebas untuk beramal sesuai dengan mazhab masing2 dan melaksana ritual agama mereka. Mazhab-mazhab ini menikmati status rasmi dalam hal2 berkaitan dengan pendidikan agama, hal ehwal status peribadi (seperti perkahwinan, perceraian, warisan, dan wasiat) dan tindakan undang2 yang berkaitan di mahkamah.
Di kawasan2 negara ini di mana muslim yang mengikut mazhab tertentu adalah majoriti, undang2 tempatan, dalam lingkungan bidang kuasa majlis tempatan, harus mengikuti peraturan mazhab tersebut tanpa melanggar mana-mana hak pengikut mazhab2 lain.
Artikel 11 adalah mengenai Islam.
Empat mazhab Ahlu Sunnah secara rasminya diiktiraf di Iran bersama-sama dengan mazhab Syiah.
Artikel 12 adalah mengenai Undang-Undang Agama rasmi negara, yang berdasarkan kepada fiqh Ja'fari, tetapi ini hanya termaktub di kawasan di mana Syiah adalah majoriti.
Namun, di kawasan di mana Ahlu Sunnah adalah majoriti, maka undang2 agama rasmi di kawasan itu akan berdasarkan kepada mazhab Ahlus Sunnah dan minoriti Syiah harus mengikut undang2 Ahlus Sunnah di kawasan itu.
Universiti Ahlu Sunnah Al-Azhar membuka kolejnya di Iran
Kesemua mazhab Ahlu Sunnah yang empat (Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali) adalah diiktiraf di Iran. Kerajaan Iran telah memperkenalkan semua mazhab ini (bersama2 dgn mazhab Ja'fari) di universiti-universiti mereka. Anda boleh membuat PHD mana2 Fiqh Sunni di universiti2 Iran.
Tambahan pula, kerajaan Iran telah menjemput Universiti Mesir Al-Azhar untuk membuka cawangangan mereka di kota Tehran (mereka yang menyebarkan propaganda palsu bahawa tidak ada masjid Sunni di Tehran harus membaca berita ini baik2, dan ber TAUBAT kerana menyebarkan propaganda yg penuh dengan kebohongan itu.
TEHRAN (FNA) - Universiti Mesir Al-Azhar, adalah salah satu dari institusi Islam paling berprestij, sedang berkira2 untuk membuka sebuah cawangannya di Iran.
"Sheikh Mohammad Sayyid Tantawi, ketua universiti Al-Azhar telah menyambut positif permintaan pihak berkuasa Iran untuk membuka sebuah cawangan universitinya di Tehran dan beliau berkata sedang menimbangkan cadangan itu,"
Tantawi menerima jemputan dari pihak berkuasa Tehran untuk membuka sebuah institusi yang berhubung dengan Al-Azhar untuk mengajar doktrin Sunni di ibu kota Iran itu.
"Delegasi Iran yg diketuai oleh Seyed Hossein Rajabi telah melawat Sheikh (Tantawi) di Al-Azhar tiga hari yang lalu,"
"Mereka bersama-sama telah setuju akan keperluan untuk membawa pengalaman mengajar di Al-Azhar ke Iran, untuk memperomosikan budaya kerjasama dan pertukaran profesor dari pihak universiti-universiti agama antara Keherah dengan Tehran".
Ulama2 Takfiri Berbohong kononnya Tidak Ada Ahli Parlimen Sunni di Iran
Di sini adalah link BBC (note : BBS sangat memusuhi Iran). Tetapi BBC ini memberi kepastian bahawa terdapat 18 orang ahli parlimen Sunni di Iran. Yahudi dan Kristian mendapat kerusi ini sedangkan mereka adalah minoriti, manakala sedara Sunni tidak dianggap sebagai minoriti tetapi sebagai sedara Seislam di Iran. Mungkin terdapat masalah2 kecil, tetapi di bumi manakan segalanya ideal 100%?
Kesimpulan:
Quran menyeru agar kita menyemak berita dari orang2 yg Fasiq. Ini adalah penting bagi memastikan usaha musuh2 Islam untuk memecah-belah pepaduan umat Islam menemui kegagalan. InsyaAllah.
***Tulisan ini diterjemah dari http://www.wilayat.net/attachments/article/181/No_Sunni_Mosques_Iran.pdf
kata siapa di taheran ada masjid sunni, lihat orang2 besar yang bersaksi disini -> http://www.gensyiah.com/buku-putih-madzhab-syiah-berkata-dusta-ada-9-masjid-sunni-di-teheran.html
ReplyDeletekamu boleh tipu orang yang tidak pernah ke pakistan dan iran.
ReplyDeletesaya adalah seorang pelajar yang sedang belajar di pakistan, kenyataannya mubungan mesra mereka adalah palsu! (sehingga sekarang, sekurang-kurangnya 2 orang ustaz sy, telah dibunuh oleh golongan syiah). dan saya mempunyai beberapa teman rapat dari ahli sunnah iran. beliau pernah bersumpah bahawa tidak ada satu masjid pun di teharan. terakhir adalah pada tahun 2006 ada sebuah musolla kecil di dalam rumah orang sunni di tehran (imamnya adalah teman karib ustaz saya). tetapi setelah perkara ini diketahui oleh pemerintah syiah, maka mereka mengarahkan musolla itu dututup serta merta.
dengan alasan semua masjid adalah untuk semua golongan..... tp hakikatnya apabila ada ahli sunni yang solat di sana mereka akan di sakiti dan di halau keluar dari masjid itu.
ini sebuah fakta yang tak mungkin kamu dapat sembunyikan.
semoga allah memberi hidayat kepada mu!