Monday 29 July 2013




Al-Qur'an Sunni dan Syiah Tidak Ada Bezanya.


"Al-Qur'an yang digunakan oleh Ahlus Sunnah dan Syiah tidak memiliki perbezaan walausedikitpun, meskipun hanya satu huruf. Kerana pernyataan bahwa Al-Qur'an di sisi umat Syiah berbeza dengan yang digunakan dikalangan Ahlus Sunnah adalah pernyataan dusta dan bohong belaka."

Menurut Berita ABNA, Syaikh Ahmad Tayyib, dalam acara pembukaan Musabaqah Tilawatil Qur'an Internasional ke 19 di Kairo Mesir menyinggung adanya isu negatif yang dihembuskan kelompok pemecah belah Islam menyatakan, "Al-Qur'an yang digunakan oleh Ahlus Sunnah dan Syiah tidak memiliki perbezaan sedikitpun, meskipun hanya satu huruf. Kerana pernyataan bahwa Al-Qur'an di sisi umat Syiah berbeza dengan yang digunakan dikalangan Ahlus Sunnah adalah pernyataan dusta dan bohong belaka."
Rektor Universiti Al Azhar ini kemudian meminta kepada ulama-ulama kedua mazhab besar ini untuk menepis kabar dusta tersebut. Ia berkata, "Sangat disayangkan, saat ini banyak station TV yang menyiarkan acara-acara yang menyulut perselisihan, satu sama lain saling mengkafirkan. Tugas ulama-ulama Rabbani dari kedua mazhab besar Sunni dan Syiah adalah menunjukkan kebenaran dengan penuh hikmah dan memberikan bantahan terhadap kelompok-kelompok ekstrim tersebut."
Ulama Mesir ini kemudian menyatakan bahwa Al-Qur'an sesungguhnya adalah pemersatu antara Sunni dan Syiah, "Al-Qur'an diantara kedua mazhab besar ini sama, tidak ada perbezaan sama sekali, kerana sudah semestinya menjadi pegangan kita bersama untuk menjalin persatuan umat Islam."
"Al-Qur'an adalah jantung Islam, akal peradaban Islam dan satu-satunya sumber Islam yang diterima oleh semua kelompok Islam tanpa perbezaan sepanjang sejarah." Lanjutnya lagi.
DR. Ahmad At Tayyib dalam lanjutan ceramahnya mengatakan, "Allah Azza wa Jalla menjaga Al-Qur'an dari perubahan dan penyelewengan, bukan hanya umat Islam yang mengakui keterjagaan Al-Qur'an namun juga orientalis sendiri. Seorang orientalis Perancis pernah berkata, Al-Qur'an satu-satunya kitab langit yang tidak mengalami kecacatan walau sedikitpun  dan itu berlangsung sampai saat ini."

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~