Tuesday 30 July 2013



Britain telah gagal memujuk Kesatuan Eropah untuk meletakkan sayap bersenjata Hizbullah dalam senarai 'organisasi terroris'. Walaupun dengan semua tekanan yg dikenakan oleh Israel dan Amerika Syarikat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, para diplomat Eropah yg sangsi (dgn permintaan Britain) telah menolak untuk meluluskan tindakan itu yang akan merosakkan kepentingan Eropah di Lubnan dan dunia Islam secara keseluruhannya. 

Alasan yg digunakan oleh pihak London dalam rayuannya (utk menyenarai hitam Hezbollah) itu adalah pengumuman pada Februari lepas yg dikeluarkan oleh sayap kanan kerajaan Bulgaria, yg merupakan sekutu kuat Washington (US) dan Tel Aviv (Israel), bahawa dua daripada orang yg bertanggungjawab bagi serangan pengeboman di Lapangan Terbang Burgas, yg telah mengorbankan 5 orang pelancong Israel pada Julai 2012, "adalah dari kumpulan sayap bersenjata Hezbollah."

Tidak lama selepas itu, kerajaan korup Bulgaria telah digulingkan oleh satu pemberontakan popular dan ketua Sosialis Bulgaria yang baru menyatakan pada 5 Jun lalu bahawa 'petunjuk' kemungkinan Hezbollah di sebalik serangan itu adalah lemah, dan ini sahaja tidak akan memberikan justifikasi pada apa2 tindakan Kesatuan Eropah untuk menyenaraikan ia sebagai kumpulan terroris. 

Dari pihak Hezbollah pula, ia menafikan sebarang penglibatan dalam serangan Burgas itu. Beberapa pakar telah mendakwa bahawa setiap bukti ada petunjuk bahawa pengeboman itu sebenarnya adalah operasi 'false-flag' perkhidmatan perisikan Israel untuk mengasingkan Hezbollah, dan memberikan tekanan kepada Kesatuan Eropah untuk menyenarai hitam organisasi Lubnan itu.

Tambahan pula, tuntutan British itu bersifat hipokrit total kerana London telah menyeru agar membekalkan senjata kepada kumpulan teroris di Syria (yakni FSA), yg sebagiannya dikaitkan dengan Al-Qaeda dan mereka didapati bersalah melakukan kezaliman2 yang kejam. Pendirian ini, yang disokong oleh PM Britain, David Cameron dan FM William Hague, telah dikecam oleh pegawai2 atasan di Britain, termasuk Datuk Bandar London, Boris Johnson.

Jerman dan Perancis, yang sebelum ini menolak usaha Britain (menyenarai-hitam Hezbollah) kini, telah berubah pendirian. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius telah mengesahkan baru2 ini dalam mesyuarat "Friends of Syria" di Amman, bahawa Paris juga akan menyokong Britain, dan ini bukan satu perkara yg menghairankan kerana Yahudi Zionis, yang telah sekian lama mengawal dasar luar Perancis di bawah kerajaan Nicolas Sarkozy dan Francois Hollande, telah melipat-gandakan polisi permusuhan mereka terhadap Iran, Syria dan negara2 Muslim lain dengan kerjasama regim penyokong teroris yaitu Saudi Arabia dan Qatar. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Britain dan Perancis telah cuba untuk mempromosikan dasar neocolonial untuk mengawal beberapa bekas tanah jajahan mereka dan demi menubuhkan 'kerajaan perhambaan', seperti yg mereka lakukan di Libya.


Penentangan terhadap Rancangan British

Negara2 Eropah yang lain, walau bagaimanapun telah melahirkan penentangan mereka terhadap cubaan British itu demi mempertahankan kepentingan2 mereka di Lebanon, di mana Hezbollah bukan sahaja adalah sebuah parti dalam kerajaan, tetapi ia juga adalah wakil sah kepada sekurang-kurangnya satu pertiga dari populasi : komuniti Syiah. Di satu sisi yang lain, beberapa kerajaan lain juga berpandangan bahawa tindakan (British) itu akan meningkatkan lagi ketidakstabilan di Timur Tengah. Menteri Luar Itali, Emma Bonino berkata bahawa menyenarai-hitam sayap tentera Hezbollah akan memberi kesan2 tertentu kepada kestabilan Lubnan yg rapuh.

Tambahan pula, tindakan ini pasti akan menyulitkan lagi hubungan antara Kesatuan Eropah dengan Lebanon. Kemampuan syarikat2 Eropah untuk beroperasi di Lebanon akan mengalami kerosakan teruk.

Menurut Nidal Hemade, seorang kolumnis (penulis artikel) bagi laman web Arab saluran TV Al-Manar, kata-kata Fabius telah menyebabkan kegemparan di kalangan pegawai2 tentera Perancis, yang telah memberikan amaran terhadap kesan2 dari keputusan itu. "Apa yg akan dilakukan Perancis apabila menteri Lubnan melawat Paris?", seorang pegawai tentera Perancis berkata. Adalah penting untuk mengingat kembali hakikat bahawa kepentingan Perancis di Lubnan dan Timur Tengah adalah lebih besar daripada kepentingan Hezbollah di Perancis. Lubnan mempunyai lima pusat kebudayaan Perancis, yg mana merupakan jumlah terbesar di Timur Tengah.

Media Israel juga telah melancarkan sebuah kempen menentang negara2 seperti Irelan, Sweden, Finland, Poland dan Austria, menyalahkan negara2 ini atas kegagalan usaha British utk menyenaraikan Hizbullah dalam organisasi terroris. Sehingga kini, semua negara2 ini telah mengekalkan pendirian yang bebas dan tidak tunduk kepada tekanan dari Israel atau US.

Keputusan untuk menyenarai-hitam Hezbollah turut menimbulkan persoalan mengenai kehadiran pasukan pengaman PBB di Lubnan yang mewakili belasan negara2 EU (Kesatuan Eropah). Austria telah mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan 300 kekuatan pasukannya dari kontingen pengaman PBB di Golan Height, Syria, yang diduduki Israel secara haram sejak perang 1967, selepas EU menarik balik sekatan senjata terhadap terroris Syria.

Adalah jelas bahawa usaha pihak British dan Perancis (utk menyenaraikan Hezbullah dlm organisasi terroris) sebenarnya didorong oleh peranan Hezbullah dalam peperangan di Syria, dan bukannya atas tuduhan ia melakukan keganasan terrorisme. Dalam hal ini, Fabius berkata, "Memandangkan keputusan yg diambil Hezbollah dan hakikat bahawa ia berjuang habis-habisan (di Syria), saya mengesahkan bahawa Perancis akan mencadangkan agar sayap bersenjata Hezbollah dimasukkan dalam senarai organisasi terorris."

Melindungi Timur Tengah dari plot US-Israel

Bagaimanapun, campur tangan Hezbollah di negara jiran berlaku dalam rangka strategik di mana pencerobohan dilakukan terhadap Syria, Lebanon dan Iraq oleh satu pakatan, pakatan ini termasuklah US, Israel, Britain, Peracis, Jordan, Saudi Arabia dan Qatar .

Alat utama dalam pencerobohan ini adalah kumpulan2 Wahabi Takfiri yang bekerja untuk memusnahkan fabrik nasional dan sosial ketiga-tiga negara ini. 

Didorong oleh ideologi yang ekstrim dan ganas, geng antarabangsa ini merancang untuk menghapuskan golongan minoriti agama, seperti Kristian, Alawi, dan Syiah. Ramai paderi Kristian serta ulama Sunni dan Syiah telah dipancung atau dibunuh kejam oleh kumpulan2 terroris yang disokong Barat.

Dakwaan Barat mengenai kewujudan kumpulan 'moderate' hanyalah satu pembohongan semata. Apa yang dipanggil sebagai 'Free Syrian Army' (FSA) adalah sebenarnya 'payung' kepada beratus-ratus kumpulan yg berinteraksi secara langsung dengan Al-Nusra Front yang berkait rapat dengan Al-Qaeda. Ahli-ahli mereka telah menjadi ekstrim dan pengganas terroris. Perkembangan terkini mengenai kumpulan itu menunjukkan bahawa kelakuan FSA tidak berbeza daripada Al-Nusra Front. Sebagian daripada ahli-ahli mereka adalah penjenayah terkenal yang dibebaskan dari penjara2 Saudi utk pergi bertempur di Syria.

Sejak awal permulaan konflik Syria, terdapat banyak serangan roket dan mortar ke atas wilayah Lubnan, di mana FSA mendakwa bertanggungjawab melakukan kedua serangan itu. Banyak serangan ini dilancarkan terhadap tentera Lubnan atau kampung2 yg majoritinya adalah Syiah. Hezbollah dan penduduk kampung2 yang bersempadan telah memutuskan untuk bertindak sebagai reaksi balas kepada ancaman2 ini. 

"Kami telah meningkatkan bilangan orang di sempadan dan bilangan rondaan yang dijalankan di sana, serta di dalam wilayah Lubnan untuk mencegah kumpulan2 bersenjata dari menyusup masuk," kata seorang anggota Hezbollah kepada Al-Jazeera dengan syarat namanya tidak disiarkan. Walau bagaimanapun, kawalan di wilayah Lubnan ini tidak mencukupi kerana kumpulan2 teroris itu menyerang Lubnan dari zon2 Syria yg di bawah kawalan mereka.

Setiausaha Agung Hebollah, Sayyed Hassan Nasrallah mendedahkan butiran terperinci plot jahat ini yang juga bertujuan untuk melemahkan pejuang Muqawama (Hezbollah) di Lubnan. Namun matlamat yg paling utama adalah untuk memusnahkan ideologi Arabisme di kalangan rakyat di rantau ini dan untuk membahagikan negara2 Arab menjadi entiti2 kecil berdasarkan kriteria mazhab atau etnik. Israel akan menjadi penerima manfaat utama jika plot ini berjaya. 

Sebagai seorang pakar, journalist Lubnan, Ghaled Kandil mendakwa di dalam laman web neworientnews.com, "Dengan memutuskan untuk berjuang di Syria bagi menentang projek ini, Hezbollah melindungi rakyat di rantau ini, agama mereka, kepelbagaian mereka, perpaduan sosial mereka dan keinginan untuk menentang projek hegemoni Israel, yaitu yang berada dalam jiwa pasukan pejuang. Hezbollah tetap setia kepada tradisinya sebagai barisan utama pejuang yg berlawan menentang projek Israel-Amerika, yang pada hari ini menggunakan kumpulan2 Takfiri sebagai alat mereka."

Yusuf Fernandez adalah seorang wartawan dan setiusaha kepada Muslim Federation di Spain. Beliau juga telah lama menjadi editor kepada beberapa website Islam dalam bahasa Spanish dan English dan kini beliau adalah editor kepada website Spanish Al-Manar. Beliau juga menerbitkan artikel2 dalam akhbar2 utama Spanish.
Oleh : Yusuf Fernandez
Julai 1, 2013
PressTV.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~