Sunday 1 September 2013


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Yusuf al-Qardawi berkata, Syeikh al-Azhar Dr. Ahmad Tayyib telah diperdaya kerana percaya bahawa penggulingan Mursi menghasilkan kerugian yang sedikit berbanding kerugian akibat demonstrasi.

Al-Qardawi berkata demikian dalam satu tulisan yang dipaparkan dalam laman web rasminya pada hari Rabu lalu. Tambahnya lagi, Syeikh al-Azhar diperalatkan Jeneral al-Sisi untuk menyatakan kepada dunia bahawa penggulingan Mursi bertepatan dengan kehendak rakyat.

Selain itu Presiden Ulama Sedunia ini turut memberi amaran akibat buruk yang dilakukan oleh golongan perosak agama demi kepentingan dunia mereka. Beliau turut meminta al-Tayyib menyemak kembali keputusannya dan berdoakan agar Allah mengampuni dosa Syeikh al-Azhar sekiranya mengakui telah melakukan kesilapan. 

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~