KHULAFA’
RASYIDIN
DI
ANTARA NAS DAN IJTIHAD
Hak karya
dilindungi undang-undang
All rights
reserved
_________________________________________________
Cetakan
Pertama : Julai, 1993
Kandungan:
Pendahuluan
BAB I
BAB II
BAB III
BAB IV
Kesimpulan
Pendahuluan:
Bersyukur
kepada Allah SWT kerana dapat saya menyiapkan sebuah buku
berjodol
Khulafa' Rasyidin Di antara Nas dan Ijtihad: satu kajian ilmiah
yang
sering dibincangkan di antara dua aliran pemikiran Islam; Syiah dan
Ahlul
Sunnah.
Metode
kajian ini dilakukan berdasarkan kepada al-Qur'an dan Sunnah
Rasulullah
SAWA kemudian catatan para ulama kita Ahlul Sunnah wal-
Jamaah di
dalam buku-buku mereka mengenai hukum-hukum dan
perbuatan-perbuatan
Khulafa' Rasyidin yang agak bertentangan atau
berbeza
dengan nas; al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah.
Oleh itu
sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka
merekalah
yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah
SWT dan
sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan
melemparkan
tuduhan itu kepada orang lain pula?
Buku ini
sekali-kali tidak boleh dilihat sebagai merendah atau memandang
kecil
jasa baik yang dilakukan oleh mereka. Demi Tuhan saya menghormati
mereka
semua, tetapi penghormatan saya kepada Allah dan RasulNya
adalah
mengatasi mereka semua. Kerana Allah SWT adalah sebaik-baik
hakim dan
RasulNya pula sebaik-baik rasul yang diutuskan.
Lantaran
itu perbandingan di antara nas dan ijtihad hendaklah dilihat dari
perspektif
Allah SWT sebagai al-Khaliq dan Nabi Muhammad SAWA
sebagai
Nabi yang sempurna al-kamil kemudian hukum-hukum dan
perbuatan-perbuatan
Khulafa' Rasyidin yang bertentangan dengan al-
Qur'an
dan Sunnah Nabawiyyah.
Dengan
ini tuduhan mencaci sahabat tidak boleh ditimbulkan lagi
sekiranya
kita akur kepada nas. Dan segala hukum dan perbuatan mereka
bertentangan
dengan nas pula dianggap ijtihad. Dan ijtihad tersebut
hendaklah
tidak dipaksa ke atas sesiapa pun. Dan sebarang penghinaan
atau
tindakan hendaklah tidak dilakukan kepada sesiapa yang ingin
mengikuti
nas secara keseluruhannya. Dan bagi orang yang mengikuti nas
secara
keseluruhannya tidak pula melakukan perkara yang sama terhadap
orang
yang mengamalkan ijtihad tersebut.
Walau
bagaimanapun ijtihad secara umum patut diteruskan kerana apa
yang
telah berlaku di zaman Khulafa' Rasyidin tidak sama dengan apa yang
berlaku
di zaman kita ini. Malah Islam menggalakkan umatnya supaya
berijtihad
di setiap masa bagi menyahut seruan dan keperluan umat.
Lantaran
buku ini bertujuan akademik semata-mata semoga ianya akan
memperluaskan
wawasan berfikir di kalangan umat Islam di rantau ini.
Saya juga
ingin menegaskan bahawa kita tidak perlu berpindah kepada
mazhab
lain. Tetapi apa yang perlu ialah memperluaskan wawasan berfikir
dan tidak
pula menyalahkan mereka yang mengikuti nas; al-Qur'an dan
Sunnah
Nabawiyyah di dalam erti kata yang sebenar. Apatah lagi
menganggap
mereka sebagai sesat atau terkeluar dari agama Islam,
begitulah
sebaliknya.
Kepada
saudara-saudara yang masih fanatik, saya ingin kemukakan
kepada
mereka kata-kata Khalifah Ali AS:"Manusia akan menjadi musuh
kepada
apa yang mereka tidak mengetahuinya," dan kata-kata Imam Baqir
Sadr"Jikalau
saudara-saudara kami Ahlul Sunnah membaca apa yang ada
di dalam buku-buku
mereka, nescaya mereka sependapat dengan kami,
dan
perselisihan tidak berlaku di antara kami sejak awal lagi." Saya
berkata,"Apa
salahnya kalian tahu sedangkan kalian bukan semestinya
mengamalkan
apa yang kalian tahu."
Akhir
sekali saya memohon jutaan maaf dari pembaca yang budiman jika
terkasar
atau sebagainya kerana ia bukanlah yang dimaksudkannya kerana
mesej
yang sebenar ialah nas dan ijtihad. Semoga Allah memasukkan kita
semua ke
dalam syurgaNya bersama Khulafa' Rasyidin dengan mendapat
syufaat
mereka, dan saya bertawakkal kepada Allah SWT Yang Maha
Perkasa
dan Maha Bijaksana.
BAB I
Ijtihad
Khalifah Abu Bakar
Hukum-hukum dan perbuatan
khalifah Abu Bakar yang bertentangan dengan
nas tetapi dianggap
sebagai ijtihad melebihi 32 perkara sebagaimana dicatat
oleh para ulama kita Ahlul
Sunnah wal-Jamaah di dalam buku-buku mereka. Di
antaranya:
1. Khalifah Abu Bakar cuba
membakar rumah Fatimah al-Zahra' sekalipun
Fatimah, Ali, Hasan dan
Husayn AS berada di dalamnya. Ini disebabkan mereka
tidak melakukan bai'ah
kepadanya. Fatimah AH memarahinya hingga akhir
hayatnya dan berpesan
kepada suaminya supaya merahsiakan pengkebumian
dan makamnya daripada Abu
Bakar dan Umar. Nabi SAWA
bersabda:"Sesungguhnya
Allah marah kepada kemarahanmu (Fatimah) dan
redha dengan
keredhaanmu."[Al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm.153; al-Muttaqi al-
Hindi, Kanz al-Ummal,
VII,hlm.219]
Khalifah Abu Bakar adalah
di antara orang yang dimarahi Fatimah AH. Beliau
bersumpah tidak akan
bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa
bapanya dan merayu
kepadanya. Al-Bukhari di dalam Sahihnya,IV, hlm.196
meriwayatkan daripada
Aisyah bahawa Fatimah AH tidak bercakap dengan Abu
Bakar sehingga beliau
meninggal dunia. Beliau hidup selepas Nabi wafat selama
6 bulan. Manakala beliau
wafat, suaminya Ali AS mengkebumikannya di waktu
malam dan tidak
mengizinkan Abu Bakar dan Umar mengerjakan solat jenazah
ke atasnya
[Al-Bukhari,Sahih,VI,hlm.196; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-
Siyasah,I,hlm.14; Abu
l-Fida, Tarikh,I,hlm.159; al-Tabari,Tarikh,III,hlm.159]
2. Khalifah Abu Bakar
telah mengundurkan diri dari menyertai tentera di bawah
pimpinan Usamah bin Zaid,
sedangkan Nabi SAWA bersabda:"Perlengkapkan
tentera Usamah, Allah
melaknati orang yang mengundur diri dari tentera
Usamah."[Al-Syarastani,
al-Milal, hlm.21; Ibn Sa'd, Tabaqat,II,hlm.249 dan lainlain
lagi]
3. Khalifah Abu Bakar
telah mencaci Ali AS dan Fatimah AH sebagai musang
dan ekornya. Bahkan beliau
mengatakan Ali AS seperti Umm al-Tihal (seorang
perempuan pelacur) kerana
menimbulkan soal tanah Fadak. Kata-kata ini telah
diucapkan oleh Abu Bakar
di dalam Masjid Nabi SAWA selepas berlakunya
dialog dengan Fatimah AH
mengenai tanah Fadak. Ibn Abi al-Hadid telah
bertanya gurunya, Yahya
Naqib Ja'far bin Yahya bin Abi Zaid al-Hasri, mengenai
kata-kata
tersebut:"Kepada siapakah ianya ditujukan?"Gurunya
menjawab:"Ianya
ditujukan kepada Ali
AS."Kemudian ia bertanya lagi:"Adakah ia ditujukan kepada
Ali?Gurunya
menjawab:"Wahai anakku inilah ertinya pemerintahan dan pangkat
duniawi tidak mengira kata-kata
tersebut."[Ibn Abi al-Hadid,Syarh Nahj al-
Balaghah,IV,hlm.80]
Kata-kata Abu Bakar adalah
bertentangan dengan firmanNya:"Sesungguhnya
Allah bermaksud hendak
menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bayt dan
membersihkan kamu
sebersih-bersihnya."[Surah al-Ahzab (33):33] Fatimah dan
Ali AS adalah Ahlul Bayt
Rasulullah SAWA yang telah disucikan oleh Allah SWT
dari segala dosa.
Rasulullah SAWA bersabda:"Kami Ahlul Bayt tidak boleh
seorangpun dibandingkan
dengan kami."[Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-
Mawaddah,hlm.243]
4. Khalifah Abu Bakar
telah menghentikan pemberian khums kepada keluarga
Rasulullah SAWA.
Ijttihadnya itu adalah bertentangan dengan Surah al-Anfal
(18):41 dan berlawanan
dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang memberi khums
kepada keluarganya menurut
ayat tersebut. [Lihat umpamanya al-Zamakhsyari,
al-Kasysyaf,II,hlm.127]
5. Khalifah Abu Bakar juga
mengambil kembali Fadak daripada Fatimah AH
selepas wafatnya
Rasulullah SAWA. Abu Bakar memberi alasan "Kami para nabi
tidak meninggalkan pusaka,
tetapi apa yang kami tinggalkan ialah
sadaqah."Hujah yang
diberikan oleh Abu Bakar tidak diterima oleh Fatimah dan
Ali AS kerana ianya
bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an seperti
berikut:
a) FirmanNya
yang bermaksud 'Allah mensyariatkan bagimu tentang
(pembahagian pusaka) untuk
anak-anakmu."[Surah an-Nisa (4):11] Apa yang
dimaksudkan dengan
'anak-anak' ialah termasuk anak-anak Nabi SAWA.
b) FirmanNya
yang bermaksud:"Dan Sulaiman telah mewarisi Daud."(Surah al-
Naml:16). Maksudnya Nabi
Sulaiman AS mewarisi kerajaan Nabi Daud AS dan
menggantikan kenabiannya.
c) FirmanNya
yang bermaksud:"Maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang
putra yang akan mewarisiku
dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub dan
jadikanlah ia, ya Tuhanku
seorang yang diredhai."(Surah Maryam:5-6)
Ketiga-tiga ayat tadi
bertentangan dengan dakwaan Abu Bakar yang berpegang
dengan hadith tersebut.
Dan apabila hadith bertentangan dengan al-Qur'an,
maka ianya (hadith)
mestilah diketepikan.
d) Kalau
hadith tersebut benar, ia bererti Nabi SAWA sendiri telah cuai untuk
memberitahu keluarganya
mengenai Fadak dan ianya bercanggah dengan firmanNya yang bermaksud:"Dan berilah
peringatan kepada kerabat-kerabatmu
yang terdekat."(Surah
al-Syua'ra:214)
e) Hadith tersebut hanya
diriwayatkan oleh Abu Bakar sahaja dan ianya tidak
boleh menjadi hujah kerana Fatimah dan
Ali AS menentangnya. Fatimah AH
berkata:"Adakah kamu sekarang
menyangka bahawa aku tidak boleh menerima
pusaka, dan adakah kamu menuntut hukum
Jahiliyyah?Tidakkah hukum Allah
lebih baik bagi orang yang yakin.
Adakah kamu wahai anak Abi Qahafah
mewarisi bapa kamu sedangkan aku tidak
mewarisi bapaku?Sesungguhnya
kamu telah melakukan perkara
keji." Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi,
Balaghah al-Nisa,II,hlm.14;Umar Ridha Kahalah,A'lam
al-Nisa',III,hlm.208; Ibn
Abi al-Hadid, Syarh Nahj
al-Balaghah,IV, hlm.79,92.
f) Fatimah dan Ali AS
adalah di antara orang yang disucikan Tuhan di dalam
Surah al-Ahzab:33, dan dikenali juga
dengan nama Ashab al-Kisa'. Dan
termasuk orang yang dimubahalahkan
bagi menentang orang Nasrani di dalam
ayat al-Mubahalah atau Surah Ali
Imran:61. Adakah wajar orang yang disucikan
Tuhan dan dimubahalahkan itu menjadi
pembohong, penuntut harta Muslimin
yang bukan haknya?
g) Jikalau dakwaan Abu
Bakar itu betul ianya bermakna Rasulullah SAWA
sendiri tidak mempunyai perasaan
kasihan belas sebagai seorang bapa
terhadap anaknya. Kerana anak-anak
para nabi yang terdahulu menerima harta
pusaka dari bapa-bapa mereka.
Kajian mendalam terhadap Sirah Nabi
SAWA dengan keluarganya menunjukkan
betapa kasihnya beliau terhadap mereka
khususnya, Fatimah AH sebagai ibu
dan nenek kepada sebelas Imam AS.
Beliau bersabda:"Sesungguhnya Allah
marah kerana kemarahanmu (Fatimah AH)
dan redha dengan keredhaanmu."[Al-
Hakim, al-Mustadrak,III, hlm.153;Ibn
al-Athir, Usd al-Ghabah,V,hlm.522;al-
Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-Ummal,VI,hlm.219;Mahyu al-Din al-Syafi'i al-Tabari,
Dhakhair al-Uqba,hlm.39]
Khalifah Abu Bakar dan Umar adalah di
antara orang yang dimarahi Fatimah AH.
Beliau bersumpah tidak akan bercakap
dengan mereka sehingga beliau
berjumpa bapanya dan merayu
kepadanya.[Ibn Qutaibah,al-Imamah wal-
Siyasah,I,hlm.14]
Beliau berwasiat supaya beliau
dikebumikan di waktu malam dan tidak
membenarkan seorangpun daripada
"mereka" menyembahyangkan jenazahnya.
[Ibn al-Athir, Usd
al-Ghabah,V,hlm.542;al-Bukhari,Sahih,VI,hlm,177;Ibn Abd al-
Birr,al-Isti'ab,II,hlm.75]
Sebenarnya Fatimah AH menuntut tiga
perkara:
1. Jawatan khalifah
untuk suaminya Ali AS kerana dia adalah dari ahlul Bayt
yang disucikan dan perlantikannya di
Ghadir Khum disaksikan oleh 120,000
orang dan ianya diriwayatkan oleh 110
sahabat.
2.Fadak.
3. Al-khums, saham
kerabat Rasulullah SAWA tetapi kesemuanya ditolak oleh
khalifah Abu Bakar [Ibn Abi al-Hadid,
Syarh Nahj al-Balaghah,V,hlm.86]
6. Khalifah Abu Bakar telah lari di
dalam peperangan Uhud dan Hunain.
Sepatutnya dia mempunyai sifat
keberanian melawan musuh. Tindakannya itu
menyalahi ayat-ayat jihad di dalam
al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA [al-
Hakim,al-Mustadrak,III,hlm.37;al-Muttaqi
al-Hindi,Kanz al-Ummal,VI,hlm.394;al-
Dhahabi,al-Talkhis,III,hlm.37]
7. Khalifah Abu Bakar telah membakar
Fuja'ah al-Silmi hidup-hidup, kemudian
dia menyesali
perbuatannya.[al-Tabari,Tarikh,IV,hlm.52] Dan ianya bertentangan
dengan Sunnah Nabi SAWA"Tidak
boleh disiksa dengan api melainkan dari
Tuannya."[Al-Bukhari,Sahih,X,hlm.83]
8. Khalifah Abu Bakar tidak mengenakan
hukum had ke atas Khalid bin al-Walid
yang telah membunuh Malik bin Nuwairah
dan kabilahnya. Umar dan Ali AS
mahu supaya Khalid dihukum rejam.[Ibn
Haja,al-Isabah,III,hlm.336]
Umar berkata kepada Khalid:"Kamu
telah membunuh seorang Muslim kemudian
kamu terus bersetubuh dengan
isterinya. Demi Allah aku akan merejam kamu
dengan
batu."[Al-Tabari,Tarikh,IV,hlm.1928] Kata-kata Umar ini cukup
membuktikan bahawa Malik bin Nuwairah
adalah seorang Muslim dan Khalid
telah berzina dengan isteri Malik
sebaik sahaja ia dibunuh. Jika tidak kenapa
Umar berkata:"Demi Allah aku akan
merejam kamu dengan batu."
Umar memahami bahawa isteri Malik bin
Nuwairah tidak boleh dijadikan
hamba. Oleh itu pembunuhan ke atas
Malik bin Nuwairah dan kaumnya tidak
patut dilakukan kerana mereka adalah
Muslim. Keengganan mereka membayar
zakat kepada Abu Bakar tidak boleh
menjadi hujah kepada kemurtadan mereka.
Pembunuhan ke atas mereka disebabkan
salah faham mengenai perkataan
'idfi'u, iaitu mengikut suku
Kinanah ia bererti "bunuh" dan dalam bahasa Arab
biasa ia bererti "panaskan mereka
dengan pakaian" dan tidak menghalalkan
darah mereka. Sepatutnya mereka
merujuk perkara itu kepada Khalid bagi
mengetahui maksudnya yang sebenar.
Tetapi mereka terus membunuh
kaumnya dan Malik sendiri telah
dibunuh oleh Dhirar yang bukan dari suku
Kinanah. Oleh itu Dhirar pasti
memahami bahawa perkataaan idfi'u bukanlah
perkataan untuk mengharuskan
pembunuhan, namun ia tetap membunuh Malik.
Lantaran itu alasan kekeliruan berlaku
di dalam pembunuhan tersebut tidak
boleh menjadi hujah dalam jenayah
Khalid, apatah lagi perzinaannya dengan
isteri Malik bin Nuwairah selepas dia
dibunuh. Dengan itu tidak hairanlah jika Ali
AS dan Umar meminta Khalifah Abu Bakar
supaya merejam Khalid, tetapi Abu
Bakar enggan melakukannya.
Jika tidak membayar zakat djadikan
alasan serangan dan pembunuhan, maka
Nabi SAWA sendiri tidak memerangi
sahabatnya Tha'labah yang enggan
membayar zakat kepada beliau SAWA.
Allah SWT menurunkan peristiwa ini di
dalam Surah al-Taubah(9):75-77. Semua
ahli tafsir Ahlul Sunnah menyatakan
bahawa ayat itu diturunkan mengenai
Tha'labah yang enggan membayar zakat
kerana beranggapan bahawa ianya
jizyah. Maka Allah SWT mendedahkan
hakikatnya. Dan Nabi SAWA tidak
memeranginya dan tidak pula merampas
hartanya sedangkan beliau SAWA mampu
melakukannya. Adapun Malik bin
Nuwairah dan kaumnya bukanlah
mengingkari zakat sebagai satu fardhu agama.
Tetapi apa yang mereka ingkar ialah
penguasaan Abu Bakar ke atas jawatan
khalifah selepas Rasulullah SAWA
dengan menggunakan kekuatan dan
paksaan. Dan mereka pula benar-benar
mengetahui tentang hadith al-Ghadir.
Oleh itu tidak hairanlah jika Abu
Bakar terus mempertahankan Khalid tanpa
mengira jenayah yang dilakukannya
terhadap Muslimin kerana Khalid telah
melakukan sesuatu untuk kepentingan
politik dan dirinya. Malah itulah
perintahnya di bawah operasi
"enggan membayar zakat dan murtad" sekalipun
ianya bertentangan dengan Sunah Nabi
SAWA.
9. Khalifah Abu Bakar telah melarang
orang ramai dari menulis dan
meriwayatkan Sunnah Nabi SAWA. Dia
berucap kepada orang ramai selepas
kewafatan Nabi SAWA,"Kalian
meriwayatkan daripada Rasulullah SAWA hadithhadith
di mana kalian berselisih faham
mengenainya. Orang ramai selepas
kalian akan berselisih faham lebih
kuat lagi. Justeru itu janganlah kalian
meriwayatkan sesuatupun (syaian)
daripada Rasulullah SAWA. Dan sesiapa
yang bertanya kepada kalian, maka
katakanlah:Bainana wa bainakum
kitabullah (Kitab Allah di
hadapan kita). Maka hukumlah menurut hala dan
haramnya."[Al-Dhahabi, Tadhkirah
al-Huffaz,I,hlm.3]
Kata-kata Abu Bakar ini telah
diucapkan beberapa hari selepas peristiwa Hari
Khamis iaitu bertepatan dengan
kata-kata Umar ketika dia berkata:"Rasulullah
SAWA sedang meracau dan cukuplah bagi
kita Kitab Allah (Hasbuna
Kitabullah)." Lantaran itu
kata-kata Abu Bakar tadi adalah bertentangan dengan
Sunnah Nabi yang dicatatkan oleh Ahlul
Sunnah:"Aku tinggalkan kepada kalian
dua perkara sekiranya kalian berpegang
kepada kedua-duanya;Kitab Allah dan
Sunnahku."
Oleh itu tidak hairanlah jika Khalifah
Abu Bakar tidak pernah senang hati
semenjak dia mengumpulkan lima ratus
hadith Rasulullah SAWA semasa
pemerintahannya. Kemudian dia
membakarnya pula.[al-Muttaqi al-Hindi, Hanz
al-Ummal,V,hlm. 237] Dengan ini dia
telah menghilangkan Sunnah Rasulullah
SAWA. Oleh itu kata-kata Abu
Bakar:"Janganlah kalian meriwayatkan
sesuatupun daripada Rasulullah SAWA"
menunjukkan larangan umum terhadap
pengriwayatan dan penulisan hadith
Rasulullah SAWA. Dan ianya tidak boleh
ditakwilkan sebagai berhati-hati atau
mengambil berat atau sebagainya.
Lantaran itu ijtihad Khalifah Abu
Bakar adalah bertentangan dengan Sunnah
Rasulullah SAWA:"Allah memuliakan
seseorang yang mendengar hadithku dan
menjaganya, dan menyebarkannya.
Kadangkala pembawa ilmu (hadith)
membawanya kepada orang yang lebih
alim darinya dan kadangkala pembawa
ilmu (hadith) bukanlah seorang yang alim."[Ahmad
bin Hanbal,
Musnad,I,hlm.437;al-Hakim,
al-Mustadrak,I,hlm.78] Dan sabdanya:"Siapakah
yang ditanya tentang ilmu maka dia
menyembunyikannya, Allah akan
membelenggukannya dengan api
neraka."[Ahmad bin
Hanbal,Musnad,III,hlm.263]
10. Khalifah Abu Bakar telah melantik
Umar menjadi khalifah selepasnya secara
wasiat, walhal dia sendiri menolak
wasiat Nabi SAWA. Beliau bersabda:"Ali
adalah saudaraku, wasiku, wazirku dan
khalifah selepasku" dan
sabdanya:"Siapa yang menjadikan
aku maulanya maka Ali adalah
maulanya."Dan penyerahan jawatan
khalifah kepada Umar adalah menyalahi
prinsip syura yang diagung-agungkan
oleh Ahlul Sunnah. Justeru itu Abu Bakar
adalah orang yang pertama merosakkan
sistem syura dan memansuhkannya.
Pertama, dia menggunakan "syura
terhad" bagi mencapai cita-citanya untuk
menjadi khalifah tanpa menjemput Bani
Hasyim untuk menyertainya. Kedua,
apabila kedudukannya menjadi kuat, dia
melantik Umar untuk menjadi khalifah
selepasnya tanpa syura dengan alasan
bahawa Umar adalah orang yang paling
baik baginya untuk memegang jawatan
khalifah selepasnya.
11. Khalifah Abu Bakar telah meragui
jawatan khalifahnya. Dia
berkata:"Sepatutnya aku bertanya
Rasulullah SAWA, adalah orang-orang Ansar
mempunyai hak yang sama di dalam
jawatan khalifah?" Ini adalah keraguan
tentang kesahihan atau kebatilannya.
Dialah orang yang menentang orang-orang
Ansar manakala mereka mengatakan
bahawa Amir mestilah dari golongan
Quraisy." Sekiranya apa yang
diriwayatkan olehnya itu benar, bagaimana dia
meragui"nya" pula. Dan
jikalau tidak, dia telah menentang orang-orang Ansar
dengan "hujah
palsu."[Al-Ya'qubi, Tarikh al-Ya'qubi,II,hlm.127; Ibn Qutaibah, al-
Imamah wa
al-Siyasah,I,hlm.18,19;al-Masudi, Muruj al-Dhahab,II,hlm.302]
12. Khalifah Abu Bakar
berkata:"Pecatlah aku kerana aku bukanlah orang yang
baik di kalangan kalian."Di dalam
riwayat lain,"Ali di kalangan kalian."[Ibn
Qutaibah, al-Imamah wa
al-Siyasah,I,hlm.14;al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-
Ummal,III,hlm.132] Jikalau
kata-katanya benar, bererti dia tidak layak untuk
menjadi khalifah Rasulullah SAWA,
berdasarkan pengakuannya sendiri.
13. Khalifah Abu Bakar menamakan
dirinya "Khalifah Rasulullah".[Ibn
Qutaibah,al-Imamah wa
al-Siyasah,I,hlm.13];al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa',hlm.78]
Penamaannya adalah bertentangan dengan
Sunnah Rasulullah SAWA kerana
beliau tidak menamakannya dan
melantiknya, malah beliau menamakan Ali dan
melantiknya. Beliau
bersabda:"Siapa yang aku menjadi maulanya maka Ali
adalah maulanya."Dan
hadith-hadith yang lain tentang perlantikan Ali AS sebagai
khalifah selepas Rasulullah SAWA.
14. Khalifah Abu Bakar tidak pernah
dilantik oleh Nabi SAWA untuk
menjalankan mana-mana pekerjaan, malah
beliau melantik orang lain. Hanya
pada satu masa beliau melantiknya
untuk membawa Surah Bara'ah, tetapi beliau
mengambil kembali tugas itu dan
kemudian meminta Ali AS untuk
melaksanakannya.[Al-Tabari, Dhakha'ir
al-Uqba,hlm.61;al-Turmudhi,
Sahih,II,hlm.461;Ibn Hajar,
al-Isabah,II,hlm.509]
15. Khalifah Abu Bakar tidak
mengetahui pengertian al-Abb iaitu firmanNya di
dalam Surah 'Abasa (80):31:"Dan
buah-buahan (Fakihatun) serta rumputrumputan
(abban)."Dia berkata:"Langit
mana aku akan junjung dan bumi mana
aku akan pijak, jika aku berkata
sesuatu di dalam Kitab Allah apa yang aku tidak
mengetahui?"[al-Muttaqi
al-Hindi,Kanz al-Ummal,I,hlm.274]
16. Khalifah Abu Bakar telah
mengetahui dia akan melakukan bid'ah-bid'ah
selepas Rasulullah SAWA. Malik bin
Anas di dalam a-Muwatta bab "jihad
syuhada fi sabilillah' telah
meriwayatkan daripada hamba Umar bin Ubaidillah
bahawa dia menyampaikannya kepadanya
bahawa Rasulullah SAWA berkata
kepada para syahid di Uhud:"Aku
menjadi saksi kepada mereka semua."Abu
Bakar berkata:"Tidakkah kami
wahai Rasulullah SAWA saudara-saudara
mereka. Kami telah masuk Islam
sebagaimana mereka masuk Islam dan kami
telah berjihad di jalan Allah
sebagaimana mereka berjihad?" Rasulullah SAWA
menjawab:"Ya! Tetapi aku tidak
mengetahui bid'ah mana yang kalian akan
lakukan selepasku."Abu Bakar pun
menangis, dan dia terus menangis.
Bid'ah-bid'ah yang dilakukan oleh para
sahabat memang telah diakui oleh
mereka sendiri, di antaranya al-Bara'
bin Azib. Al-Bukhari di dalam Sahihnya
"Kitabb bad' al-Khalq fi bab
Ghuzwah al-Hudaibiyyah" telah meriwayatkan
dengan sanadnya daripada al-Ala bin
al-Musayyab daripada bapanya bahawa
dia berkata:"Aku berjumpa
al-Barra bin Azib maka aku berkata kepadanya:
Alangkah beruntungnya anda kerana
bersahabat dengan Nabi SAWA dan anda
telah membai'ah kepadanya di bawah
pokok. Maka dia menjawab: Wahai anak
saudaraku. Sesungguhnya anda tidak mengetahui
apa yang kami telah lakukan
(Ahdathna)
selepasnya."[Al-Bukhari, Sahih,III, hlm.32]
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAWA bersabda kepada
orang-orang Ansar:"Sesungguhnya
kalian akan menyaksikan sifat tamak yang
dahsyat selepasku. Oleh itu
bersabarlah sehingga kalian bertemu Allah dan
RasulNya di Haudh."Anas
berkata:"Kami tidak sabar."[Al-Bukhari, Sahih,III,
hlm.135]
Ibn Sa'd juga telah meriwayatkan di
dalam Tabaqatnya, VIII, hlm. 51, dengan
sanadnya dari Ismail bin Qais bahawa dia
berkata:"Aisyah ketika wafatnya
berkata:Sesungguhnya aku telah
melakukan bid'ah-bid'ah (Ahdathtu) selepas
Rasulullah SAWA, maka kebumikanlah aku
bersama-sama isteri Nabi SAWA."
Apa yang dimaksudkan olehnya ialah
"Jangan kalian mengkebumikan aku
bersama Rasulullah SAWA kerana aku
telah melakukan bid'ah-bid'ah
selepasnya.
Lantaran itu khalifah Abu Bakar,
al-Barra bin Azib, Anas bin Malik dan Aisyah
telah memberi pengakuan masing-masing
bahawa mereka telah melakukan
bid'ah-bid'ah dengan mengubah
Sunnah-sunnah Rasulullah SAWA.
17. Khalifah Abu Bakar digodai
syaitan. Dia berkata:"Syaitan menggodaku,
sekiranya aku betul maka bantulah aku
dan sekiranya aku menyeleweng, maka
betulkan aku."[Ibn Qutaibah,
al-Imamah wa al-Siyasah,I, hlm. 6; al-Muttaqi al-
Hindi, Kanz al-Ummal,III, hlm. 126;
Ibn Hajr, al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 7; Nur
al-Absar, hlm. 53]
18. Khalifah Abu Bakar menyesal
menjadi seorang manusia, malah dia ingin
menjadi pokok dimakan oleh binatang
kemudian mengeluarkannya. Abu Bakar
berkata:"Ketika dia melihat
seekor burung hingap di atas suatu pokok, di
berkata:Beruntunglah engkau wahai
burung. Engkau makan buah-buahan dan
hinggap di pokok tanpa hisab dan
balasan. Tetapi aku lebih suka jika aku ini
sebatang pokok yang tumbuh di tepi
jalan. Kemudian datang seekor unta lalu
memakanku. Kemudian aku dikeluarkan
pula dan tidak menjadi seorang
manusia."[al-Muhibb al-Tabari,
al-Riyadh al-Nadhirah,I,hlm. 134; Ibn Taimiyyah,
Minhaj al-Sunnah,III,hlm. 130]
Kata-kata khalifah Abu Bakar itu
adalah bertentangan dengan firman Allah SWT
di dalam Surah al-Tin
(95):4:"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia di
dalam bentuk yang
sebaik-baiknya."Dan jika Abu Bakar seorang wali Allah
kenapa dia harus takut kepada hari
hisab?Sedangkan Allah telah memberi
khabar gembira kepada wali-walinya di
dalam Surah Yunus(10):62-64,"Ingatlah,
sesungguhnya wal-wali Allah ini tidak
ada kekhuatiran terhadap mereka dan
tidak pula mereka bersedih iaitu
orang-orang yang beriman dan mereka selalu di
dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan)
di akhirat. Tidak ada
perubahan kalimat-kalimat
(janji-janji) Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui."
19. Khalifah Abu Bakar ketika sakit
menyesal kerana mencerobohi rumah
Fatimah AH. Dia
berkata:"Sepatutnya akut tidak mencerobohi rumah Fatimah
sekalipun beliau mengisytiharkan
perang terhadapku."[Ibn Qutaibah, al-Imamah
wa al-Siyasah,I,hlm. 18-19; al-Tabari,
Tarikh,IV, hlm. 52;Ibn Abd Rabbih,Iqd al-
Farid,II,hlm.254]
20. Khalifah Abu Bakar telah
menjatuhkan air muka Rasulullah SAWA di
hadapan musyrikin yang datang berjumpa
dengan Rasulullah SAWA supaya
mengembalikan hamba-hamba mereka yang
lari dari mereka. Musyrikun
berkata:"Hamba-hamba kami telah
datang kepada anda bukanlah kerana
mereka cinta kepada agama tetapi
mereka lari dari milik kami dan harta kami.
Lebih-lebih lagi kami adalah jiran
anda dan orang yang membuat perjanjian
damai dengan anda."Tetapi
Rasulullah tidak mahu menyerahkan kepada mereka
hamba-hamba tersebut kerana khuatir
mereka akan menyiksa hamba-hamba
tersebut dan beliau tidak mahu juga
mendedahkan hakikat ini kepada mereka.
Rasulullah SAWA bertanya kepada Abu
Bakar dengan harapan dia menolak
permintaan mereka. Sebaliknya Abu
Bakar berkata:"Benar kata-kata mereka itu.
Lantas berubah muka Rasulullah SAWA
kerana jawapannya menyalahi apa
yang dikehendaki Allah dan
RasulNya.[al-Nasa'i, al-Khasa'is,hlm. 11; Ahmad bin
Hanbal, al-Musnad,I,hlm. 155]
Sepatutunya khalifah Abu Bakar dapat
memahami apa yang dimaksudkan oleh
Rasulullah SAWA tetapi dia tidak dapat
memahaminya, malah dia memihak
kepada musyrikun berdasarkan
ijtihadnya.
21. Khalifah Abu Bakar tidak membunuh
Dhu al-Thadyah sedangkan
Rasulullah SAWA telah memerintahkan
Abu Bakar supaya membunuh Dhu al-
Thadyah. Abu Bakar mendapati lelaki
itu sedang mengerjakan solat. Lalu dia
berkata kepada Rasulullah
SAWA:"Subhanallah! Bagaimana aku membunuh
lelaki yang sedang mengerjakan
solat?"
Sepatutnya dia membunuh lelaki itu
tanpa mengira keadaan kerana Rasulullah
SAWA telah memerintahkannya. Tetapi
dia tidak membunuhnya, malah dia
menggunakan ijtihadnya bagi menyalahi
Sunnah Rasulullah SAWA.
22. Khalifah Abu Bakar mengatakan
bahawa saham jiddah (nenek) tidak ada di
dalam al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah
SAWA. Seorang nenek bertanya kepada
Abu Bakar tentang pusakanya. Abu Bakar
menjawab:"Tidak ada saham untuk
anda di dalam al-Qur'an dan Sunnah
Rasulullah SAWA. Oleh itu
kembalilah."Lalu al-Mughirah bin
Syu''bah berkata:"Aku berada di sisi Rasulullah
SAWA bahawa beliau memberikannya
(nenek) seperenam saham."Abu Bakar
berkata:"Adalah orang lain
bersama anda?" Muhammad bin Muslimah al-Ansari
bangun dan berkata sebagaimana
al-Mughirah. Maka Abu Bakar
memberikannya seperenam.[Malik,
al-Muwatta,I,hlm. 335; Ahmad bin Hanbal, al-
Musnad,IV,hlm.224;Ibn Rusyd, Bidayah
al-Mujtahid,II, hlm.334]
23. Khalifah Abu Bakar tidak
mengetahui hukum had ke atas pencuri yang
kudung satu tangan dan satu kakinya.
Daripada Safiyyah binti Abi
Ubaid,"Seorang lelaki kudung satu
tangan dan satu kakinya telah mencuri pada
masa pemerintahan Abu Bakar. Lalu Abu
Bakar mahu memotong kakinya dan
bukan tangannya supaya dia dapat
bermunafaat dengan tangannya. Maka Umar
berkata:"Demi yang diriku di
tanganNya, anda mesti memotong tangannya yang
satu itu."Lalu Abu Bakar
memerintahkan supaya tangannya dipotong."[al-
Baihaqi, Sunan,VIII,hlm.273-4]
24. Khalifah Abu Bakar berpendapat
bahawa seorang khalifah bukan semestinya
orang yang paling alim (afdhal).[Ibn
Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I,hlm.
16; al-Baqillani, al-Tamhid,hlm. 195;
al-Halabi, Sirah Nabawiyyah,III, hlm.386]
Ijtihadnya adalah bertentangan dengan
firman Tuhan di dalam Surah al-Zumar
(39):9:"Katakanlah: Adakah sama
orang-orang yang mengetahui dengan orangorang
yang tidak mengetahui? Sesungguhnya
orang yang berakallah yang dapat
menerima pelajaran" dan firmanNya
di dalam Surah Yunuss (10):35:"Maka
apakah orang-orang yang menunjuki
jalan kepada kebenaran itu lebih berhak
diikuti ataukah orang-orang yang tidka
dapat memberi petujuk? Mengapa kamu
(berbuat demikian)? Bagaimana kamu
mengambil keputusan?"
25. Khalifah Abu Bakar tidak pernah
melakukan korban (penyembelihan) kerana
khuatir kaum Muslimin akan
menganggapnya wajib. Tindakannya adalah
bertentangan dengan Sunnah Rasulullah
SAWA yang menggalakkannya.[Al-
Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, IX,hlm.
265; al-Syafi'i, al-Umm, II, hlm.189]
26. Khalifah Abu Bakar mengatakan
maksiat yang dilakukan oleh seseorang itu
telah ditakdirkan oleh Allah sejak
azali lagi, kemudian Dia menyeksanya di atas
perbuatan maksiatnya. Seorang lelaki
bertanya kepadanya:"Adakah anda fikir
zina juga qadarNya? Lelaki itu
bertanya lagi:"Allah mentakdirkannya ke atasku
kemudian menyiksa aku?" Khalifah
Abu Bakar menjawab:"Ya. Demi Tuhan
sekiranya aku dapati seseorang masih
berada di sisiku, nescaya aku
menyuruhnya memukul hidung
anda."[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm.65]
Oleh itu ijtihad Abu Bakar itu adalah
bertentangan dengan firman-firman Tuhan
di antaranya:
a. FirmanNya di dalam Surah al-Insan
(76):3:"Sesungguhnya kami telah
menunjukkinya jalan yang lurus; ada
yang bersyukur dan ada pula yang kafir."
b. FirmanNya di dalam Surah al-Balad
(90):10:"Dan Kami telah menunjukkan
kepadanya dua jalan."
c. FirmanNya di dalam Surah al-Naml
(27):40:"Dan barang siapa yang bersyukur
maka sesungguhnya dia bersyukur untuk
kebaikan dirinya sendiri dan
barangsiapa yang ingkar, maka
sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha
Mulia.
27. Khalifah Abu Bakar
berkata:"Jika pendapatku betul, maka ianya daripada
Allah dan jika ianya salah maka ia
adalah daripada aku dan daripada
syaitan."[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra,
VI, hlm. 223; al-Tabari, Tafsir, VI hlm.
30; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm.260]
Kata-kata Abu Bakar menunjukkan bahawa dia
sendiri tidak yakin kepada
pendapatnya. Dan dia memerlukan bimbingan orang
lain untuk menentukan kesalahannya.
28, Khalifah Abu Bakar mengetahui
bahawa dia tidak terlepas dari kilauan dunia,
lantaran itu dia menangis. Al-Hakim di
dalam Mustadrak, IV, hlm. 309
meriwayatkan dengan sanadnya daripada
Zaid bin Arqam, dia berkata:"Kami
pada suatu masa telah berada bersama
Abu Bakar, dia meminta minuman, lalu
diberikan air dan madu. Manakala dia
mendekatkannya ke mulutnya dia
menangis sehingga membuatkan
sahabat-sahabatnya menangis. Akhirnya
merekapun berhenti menangis, tetapi
dia terus menangis. Kemudian dia kembali
dan menangis lagi sehingga mereka
menyangka bahawa mereka tidak mampu
lagi menyelesaikan masalahnya. Dia
berkata:kemudian dia menyapu dua
matanya. Mereka berkata:Wahai khalifah
Rasulullah! Apakah yang sedang
ditolak oleh anda? Beliau
menjawab:"Dunia ini (di hadapanku) telah
"memperlihatkan"nya
kepadaku, maka aku berkata kepadanya:Pergilah dariku
maka ianya pergi kemudian dia kembali
lagi dan berkata:Sekiranya anda
terlepas dariku, orang selepas anda
tidak akan terlepas dariku." Hadith ini
diriwayatkan juga oleh ak-Khatib di dalam
Tarikh Baghdad, X,hlm. 268 dan Abu
Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya', I,
hlm.30]
29. Khalifah Abu Bakar tidak mempunyai
kata pemutus ke atas pemerintahannya
melainkan ianya dipersetujui oleh
Umar. Adalah diriwayatkan bahawa "Uyainah
bin Hasin dan al-Aqra bin Habis datang
kepada Abu Bakar dan berkata:"Wahai
khalifah Rasulullah, izinkan kami
menanam di sebidang tanah yang terbiar
berhampiran kami. Kami akan membajak
dan menanamnya. Mudah-mudahan
Allah akan memberikan manfaat kepada
kami dengannya."Lalu Abu Bakar
menulis surat tentang persetujuannya.
Maka kedua-duanya berjumpa Umar
untuk mempersaksikan kandungan surat
tersebut. Apabila kedua-duanya
membacakan kandungannya kepadanya,
Umar merebutnya dari tangan mereka
berdua dan meludahnya. Kemudian memadamkannya.
Lalu kedua-duanya
mendatangi Abu Bakar dan
berkata:"Kami tidak mengetahui adakah anda
khalifah atau Umar." Kemudian
mereka berdua menceritakan kepadanya. Lalu
Abu Bakar berkata:"Kami tidak
melaksanakan sesuatu melainkannya dipersetujui oleh Umar."{al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 335; Ibn Hajar, al-
Isabah, I,hlm. 56]
30. Khalifah Abu Bakar
telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah
SAWA. Tetapi Nabi SAWA
tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula,
Ahmad bin Hanbal
meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mencaci Abu
Bakar dan Nabi SAWA sedang
duduk, maka Nabi SAWA kagum dan
tersenyum.[Ahmad bin
Hanbal, al-Musnad, VI, hlm.436]
31. Khalifah Abu Bakar dan
Umar telah bertengkar sehingga suara mereka di
hadapan Rasulullah SAWA.
Abu Bakar berkata:"Wahai Rasulullah lantiklah al-
Aqra bin Habi bagi
mengetuai kaumnya." Umar berkata:"Wahai Rasulullah
janganlah anda melantiknya
sehingga mereka menengking dan meninggikan
suara mereka di hadapan
Rasulullah SAWA." Lalu diturunkan ayat di dalam
Surah
al-Hujurat(49):2,"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
meninggikan suaramu lebih
dari Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya
dengan suara keras
sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap
sebahagian yang lain,
supaya tidak terhapus pahala amalanmu, sedangkan
kamu tidak
menyedari." Sepatutnya mereka berdua bertanya dan merujuk
kepada Rasulullah SAWA
mengenainya.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,IV,
hlm.6; al-Tahawi, Musykil
al-Athar,I,hlm. 14-42]
32. Khalifah Abu Bakar
banyak membuat pengakuan-pengakuan dimana dia
sepatutnya melakukan
sesuatu, tetapi tidak melakukannya dan sebaliknya. Ibn
Qutaibah mencatatkan dalam
bukunya al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19,
9 perkara yang disesali
oleh Abu Bakar seperti berikut:
"Tiga perkara yang
aku telah lakukan sepatutnya aku tidak melakukannya dan
tiga perkara yang aku
tidak lakukannya sepatutnya aku melakukannya dan tiga
perkara yang sepatutnya
aku bertanya Rasulullah SAWA mengenainya. Adapun
tiga perkara yang aku
telah melakukannya sepatutnya aku tidak melakukannya:
1. Sepatutnya aku
tinggalkan rumah Ali (Fatimah) sekalipun mereka
mengisytiharkan perang ke
atasku.
2. Sepatutnya aku
membai'ah sama Umar atau Abu Ubadah di Saqifah Bani
Saidah, iaitu salah
seorang mereka menjadi amir dan aku menjadi wazir.
3. Sepatutnya aku
menyembelih Fuja'ah al-Silmi atau melepaskannya dari
tawanan dan aku tidak
membakarnya hidup-hidup.
Adapun tiga perkara yang
aku tidak melakukannya sepatutnya aku
melakukannya:
1. Sepatutnya ketika al-Asy'ath
bin Qais dibawa kepadaku sebagai tawanan, aku
membunuhnya dan tidak
memberinya peluang untuk hidup, kerana aku telah
mendengar tentangnya
bahawa ia bersifat sentiasa menolong segala kejahatan.
2. Sepatutnya ketika aku
mengutus Khalid bin al-Walid kepada orang-orang
murtad, aku mesti berada
di Dhi al-Qissah, dengan itu sekiranya mereka
menang, mereka boleh
bergembira dan sekiranya mereka kalah aku boleh
menghulurkan bantuan.
Adapun tiga perkara yang
sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAWA ialah:
1. Kepada siapakan jawatan
khalifah patut diberikan sesudah beliau wafat,
dengan demikian tidaklah
jawatan itu menjadi rebutan.
2. Sepatutnya aku bertanya
kepada beliau, adakah orang Ansar mempunyai hak
menjadi khalifah.
3. Sepatutnya aku bertanya
beliau tentang pembahagian harta pusaka anak
saudara perempuan sebelah
lelaki dan ibu saudara sebelah lelaki kerana aku
tida puas hati tentang
hukumnya dan memerlukan penyelesaian."
Kenyataan di atas telah
disebut juga oleh al-Tabari dalam Tarikhnya, IV, hlm.
52;Ibn Abd Rabbih, Iqd
Farid,II,hlm. 254;Abu Ubaid, al-Amwal,hlm. 131]
33. Khalifah Abu Bakar
juga tidak dapat menyelesaikan persoalan-persoalan
yang dikemukakan kepadanya
oleh orang Yahudi. Anas bin Malik
berkata:"Seorang
Yahudi datang selepas kewafatan Rasulullah SAWA. Maka
kaum Muslimin
menunjukkannya kepada Abu Bakar. Dia berdiri di hadapan Abu
Bakar dan berkata: Aku
akan kemukakan soalan-soalan yang tidak akan dijawab
melainkan oleh Nabi atau
wasi Nabi. Abu Bakar berkata:"Tanyalah apa yang
anda mahu. Yahudi berkata:
Beritahukan kepadaku perkara yang tidak ada pada
Allah, tidak ada di sisi
Allah, dan tidak diketahui oleh Allah? Abu Bakar berkata:
Ini adalah soalan-soalan
orang zindiq wahai Yahudi! Abu Bakar dan kaum
Muslimin mulai marah
dengan Yahudi tersebut. Ibn Abbas berkata: Kalina tidak
dapat memberikan jawapan
kepada lelaki itu. Abu Bakar berkata: Tidakkah anda
mendengar apa yang
diperkatakan oleh lelaki itu? Ibn Abbas menjawab:
Sekirannya kalian tidak
dapat menjawabnya, maka kalian pergilah bersamanya
menemui Ali AS, nescaya
dia akan menjawabnya kerana aku mendengar
Rasulullah SAWA bersabda
kepada Ali bin Abi Talib:"Wahai Tuhanku! Sinarilah
hatinya, dan perkuatkanlah
lidahnya." Dia berkata:"Abu Bakar dan orang-orang
yang hadir bersamanya datang
kepada Ali bin Abi Talib, mereka meminta izin
daripadanya. Abu Bakar
berkata: Wahai Abu l-Hasan, sesungguhnya lelaki ini
telah bertanya kepadaku
beberapa soalan (zindiq). Ali berkata: Apakah yang
anda perkatakan wahai
Yahudi? Dia menjawab: Aku akan bertanya kepada anda
perkara-perkara yang tidak
diketahui melainkan oleh Nabi atau wasi Nabi.
Yahudi mengemukakan
soalan-soalan kepadanya. Ali berkata: Adapun perkaraperkara
yang tidak diketahui oleh
Allah ialah kata-kata anda bahwa Uzair adalah
anak lelaki Tuhan, dan
Allah tidak mengetahui bahawa Dia mempunyai anak
lelaki. Adapun kata-kata
anda apa yang tidak ada di sisi Allah, maka jawapannya
perkara yang tidak ada di
sisi Allah ialah kezaliman. Adapun kata-kata anda: Apa
yang tidak ada bagi Allah
maka jawapannya tidak ada bagi Allah syirik. Yahudi
menjawab: Aku naik saksi
tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya
Muhammad adalah pesuruh
Allah dan sesungguhnya anda adalah wasinya."[Ibn
Duraid, al-Mujtana,
hlm.35]
BAB II
Ijtihad
Khalifah Umar
Hukum-hukum dan perbuatan
khalifah Umar yang bertentangan dengan nas
tetapi dianggap sebagai
ijtihad melebihi 107 perkara sebagaimana dicatat oleh
para ulama Ahlul Sunnah di
dalam buku-buku mereka. Di antaranya:
1. Khalifah Umar melarang
mengerjakan sembahyang sunat selepas fardhu
'Asar, sedangkan Nabi SAWA
tidak pernah meninggalkan sembahyang dua
rakaat sunat selepas
sembahyang 'Asar.'Urwah bin al-Zubair daripada bapanya,
daripada 'Aisyah dia
berkata:"Rasulullah SAWA tidak pernah meninggalkan dua
rakaat sembahyang sunat
selepas fardhu 'Asar.[Muslim, Sahih,I, hlm.50]
2. Khalifah Umar juga
melarang dan mengharamkan seorang itu "menangis" ke
atas mayat, sedangkan ia
adalah harus dan dilakukan oleh Rasulullah SAWA ke
atas Hamzah RA. Oleh itu
hadith Umar yang menyatakan "mayat diazab dengan
tangisan orang yang
hidup" adalah bertentangan dengan hadith Rasulullah
SAWA yang melarang Umar
dari menegah wanita-wanita menangis ke atas
mayat. Rasulullah SAWA
bersabda:"Wahai Umar biarkan mereka menangis,
kerana jiwa berdukacita,
mata mengalirkan air mata......"[Ibn Majah, al-
Sunan,I,hlm. 481;
al-Hakim, al-Mustadrak, I,hlm. 381; Ibn Hanbal, al-Musnad, II,
hlm. 408] Dan ianya juga
bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah an-
An'am (6): 164:"Dan
seseorang yang membuat dosa tidak akan memikul dosa
orang lain." Lantaran
itu kenapa simati disiksa kerana tangisan orang yang
hidup?
3. Khalifah Umar
mengatakan tidak wajib sembahyang bagi orang yang berjunub
ketika tidak ada air.[Ibn
Majah, al-Sunan,I,hlm. 200; al-Nasai, al-Sunan,I,hlm. 59]
Oleh itu ijtihadnya itu
adalah bertentangan dengan Surah al-Maidah
(5):6...."maka
hendaklah kamu bertayammum dengan tanah...."
4. Khalifah Umar memberi
hukuman bahawa talak tiga jatuh sekaligus.
Sedangkan talak pada masa
Rasulullah SAWA dan khalifah Abu Bakar ialah tiga
kali sebagaimana terdapat
di dalam al-Qur'an.[Ahmad bin Hanbal, al-
Musnad,I,hlm. 314; Muslim,
Sahih,I,hlm. 574] Ijtihadnya itu adalah bertentangan
dengan Sunnah Nabi SAWA
dan firman Tuhan di dalam Surah al-Baqarah (2):
229:"Talak (yang
dapat dirujuk) dua kali. Setelah itu boleh dirujuk lagi dengan
cara yang baik atau
menceraikan dengan cara yang baik."
5. Khalifah Umar adalah
orang yang pertama mengenakan 'Aul di dalam ilmu
Faraidh.[al-Suyuti, Tarikh
al-Khulafa', hlm. 137] Ijtihadnya adalah bertentangan
dengan Sunnah Rasulullah
SAWA yang tidak mengenakan 'Aul.
6. Khalifah Umar adalah
orang yang pertama memindahkan maqam Ibrahim dari
tempat yang diletakkan
oleh Nabi SAWA iaitu dekat dengan Ka'bah, ke tempat
yang ada sekarang iaitu
tempat di masa jahiliyyah.[al-Suyuti, Tarikh, al-Khulafa,
hlm. 137]
7. Khalifah Umar adalah
orang yang pertama mengurangkan takbir solat jenazah
kepada empat
takbir.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm. 137] Memang tidak
dinafikan bahawa terdapat
riwayat yang lemah yang menyatakan Nabi SAWA
melakukan empat takbir
bagi sembahyang jenazah, tetapi apa yang anehnya
khalifah Umar telah
memerintahkan supaya melakukan empat takbir sahaja.
[AbuYusuf, Kitab al-Athar,
hlm. 39] Ini bererti dia memansuhkan riwayat yang
mencatatkan bahwa Nabi
SAWA melakukan sembahyang jenazah dengan lima
takbir. Apa yang
menghairankan ialah mengapa para sahabat berselisih
pendapat tentang bilangan
takbir ini. Mengikut Imam Ja'far al-Sadiq AS daripada
bapa dan datuknya bahawa
Nabi SAWA melakukan sembahyang jenazah
dengan lima
takbir.[al-Tusi, Tahdhib al-Ahkam, III, hlm. 3-5] Daripada Abu al-A'la,
ia berkata:"Aku telah
sembahyang di belakang Zaid bin al-Arqam (sembahyang
jenazah) maka ia melakukan
lima takbir, maka Abu Isa Abdul Rahman bin Abi
Laila berkata kepadanya
sambil memegang tangannya: Adakah anda lupa? Dia
menjawab: Tidak, tetapi
aku sembahyang di belakang Nabi SAWA dan beliau
mentakbirkan lima takbir
dan aku tidak meninggalkannya selama-lamanya."[Ibn
Hanbal, Musnad,I, hlm.
370]
Al-Tahawi meriwayatkan
daripada Yahya bin Abdullah al-Taimi, ia berkata:"Aku
sembahyang bersama Isa,
hamba Huzaifah bin al-Yaman, maka ia melakukan
takbir lima kali, kemudian
dia berpaling kepada kami dan berkata: Aku tidak
keliru dan tidak lupa tetapi
aku telah mentakbirkan mengikut cara tuan aku
Huzaifah al-Yaman, dia
sembahyang jenazah dengan lima takbir: Kemudian dia
berpaling kepada kami dan
berkata: Aku tidak keliru dan tidak lupa tetapi aku
telah takbir lima takbir
sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah
SAWA."[Umadah
al-Qari,IV,hlm. 129]
Berdasarkan hadith-hadith
tersebut dan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh
para Imam Ahlul Bayt, maka
tetaplah bahawa Nabi SAWA melakukan lima takbir
bagi sembahyang jenazah.
Oleh itu perintah Umar mengurangkan kepada empat
takbir adalah bertentangan
dengan kebiasaan perbuatan Rasulullah SAWA.
8. Khalifah Umar adalah
perencana utama dalam cubaan membakar rumah
Fatimah AS kerana memaksa
Ali AS supaya memberi membai'ah kepada Abu
Bakar. Tindakannya itu
adalah membelakangi firman Tuhan (Surah al-Ahzab
(33):33:"Sesungguhnya
Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari
kamu, hai Ahlul Bayt dan
membersihkan kamu sebersih-bersihnya." Fatimah
adalah di kalangan Ashab
al-Kisa' yang disucikan oleh Allah SWT. Umar
berkata:"Aku akan
membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi
bai'ah kepada Abu
Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida, Tarikh, I,
hlm. 156]
9. Khalifah Umar
mengatakan Rasulullah SAWA "sedang meracau." Oleh itu
permintaan beliau supaya
dibawa pensil dan kertas supaya beliau menulis
perkara-perkara yang tidak
akan menyesatkan ummatnya selama-lamanya tidak
perlu dilayani
lagi.[Muslim, Sahih, III, hlm. 69; al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36]
Ijtihadnya adalah
bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah al-Najm
(53):3-4:"Dan
tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa
nafsunya."
10. Khalifah Umar adalah
orang yang pertama menambahkan hukum sebat bagi
peminum arak dari 40
sebatan kepada 80 kali sebatan.[al-Suyuti, Tarikh al-
Khulafa', hlm. 137]
11. Khalifah Umar adalah
orang yang pertama menciptakan solat Tarawih pada
bulan Ramadhan. Ianya
tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAWA.[al-Suyuti,
Tarikh al-Khulafa', hlm.
136]
12. Khalifah Umar adalah
orang yang pertama membuangkan perkataan "Hayya
'ala Khairul 'Amal"
di dalam azan dan iqamah. Sedangkan ianya adalah
sebahagian daripada azan
Rasulullah SAWA.[al-Halabi, al-Sirah, II, hlm. 110]
13. Khalifah Umar adalah
orang yang pertama yang menambahkan perkataan
"al-Solah Khairun mina
n-Naum." Ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah
SAWA.[al-Halabi, al-Sirah,
hlm.110]
14. Khalifah Umar telah
melakukan kesalahan dalam masalah pusaka "datuk"
dengan "saudara
lelaki." Umar telah bertanya Rasulullah SAWA mengenainya,
maka Rasulullah SAWA menjawab:"Aku
fikir sampai matipun kamu tidak akan
memahaminya." Ubaidah
al-Salmani berkata:"Aku telah menghafal untuk Umar
mengenai "datuk"
lebih dari 100 masalah."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-
Ummal,VI, hlm. 15]
15. Khalifah Umar juga
tidak dapat menyelesaikan masalah al-Kalalah yang
diakuinya sendiri, dia
berkata:"Jika aku mengetahui al-Kalalah, adalah lebih baik
bagiku dari istana-istana
di Syam."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm.
20]
16. Khalifah Umar melarang
orang ramai dari meriwayatkan dan menulis Sunnah
Rasulullah SAWA, dia
berkata:"Hasbuna Kitabullah (Kitab Allah adalah cukup
bagi
kita)."[Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36] Ijtihadnya adalah bertentangan
dengan
hadith yang dipopularkan
oleh Ahlul Sunnah:"Aku tinggalkan pada kalian dua
perkara selama kalian
berpegang kepada kedua-duanya Kitab Allah dan
Sunnahku."
Ibn Sa'd dalam Tabaqatnya,
V hlm. 140 meriwayatkan bahawa apabila hadith
atau Sunnah Rasulullah
SAWA banyak diriwayatkan dan dituliskan pada masa
Umar bin al-Khattab, maka
dia menyeru orang ramai supaya membawa
kepadanya semua
hadith-hadith yang ditulis, kemudian dia memerintahkan
supaya ianya dibakar.
Oleh itu tidaklah hairan
jika khalifah Umar menahan tiga orang sahabat di
Madinah sehingga mati,
kerana meriwayatkan banyak hadith Rasulullah SAWA.
Mereka ialah Ibn Mas'ud,
Abu Darda' dan Abu Mas'ud al-Ansari.[al-Dhahabi,
Tadhkirah al-Huffaz,
I,hlm. 8; al-Haithami, Majma al-Zawaid,I,hlm. 149; al-Hakim,
al-Mustadrak,I,hlm. 110]
Khalifah Umar berkata kepada Abu Darda:"Apa hadith
daripada
Rasulullah?"Abu Salmah bertanya kepada Abu Hurairah:"Adakah anda
meriwayatkan hadith
semacam ini pada masa Umar?"Abu Hurairah
menjawab:"Sekiranya
aku meriwayatkan hadith (semacam ini) pada masa Umar
nescaya dia memukulku
dengan cemetinya>"[al-Dhahabi, Tadhkirah al-
Huffaz,I,hlm. 7]
17. Khalifah Umar
mengesyaki Nabi SAWA dan kaum Muslimin sama ada
berada di dalam kebenaran
ataupun kebatilan. Ia bertanya Rasulullah
SAWA:"Adakah kita
berada di dalam kebenaran dan mereka (kafir) berada dai
dalam kebatilan? Adakah
orang yang terbunuh di pihak kita akan memasuki
syurga? Dan orang yang
terbunuh di pihak mereka ke neraka? Rasulullah
menjawab:"Ya dan
akhirnya Rasulullah SAWA menegaskan kepadanya:"Wahai
Ibn al-Khattab,
sesungguhnya aku ini adalah Rasulullah dan Allah tidak akan
mengabaikan aku."Umar
beredar dari Rasulullah SAWA dengan marah
(muthaghayyizan), kemudian
dia berjumpa Abu Bakar lalu ia mengemukakan
persoalan yang sama,
lantas Abu Bakar menyakinkan dia bahawa Muhammad
itu adalah Rasulullah dan
Allah tidak akan mengabaikannya.[Muslim, Sahih,IV,
hlm.12,14; al-Bukhari,
Sahih, II, hlm. 111]
18. Khalifah Umar telah
menyamakan bayaran jizyah. Ianya bertentangan
dengan Sunnah Nabi SAWA
bahawa satu dinar adalah jizyah bagi setiap (zimmi)
yang akil baligh sahaja.[Ibn
Abd al-Birr, al-Isti'ab, II,hlm. 460;Ibn Abil Hadid,
Syarh, Nahj
al-Balaghah,III,hlm. 178]
19. Khalifah Umar telah
memberikan harta dari Baitul Mal melebihi apa yang
sepatutnya. Dia telah
memberikan 'Aisyah dan Hafsah sepuluh ribu dirham
setiap tahun.[Ibn
al-Athir, al-Kamil, II, hlm. 35] Sedang dia menahan khums Ahlul
Bayt AS [al-Jassas, Ahkam
al-Qur'an,III, hlm. 61] Dia juga telah menarik balik
Fadak dari Fatimah AS yang
telah diberikan kepadanya oleh ayahandanya
Rasulullah SAWA.
20. Khalifah Umar telah
mengingkari kematian Nabi SAWA. Dia tidak
mengetahui bahawa kematian
adalah harus bagi Nabi SAWA. Dia berkata:"Siapa
yang mengatakan bahawa
Nabi telah mati, aku akan membunuhnya dengan
pedangku." Abu Bakar
datang dan berkata kepadanya:"Tidakkah anda
mendengar firman Allah SWT
(di dalam Surah al-Zumar (39):30,"Sesungguhnya
kamu akan mati dan
sesungguhnya mereka akan mati (pula)" dan firmanNya (di
dalam Surah Ali Imran
(3):144),"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang
Rasul, sesungguhnya telah
berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah
jika dia wafat atau
dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?" Maka Umar
pun berkata:"Aku
yakin dengan kematiannya seolah-olah aku tidak mendengar
ayat-ayat
tersebut."[al-Syarastani, al-Milal,I,hlm. 23; al-Bukhari, Sahih,VII,
hlm.17]
Bagaimana khalifah Umar
berkata:"Kitab Allah adalah cukup bagi kita" ketika dia
menegah Nabi SAWA dari
menulis wasiatnya di mana ummat tidak akan sesat
selama-lamanya, sedangkan
dia tidak mengetahui ayat-ayat tersebut sehingga
Abu Bakar datang dan
membacakan kepadanya? Dan tindakan Umar yang tidak
mempercayai kewafatan Nabi
SAWA tidak boleh difahami sebagai kasihnya
yang teramat sangat kepada
Nabi SAWA. Kerana dia telah berkata bahawa Nabi
SAWA sedang meracau dan
Kitab Allah adalah cukup bagi kita. Lalu dia
menegah Nabi SAWA dari
melaksanakan apa yang dikehendakinya.[al-Bukhari,
Sahih,I, hlm. 36; Muslim,
Sahih, II, hlm. 69]
Dan kata-kata Abu Bakar
pula menyokong pendapat Umar. Dia berkata:"Siapa
yang menyembah Muhammad,
maka Muhammad telah mati." Ini bererti wahai
orang yang bermegah ke
atas kami dengan Muhammad, habislah mereka
kerana peranannya sudah
selesai. Kitab Allah adalah cukup bagi kita kerana
ianya hidup. Persoalan
yang timbul "Adakah kaum Muslimin pada masa itu
menyembah Muhammad?"
Tidak. Mungkin ini adalah satu sindiran kepada Bani
Hashim secara umum dan Ali
bin Abi Talib secara khusus. Kerana mereka
bermegah dengan Muhammad.
Rasulullah SAWA, dari kalangan mereka. Dan
merekalah keluarganya, dan
orang yang paling berhak daripada orang lain,
kerana mereka lebih
mengetahui kedudukan Nabi SAWA.
Atau adakah tindakan Umar
yang ingin membunuh siapa sahaja yang berkata
Muhammad telah mati itu
merupakan tindakan politik sehingga dia dapat
melambat-lambatkan
kepercayaan kaum Muslimin bahawa Nabi SAWA telah
mati. Dan dengan ini
perancanaannya dapat dilaksanakan sehingga segalagalanya
diatur dengan baik.
Sejurus kemudian dia diberitahu secara sulit bahawa
perdebatan di Saqifah
sedang berlaku. Lantas dia, Abu Bakar dan Abu Ubaidah
meninggalkan jenazah Nabi
SAWA menuju Saqifah tanpa diketahui oleh Bani
Hasyim.
21. Khalifah Umar telah
melarang mahr (mas kahwin) yang tinggi.
Dia berkata:"Sesiapa
yang menaikkan mahr anak perempuannya,
aku akan mengambilnya dan
menjadikannya milik Baitul Mal."
Ijtihad Umar telah
ditentang oleh seorang wanita lalu dia membaca
firman Tuhan di dalam
Surah al-Nisa' (4):20"Sekiranya kamu telah
memberikan kepada seorang
di antara mereka harta yang banyak,
maka janganlah kamu
mengambilnya kembali barang
sedikitpun."Umar
menjawab:"Orang ramai lebih alim daripada
Umar sehingga gadis-gadis
sunti di rumah-rumah."[Fakhruddin al-
Razi, Mafatih al-Ghaib,II,
hlm. 175; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,II,
hlm. 133; Kata-kata Umar
itu tidak boleh difahami sebagai
tawadhuk, kerana ia
melibatkan hukum Allah SWT.
22. Khalifah Umar telah
mengharamkan haji tamattu'. Ianya bertentangan
dengan Sunnah Nabi SAWA
yang tidak pernah mengharamkannya [Ibn Kathir,
Tafsir,I,hlm. 233;
al-Bukhari, Sahih, VII, hlm. 33]
23. Khalifah Umar tidak
melaksanakan hukum had ke atas Mughirah bin Syu'bah
yang dituduh berzina
dengan Umm Jamil isteri kepada Hajaj bin Atiq bin al-Harith
bin Wahab al-Jusyami
dengan berkata:"Aku sedang melihat muka seorang lelaki
di mana Allah tidak akan
mencemarkan lelaki Muslim dengannya." Maka saksi
tersebut tidak memberikan
penyaksiannya yang tepat kerana mengikut kehendak
Umar.
Di dalam riwayat yang lain
Umar memberi isyarat kepada saksi yang keempat
supaya tidak memberika
keterangan yang tepat. Keempat orang saksi tersebut
telah memberi penyaksian
yang tepat semasa mereka di Basrah. Tetapi Umar
mengadakan pengadilan yang
kedua di Madinah. Apabila saja saksi yang
keempat tidak memberikan
penyaksian yang tepat sebagaimana diberikannya di
Basrah, maka Umar pun melakukan
had ke atas tiga saksi tersebut. Seorang
saksi bernama Abu Bakar
berkata:"Demi Allah, Mughirah telah melakukannya.
Umar ingin mengenakan had
ke atasnya kali kedua."Ali AS berkata:"Jika anda
melakukannya maka rejamlah
al-Mughirah bin Syu'bah tetapi dia enggan
melakukannya."[Al-Hakim,
Mustadrak, III, hlm. 448; Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm.
452; Ibn Athir, Usd
al-Ghabah, IV, hlm. 407; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,
III, hlm. 88]
24. Khalifah Umar
mengintai satu kumpulan rumah mereka di waktu malam
dengan memasukinya melalui
pintu belakang tanpa salam. Kelakuannya itu
adalah menyalahi firmanNya
di dalam Surah al-Hujurat (49):12:"Dan janganlah
kamu mengintai-intai atau
mencari-cari kesalahan orang lain."Dan firmanNya di
dalam Surah al-Baqarah (2):189:"Dan
masukilah rumah-rumah itu melalui pintupintunya."
Dan firmanNya di dalam
Surah al-Nur (24):27:"Wahai orang-orang
yang beriman, janganlah
kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum
meminta izin dan memberi
salam kepada penghuninya." Lantaran itu
tindakannya adalah
bertentangan dengan ayat-ayat tersebut.[al-Suyuti, al-Durr
al-Manthur,VI, hlm.93;
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VIII, hlm. 334]
25. Khalifah Umar telah
memerintahkan supaya di rejam seorang wanita gila
(yang berzina). Maka Ali
AS memperingatkannya dan berkata:"Qalam diangkat
daripada orang gila
sehingga dia sembuh."Umar pun berkata:"Sekiranya tidak
ada Ali, nescaya binasalah
Umar."[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, III, hlm. 39; al-
Tabari, Dhakhair al-Uqba,
hlm. 80]
26. Khalifah Umar tidak
membenarkan orang Islam yang bukan Arab mewarisi
pusaka keluarga mereka
melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab.[Malik, al-
Muwatta,II, hlm.12] Oleh
itu ijtihad Umar adalah bertentangan dengan al-Qur'an
dan Sunnah Nabi SAWA yang
tidak membezakan seseorang melainkan dengan
taqwa dan ianya juga
mengandungi sifat asabiyah sebagaimana firmanNya di
dalam Surah al-Hujurat
(49):10:"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah
bersaudara." Dan Nabi
SAWA bersabda:"Tidak ada kelebihan orang Arab ke
atas bukan Arab melainkan
dengan taqwa."[Al-Haithami, Majma' al-Zawa'id, III,
hlm. 226]
27. Khalifah Umar tidak
pernah mengadakan korban (penyembelihan) kerana
khuatir kaum Muslimin akan
menganggapnya wajib.[al-Baihaqi, al-Sunan al-
Kubra,IX, hlm. 265;
Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 189] Tindakannya adalah
bertentangan dengan
al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA yang
menggalakkan amalan
tersebut. Dan kaum Muslimin sehingga hari ini
mengetahui ianya adalah
sunat.
28. Khalifah Umar mengakui
bahawa dia tidak mengetahui tentang al-Qur'an,
hukum halal-haram dan
masalah pusaka. Dia berkata:"Siapa yang ingin bertanya
tentang al-Qur'an, maka
hendaklah dia bertanya kepada Ubayy bin Ka'ab.
Sesiapa yang ingin
mengetahui halal dan haram, maka hendakah dia bertanya
kepada Muadh bin Jabal.
Sesiapa yang ingin mengetahui tentang ilmu faraidh,
hendaklah dia bertanya
kepada Zaid bin Thabit. Dan siapa yang ingin meminta
harta maka hendaklah dia
datang kepadaku kerana akulah penjaganya.[al-
Hakim, al-Mustadrak, III,
hlm. 271; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 223; al-
Baihaqi, al-Sunan, VI,
hlm. 210] Ketiga-tiga ilmu tersebut dikuasai oleh orang
lain. Dia hanya penjaga
harta.
29. Khalifah Umar melarang
kaum Muslimin memakan daging dua hari berturutturut.
Dan dia telah memukul
seorang lelaki yang melakukannya dengan cemeti.
[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-Ummal, V, hlm. 161; Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm.
68] Tindakan khalifah Umar
adalah bertentangan dengan firman Tuhan di dalam
Surah al-A'raf
(7):32;"Katakanlah:Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari
Allah yang telah
dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan (siapakah pula
yang mengharamkan) rezeki
yang baik?"
30. Khalifah Umar
menakut-nakutkan dan menggertak seorang wanita supaya
membuat pengakuan tentang
perzinaannya. Lalu wanita tersebut membuat
pengakuannya. Maka
khalifah Umar memerintahkan supaya ia direjam. Lalu Ali
AS bertanya
kepadanya:"Tidakkah anda mendengar Rasulullah SAWA
bersabda:"Tidak
dikenakan hukum had ke atas orang yang membuat pengakuan
selepas ujian (bala') sama
ada ia diikat, ditahan atau diugut? Oleh itu
lepaskanlah dia."Maka
Umar berkata:"Wanita-wanita tidak terdaya untuk
melahirkan seorang seperti
Ali. Sekiranya Ali tidak ada nescaya binasalah
Umar."[Fakhruddin
al-Razi, al-Araba'ain, hlm. 466; al-Khawarizmi di dalam
Manaqibnya, hlm. 48;
al-Tabari Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 80]
31. Khalifah Umar tidak
mengetahui tempat untuk memulakan umrah. Kemudian
dia berkata:"Tanyalah
Ali."[al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 89; al-
Muhibb al-Tabari,
al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 195]
32. Khalifah Umar telah
memerintahkan supaya perpustakaan-perpustakaan di
Iran dan Iskandariah
dibakar atau dicampakkan buku-bukunya ke laut. Ditanya
kenapa dia
memerintahkannya. Dia menjawab:"Allah telah memberikan kepada
kita hidayah yang lebih
baik daripada itu."
Perpustakaan-perpustakaan
tersebut mengandungi banyak buku-buku ilmiah di
dalam berbagai-bagai
bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu hisab, falak, hikmah,
kedoktoran, dan lain-lain.
Tetapi khalifah Umar tidak menghargainya.[Ibn al-
Nadim, al-Fihrist, hlm.
334; Ibn Khaldun, Tarikh, I, hlm. 32; Ibn al-Jauzi, Sirah al-
Umar, hlm. 107]
33. Khalifah Umar
memerintahkan supaya dipotong pokok bai'ah Ridhwan,
kerana kaum Muslimin
mengerjakan solat di bawah pokok tersebut bagi
mengambil berkat. Apabila
berita ini sampai kepada Umar dia memerintahkan
supaya ianya dipotong.[Ibn
Sa'd, Tabaqat al-Kubra, hlm.608; Ibn Jauzi, Sirah Umar, hlm.
107]Sepatutnya khalifah Umar menjaga pokok tersebut dengan baik
sebagai satu peninggalan sejarah yang
berharga.
34. Khalifah Umar adalah orang yang
pertama mengenakan zakat kuda.
Ijtihadnya adalah bertentangan dengan
Sunnah Rasulullah SAWA : "Aku
memaafkan kalian zakat kuda dan
hamba." [al-Baladhuri, Ansab al-
Asyraf,V,hlm.26; al-Bukhari, Sahih,
III, hlm. 30; Ahmad bin Hanbal; al-Musnad, I,
hlm. 62; al-Sayuti, Tarikh
al-Khulafa', I, hlm. 137]
35. Khalifah Umar tidak mengetahui
hukum orang yang syak tentang rakaat
solatnya bagaimana hendak
dilakukannya. Dia bertanya kepada seorang budak:
"Apabila seorang itu syak bilangan
solatnya, apakah ia harus lakukan?"
Sepatutnya dia telah bertanya kepada
Rasulullah SAWA mengenainya. [Ahmad
bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 190;
al-Baihaqi, Sunan, II, hlm. 332]
36. Khalifah Umar mengharamkan memakai
bauan (perfume) bagi orang yang
mengerjakan haji sehingga mereka
melakukan tawaf ifadhah. Ijtihadnya adalah
menyalahi Sunnah Rasulullah SAWA di
mana Aisyah berkata: "Aku meletakkan
bauan ke atas Rasulullah SAWA sebelum
beliau mengerjakan tawaf ifadhah".
[Malik, al-Muwatta', I, hlm. 285;
al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 173; al-Bukhari,
Sahih, III, hlm. 58; Muslim, Sahih, I,
hlm. 330]
37. Khalifah Umar tidak mengetahui
faedah Hajr al-Aswad. Dia berkata: "Hajr al-
Aswad tidak memberi sebarang faedah
dan kemudharatan." Sekiranya dia tidak
melihat Rasulullah SAWA mengucupnya,
nescaya dia tidak mengucupnya. Katakata
Khalifah Umar tersebut adalah
menyalahi Sunnah Rasulullah SAWA , beliau
bersabda: "Hajr al-Aswad
diturunkan dari Syurga warnanya putih seperti susu.
Tetapi ianya bertukar menjadi hitam
disebabkan dosa manusia." Dan sabdanya
lagi: "Demi Allah. Dia akan
membangkitkannya di Hari Kiamat, ianya mempunyai
dua mata dan satu lidah yang akan
bercakap dan memberi penyaksian kepada
orang yang telah mengucupnya".
[al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 180; al-Nasa'i,
Sahih, II, hlm. 37; Ahmad bin Hanbal,
al-Musnad, II, hlm. 3]
38. Khalifah Umar tidak memberi khums
kepada kerabat Rasulullah SAWA .
Ijtihad beliau adalah menyalahi
firmanNya dalam Surah al-Anfal 18:4 dan
berlawanan dengan Sunnah Rasulullah
SAWA. [al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II,
hlm. 127; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,
I, hlm. 248]
39. Khalifah Umar berkata bahawa
memukul isteri tidak akan dikenakan dosa.
Dia mengaitkan kata-kata ini dengan
Rasulullah SAWA. [Ahmad bin Hanbal, al-
Musnad, I, hlm. 20], sebenarnya ianya
bertentangan dengan firmanNya di dalam
Surah an-Nahl 16:90:
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan
berbuat kebajikan, memberi kepada kaum
kerabat dan Allah melarang dari
perbuatan keji, kemungkaran dan
permusuhan".
40. Khalifah Umar melarang hadis
"khabar gembira" bahawa setiap orang yang
mengucapkan dua kalimah syahadat
dengan yakin, akan masuk syurga. Kerana
dia khuatir kaum Muslim hanya mengucap
dua kalimah syahadat kemudian
meninggalkan amalan lain. Dia berkata
kepada Rasulullah SAWA , "Adakah
anda mengutuskan Abu Hurairah dengan
khabar tersebut?" Rasulullah
menjawab:"Ya". Umar berkata
kepada Rasulullah SAWA: "Janganlah anda
melakukannya". [Ibn al-Jauzi,
Sirah Umar, hlm. 38; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj
al-Balaghah, III, hlm. 108].
Sepatutnya dia tidak melarang Rasulullah SAWA
untuk melakukannya.
41. Khalifah Umar tidak mengetahui
apakah bacaan Rasulullah SAWA di dalam
solat Hari Raya. [Muslim, Sahih, I,
hlm, 242; Abu Daud, Sunan, I, hlm. 180;
Malik, al-Muwatta', I, hlm. 147; Ibn
Majah, Sunan, I, hlm. 388; al-Turmudhi,
Sahih, I, hlm. 106; al-Nisa'i, Sahih,
III, hlm. 184]. Sepatutnya dia mengetahui
surah-surah yang dibaca oleh
Rasulullah SAWA di dalam solat Hari Raya.
42. Khalifah Umar melarang kaum
Muslimin berpuasa pada bulan Rajab. Dia
berkata: "Apa itu bulan Rajab?
Bulan Rajab hanya bulan yang dimuliakan oleh
orang-orang Jahiliyah. Dan apabila
datang agama Islam, ianya ditinggalkan.
Sebenarnya Khalifah Umar tidak
mengetahui kelebihan bulan Rajab. Ijtihadnya
itu adalah bertentangan dengan Sunnah
Rasulllah SAWA yang menggalakkan
setiap Muslim supaya berpuasa tiga
hari pada setiap bulan, termasuk bulan
Rajab. [al-Bukhari, Sahih, III, hlm.
215; Muslim, Sahih, I, hlm. 318; Ahmad bin
Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 326; Abu Daud,
Sunan, I, hlm. 381]
43. Khalifah Umar tidak membunuh Dzu
al-Thadyah (ketua Khawarij) sedangkan
Rasulullah SAWA telah memerintahkannya
supaya membunuhnya. Dia
berkata:"Bagaimana aku membunuh
lelaki yang sedang sujud?" Kemudian
Rasulullah SAWA bertanya lagi:"Siapa
lagi yang akan membunuhnya?"Ali
menjawab:"Aku."Rasulullah
SAWA bersabda:"Sekiranya anda mendapatinya."Ali
pun pergi tetapi tidak mendapatinya.
Rasulullah SAWA bersabda:"Sekiranya
lelaki itu dibunuh, tidak akan ada dua
lelaki yang berselisih faham."[Ahmad bin
Hanbal, al-Musnad,III, hlm.
15]Sepatutnya Khalifah Umar membunuhnya tanpa
mengambil kira keadaannya kerana
Rasulullah SAWA telah memerintahkannya.
Tetapi dia menggunakan ijtihadnya bagi
menyalahi Sunnah Rasulullah SAWA.
44. Khalifah Umar tidak boleh memahami
ungkapan-ungkapan yang tinggi. Dia
bertanya kepada seorang
lelaki:"Bagaimana keadaan anda?"Lelaki itu
menjawab:"Aku adalah di kalangan
orang yang mencintai fitnah, membenci al-
Haqq dan memberi penyaksian kepada
orang yang tidak dilihat."Lalu dia
memerintahkan supaya lelaki itu
ditahan. Maka Ali AS menyuruh supaya ianya
dilepaskan seraya berkata:"Apa
yang diucapkan oleh lelaki itu adalah
benar."Umar
berkata:"Bagaimana anda dapat mengatakan ianya benar?"Ali AS
menjawab:"Dia mencintai harta dan
anak sebagaimana firmanNya di dalam
Surah al-Anfal(8):28:"Dan
ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu
hanyalah sebagai fitnah."Dan dia
membenci kematian maka ia adalah al-haqq.
Dan dia memberi penyaksian bahawa
Muhammad adalah Rasulullah sekalipun
dia tidak melihatnya."Kemudian
Umar memerintahkan supaya ia dilepaskan.[Ibn
Qayyim al-Jauziyyah, al-Turuq
al-Hukmiyyah, hlm. 46]
45. Khalifah Umar telah menjatuhkan
airmuka Rasulullah SAWA di hadapan
Musyrikin yang datang berjumpa
Rasulullah SAWA supaya mengembalikan
hamba-hamba mereka yang lari dari
mereka. Musyrikin berkata:"Hamba-hamba
kami telah datang kepada anda bukanlah
kerana mereka cinta kepada agama,
tetapi mereka lari dari menjadi milik
kami dan harta kami. Justeru itu kembalilah
mereka kepada kami. Lebih-lebih lagi
kami adalah jiran anda dan orang yang
membuat perjanjian damai dengan
anda."Walau bagaimanapun Rasulullah
SAWA tidak mahu menyerahkan
hamba-hamba tersebut kepada mereka kerana
khuatir mereka akan menyiksa
hamba-hamba tersebut. Tetapi beliau tidak mahu
mendedahkan hakikat ini kepada mereka.
Lalu Rasulullah SAWA bertanya
kepada Umar.Maka Umar
menjawab:"Benar kata-kata mereka itu wahai
Rasulullah. Mereka itu adalah jiran
kita dan mereka telah membuat perjanjian damai dengan kita."Maka muka
Rasulullah SAWA berubah kerana jawapannya
menyalahi apa yang dikehendaki oleh
Rasulullah SAWA.[Ahmad bin Hanbal, al-
Musnad, I, hlm. 155;al-Nasa'i,
al-Khasa'is, hlm. 11]
46. Khalifah Umar menjadikan mahr
wanita berkahwin sebelum tamat iddahnya
untuk Baitul Mal. Kemudian dia
memisahkan pasangan tersebut dan
berkata""Nikah adalah haram,
mahr adalah haram dan kedua-duanya tidak boleh
berkahwin lagi."Ali
berkata:"Sekiranya lelaki itu tidak mengetahuinya, wanita
tersebut berhak mengambil mahrnya dan
dipisahkan pasangan tersebut. Dan
apabila tamat iddahnya dia menjadi
peminangnya. Didalam ertikata yang lain dia
hendaklah menyempurnakan iddahnya yang
pertama kemudian
menyempurnakan pula iddahnya yang
kedua."Lalu Umar berkata:"Kembalikan"
"kejahilan" kepada
Sunnah.[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 441; al-
Tabari, Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 81]
Persoalan yang timbul ialah kenapakah dia
menjadikan mahr hal Baitul Mal dan
bukan hak wanita tersebut dan kenapakah
dia mengharamkan wanita tersebut ke atas
lelaki tersebut? Manakah ayat atau
Sunnah yang membolehkan khalifah Umar
melakukan sedemikian? Oleh itu
ijtihadnya adalah menyalahi al-Qur'an
dan Sunnah Rasulullah SAWA.
47. Khalifah Umar mempelajari Surah
al-Baqarah selama dua belas tahun. Dan
apabila dia selesai mempelajarinya
(khatam), dia menyembelih beberapa ekor
unta.[al-Qurtubi, Ahkam al-Qur'an, I,
hlm. 34; al-Durr al-Manthur, I, hlm. 21] Oleh
itu untuk mempelajari kesemua
al-Qur'an dia memerlukan kepada masa yang
lebih lama. Ini sebelum khalifah Umar
menjadi seorang yang pelupa, kadangkala
dia melupai bilangan raka'at
sembahyang, lalu dia menyuruh seorang lelaki
berdiri di hadapannya bagi memberikan
isyarat kepadanya supaya dia berdiri
ataupun rukuk, kemudian dia
melakukannya.[Ibn Jauzi, Sirah Umar b. Khattab,
hlm. 135; Ibn Abi l-Hadid, Syarh Nahj
al-Balaghah, III, hlm. 110]
48. Khalifah Umar telah menjadikan
"enam jengkal" sebagai ukuran baligh. Dia
berkata:"Sekiranya kalian
mendapati budak lelaki yang mencuri itu setinggi enam
jengkal (sittah asyar) genap, maka
kalian potonglah tangannnya. Jika tidak
tinggallah dia."
Di riwayatkan daripada Sulaiman bin
Yasar,"Sesungguhnya Umar mendatangi
seorang budak lelaki yang telah
mencuri, lalu dia mengukur budak tersebut,
tetapi ianya tidak mencukupi enam
jengkal tepat lalu ditinggalkannya."[al-Muttaqi
al-Hindi,Kanz al-Ummal,I, hlm. 116]
Oleh itu ijtihadnya itu adalah
bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA
yang menetapkan baligh melalui ihtilam
(mimpi) dan tumbuh bulu di
kemaluan.[al-Baihaqi, al-Sunan
al-Kubra, V, hlm. 54-55]
49. Khalifah Umar menyesali menjadi
seorang manusia. Dia berkata:"Alangkah
beruntungnya jika aku menjadi seekor
kambing keluargaku. Mereka
menggemukkan aku seperti yang mereka
suka. Kemudian aku menjadi makanan
kepada orang yang menyukainya. Mereka
menghiris sebahagian dariku dan
memanggang sebahagian yang lain.
Kemudian mereka memakan aku dan
mereka mengeluarkan aku sebagai najis
dan aku tidak menjadi manusia lagi."[al-
Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI,
hlm. 345; Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah,
III, hlm. 131; Abu Nu'im, Hilyah
al-Auliya', I, hlm. 52]
Sepatutnya khalifah Umar tidak
mengeluarkan kata-kata tersebut kerana ianya
bertentangan dengan Surah al-Tin
(95):4:"Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya."Dan jika dia benar
seorang wali Allah kenapa dia menyesal
menjadi manusia, sedangkan Allah
telah memberi jaminan di dalam Surah
Yunus (10):62:"Ingatlah, sesungguhnya
walil-wali Allah itu tidak ada
kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka
bersedih hati."
50. Khalifah Umar telah menhentikan
pemberian zakat kepada muallaf.[al-Suyuti,
Tarikh al-Khulafa, hlm. 137 dan
lain-lain] Tindakan ini adalah bertentangan
dengan al-Qur'an Surah al-Taubah
(4):60,"Sesungguhnya zakat-zakat itu
hanyalah untuk orang-orang faqir,
orang-orang miskin, pengurus-pengurus
zakat, para muallaf yang dibujuk
hatinya...."
51. Khalifah Umar memohon keizinan
'Aisyah supaya ianya disemadikan di sisi
Rasulullah SAWA, lalu 'Aisyah
menyetujui permohonannya.[al-Bukhari, Sahih, V,
hlm. 266] Persoalannya kenapakah dia
memohon izin daripada 'Aisyah? Adakah
'Aisyah menerima pusaka Rasulullah
SAWA? Dimana kata-kata "Kami para Nabi
tidak meninggalkan pusaka?" Jika
beliau meninggalkan pusakanya tidakkah
pewaris-pewaris anak perempuannya
lebih berhak daripada 'Aisyah kerana
saham 'Aisyah hanya sepersembilan
daripada seperlapan? Nampaknya khalifah
Umar sudah tidak mempercayai
kata-kata"Kami para Nabi tidak meninggalkan
pusaka." Lantas dia memohon izin
daripada 'Aisyah. Sepatutnya dia memohon
izin dari pewaris-pewaris Fatimah AS
yang mempunyai hak yang lebih banyak
daripadanya.
52. Khalifah Umar mengakui kegelisahan
dan ketakutannya bagi menghadapi
Allah SWT. Ibn Abbas berkata kepadanya
selepas dia ditikam"Wahai Amirul
Mukminin tidakkah anda telah
bersahabat dengan RAsulullah dan persahabatan
anda dengannya adalah baik. Kemudian
beliau meninggalkan anda di dalam
keadaan redha terhadap anda. Kemudian
anda bersabahat pula dengan Abu
Bakar, maka persahabatan anda
dengannya adalah baik, dia meninggalkan
anda di dalam keadaan redha terhadap
anda. Kemudian anda bersahabat
dengan sahabat-sahabat mereka, maka
persahabatan anda adalah baik dan
sekiranya anda meninggalkan mereka,
maka mereka meredhai anda."Umar
menjawab:"Adapun apa yang anda
sebutkan tadi tentang persahabatan dengan
Rasulullah dan keredhaannya, ianya
merupakan satu kurniaan daripada Allah
SWT yang dilimpahkan kepadaku. Adapun
apa yang anda sebutkan tentang
persahabatan dengan Abu Bakar dan
keredhaannya, maka ianya juga satu
kurniaan daripada Allah SWT yang
dilimpahkan kepadaku. Tetapi apa yang anda
lihat tentang kegelisahan dan
ketakutanku adalah kerana anda dan para sahabat
anda.Demi Allah sekiranya aku
mempunyai segunung emas, nescaya aku
menebus diriku dengannya dari azab
Allah sebelum aku menemuiNya."
[al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 201]
Sikap sedemikian telah diterangkan oleh Allah
SWT di dalam Surah Yunus
(10):54:"Dan kalau setiap diri yang zalim itu
mempunyai segala apa yang ada di bumi
ini, tentu dia menebus dirinya dengan
itu..."
Dan sekiranya dia seorang wali Allah,
dia tidak perlu khuatir dengan azab Allah
SWT. Kerana Dia berfirman di dalam
Surah Yunus (10):62:"Ingatlah,
sesungguhnya wali-wali Allah itu,
tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan
tidak pula mereka bersedih hati iaitu
orang-orang yang beriman dan selalu
bertaqwa bagi mereka berita gembira di
dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Tidak ada perubahan bagi
kalimat-kalimat Allah yang demikian itu adalah
kemenangan yang besar."
Pengakuan sedemikian telah dilakukan
juga oleh khalifah Abu Bakar, al-Barra
bin 'Azib, 'Aisyah dan Anas bin Malik.
Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 74 meriwayatkan
bahawa Anas bin Malik berkata:'Tidak
ada suatupun yang aku ketahui di zaman
Nabi SAWA lebih baik dari sembahyang
(solat). Dia berkata:"Tidakkah kalian
telah menghilangkan sesuatu
padanya?"Dan al-Zuhri berkata:"Aku berjumpa
Anas bin Malik di Damsyik ketika itu
dia sedang menangis. Abu bertanya
kepadanya:Apakah yang menyebabkan anda
menangis?Dia menjawab:Aku tidak
mengetahui sesuatupun selain dari
sembahyang (solat) itupun telah dihilangkan."
Al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 154 dan
Muslim, Sahih, I, hlm. 260, meriwayatkan
bahawa khalifah Uthman dan 'Aisyah
telah mengubah Sunnah Rasulullah SAWA
mengenai sembahyang. Kerana mereka
mengerjakan sembahyang empat rakaat
(itmam) di Mina sedangkan Rasulullah
SAWA mengerjakan sembahyang dua
rakaat (qasr) di Mina.
Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya, I,
hlm. 122 meriwayatkan daripada Abi Sa'id
al-Khudri,dia berkata:"Rasulullah
SAWA keluar sembahyang di hari 'Aid al-Fitr
dan 'Aid al-Adha ke masjid, kemudian
beliau berjumpa dengan orang-orang di
barisan depan. Kemudian beliau mulai
berkhutbah menasihati mereka,
menyuruh mereka atau menyelesaikan
isu-isu semasa. Dan selepas itu
beliaupun pergi."Abu Sa'id
berkata:"Cara demikian berterusan sehingga pada
suatu hari aku keluar bersama Marwan
gabenor Madinah pada masa itu, ke
masjid yang mempunyai mimbar yang
dibina oleh Kathir bin al-Salt. Marwan
terus menuju ke mimbar tersebut
sebelum bersembahyang. Kemudian aku
menarik kainnya. Tetapi dia menolakku
dan terus ke mimbar dan memberi
khutbah kepada orang ramai sebelum dia
bersembahyang. Maka akupun
berkata kepadanya:Demi Allah, kalian
telah mengubah Sunnah Rasulullah.Dia
menjawab:Wahai Abu Sa'id, apa yang
anda ketahui telah hilang begitu
sahaja.Aku menjawab:Apa yang aku
ketahui adalah lebih baik, demi Allah,
daripada apa yang aku tidak
mengetahuinya.Marwan berkata:Orang ramai tidak
akan duduk mendengar khutbah kita
selepas sembahyang. Justeru itu aku
jadikannya (khutbah) sebelum
sembahyang."
Oleh itu pengakuan-pengakuan tersebut
membuktikan bahawa sahabat bukan
semuanya adil. Malah ada yang mengubah
Sunnah Rasulullah SAWA.Dan
mungkin inilah yang membuatkan mereka
merasa khuatir terhadap azab Allah
SWT.Dan mereka mengakui bahawa tidak
ada keistimewaan menjadi sahabat
Rasulullah SAWA jika mereka mengubah
Sunnahnya pula.
53. Khalifah Umar berhasrat untuk
melantik Salim hamba Abu Huzaifah
menjadi khalifah sekiranya ia masih hidup.
Oleh itu kata-katanya adalah
bertentangan dengan kata-katanya yang
menyokong Abu Bakar di Saqifah. Para
imam mestilah daripada Quraisy kerana
Salim adalah seorang hamba dan dia
bukanlah daripada Quraisy.[Ibn
Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 19]
54. Khalifah Umar menghukum rejam ke
atas wanita yang mengandung selama
enam bulan kemudian melahirkan
anak.Lalu Ali AS membantahnya dan
membacakan firman Allah SWT di dalam
Surah al-Ahqaf (46):15:"Ibunya
mengandungkannya sampai menyusunya
adalah tiga puluh bulan" dan
firmanNya di dalam Surah Luqman
(31):14:"Penyusuannya selama dua tahun."
Oleh itu "mengandung"
sekurang-kurangnya ialah enam bulan dan
penyusuannya ialah selama dua
tahun.Kemudian Umar menarik balik
hukumannya dan berkata:"Sekiranya
tidak ada Ali, nescaya binasalah Umar."[al-
Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm.
288; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III,
hlm. 96;al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba,
hlm. 82, dan lain-lain]
55. Khalifah Umar telah mengenakan
hukum had ke atas Ja'dah dari Bani Sulaim
tanpa saksi yang mencukupi. Dia
memadai dengan sepucuk surat yang
mengandungi syair mengenai
perzinaannya yang dihantar oleh Buraid.[Ibn Sa'd,
Tabaqat, III, hlm. 205]Lantaran itu
ijtihadnya adalah bertentangan dengan al-
Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA yang
memerlukan empat orang saksi atau
pengakuan secara sukarela.
56. Khalifah Umar telah lari di dalam
peperangan Uhud, Hunain, dan Khaibar.[al-
Bukhari, Sahih, III, hlm. 46;
al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.37; al-Dhahabi, al-
Talkhis, III, hlm. 37 dan lain-lain]
57. Khalifah Umar telah mengambil
separuh dari harta kekayaan gabenorgabenornya
kerana dia mengesyaki mereka melakukan
pecah amanah terhadap
Baitul Mal. Persoalan yang timbul,
sekiranya harta tersebut adalah hasil dari
kecurian dari Baitul Mal, maka ianya
wajib dikembalikan kesemuanya, dan bukan
dengan cara membahagi dua. Dan mereka
pula wajib dipecat daripada jawatan
tersebut kerana mereka telah melakukan
pecah amanah. Tetapi khalifah Umar
tidak memecat kesemua mereka. Dan
sekiranya harta tersebut diusahakan oleh
mereka melalui jalan yang halal
seperti perniagaan atau seumpamanya, maka
dia tidak harus mengambil daripada
mereka. Kerana tidak halal mengambil harta
seorang Muslim melainkan dengan
keredhaannya. Malah dia telah
mengambilnya daripada mereka secara
paksaan.[Ibn Abil Hadid, Syarh Nahj al-
Balaghah, III, hlm. 163]
58. Khalifah Umar telah memaafkan
gabenornya Muawiyah di Syam dari
membahagi dua hartanya. Sedangkan
Muawiyah dikenali sebagai seorang yang
mengambil harta Baitul Mal Muslimin.
Tetapi sebaliknya mempertahankan
kedudukannya dengan mengatakan bahawa
dia adalah kisra Arab. Sedangkan
Nabi SAWA telah memarahinya dan
bapanya. Sepatutnya dia tidak melantiknya
sebagai gabenor di Syam kerana orang
lain lebih layak daripadanya.[al-Tabari,
Tarikh, XI, hlm. 357]
59. Khalifah Umar telah memerintahkan
rejam wantia yang sedang hamil kerana
melakukan zina. Ali AS membantahnya
dan berkata:"Sekiranya anda mempunyai
kuasa ke atasnya tetapi anda tidak
mempunyai kuasa ke atas
janinnya."Kemudian Umar
berkata:"Setiap orang adalah lebih alim
daripadaku."[al-Tabari, Dhakha'ir
al-Uqba, hlm. 81]
60. Khalifah Umar telah menjalankan
hukum had ke atas Abdul Rahman pada
kali kedua kerana meminum arak.
Sebenarnya Umru bin al-'As telah
menjalankan hukum had keatasnya di
Mesir dan disaksikan oleh anaknya,
Abdullah bin Umar. Tetapi khalifah
Umar tidak mengindahkannya. Kemudian dia
memukulnya pada kali kedua:"Abdul
Rahman melaung meminta tolong sambil
berkata:"Aku sedang sakit, demi
Tuhan, anda (Umar) adalah pembunuhku." Dan
selepas dia menjalankan had keatasnya
dia menahannya pula selama sebulan,
kemudian dia meninggal dunia.
Sepatutnya dia tidak mengenakan had
keatasnya pada kali kedua dan menunggu
sehingga dia sembuh dari sakitnya
serta tidak menahannya pula.[Ibn Abd
Rabbih, al-Aqd al-Farid, III, hlm. 470; al-
Khatib, Tarikh Baghdad, VI, hlm. 450;
Ibn Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III,
hlm. 127]
61. Khalifah Umar kurang mengetahui
ilmu faraidh. Dia berkata:"Sesiapa yang
ingin bertanya tentang ilmu faraidh,
maka hendaklah dia bertanya kepada Zaid
bin Tsabit. Dan sesiapa yang ingin
harta, hendaklah dia memohon kepadaku
kerana aku adalah
penjaganya."[al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.
271; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm.
223]
62. Khalifah Umar adalah orang yang
pertama mengharamkan nikah mut'ah.[al-
Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137]
Kenyataan al-Suyuti bererti:
a) Nikah mut'ah adalah halal menurut
Islam.
b) Khalifah Umarlah yang mengharamkan
nikah mut'ah yang telah dihalalkan
pada masa Rasulullah SAWA, khalifah
Abu Bakar dan pada masa permulaan
zaman khalifah Umar.
c) Umar mempunyai kuasa veto yang
boleh memansuhkan atau membatalkan
hukum nikah mut'ah sekalipun ianya
halal di sisi Allah dan RasulNya. Al-Suyuti
seorang Mujaddid Ahlil Sunnah abad
ke-6 Hijrah mempercayai bahawa nikah
mut'ah adalah halal, kerana
pengharamannya adalah dilakukan oleh Umar dan
bukan oleh Allah dan
RasulNya.Kenyataan al-Suyuti adalah berdasarkan kepada
al-Qur'an dan kata-kata Umar sendiri.
Sebenarnya para ulama Ahlul Sunnah
sendiri telah mencatat bahawa Umarlah
yang telah mengharamkan nikah mut'ah
seperti berikut:
a) Al-Baihaqi di dalam al-Sunan, V,
hlm. 206, meriwayatkan kata-kata Umar,"Dua
mut'ah yang dilakukan pada masa
Rasulullah SAWA tetapi aku melarang keduaduanya
dan aku akan mengenakan hukuman ke
atasnya, iaitu mut'ah
perempuan dan mut'ah haji.
b) Al-Raghib di dalam al-Mahadarat,
II, hlm. 94 meriwayatkan bahwa Yahya bin
Aktam berkata kepada seorang syaikh di
Basrah:"Siapakah orang yang anda
ikuti tentang harusnya nikah
mut'ah."Dia menjawab:"Umar al-Khatab."Dia
bertanya lagi,"Bagaimana
sedangkan Umarlah orang yang melarangnya."Dia
menjawab:"Mengikut riwayat yang
sahih bahawa dia menaiki mimbar masjid dan
berkata:Sesungguhnya Allah dan
RasulNya telah menghalalkan untuk kalian dua
mut'ah tetapi aku aku mengharamkan
kedua-duanya (mut'ah perempuan dan
mut'ah haji). Maka kami menerima
kesaksiannya tetapi kami tidak menerima
pengharamannya."
c) Daripada Jabir bin Abdullah, dia
berkata:"Kami telah melakukan nikah mut'ah
dengan segenggam kurma dan gandum
selama beberapa hari pada masa
Rasulullah dan Abu Bakar sehingga Umar
melarang dan mengharamkannya
dalam kes Umru bin Harith.[Muslim,
Sahih, I, hlm. 395; Ibn Hajar, Fatih al-Bari,
IX, hlm.41; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,
VIII, hlm. 294]
d) Daripada Urwah bin
al-Zubair,"Sesungguhnya Khaulah bt. Hakim berjumpa
Umar al-Khattab dan
berkata:"Sesungguhnya Rabiah bin Umaiyyah telah
melakukan nikah mut'ah dengan seorang
perempuan, kemudian perempuan itu
mengandung, maka Umar keluar dengan
marah dan berkata:"Sekiranya aku
telah memberitahukan kalian
mengenainya awal-awal lagi nescaya aku
merejamnya."Isnad hadith ini
adalah tsiqah, dikeluarkan oleh Malik di dalam al-
Muwatta', II, hlm. 30;al-Syafi'i,
al-Umm, VII, hlm. 219;al-Baihaqi, al-Sunan al-
Kubra, VII, hlm. 206]
e) Kata-kata Ali AS,"Sekiranya
Umar tidak melarang nikah mut'ah nescaya tidak
seorang pun berzina melainkan orang
yang celaka."[al-Tabari, Tafsir, V, hlm. 9;
Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib,
III, hlm.200; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,
II, hlm. 140]
Kata-kata Ali AS ini menolak dakwaan
orang yang mengatakan bahawa Ali telah
melarang nikah mut'ah kerana beliau
tidak memansuhkan ayat di dalam Surah
al-Nisa' (4):24.
f) Daripada Ibn Juraij, daripada 'Ata'
dia berkata:"Aku mendengar Ibn Abbas
berkata:Semoga Allah merahmati Umar,
mut'ah adalah rahmat Tuhan kepada
umat Muhammad dan jika ia tidak
dilarang (oleh Umar) nescaya seorang itu tidak
perlu berzina melainkan orang yang
celaka."[al-Jassas, al-Ahkam al-Qur'an, II,
hlm. 179; al-Zamakhshari, al-Fa'iq, I,
hlm. 331;al-Qurtubi, Tafsir, V, hlm. 130]
Riwayat Ibn Abbas tersebut menafikan
dakwaan orang yang mengatakan Ibn
Abbas telah menarik balik kata-katanya
mengenai mut'ah. Walau bagaimanapun
halalnya mut'ah tidak berpandu kepada
pendapat Ibn Abbas tetapi berpandu
kepada Surah al-Nisa (4): 24 yang
tidak dimansuhkan.
Di sini disebutkan nama-nama sahabat
dan tabi'in yang telah mengamalkan
nikah mut'ah atau mempercayai ia halal
seperti berikut:
1.Umran b.al-Hasin.
2. Jabir b. Abdullah.
3. Abdullah b. Mas'ud.
4. Abdullah b. Umar.
5. Muawiyah b. Abi Sufyan.
6. Abu Said al-Khudri.
7. Salman b. Umaiyyah b, Khalf
8. Ma'bad b. Umaiyyah.
9. al-Zubair bin al-Awwam yang
mengahwini Asma' bt khalifah Abu Bakar secara
mut'ah selama tiga tahun dan
melahirkan dua orang anak lelaki bernama
Abdullah da Urwah.
10. Khalid b. Muhajir.
11. Umru b. Harith.
12. Ubayy b. Ka'ab.
13. Rabi'ah b. Umaiyyah.
14. Said b. Jubair.
15. Tawwus al-Yamani.
16. 'Ata' Abu Muhammad al-Madani.
17. al-Sudi.
18. Mujahid.
19. Zufar b. Aus al-Madani.
20. Ibn Juraij.
21. Ali bin Abi Talib.
22. Umar b. al-Khattab sebelum dia
mengharamkannya dan diakui oleh anaknya
Abdullah bin Umar.
Nama-nama tersebut adalah diambil dari
buku-buku Hadith Ahlul Sunnah dan
lain-lain di mana saya tidak memberi
rujukan lengkap kerana kesempitan ruang,
lihatlah umpamanya buku-buku sahih bab
nikah mut'ah dan lain-lain.
Di sini diperturunkan
pendapat-pendapat Ahlul Sunnah yang mengatakan
nikah mut'ah telah dimansuhkan,
kemudian, diharuskan, kemudian
dimansuhkan, kemudian diharuskan
kembali. Ia mempunyai 15 pendapat yang
berbeza-beza seperti berikut:
1. Nikah mut'ah diharuskan pada
permulaan Islam, kemudian Rasulullah SAWA
menegahnya di dalam Peperangan
Khaibar.
2. Ia boleh dilakukan ketika darurat
di masa-masa tertentu kemudian diharamkan
pada akhir tahun Haji Wida'.
3. Ia diharuskan selama 3 harisahaja.
4. Diharuskan pada tahun al-Autas
kemudian diharamkan.
5. Diharuskan pada Haji Wida' kemudian
ditegah semula.
6. Diharuskan, kemudian diharamkan
pada masa pembukaan Mekah.
7. Ia harus, kemudiannya ditegah dalam
Perang Tabuk.
8. Diharuskan pada pembukaan Mekah dan
diharamkan pada hari itu juga.
9. Ia dihalalkan pada Umrah al-Qadha'.
10. Ia tidak pernah diharuskan di
dalam Islam. Pendapat ini bertentangan
dengan al-Qur'an, Sunnah Nabi SAWA,
Ahlul Baytnya dan sahabat-sahabat.
11. Ia diharuskan kemudian dilarang
pada Perang Khaibar kemudian diizin
kembali pada masa pembukaan Mekah
kemudian diharamkannya selepas tiga
hari.
12. Diharuskan pada permulaan Islam
kemudian diharuskan pada Perang
Khaibar kemudian diharuskan pada
Perang Autas, kemudian diharamkan.
13. Diharuskan pada permulaan Islam
pada tahun Autas, pembukaan Mekah
dan Umrah al-Qadha' dan diharamkan
pada Peperangan Khaibar dan Tabuk.
14. Ia telah diharuskan, kemudian
dimansuhkan, kemudian diharuskan,
kemudian dimansuhkan, kemudian
diharuskan kemudian dimansuhkan.
15. Diharuskan 7 kali, dimansuhkan 7
kali, dimansuhkan pada Peperangan
Khaibar, Hunain, 'Umra al-Qadha', tahun
pembukaan Mekah, tahun Autas,
Peperangan Tabuk dan semasa Haji
Wida'.[al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm.
183; Muslim, Sahih, I, hlm. 394;Ibn
Hajar, Fath al-Bari, IX, hlm. 138; al-Zurqani,
Syarh al-Muwatta', hlm. 24]
Lihatlah bagaimana perselisihan
pendapat telah berlaku tentang nikah mut'ah di
mana mereka sendiri tidak yakin
bilakah ia dimansuhkan atau sebaliknya. Walau
bagaimanapun pendapat-pendapat
tersebut memberi erti bahawa hukum nikah
mut'ah boleh dipermainkan-mainkan
kerana ia mengandungi beberapa proses
pengharusan dan pengharaman, oleh itu
ianya tidak mungkin dilakukan oleh
Allah dan RasulNya.
Ianya telah dilakukan oleh al-Zubair
bin al-Awwam dengan Asma' bt. khalifah
Abu Bakar selama tiga tahun dan
melahirkan dua orang anak mut'ah.
Sebenarnya pengharusan nikah mut'ah
itu berasal daripada al-Qur'an, firmanNya
(Surah al-Nisa (4):24:"Maka
isteri-isteri kamu yang kamu nikmati (mut'ah) di atas
mereka, berikanlah kepada mereka
maharnya sebagai suatu kewajipan."
Menurut al-Zamakhsyari, ayat ini adalah
Muhkamah, iaitu tidak dimansuhkan [al-
Kasysyaf,I hlm. 190] iaitu nikah
mut'ah adalah halal.
Al-Qurtubi menyatakan, penduduk Mekah
banyak melakukan nikah
mut'ah[Tafsir,V, hlm. 132]. Fakhruddin
al-Razi berkata:"Mereka berselisih
pendapat tentang ayat ini, sama ada ia
dimansuhkan ataupun tidak, tetapi
sebahagian besar berpendapat ayat ini
tidak dimansuhkan dan nikah mut'ah
adalah harus."[Mafatih al-Ghaib,
III, hlm. 200] Abu Hayyan berkata:"Selepas
menukilkan hadith yang mengharuskan
nikah mut'ah, sekumpulan daripada Ahlul
Bayt dan Tabi'in berpendapat nikah
mut'ah adalah halal."Ibn Juraij (w.150H)pula
berpendapat bahawa nikah mut'ah adalah
harus. Imam Syafi'i menegaskan
bahawa Ibn Juraij telah bernikah
mut'ah dengan 72 orang perempuan,
sementara al-Dhahabi pula menyatakan
Ibn Juraij telah bermut'ah dengan 90
orang perempuan.[Tadhib al-Tahdhib,
VI, hlm. 408]
Perhatikanlah bahawa Ibn Juraij adalah
seorang daripada Tabi'in dan imam
masjid Mekah, telah berkahwin secara
mut'ah dengan 90 orang perempuan dan
dia juga telah meriwayatkan hadith
yang banyak di dalam sahih-sahih Ahlul
Sunnah seperti Bukhari, Muslim dan
lain-lain. Ini bererti kitab-kitab sahih tersebut
telah dikotori (mengikut bahawa lawan)
dan ia tidak menjadi sahih lagi sekiranya
orang yang melakukan nikah mut'ah itu
dianggap penzina.
Ayat tersebut tidak dimansuhkan oleh
Surah al-Mukminun ayat 6 dan Surah al-
Ma'arij ayat 30, kerana kedua-dua ayat
tersebut adalah Makkiyyah dan ayat
Makkiyyah tidak boleh memansuhkan ayat
Madaniyyah, begitu juga ia tidak
boleh dimansuhkan dengan ayat
al-Mirath (pusaka) kerana dalam nikah biasa
sekalipun mirath tidak boleh berlaku
jika si isteri melakukan nusyuz terhadap
suaminya atau isterinya seorang
kitabiyah. Sebagaimana juga ia tidak boleh
dimansuhkan dengan ayat Talaq, kerana
nikah mut'ah dapat ditalak (dapat
dibatalkan) dengan berakhirnya masa.
Ia juga tidak boleh dimansuhkan dengan
hadith mengiku jumhur ulama.
Imam Zulfar berpendapat walaupun
ditetapkan, tetapi ia tidak membatalkan akad
nikah. Imam Malik pula mengatakan
nikah mut'ah adalah harus hingga
terdapatnya dalil yang memansuhkannya.
Imam Muhammad al-Syaibani
mengatakan nikah mut'ah adalah makruh.
[al-Sarkhasi, al-Mabsut, V, hlm. 160]
Demikianlah beberapa pendapat yang
menunjukkan nikah mut'ah adalah harus
tetapi ia diharamkan oleh khalifah
Umar al-Khattab. Adapun syarat-syarat nikah
mut'ah menurut Islam adalah seperti
berikut:
i. Mahar.
ii. Ajal (tempoh)
iii. Akad yang mengandungi ijab dan
kabul dan ianya sah dilakukan secara wakil
iv. Perceraian selepas tamatnya tempoh
v. Iddah
vi. Sabitnya nasab (keturunan)
vii. Tidak sabitnya pusaka di antara
suami dan isteri jika ia tidak syaratkan.
Inilah syarat-syarat nikah mut'ah
mengikut Ahlul Sunnah dan Syiah dan inilah
yang telah dilakukan oleh para sahabat
dan tabi'in. Adapun kata-kata bahawa
'nikah mut'ah boleh dilakukan dengan
isteri orang' adalah satu pembohongan
yang besar dan ianya menyalahi nas.
Oleh itu para Imam Ahlul Bayt AS dan para
ulama Syiah mengharamkannya.
Disebabkan ijab sebarang nikah, sama ada
nikah mut'ah ataupun da'im (biasa)
adalah dipihak perempuan atau wakilnya,
maka perempuan tersebut atau wakilnya
mestilah mengetahui bahawa 'dia'
bukanlah isteri orang, jika tidak, ia
tidak boleh melafazkan ijab, "aku nikahkan
diriku akan dikau dengan mas kahwinnya
sebanyak satu ribu ringgit selama tiga
tahun."Umpamanya lelaki
menjawab:"Aku terimalah nikah."Imam Baqir dan
Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata bahawa
pihak lelaki tidak wajib bertanya
adakah siperempuan itu isteri orang
atau tidak, kerana sudah pasti mengikut
hukum syarak perempuan yang akan
berkahwin mestilah bukan isteri orang. Jika
didapati ia isteri orang maka nikah
mut'ah atau nikah biasa itu adalah tidak sah.
Walau bagaimanapun adalah disunatkan
seorang itu bertanya keadaan
perempuan itu sama ada masih isteri
orang atau sebagainya.
Mengenai wali Ahlul Sunnah tidak
sependapat sama ada wali adalah wajib bagi
perempuan yang ingin berkahwin. Abu
Hanifah umpamanya menyatakan wali
adalah tidak wajib bagi janda dan anak
dara yang sudah akil baligh dengan
syarat ia berkahwin dengan seorang
yang sekufu dengannya.[Malik, al-Muwatta',
I, hlm. 183] Abu Yusuf dan al-Syaibani
pula berpendapat wali adalah peru tetapi
bapa tidak ada hak untuk memaksa anak
perempuannya melainkan ia di bawah
umur.[Ibn Hazm, al-Muhalla, hlm. 145]
Imam Ja'far al-Sadiq AS berpendapat wali
tidak wajib dalam nikah kecuali bagi
anak dara. Tetapi ia adalah digalakkan di
dalam semua keadaan bagi penentuan
harta dan keturunan.[al-Tusi, Tahdbib al-
Ahkam, VII, hlm. 262] Sebenarnya idea
wali nikah menurut Imam Malik adalah
dikaitkan dengan khalifah Umar
al-Khattab yang diriwayatkan oleh Sa'id bin al-
Musayyab, bahawa seorang tidak
dibenarkan berkahwin tanpa kebenaran
walinya atau keluarganya yang baik
atau pemerintah [Sahnun, al-Mudawwannah
al-Kubra, IV, hlm. 16]
Mengenai saksi di dalam nikah, Imam
Ja'far al-Sadiq AS tidak mewajibkan saksi
di dalam nikah mut'ah atau nikah
biasa, tetapi ia disunatkan berbuat demikian
bagi pengurusan harta dan penentuan
nasab keturunan.[al-Tusi, al-Istibsar, III,
hlm. 148] Sebenarnya di dalam
al-Qur'an tidak terdapat ayat yang mewajibkan
wali dan saksi di dalam nikah,
umpamanya firman Allah dalam Surah al-Nisa
(4):3....."maka kahwinilah
wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga dan
empat." Ini bererti Allah tidak
mewajibkan saksi dan wali di dalam perkahwinan
kerana untuk memberi kemudahan kepada
umat manusia tetapi Dia mewajibkan
saksi di dalam perceraian, firmanNya
dalam Surah al-Talaq (65):2...."Dan
persaksikanlah dengan dua orang saksi
yang adil di antara kamu." Imam Ja'far
al-Sadiq AS mengatakan bahawa dua
saksi di dalam talak adalah wajib. Walau
bagaimanapun beliau tidak menafikan
bahawa saksi adalah digalakkan, lantaran
itu hadith "Tidak ada nikah
melainkan dengan wali dan dua orang saksi" adalah
hadith yang lemah. Itulah nikah mut'ah
yang dipercayai oleh mazhab Ja'fari dan
ia adalah sama seperti yang dilakukan
pada zaman Nabi SAWA dan zaman
sahabatnya, dengan penjelasan ini,
semoga ianya dapat dibezakan di antara
pelacuran dan nikah mut'ah.
Kesimpulannya, nikah mut'ah adalah
halal sehingga Hari Kiamat berdasarkan
Surah al-Nisa (4):24. Ia adalah ayat
muhkamah yang tidak dimansuhkan, hanya
khalifah Umar sahaja yang memansuhkan
nikah mut'ah pada masa
pemerintahannya. Oleh itu ijtihadnya
adalah menyalahi nas, dengan itu kata-kata al-Suyuti bahawa khalifah Umar
adalah orang yang pertama mengharamkan
nikah mut'ah adalah wajar dan menepati
nas. Walau bagaimanapun saya sekalikali
tidak menggalakkan sesiapa pun untuk
melakukannya walau di mana
sekalipun.
63. Khalifah Umar mengenakan hada ke
atas lelaki Badwi yang mabuk kerana
meminum minuman Umar. Lelaki itu
berkata:"Sesungguhnya aku minum dari
minuman anda."Umar
menjawab:"Aku kenakan had ke atas anda kerana mabuk
dan bukan kerana minuman(ku)."
Kemudian dia menambahkan air ke dalam
minuman tersebut lalu dia meminumnya
selepas mengenakan had ke atas lelaki
tersebut.[Ibn Abd Rabbih, al-Aqd
al-Farid, III, hlm. 416; al-Jassas, Ahkam al-
Qur'an, II, hlm. 565; al-Nasai,
al-Sunan, VIII, hlm. 326]
Dan ijtihadnya itu adalah bertentangan
dengan Sunnah Nabi SAWA:"Aku
menegah kalian meminum minuman yang
sedikit apabila banyaknya
memabukkan."[al-Darimi, al-Sunan,
II, hlm. 113; al-Nasai, al-Sunan, VIII, hlm.
301]
64. Khalifah Umar menghalalkan minuman
keras al-Tala'(jenis anggur yang
diperah) apabila ianya direbus dan
dihilangkan dua pertiganya.[al-Baihaqi, al-
Sunan VIII, hlm. 300;al-Nasai,
al-Sunan, VIII, hlm. 329;al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-Ummal,III, hlm. 109;Malik,
al-Muwatta',II, hlm. 180] Oleh itu ijtihadnya itu
adalah bertentangan dengan Sunnah
Rasulullah SAWA,"Setiap yang
memabukkan adalah
haram."[al-Turmidhi, Sahih, I, hlm. 324; al-Nasai, al-Sunan,
VIII, hlm. 300]
65. Khalifah Umar masih meminum
minuman keras (arak) pada masa Rasulullah
SAWA sehingga turunnya ayat di dalam
Surah al-Maidah (5):91,"Sesungguhnya
syaitan itu bermaksud hendak
menimbulkan permusuhan dan kebencian di
antara kamu lantaran (meminum) khamar
dan berjudi itu, dan menghalangi kamu
dari mengingati Allah dan sembahyang,
maka berhentilah kamu (dari
mengerjakan pekerjaan itu)."
Di dalam keseronokan mabuknya dia
membaca beberapa bait syair antaranya:
Katakan kepada Allah,
adakah Dia menegahku dari minumanku?
Katakan kepada Allah,
adakah Dia akan menegahku dari
makananku?
Apabila sampai berita ini kepada
Rasulullah SAWA, beliau keluar di dalam
keadaan marah lalu memukul Umar. Dan
Umar berkata:"Aku mohon dengan
Allah dari kemurkaanNya dan kemurkaan
RasulNya." Kemudian turunlah ayat di
dalam Surah al-Maidah
(5):91,"Umar berkata:"Kami telah menghentikannya,
kami telah menghentikannya."
Sepatutnya dia telah menghentikan
amalan tersebut apabila ayat kedua dalam
Surah al-Baqarah (2):219 tentang
khamar (arak) diturunkan. Kerana ianya sudah
cukup sebagai peringatan kepadanya
sekalipun ianya bukanlah pengharaman
sepenuhnya. Riwayat yang lain pula
mengatakan bahawa Umar masih berada di
dalam majlis arak, tiba-tiba seorang
lelaki memberitahukan kepadanya bahawa
ayat pengharaman arak secara Qat'i
telah diturunkan. Lalu dia berkata:"Kami
telah menghentikannya. kami telah
menghentikannya!" Sebenarnya majlis arak
itu berlaku di kelab Abu Talhah. Ibn
Hajr di dalam Fath al-Bari, X, hlm. 30, telah
menyenaraikan nama-nama para sahabat
yang terlibat di dalam majlis arak di
kelab Abu Talhah seperti berikut:
1. Abu Bakar bin Abi Qahafah pada masa
itu berumur 58 tahun.
2. Umar bin al-Khattab pada masa itu
berumur 45 tahun.
3. Abu Ubaidah al-Jarrah pada masa itu
berumur 48 tahun.
4. Abu Talhah Zaid bin Sahal, tuan
kelab pada masa itu berumur 44 tahun.
5. Suhail bin Baidha', wafat setahun
selepas peristiwa tersebut,kerana sakit tua.
6. Ubayy bin Ka'ab.
7. Abu Dujanah Samak bin Kharsyah.
8. Abu Ayyub al-Ansari.
9. Abu Bakar bin Syaghub.
10. Anas bin Malik sebagai pelayan
mereka (di saqi al-Qaum) pada masa itu
berumur 18 tahun.[al-Tabari, Tafsir,
II, hlm. 203; Abu Daud,al-Sunan, II, hlm.
128; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I,
hlm. 53; al-Nasa'i, al-Sunan, VIII, hlm.
287; al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II,
hlm. 245; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm.
278; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I.
hlm. 252; Ibn Hajr, fath al-Bari, X, hlm.30
dan lain-lain]
66. Khalifah Umar telah mengenakan had
tanpa menurut hukum syarak.
Seorang peminum arak dibawa kepadanya,
lalu dia memerintahkan Muti' bin al-
Aswad supaya melakukan hukuman had ke
atasnya. Kemudian dia melihatnya
memukulnya dengan pukulan yang kuat
lalu dia berkata kepadanya:"Anda telah
membunuh lelaki itu. Berapa kalikah
anda telah memukulnya?"Dia
menjawab:"Enam puluh
kali."Lalu Umar berkata:"Jadikan dua puluh pukulan
yang belum dilaksanakan itu sebagai
menepati pukulan anda "yang kuat," maka
jumlahnya cukup 80."Kedua-dua
hukumannya itu adalah bertentangan dengan
Sunnah Nabi SAWA yang menghukum
peminum arak sebanyak 40 kali sebat.[al-
Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VIII, hlm.
317; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137]
67. Khalifah Umar
berkata:"Sesiapa berkata aku seorang yang alim, maka dia
adalah jahil dan sesiapa yang
mengatakan dia mukmin maka dia adalah
kafir."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-Ummal, I, hlm. 103]
Kata-katanya yang pertama bertentangan
dengan firman Tuhan di dalam Surah
al-Zumar (39): 9:"Adakah sama
orang-orang yang mengetahui dengan orangorang
yang tidak mengetahui (orang-orang
jahil)?" Dan kedua, ianya
bertentangan dengan firmanNya di dalam
Surah Ali Imran (3): 52:"Hawariyyun
berkata: Kamilah penolong-penolong
(agama) Allah, kami beriman (ammana)
kepada Allah."
68. Khalifah Umar tidak menggalakkan
kaum Muslimin menziarahi Baitul Maqdis
kerana khuatir mereka akan membuat
Haji seperti di Mekah. Beliau memukul
dua lelaki yang melintasi Baitul
Maqdis.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII,
hlm. 157] Ijtihadnya itu adalah
bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA
yang menggalakkan kaum Muslimin
menziarahi atau beribadat pada tiga masjid.
Rasulullah SAWA
bersabda:"Pengembaraan diharuskan pada tiga masjid, Masjid
Haram, Masjid aku ini dan Masjid
al-Aqsa'.[Ahmad bin Hanbal, asl-Musnad, II,
hlm. 234; Muslim, Sahih, I, hlm. 392;
al-Nasai, al-Sunan, II, hlm. 37]
69. Khalifah Umar telah membentuk
majlis syura yang aneh dan menakutkan.
Dan ianya mesti ditamatkan dalam masa
tiga hari dan dikawal oleh 50 orang
tentera yang lengkap dengan senjata.
Dia melantik enam orang; Sa'd bin Abu
Waqas, Abdul Rahman bun Auf, Ali bin
Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, al-Zubair
bin al-Awwam dan Uthman bin Affan.
Kemudian dia mencaci mereka dengan
cacian-cacian yang tidak melayakkan
mereka menjadi khalifah. Kemudian dia
berkata:"Jika seorang daripada
mereka menentang dan lima bersetuju, maka
bunuhlah dia. Jika dua menentang dan
empat bersetuju maka bunuhlah keduaduanya.
Dan jika tiga menentang dan tiga tiga
bersetuju maka pilihlah pihak yang
ada Abdul Rahman bin Auf.[Ibn
Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 24]
Perhatikanlah bagaimana Khalifah Umar
menghalalkan darah Muslimin di dalam
keadaan tersebut? Ini bererti jika Ali
menentang, dia akan dibunuh. Oleh itu
hukumannya itu adalah bertentangan
dengan Sunnah Nabi SAWA. Tidak halal
darah Muslim melainkan tiga perkara:
Lelaki kafir selepas Islamnya, lelaki
berzina selepas Ihsannya,
membunuh tanpa hak.[Ibn Majah, al-Sunan, II, hlm.
110]
Sistem syura yang diciptakan oleh Umar
itu adalah untuk menjauhkan Ali AS
daripada menjadi khalifah seperti
berikut:
1. Syura ini telah melahirkan
permusuhan terhadap Ali AS. Talhah al-Tamimi
adalah dari keluarga Abu Bakar yang
telah memindahkan khalifah dari Ali AS.
Abdul Rahman bin Auf adalah ipar
Uthman, adalah di antara orang yang
menentang Ali AS. Dan dia di antara
orang yang cuba membakar rumah Ali AS
kerana keengganannya memberi bai'ah
kepada Abu Bakar.Sa'd bin Abu Waqas
adalah di antara orang yang dendam
terhadap Ali AS kerana ramai daripada
bapa-bapa saudaranya telah dibunuh
oleh Ali AS kerana penyibaran Islam.
Lantaran itu dia lewat memberi bai'ah
kepada Ali AS. Dan Uthman ketua Bani
Umaiyyah yang dikenali dengan
permusuhan dan penentangan terhadap Bani
Hasyim dan keluarga Rasulnya. Justeru
itu syura telah diciptakan begitu rupa
adalah semata-mata untuk menjauhkan
Ali daripada jawatan khalifah.
2. Syura ini menjaukhkan Ali dari
anasir-anasir yang membantunya di dalam
pemilihan, kerana tidak seorang pun
orang Ansar dipilih di dalam majlis syura
tersebut. Perhatikanlah bagaimana
khalifah Umar menjalankan politiknya yang
halus supaya Ali tidak terpilih di
dalam syura tersebut.
3. Syura menjadikan Abdul Rahman sebagai
penentu apabila tiga bersetuju dan
tiga lagi menentang. Apakah kelebihan
Abdul Rahman bin Auf? Tidakkah dia
berkata kepadanya:"Ada adalah
firaun ummat ini?"[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-
Siyasah, I, hlm. 24]
4. Syura melahirkan perebutan dan
penentangan di kalangan anggotaanggotanya.
Sa'ad bin Abu Waqas dan Abdul Rahman
patuh kepada Uthman.
Dan berlakulah sebagaimana yang
berlaku.
70. Khalifah Umar berhasrat untuk
melantik Abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai
khalifah. Dia berkata:"Sekiranya
Abu Ubaidah bin al-Jarrah masih hidup,
nescaya aku melantiknya menjadi
khalifah."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-
Siyasah, I, hlm. 23] Kata-kata
Khalifah Umar itu adalah bertentangan dengan
hadith-hadith Rasulullah SAWA, di
antaranya,"Ini Ali saudaraku, khalifahku,
pewaris ilmuku."[al-Turmudhi
al-Hanafi, al-Kaukab al-Duriyy, hlm. 134]
Perhatikanlah bagaimana khalifah Umar
tidak pernah terlintas di hatinya untuk
melantik Ali AS sebagai khalifah.
Malah majlis syura yang dibentuk olehnya
adalah semata-mata untuk menjauhkan Ali
AS dari jawatan tersebut dengan cara
yang paling halus.
71. Khalifah Umar telah mengubah nama
kinayah "Abu Isa" (bapa Isa) yang
diberikan oleh Rasulullah SAWA kepada
al-Mughirah bin Syu'bah. Dan dia
memanggilnya Abu Abdillah (bapa hamba
Allah). Dia berkata:"Adakah Isa
mempunyai bapa? Cukup anda dipanggil
Abu "Abdillah." Sebahagian
sahabatnya berkata:"Sesungguhnya
Rasulullah SAWA telah memanggilnya Abu
Isa."Dia
menjawab:"Rasulullah SAWA telah diampuni dosanya. Tetapi kita tidak
mengetahui apakah akan dilakukan
kita." Umar telah memanggilnya Abu
Abdillah sehingga dia mati.[Ibn Hajr,
al-Isabah, II, hlm. 413; al-Baihaqi, al-Sunan,
IX, hlm. 310; Abu Daud, al-Sunan, II,
hlm. 309]
Sepatutnya khalifah Umar tidak
mengubah panggilan tersebug. Tetapi dia telah
mengubahnya kerana Isa tidak mempunyai
bapa. Lantaran itu nama Abu Isa
(bapa Isa) tidak boleh dipanggil dan
ianya suatu dosa sekalipun iannya dipanggil
oleh Rasulullah SAWA sendiri. Tetapi
perbezaannya dosa beliau diampuni dan
dosanya belum tentu diampuni atau
tidak.
72. Khalifah Umar telah menulis surat
kepada penduduk Kufah supaya tidak
menamakan anak-anak mereka dengan nama
Nabi. Dan memerintahkan
sebahagian penduduk Madinah supaya
mengubah nama-nama mereka yang
dinamakan dengan nama Muhammad.
Ijtihadnya itu adalah bertentangan
dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang
mengizinkannya. Di antaranya
Rasulullah SAWA bersabda:"Siapa
yang mempunyai tiga orang anak lelaki dan
dia tidak menamakan seorang daripada
mereka dengan nama Muhammad,
maka dia adalah orang seorang
jahil."[al-Haithami, Majma' al-Zawaid, VIII, hlm.
49] Dan apabila sebahagian sahabat
memberitahukan kepadanya bahawa
Rasulullah SAWA membenarkannya, lalu
dia menarik balik perintahnya.[Umdah
al-Qari, VII, 143]
73. Khalifah Umar telah mengenakan had
ke atas seorang yang berpuasa yang
berada di dalam majlis minuman arak.
Mereka berkata:"Dia itu berpuasa." Umar
menjawab:"Kenapa dia berada
bersama mereka."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-
Ummar, III, hlm. 101] Sepatutnya dia
menyelidik kenapa lelaki itu berada di
tempat itu. Dan kenapa dia tidak
mengenakan hukum ta'zir ke atasnya?
74. Khalifah Umar telah melarang kaum
Muslimin menamakan anak-anak
mereka dengan nama-nama malaikat. Dia
mendengar seorang lelaki memanggil
kawanya bernama Dhu l-Qarnain. Umar
berkata:"Kalian sudah selesai
menggunakan nama-nama para Nabi maka
sekarang kalian mengguna namanama
malaikat pula?[Ibn Hajr, Fath al-Bari,
VI, hlm. 295] Persoalannya apakah
yang menghalang seseorang itu
menamakan anak-anak mereka dengan namanama
malaikat seperti al-Jibra'il, Mika'il,
dan Israfil? Kerana terjemahan namanama
tersebut di dalam bahasa Arab ialah
Abdullah, Ubaidillah dan Abdul
Rahman.
75. Khalifah tidak mengetahui tentang
hukum seorang yang telah menceraikan
isterinya dengan talak dua di masa
Jahiliyah dan satu talak pada masa Islam.
Dia hanya berkata:"Aku tidak
menyuruh anda dan aku tidak pula melarang
anda." Tetapi Abdul Rahman
menjawab:"Aku menyuruh anda bahawa talak anda
pada masa Jahiliyah tidak
dikira."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm.
161]
76. Khalifah Umar telah mengharamkan
perkahwinan selama-lamanya ke atas
seorang perempuan yang melakukan
hubungan jenis dengan hamba lelakinya
kerana penakwilannya terhadap Surah
al-Mukminun (23):6,".....atau hambahamba
yang mereka miliki." Umar
bermesyuarat dengan beberapa orang
sahabatnya mengenainya. Mereka
berkata:"Ianya tidak boleh direjam kerana dia
telah menakwilkan ayat tersebut."
Umar berkata:"Tidak mengapa! Demi Allah
aku mengharamkan ke atas anda
perkahwinan selama-lamanya, sebagai
gantian kepada hukum had."Dan dia
memerintahkan hamba lelaki tersebut
supaya "tidak
menghampirinya." Oleh itu ijtihad Umar adalah bertentangan
dengan hukum Allah dan Sunnah
RasulNya.[al-Tabari, Tafsir, VI, hlm. 68; al-
Baihaqi, al-Sunan, VII, hlm. 127; Ibn
Kathir, Tafsir, III, hlm.239]
77. Khalifah Umar telah memukul
seorang anak lelakinya yang memakai pakaian
yang cantik dengan cemeti sehingga dia
menangis. Hafsah bertanya:"Kenapa
anda memukulnya?"Dia
menjawab:"Aku melihat dia bermegah dengan
pakaiannya, lalu aku memukulnya kerana
aku suka membuatkan merasa rendah
diri kepadaNya."[al-Suyuti,
Tarikh al-Khulafa', hlm. 96]
Jikalau itulah tujuan khalifah Umar
kenapa dia menyalahi banyak hukum-hukum
Allah dan Sunnah-sunnah RasulNya
dengan menggunakan ijtihadnya? Dan
adakah penggunaan ijtihadnya itu bagi
menambahkan perasaan rendah dirinya
terhadap Allah dan RasulNya?
78. Khalifah Umar telah memukul
al-Jarud al-Amiri dengan cemeti apabila
seorang daripada sahabatnya berkata
kepada al-Jarud:"Ini adalah penghulu
kabilah Rabi'ah." Al-Jarud
berkata,"Kenapa anda memukulku wahai Amirul
Mukminin?"Dia menjawab:"Aku
mendengar mereka berkata:Anda adalah
penghulu kabilah Rabi'ah. Aku khuatir
ianya membuatkan anda merasa
megah."[Ibn al-Jauzi, Sirah
al-Umar, hlm. 178; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz, al-
Ummal, hlm. 167]
79. Khalifah Umat tidak mengambil
jizyah daripada orang-orang Majusi kerana
dia tidak mengetahui bahawa mereka
daripada Ahlul Kitab sehingga dia
diberitahu oleh Abdul Rahman bin Auf
bahawa dia mendengar Rasulullah SAWA
bersabda:"Laksanakanlah hukum ke
atas "mereka" sebagaimana hukum Ahlul
Kitab." Kemudian dia
melaksanakannya setahun sebelum dia wafat. Sepatutnya
dia telah mengetahuinya dan mengambil
jizyah daripada mereka.[al-Khatib al-
Tabrizi, Misykat-al-Masabih, hlm. 334;
Malik, al-Muwatta', hlm. 207; Ahmad bin
Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 190;
al-Baihaqi, al-Sunan, VIII, hlm. 234; Abu Ubaid,
Kitab al-Amwal, hlm. 32]
80. Khalifah Umar tidak memahami doa
seorang lelaki "Allahumma Ij'alni mina l-
Qalil (Wahai Tuhanku jadikanlah aku di
kalangan orang yang sedikit)." Umar
bertanya kepada lelaki
itu:"Apakah doa ini?" Lelaki itu menjawab:"Aku
mendengar Allah berfirman di dalam
Surah al-Saba'(34):12,"Dan sedikit sekali
(qalilun) dari hamba-hambaku yang
berterima kasih." Maka kau berdoa agar Dia
menjadikan aku di kalangan yang
sedikit itu." Umar berkata:"Semua orang lebih
alim daripada Umar."[al-Suyuti,
al-Durr al-Manthur, V, hlm. 229; al-Zamakhsyari,
al-Kasysyaf, II, hlm. 445 dan
lain-lain]
81. Khalifah Umar berhasrat melantik
Muadh bin Jabal sebagai khalifah. Dia
berkata:"Sekiranya Muadh bin
Jabal masih hidup, nescaya aku melantiknya
menjadi khalifah."[Ibn Qutaibah,
al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 23] Kata-katanya
itu adalah bertentangan dengan
ucapanya di hari Saqifah, bahawa Quraisy tidak
akan meredhai selain dari Quraisy.
Muadh bin Jabal bukanlah Quraisy dan dia
adalah orang Ansar. Dan ianya
bertentangan dengan 'hadith' para Imam adalah
dari Quraisy.
82. Khalifah Umar telah meludah surat
persetujuan khalifah Abu Bakar tentang
penanaman tanah terbiar oleh Uyainah
bin Hasin dan al-Aqra' bin Habis kerana
tidak bersetuju dengan rancangan
tersebut. Kemudian memadamkannya pula.
Akhirnya khalifah Abu Bakar mengakui
bahawa kuasa yang sebenar berada di
tangan Umar.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-Ummal, VI, hlm. 335; Ibn Hajr, al-
Isabah, V, hlm. 56]
83. Khalifah Umar mengatakan bahawa
menjadi kerabat Rasulullah SAWA tidak
ada guna dan tidak terlepas dari Allah
SWT. Lalu Rasulullah SAWA
memarahinya. Ibn Abbas meriwayatkan
bahawa apabila wafatnya anak lelaki
Safiyyah, ibu saudara Rasulullah SAWA
menangis dengan suara yang kuat.
Maka Nabi SAWA pun datang dan
bertanya:"Wahai ibu saudaraku! Apakah yang
membuatkan anda menangis? Dia
menjawab:"Anak lelakiku telah
mati."Rasulullah SAWA bersabda:"Wahai
ibu saudaraku! Sesiapa yang mati
walaupun seorang anak di dalam Islam,
dan dia bersabar, Allah akan membina
sebuah rumah di syurga." Kemudian
dia keluar dan berjumpa Umar. Maka Umar
berkata kepadanya:"Kekerabatan
anda dengan Rasulullah SAWA tidak akan
terlepas dari Allah SWT." Lalu
Safiyyah menangis lagi. Dan ianya didengari oleh
Nabi SAWA. Nabi SAWA memarahinya
(Umar). Kemudian Nabi SAWA
memerintahkan supaya dilakukan azan
dan Nabi SAWA lalu berkhutbah:"Apakah
gerangan orang-orang yang menyangkakan
bahawa kerabatku tidak ada guna?"
Beliau bersabda lagi,"Setiap
nasab terputus pada hari Kiamat melainkan nasab
keturunanku kerana ianya terjalin di
dunia dan di akhirat."[al-Haithami, Majma' al-
Zawa'id] Lantaran itu ijtihad Umar itu
menyalahi Sunnah Rasulullah SAWA.
84. Khalifah Umar menyanyi dan
sahabatnya menyuruhnya menyanyi. Harith
bin Abdullah bin Abbas daripada
bapanya berkata bahawa dia berjalan bersama
Umar di suatu jalan di Makkah di dalam
masa pemerintahannya, bersamanya
Muhajirin dan Ansar. Umar menyanyikan
satu nyanyian, lalu seorang lelaki dari
Iraq berkata kepadanya:"Teruskan
nyanyian itu wahai Amirul Mukminin."Maka
Umarpun menjadi malu kemudian
memecutkan untanya dengan laju.[al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-Ummal,VII, hlm. 336;
al-Baihaqi, al-Sunan,V, hlm. 69]
85. Khalifah Umar pada masa jahiliyyah
dikenali dengan Umair,"penternak
kambing". Khalid bin Du'laj
meriwayatkan daripada Qatadah bahawa dia berkata
suatu hari Umar keluar bersama
al-Jarud al-Abdi dari masjid, tiba-tiba dia
terserempak dengan seorang wanita di
tengah jalan. Lalu Umar memberi salam
kepadanya. Maka dia pun menjawab
salamnya dan berkata:"Wahai Umar! Pada
masa dahulu anda dinamakan Umair di
pasar Ukkaz menternak kambing dengan
tongkat anda. Kemudian beberapa hari
sahaja berlalu anda menamakan Umar
pula kemudian beberapa hari sahaja
berlalu sehingga anda menamakan Amirul
Mukminin. Lantaran itu bertaqwalah
kepada Allah wahai Umar."[Ibn Abd Birr, al-
Isti'ab, II, hlm. 723; Ibn Hajr,
al-Isabah, VIII (1), hlm. 69]
86. Khalifah Umar dan Abu Bakar telah
bertengkar sehingga meninggikan suara
mereka di hadapan Rasulullah SAWA. Abu
Bakar berkata:"Wahai Rasulullah
lantiklah al-Aqra' bin Habis bagi
mengetuai kaumnya." Umar berkata:"Wahai
Rasulullah! Janganlah anda melantiknya
sehingga mereka menengking dan
meninggikan suara mereka di hadapan
Rasulullah SAWA." Lalu diturunkan ayat
di dalam Surah al-Hujurat (49):2,
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu meninggikan suaramu lebih dari
suara Nabi dan janganlah kamu berkata
kepadanya dengan suara keras
sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian
kamu terhadap sebahagian yang lain,
supaya tidak terhapus pahala amalanmu,
sedangkan kamu tidak menyedari."
Sepatutnya mereka berdua bertanya dan
merujuk kepada Rasulullah SAWA mengenai.[Ahmad
bin Hanbal, al-Musnad, IV,
hlm. 6; al-Tahawi, Musykil al-Athar,
I, hlm. 14-42]
87. Khalifah Umar telah memukul dengan
cemeti seorang lelaki bernama Sabigh
sehingga berdarah di belakangnya
kerana dia bertanya tentang huruf-huruf al-
Qur'an (Mutasyabih al-Qur'an).
Beberapa hari kemudian dia berkata kepada
khalifah Umar:"Jika anda mahu
membunuhku, bunuhlah dengan baik. Dan jika
anda mahu mengubatiku, aku sekarang
sudah sembuh." Kemudian Umar
menulis surat kepada Abu Musa
al-Asy'ari supaya tidak membenarkan orang
ramai bergaul dengannya. Tindakan itu
menyulitkan kehidupannya. Lalu Abu
Musa al-Asy'ari menulis surat kepada
khalifah Umar supaya membenarkan
orang ramai bergaul dengannya kerana
dia sudah bertaubat. Kemudian khalifah
Umar membenarkannya.[al-Darimi,al-Sunan,
I, hlm. 54; Ibn Asakir, Tarikh, VI,
hlm. 384; Ibn al-Jauzi, Sirah Umar,
hlm. 109]
88. Khalifah Umar tidak mengetahui
ilmu Qira'at al-Qur'an. Diriwayatkan
daripada Ibn Mujaz dia
berkata:"Ubayy meriwayatkan daripada Ibn Mujaz dia
berkata:"Ubayy membaca ayat 107
di dalam Surah al-Maidah,"Mani Iladhina
Istahaqqa 'Alaihim al-Aulayyan."
Umar berkata kepada Ubayy:"Anda telah
berbohong."Ubayy
menjawab:"Anda lebih banyak berbohong."Seorang lelaki
berkata kepada Ubayy:"Anda
membohongi Amirul Mukminin?"Dia
menjawab:"Aku lebih memuliakan
Amirul Mukminin daripada anda. tetapi aku
membohonginya kerana membenarkan Kitab
Allah dan aku tidak membenarkan
Amirul Mukminin untuk membohongi Kitab
Allah. Umar menjawab:"Ya, betul."[al-
Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I,
hlm, 285; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II,
hlm. 344]
89. Khalifah Umar pernah tidak membaca
surah al-Fatihah pada rakaat pertama.
Manakala rakaat kedua dia membaca
Surah al-Fatihah dua kali. Apabila dia
selesai sembahyang dan salam dia sujud
dua sujud sahwi.[Ibn Hajar, Fath al-
Bari, III, hlm. 69;al-Baihaqi,
al-Sunan al-Kubra, II,hlm. 382] Ibrahim al-Nakh'i
berkata:"Umar bin al-Khattab
sembahyang Maghrib tanpa membaca sesuatupun
sehingga dia memberi salam. Apabila
selesai dia bertanya:Adakah anda tidak
membaca sesuatupun? Umar menjawab:Aku
menyediakan tentera ke
Syam....Maka Umarpun mengulangi
sembayangnya dan orang lainpun mengulanginya."Daripada
Sya'bi bahawa Abu Musa al-Asy'ari berkata kepada
Umar,"Wahai Amirul
Mukminin! Adakah anda membaca di dalam hati anda
sesuatu."Dia
menjawab:"Tidak."Maka dia menyuruh diazan dan diiqamatkan, lalu
Umar mengulangi sembahyang
dan merekapun mengulanginya.[al-Muttaqi al-
Hindi, Kanz al-Ummal, IV,
hlm. 213; al-Baihaqi,al-Sunan, II, hlm. 342]
90. Khalifah Umar telah
menyetubuhi seorang hamba (nya) pada siang hari
bulan Ramadhan.
Al-Daral-Qutni di dalam Sunannya Kitab al-Siyam, bab al-
Qublah Li s-Siam
(Perbahasan Mengenai Puasa dan Bab Kucupan Bagi Orang
yang Berpuasa) telah
meriwayatkan dengan sanadnya daripada Sa'id bin al-
Musayyab bahawa Umar telah
datang kepada para sahabatnya dan
berkata:"Apakah
pendapat kalian tentang perkara yang aku telah melakukannya
hari ini? Pada mulanya aku
berpuasa, tiba-tiba seorang hamba wanita
melintasiku, dia
mempersonakanku, maka aku pun menyetubuhinya."Orang
ramai menjadi riuh dengan
kelakuannya itu sedangkan Ali AS berdiam sahaja.
Lalu Umar bertanya kepada
Ali AS:"Apa pendapat anda?" Beliau
menjawab:"Anda telah
melakukan perkara yang halal tetapi pada siang hari
Ramadhan."Lalu Umar
berkata:"Fatwa anda adalah lebih baik dari fatwa
mereka."[Ibn Sa'd,
Tabaqat, II, Bhg.II, hlm. 102]
Persoalannya:"Sekiranya
khalifah Umar mengetahui hukumnya, apakah yang
mendorongnya bertanya
kepada para sahabatnya dan kemudian kepada Ali AS?
Sekiranya dia tidak
mengetahuinya, apakah yang menyebabkan dia berani
melakukannya sebelum dia
mengetahui halalnya dengan bertanyakan
hukumnya?"
91. Khalifah Umar ketika
sembahyang bersama Nabi SAWA telah menyeru
Badwi penjual susu supaya
berhenti di tempatnya. Al-Haithami di dalam Majma'
al-Zawa'id, II, hlm. 62,
meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri bahawa
Rasulullah SAWA sedang
sembahyang tiba-tiba seorang Badwi datang dengan
susunya. Kemudian Nabi
SAWA memberikan isyarat kepadanya, tetapi dia
(Badwi) tidak
memahaminya.Lalu Umar memanggilnya:"Wahai Badwi!
Berhentilah di situ."
Apabila Nabi SAWA memberi salam, beliau
bertanya:"Siapakah
yang bercakap tadi?" Orang ramai menjawab:"Umar." Lalu
Nabi SAWA
bersabda:"Ilmu fiqh mana yang diikutinya! (sehingga dia boleh
bercakap di dalam
sembahyang)."
92. Khalifah Umar tidak
mengetahui pengertian al-Abb di dalam Surah Abasa
(80):32...."dan
buah-buahan serta rumput-rumputan (Abban)." Sepatutnya dia
mengetahui pengertian
tersebut.[al-Hakim,al-Mustadrak, II, hlm. 514]
93. Khalifah Umar tidak
dapat memahami pengertian al-Haraj di dalam Surah al-
Hajj (22): 78,"Dan
Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama
suatu
kesempitan."Lalu dia bertanya kepada seorang lelaki dari Bani
Madlaj:"Apakah
pengertian al-Haraj (suatu kesempitan)?Lelaki itu menjawab:"al-
Dhaiq
(kesempitan)."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 257]
94. Khalifah Umar telah
menyiram satu pokok kurma tetapi ianya tidak berbuah
sementara Nabi SAWA
menyiram pokok-pokok kurma yang banyak,
kesemuanya berbuah.
al-Baihaqi di dalam Sunannya,IX, hlm. 321 telah
meriwayatkan sanadnya
daripada Abdullah bin Baridah daripada bapanya
bahawa Salman al-Farisi
berkata:"Rasulullah SAWA menyiram pokok-pokok
kurma selain satu pokok
yang disiramkan oleh Umar. Kesemua pokok yang
disiramkan oleh Nabi SAWA
pada tahun itu berbuah, hanya satu pokok yang
disiramkan oleh Umar yang
tidak berbuah. Maka Rasulullah SAWA
bertanya:"Siapakah
yang menyiramkan pokok kurma yang tidak berbuah
itu?Mereka
menjawab:"Umar."Lalu Rasulullah SAWA menyiramkan pokok
tersebut dan mengeluarkan
buah pada akhir tahunnya."
95. Khalifah Umar kurang
mampu memahami ungkapan seorang wanita yang
merayu kepada Umar
mengenai suaminya. Dia berkata:"Sesungguhnya suamiku
berpuasa di siang hari dan
beribadat di waktu malam." Umar tidak memahami
ungkapan tersebut, malah
dia berkata:"Anda mempunyai suami yang baik."Lalu
seorang lelaki di majlis
itu memberitahukan kepadanya maksud
ungkapannya,"Dia
merayu mengenai suaminya yang tidak
menidurinya."Kemudian
Umar meminta lelaki tersebut supaya memberi hukuman
di antara mereka
berdua.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 96 dan lain-lain]
96. Khalifah Umar tidak
memahami pengertian "kezaliman" di dalam Surah al-
An'am
(6):82,"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka
dengan kezaliman."Dia
bertanya kepada Ubayy bin Ka'ab tentang pengertian
tersebut. Ubayy bin Ka'ab
berkata:"Maksud kezaliman di dalam ayat tersebut
ialah Syirk. Tidakkah anda
pernah mendengar ucapan Luqman kepada anak
lelakinya di dalam
firmanNya Surah Luqman (31):13,"Wahai anakku, janganlah
kamu mempersekutukan
Allah, sesungguhnya Syirk itu adalah benar-benar
kezaliman yang
besar."[al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 305]
97. Khalifah Umar memukul
seorang lelaki sehingga terjatuh serbannya kerana
bertanya kepadanya tentang
al-Jiwar al-Kannas (Surah al-Takwir
(81):16:"(Bintang)
yang beredar dan terbenam".) Sebenarnya lelaki tersebut ingin
mengetahui maksud al-Jiwar
al-Kannas, tetapi khalifah Umar sendiri tidak
memahaminya lalu memukulnya
sehingga terjatuh serbannya.
Sepatutnya khalifah Umar
bertanya pula kepada Ali AS nescaya dia akan
memberi jawapan yang
memuaskan.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm.
229]
98. Khalifah Umar telah
menjalankan pemerintahannya agak kasar dan aggresif
dan menakutkan kebanyakan
rakyat biasa sehingga seorang wanita yang
sedang hamil, gugur
kandungannya kerana takutkan Umar. Tetapi aneh sekali di
dalam peperangan dia
merupakan seorang yang selalu melarikan diri.[al-
Bukhari, Sahih, III, hlm.
46; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 37] Talhah berkata
kepada Abu
Bakar:"Kenapa anda melantik ke atas kami seorang yang kasar?[Ibn
Qutaibah, al-Imamah
wal-Siyasah, I, hlm. 26] Tindakannya itu telah
menambahkan kemarahan
orang ramai. Lantaran itu ianya bertentangan dengan
Rasulullah SAWA yang telah
menjalankan pemerintahannya dengan lembut dan
berbudi pekerti yang
tinggi dan bersifat defensif.
99. Khalifah Umar telah
membantah Nabi SAWA supaya tidak melakukan
sembahyang ke atas jenazah
Abdullah bin Ubayy dan menarik beliau dengan
kuat. Al-Bukhari di dalam
Sahihnya, bab al-Jana'iz, bab al-Kafb\n Fi al-Qamis
telah meriwayatkan dengan
sanadnya daripada Abdullah bin Umar bahawa
apabila Abdullah bin Ubayy
meninggal dunia, anak lelakinya berjumpa Nabi
SAWA dan meminta baju
Rasulullah SAWA untuk dikapankan bersama
bapanya. Lantas Rasulullah
SAWA memberikan kepadanya. Apabila Rasulullah
SAWA mahu mengerjakan
sembahyang ke atasnya, "Umarpun menariknya
dengan kuat dan
berkata:"Tidakkah Allah telah melarang anda dari mengerjakan
sembahyang ke atas
Munafiqin?" Beliau menjawab:"Aku diberi pilihan di antara
dua perkara
tersebut."Maka Nabi SAWA meneruskan sembahyangnya.[al-
Turmudhi Sahih, II, hlm.
185]
100. Khalifah Umar telah
meninggikan suaranya terhadap Rasulullah SAWA.
Muslim di dalam Sahihnya,
Bab Waqt al-Isya' wa ta'khiruha meriwayatkan
dengan sanadnya daripada
Ibn Syihab daripada Urwah bin al-Zubair bahawa
Aisyah berkata:"Pada
suatu malam Rasulullah SAWA telah melambatkan
sembahyang 'Isya'(atmah),
lalu beliau tidak keluar dari rumahnya sehingga Umar
melaung:Wanita-wanita dan
kanak-kanak telah tidur! Lantas Rasulullah SAWA
bersabda kepada
orang-orang di masjid ketika beliau keluar.....Sehingga Ibn
Syihab memberitahukan
kepadaku bahawa Rasulullah SAWA
bersabda:"Janganlah
kalian mendesak Rasul supaya menyegerakan
sembahyang."Ini
berlaku apabila Umar melaungkan kepada beliau supaya
mengerjakan sembahyang
dengan segera."
101. Khalifah Umar
membelakangi perintah Rasulullah SAWA sebaliknya
mematuhi permintaan ketua
Musyrikin, Abu Sufian. Rasulullah SAWA melarang
para sahabatnya menjawab
pertanyaan Abu Sufyan di dalam Perang Uhud
kerana khuatir kaum
Musyrikin mengetahui bahawa beliau masih hidup dan
menyerang balas dengan
cepat. Abu Sufyan ingin mendapatkan kepastian
tersebut. Lalu dia
bertanya:"Adakah Muhammad masih hidup?"Rasulullah SAWA
bersabda:"Janganlah
kalian menjawab pertanyaannya."Kemudian dia bertanya
kepada Umar secara
khusus:"Wahai Umar, aku merayu kepada anda supaya
anda memberitahukan
kepadaku, adakah kami telah membunuh
Muhammad?"Lantas Umar
menjawab:"Tidak! Beliau sedang mendengar
percakapan anda."[Ibn
Jarir, Ibn al-Athir di dalam Tarikh-tarikh mereka bab
"Peperangan
Uhud"]
Sepatutnya khalifah Umar
mematuhi perintah Rasulullah SAWA dengan tidak
membocorkan maklumat
tersebut. Lantaran itu ijtihadnya adalah menyalahi
Sunnah Rasulullah SAWA.
102. Khalifah Umar telah
memanggil seorang wanita yang hamil kerana ingin
bertanya kepadanya
sesuatu. Tetapi disebabkan ketakutannya kepada khalifah
Umar kandungannya menjadi gugur.
Dia meminta fatwa para sahabat
mengenainya. Mereka
berkata:"Anda tidak wajib membayar apa-apapun
kepadanya."Lalu Ali
berkata:"Sekiranya mereka ingin menjaga hati anda, bererti
mereka telah menipu anda.
Dan sekiranya ini adalah ijtihad mereka, maka
mereka telah bersalah.
Oleh itu anda bersalah dan wajib memerdekakan
seorang hamba."[Ibn
Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 58]
103. Khalifah Umar mencaci
Abu Hurairah kemudian memukulnya sehingga
berdarah dan
berkata:"Semasa aku melantik anda ke Bahrain anda tidak
mempunyai apa-apapun,
meskipun sepasang kasut. Kini anda mempunyai
ternakan kuda dan dinar
yang banyak."Umar berkata lagi,"Wahai musuh Allah
dan musuh kitabNya! Anda
telah mencuri harta Allah! [Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-
Fariq, I, hlm. 26]
Khalifah Umar memandang Abu Hurairah sebagai seorang yang
tidak boleh diharapkan,
dan tidak mempunyai amanah lalu memukulnya
sehingga berdarah.
Perhatikanlah bagaimana
sikap khalifah Umar terhadap Abu Hurairah. Kenapa
kita Ahlul Sunnah memarahi
Syi'ah kerana menolak Abu Hurairah? Sepatutnya
kita lebih memarahi
khalifah Umar kerana sikap dan perbuatannya terhadap Abu
Hurairah.
104. Khalifah Umar
mengkritik (lamiza) Nabi SAWA dan cara beliau membahagibahagikan
harta sadaqah. Ahmad bin
Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 20
meriwayatkan daripada
Salman bin Rabi'ah, dia berkata:"Aku mendengar Umar
berkata:Rasulullah SAWA
membahagi-bahagikan sesuatu, maka aku
berkata:Wahai Rasulullah,
Ahlul s-Suffah adalah lebih berhak daripada mereka.
Dia berkata:Rasulullah SAWA
bersabda:"Anda bertanya kepadaku tentang
perkara-perkara yang keji
dan anda menyangka aku seorang yang bakhil
sedangkan aku bukanlah
seorang yang bakhil."Aku berkata:Beliau meneruskan
pembahagian tersebut
menurut apa yang dikehendaki oleh Allah dan
RasulNya."Diriwayatkan
daripada Abu Musa bahawa Umar telah bertanya
kepada Rasulullah
perkara-perkara yang dibenci oleh Rasulullah, lantas beliau
marah sehingga Umar
melihat mukanya berubah. Al-Bukhari juga telah
meriwayatkannya di dalam
Sahihnya, I, hlm. 19, bab al-'Ilm, dan bab al-Ghadhab
fi al-Mau'izah wa
al-Ta'lim idha Ra'a ma yakrahu.
105. Khalifah Umar telah
memaksa Jabalah bin al-Aiham supaya mengikat
dirinya sendiri atau
membiarkan dirinya diikat kerana dia telah menampar
seorang lelaki dari
Zararah yang telah memijak kainnya ketika dia sedang
melakukan tawaf. Apabila
tiba waktu malam, Jabalah dan kaumnya seramai lima
ratus orang keluar dari
Makkah menuju Istanbul. Kemudian mengisytiharkan
menganuti ugama Kristian
kerana menentang tindakan Umar. Walau
bagaimanpun Jabalah
berdukacita di atas apa yang berlaku kerana perasaan
kasih kepada Islam masih
wujud di hatinya tetapi kemarahan kepada tindakan
Umar tetap membara.[Ibn
Abd Rabbih, al-Aqd al-Farid, I, hlm. 187] Lantaran itu
tindakan Umar yang
terburu-buru tanpa kebijaksanaan telah membuat Jabalah
dan kaumnya seramai lima
ratus orang meninggalkan ugama Islam dan
memeluk ugama Kristian.
106.Khalifah Umar mengakui
kekurangan ilmunya terutamannya jika
dibandingkan dengan Ali
AS. Pengakuan-pengakuannya telah dicatat di dalam
buku-buku Ahlul Sunnah. Di
antaranya Umar berkata:
a)"Sekiranya tidak
ada Ali nescaya binasalah Umar."
b)"Wahai Tuhanku!
Jangan tinggalkan aku di dalam permasalahan di mana Abu
l-Hassan tidak ada."
c)"Wanita telah lemah
melahirkan orang seperti Ali bin Abi Talib dan sekiranya
tidak ada Ali nescaya
binasalah Umar."
d)"Anak lelaki
al-Khattab binasa sekiranya tidak ada Ali bin Abi Talib."
e)"Kembalikan
percakapan Umar kepada Ali. Sekiranya tidak ada Ali nescaya
binasalah Umar."
f)"Aku memohon
perlindungan dengan Allah dari sebarang permasalahan di
mana Abu l-Hassan tidak
ada."[Lihat umpamanya al-Tabari, Dhakai'r al-Uqba,
hlm. 81; al-Suyuti,
al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288]
Pengakuan-pengakuan Umar
di atas menunjukkan dengan jelas bahawa Ali
adalah lebih alim dan
lebih mulia daripada Umar. Dan pengakuannya tidak boleh
difahami sebagai
tawadhuknya. Kerana pengakuan tersebut dilakukan selepas
permasalahan hukum tidak
dapat diselesaikan olehnya. Malah Umar juga
mengakui bahawa orang ramai
lebih alim daripadanya:
a)"Setiap orang itu
lebih alim daripada Umar."
b)"Orang ramai lebih
mengetahui ilmu Fiqh daripada Umar ."
c)"Setiap orang lebih
mengetahui ilmu Fiqh daripada Umar sehingga anak-anak
dara sunti di
khemah-khemah."
d)"Setiap orang lebih
mengetahui daripada anda wahai Umar."
e)"Setiap orang lebih
mengetahui daripada Umar sehingga anak-anak dara sunti
di rumah-rumah."
107. Khalifah Umar tidak
dapat menjawab soalan-solana yang dikemukakan
kepadanya oleh Raja Rome.
Kemudian dia meminta Ali AS supaya
menjawabnya. Ibn Musayyab
berkata:"Raja Rome menulis surat kepada khalifah
Umar supaya memberikan
jawapan kepada beberapa soalan yang
dikemukakannya. Amma
Ba'd.Sesungguhnya aku bertanya kepada anda
beberapa soalan, oleh itu
beritahukan kepadaku jawapannya:
1. Apakah perkara yang
tidak dijadikan Allah?
2. Apakah perkara yang
tidak diketahui Allah?
3. Apakah perkara yang
tidak ada di sisi Allah?
4. Apakah perkara yang
semuanya mulut?
5. Apakah perkara yang
semuanya kaki?
6. Apakah perkara yang
semuanya mata?
7. Apakah perkara yang
semuanya sayap?
8. Siapakah lelaki yang
tida ada keluarga?
9. Apakah perkara yang
tidak dikandung oleh rahim?
10. Apakah perkara yang
bernafas tetapi tidak ada roh?
11. Apakah yang dikatakan
oleh suara loceng gereja?
12. Apakah perkara yang
terangkat sekali sahaja?
13. Apakah pokok di mana
orang yang berjalan dibayangannya selama seratus
tahun belum dapat
melintasinya dan apakah seumpamannya di dunia ini?
14. Apakah tempat yang
tidak pernah terkena cahaya matahari melainkan sekali
sahaja?
15. Apakah pokok yang
tumbuh tanpa air?
16. Beritahukan kepadaku
tentang Ahli Syurga; mereka makan, minum tanpa
kencing dan berak dan
apakah seumpama mereka di dunia ini?
17. Di antara hiasan di
syurga ialah mangkuk-mangkuk yang cantik dan setiap
mangkuk mempunyai
berbagai-bagai warna yang tidak bercampur di antara satu
sama lain, apakah
seumpamannya di dunia ini?
18. Beritahukan kepadaku
tentang seorang hamba wanita yang keluar dari buah
epal di syurga tanpa
sebarang kekurangan?
19. Beritahukan kepadaku
tentang seorang hamba wanita di dunia untuk dua
orang lelaki dan di
akhirat hanya untuk seorang lelaki sahaja?
20. Beritahukan kepadaku
tentang anak-anak kunci syurga apakah ia?
Ali AS membaca surat
tersebut dan menjawabnya serta merta.'Bismi llahi r-
Rahman
r-Rahim. Amma ba'd. Sesungguhnya aku telah membaca surat andaa
wahai Raja Rome dan aku
menyeru anda dengan pertolongan Allah,
keberkatanNya dan
keberkatan Nabi kami Muhammad SAWA.
1. Adapun perkara yang
tidak "dijadikan" Allah ialah al-Qur'an kerana ia adalah
kalamNya dan sifatNya
begitu juga kitab-kitabNya yang lain. Allah SWT adalah
qadim dan
"sifat-sifat"Nya juga qadim.
2. Adapun perkara yang
tidak diketahui oleh Allah ialah kata-kata anda,"Dia
mempunyai anak lelaki,
teman wanita dan rakan kongsi."Allah tidak sekali-kali
mempunyai anak dan
sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) bersertaNya."[Surah
al-Mukminun (23):91] dan
"Dia tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan."[Surah
al-Ikhlas(112):3]
3. Adapun perkara yang
tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman,"Dan sekali-kali
tidaklah Tuhanmu
menganiaya hamba-hambaNya."[Surah Fussilat(41):46]
4. Adapun perkara yang
semuanya mulut ialah api. Api menjilat apa yang
dicampakkan kepadanya.
5. Adapun perkara yang
semuanya kaki ialah air.
6. Adapun perkara yang
semuanya mata ialah matahari.
7. Adapun perkara yang
semuanya sayap ialah angin.
8. Adapun lelaki yang
tidak ada keluarga ialah Adam AS.
9. Adapun perkara yang
tidak dikandung oleh rahim ialah tongkat Musa, berbiri
Ibrahim, Adam dan Hawa.
10. Adapun perkara yang
bernafas tetapi tidak mempunyai roh ialah "Subuh
apabila fajarnya mulai
menyingsing [Surah al-Takwir(81):18]
11. Adapun apa yang
dikatakan oleh loceng gereja:Taqqan, taqqan, haqqan,
haqqan, mahlan, mahlan,
'adlan, 'adlan, sidqan,sidqan, sesungguhnya dunia
telah memperdaya dan
mempesonakan kita. Dunia berlalu abad demi abad.
Setiap hari yang berlalu,
melemahkan kedudukan kita. Sesungguhnya kematian
memberitahukan kita bahawa
sesungguhnya kita sedang berada di dalam suatu
perjalanan. Lantaran itu
tempatkanlah kami di mana-mana.
12. Adapun perkara yang
terangkat sekali sahaja ialah bukit Tursina manakala
Banu Isra'il menderhaka
kepada Tuhan. Jarak di antaranya dengan Baitul
Maqdis adalah beberapa
hari perjalanan. Allah SWT telah mencabutkan satu
bahagian kecil darinya dan
dijadikannya dua sayap dari cahaya. Lalu Dia
mengangkatnya di atas
mereka sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-'Araf
(7): 171:"Dan
(ingatlah) ketika kami mengangkat bukit ke atas mereka, seakanakan
bukit itu naungan awan dan
mereka yakin bahawa bukit itu akan jatuh
menimpa mereka."Dan
Dia berfirman kepada Bani Isra'il sekiranya mereka tidak
beriman Dia akan
menjatuhkannya ke atas mereka dan manakala mereka
beriman, Dia kembalikannya
di tempatnya yang asal.
13. Adapun pokok di mana
orang yang berjalan di bayangannya selama seratus
tahun belum dapat
melintasinya ialah Pokok Tuba iaitu di Sidrah al-Muntaha di
langit yang ketujuh. Di
situlah berakhirnya amalan manusia, ianya dari pokokpokok
syurga. Tidak ada istana
atau rumah di syurga melainkan ianya ditutupi
oleh dahan-dahannya,
seumpamanya di dunia ini ialah matahari, puncanya satu
dan cahayanya di setiap
tempat.
14. Adapun tempat yang
tidak terkena cahaya matahari melainkan sekali sahaja
ialah tanah laut di mana
Allah membelahkan laut untuk Nabi Musa AS. Lalu air
melambung tinggi seperti
bukit dan tanah itu menjadi kering kerana terkena
cahaya matahari ke atasnya
kemudian air laut kembali ke tempatnya.
15. Adapun pokok yang
tumbuh tanpa air ialah Pokok Yunus. Ianya merupakan
satu mukjizat baginya
sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Saffat (37):
146:"Dan kami
tumbuhkan untuk dia sebatang pokok dari jenis labu."
16. Adapun makanan ahli
syurga seumpama mereka di dunia ini ialah janin di
perut ibunya, menghisap
makanan dari pusat ibunya, tanpa kencing dan berak.
17. Adapun warna-warna
yang bermacam-macam di satu mangkuk
seumpamanya di dunia ini
ialah sebiji telur yang mempunyai dua warna; putih
dan kuning dan
kedua-duanya tidak akan bercampur.
18. Adapun hamba wanita
yang keluar dari epal seumpamanya di dunia ini ialah
ulat yang keluar dari epal
dan tidak berubah.
19. Adapun hamba wanita
yang dimiliki oleh dua lelaki ialah seperti satu pokok
kurma yang dimiliki di
dunia ini oleh Mukmin sepertiku dan oleh orang kafir
seperti anda. Dan ianya
menjadi milikku sahaja di akhirat kerana ia berada di
syurga sedangkan anda
tidak memasukinya.
20. Adapun anak-anak kunci
syurga ialah Lailaha illa llah Muhammadan
Rasulullah.
Ibn al-Musayyab
berkata:"Apabila raja Rome membacanya dia
berkata:"Percakapan
seperti ini tidak dapat diucapkan melainkan oleh seorang
yang datang dari
"rumah kenabian."[al-Hafiz al-'Asimi di dalam Zain al-Fata, di
dalam penerangannya
mengenai Surah Hal Ata, Sibt Ibn al-Jauzi di dalam
Tadhkirah al-Khawwas, hlm.
87]
Ijtihad
Khalifah Uthman
Hukum-hukum dan
perbuatna-perbuatan khalifah Uthman yang bertentangan
dengan nas tetapi di
anggap sebagai ijtihad melebihi 41 perkara sebagaimana
dicatat oleh para ulama
kita Ahlul Sunnah Wal-Jama'ah di dalam buku-buku
mereka. Di antaranya:
1. Khalifah Uthman adalah
orang yang pertama memerintahkan azan (pertama)
dilakukan sebelum azan
(kedua) khutbah. Ianya adalah bertentangan dengan
Sunnah Rasulullah
SAWA.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 136]
2. Khalifah Uthman adalah
orang pertama yang mendahulukan khutbah Hari
Raya di dalam solat Hari
Raya. Ianya adalah bertentangan dengan Sunnah
Rasulullah
SAWA.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137]
3. Khalifah Uthman tidak
menjalankan hukum Qisas ke atas Ubaidullah bin Umar
al-Khattab kerana membunuh
Hurmuzan dan Jufainah. Sebaliknya
membawanya ke Kufah dan
membenarkannya menetap di sana. Kaum Muslimin
menentang Sunnahnya.[Ibn
Hajr, al-Isabah, I, hlm. 619; Ibn Sa'd, Tabaqat, V,
hlm. 8-10]
Oleh itu pembekuan
khalifah Uthman terhadap hukum bunuh Ubaidullah bin
Umar yang telah membunuh
Hurmuzan dan Jufainah adalah satu perbuatan
yang menyalahi nas seperti
berikut:
a). Pembunuhan yang
dilakukan oleh Ubaidullah hanya berpegang kepada katakata
Abdur Rahman bin Abu Bakar
yang berkata:"Aku lalu di hadapan Abu
Lu'luah petang semalam
bersama Jufaifah dan Hurmuzan," ini bererti Abdur
Rahman bin Abu Bakar tidak
benar-benar menyaksikan peristiwa itu, dan ini
bererti dia bukanlah
seorang saksi yang melihat peristiwa tersebut, sedangkan
pembunuhan memerlukan dua
saksi.
b) Khalifah Uthman
berkata:"Hurmuzan tidak mempunyai wali, oleh itu walinya
ialah orang-orang Islam,
aku adalah khalifah kamu dan aku telah
mengampunkannya."[al-Ya'qubi,
Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm.
10]
c) Ali
berkata:"Bunuhlah fasiq ini (Ubaidullah bin Umar) kerana dia telah
melakukan perkara yang
besar, iaitu membunuh seorang Muslim tanpa
kesalahan," lalu dia
berkata kepada Ubaidullah,"Wahai si fasiq, jika aku menang
dengan kamu pada suatu
hari, aku mesti membunuh kamu kerana kamu telah
membunuh
Hurmuzan."Kata-kata Ali menunjukkan beliau mempercayai bahawa
Ubaidullah telah melakukan
pembunuhan yang tidak patut dilakukan terhadap
Hurmuzan dan Jufainah
(Ibid).
d) Mengemukakan Qamazaban
sebagai wali Hurmuzan adalah bertentangan
dengan kenyataan khalifah
Uthman sendiri bahawa Hurmuzan tidak mempunyai
wali dan beliau sendiri
mengakui bahawa beliaulah yang mengampunkan
Ubaidullah dan bukan
Qamazaban. Oleh itu riwayat yang mengatakan
Qamazaban sebagai wali
Hurmuzan dan mengampunkan Ubaidullah adalah
riwayat maudhuk (palsu),
kerana ia telah diriwayatkan oleh al-Surriy yang
meriwayatkan daripada
Syu'aib daripada Saif bin Umar daripada Abi al-Mansur.
Saif bin Umar adalah
"seorang khayalan" yang menciptakan seorang khayalan
lain bernama Abdullah bin
Saba' di mana kedua-dua orang tersebut tidak pernah
wujud dan ianya ditulis
oleh penulis yang tidak diketahui bagi membenarkan apa
yang dilakukan oleh
sahabat-sahabat tertentu seperti Uthman dan lain-lain,
lantaran itu riwayat
tersebut mesti ditolak.
e) Hurmuzan dan Jufainah
keduanya adalah Muslim, berasal dari Farsi. Ali
sendiri menyatakan bahawa
Hurmuzan adalah seorang Muslim,"Bunuhlah fasiq
itu (Ubaidullah) kerana ia
telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh
seorang Islam tanpa
dosa."[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V,
hlm. 10] Dengan itu alasan
bahawa Hurmuzan dan Jufainah adalah kafir adalah
bertentangan dengan
kata-kata Ali AS dan pembunuh mereka mestilah dibunuh
balas.
f) Khalifah Umar bin
al-Khattab sendiri berkata selepas ia ditikam:"Aku tidak tahu
apa yang sebenarnya
berlaku, buatlah penelitian apabila aku mati dan dapatkan
saksi yang menyatakan
Hurmuzan adalah pembunuhku, jika ada saksi, maka
darahnya adalah menepati
darahku dan sekiranya tidak ada saksi maka
bunuhlah Ubaidullah kerana
dia telah membunuh Hurmuzan sdan Jufainah."
Oleh itu saksi dalam kes
pembunuhan tersebut adalah tidak jelas dan tidak
mencukupi dua orang saksi
lantaran itu tidak hairanlah apabila Ali AS menjadi
khalifah ia menuntut
Ubaidullah supaya ia dibalas bunuh, lalu Ubaidullah
berlindung di bawah jagaan
Muawiyah di Syam dan akhirnya ia terbunuh di
Siffin. Oleh itu pembekuan
hukum qisas oleh khalifah Uthman terhadap
Ubaidullah bin Umar yang
telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah
menyalahi nas.
4. Khalifah Uthman telah
memberikan khums Afrika Utara kepada Marwan bin
Hakam kemudian Marwan
membelanjakannya untuk membina istana. Justeru itu
perbuatannya adalah
bertentangan dengan nas.[Surah al-Anfal (18): 41]
sebagaimana juga ia telah
dinyatakan oleh Ibn Abd Rabbih:"Di antara kebencian
orang ramai terhadap
Uthman ialah memberi fadak kepada Marwan, dan apabila
dia membuka Afrika Utara
ia mengambil khums dan memberikannya kepada
Marwan."[Ibn Abd
Rabbih, al-Iqd al-Farid, II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, al-Imamah
wal-Siyasah, I, hlm. 32]
Oleh itu terbukti bahawa ijtihad Uthman memberi fadak
dan khums Afrika kepada
Marwan adalah bertentangan dengan nas.
5. Khalifah Uthman
mengharamkan Haji Tamattu', sedangkan ia adalah halal. Ali
AS menentang ijtihadnya
itu kerana ia menyalahi nas.[al-Bukhari, Sahih, III, hlm.
69; Muslim, Sahih, I, hlm.
349]
6. Khalifah Uthman
memerintahkan supaya direjam seorang perempuan
bersuami yang mengandung 6
bulan. Apabila Ali AS mengetahuinya, beliau
menentang hukum tersebut
kerana ia bertentangan dengan Surah al-Ahqaf (46):
15 dan Surah al-Baqarah
(2): 233. Kedua-dua ayat tersebut bererti masa
penyusuan ialah 24 bulan
dan masa mengandung yang paling kurang ialah 6
bulan. Sepatutnya khalifah
Uthman menangguhkan hukuman tersebut dan
menyelamatkan kandungan
yang tidak berdosa itu.[Malik, al-Muwatta', II, hlm.
176; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm.
42]
7. Khalifah Uthman
melakukan solat 4 rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah
SAWA melakukan solat di
Mina 2 rakaat. Daripada Abdullah bin Umar
berkata:"Rasulullah
SAWA melakukan solat dengan kami di Mina 2 rakaat begitu
juga Abu Bakar, Umar dan
Uthman di masa awal pemerintahannya. Kemudian
Uthman sembahyang 4
rakaat."Abdullah bin Umar apabila melakukan solat
bersama khalifah Uthman di
Mina beliau melakukan solat 4 rakaat, tetapi apabila
melakukan solat seorang
diri, dia melakukan 2rakaat. [al-Bukhari, Sahih, II, hlm.
154; Muslim, Sahih, II,
hlm. 260] Sepatutnya khalifah Uthman mengikut Sunnah
Nabi SAWA yang melakukan 2
rakaat Qasar Zuhr, Asar dan Isyak di Mina.
8. Khalifah Uthman telah
lari di dalam Perang Uhud kemudian kembali ke
rumahnya selepas tiga
hari. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan prinsip
jihad di dalam al-Qur'an
dan Sunnah Nabi SAWA.[Ibn Hajr, al-Isabah, II, hlm.
190]
9. Khalifah Uthman telah
memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah.
Tindakannya itu ialah
disebabkan Abu Dhar mengkritiknya kerana menggunakan
harta Baitul Mal untuk
keluarganya.[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, I, hlm. 114; al-
Ya'qubi, Tarikh, II, hlm.
162; al-Syahrastani, al-Milal, I, hlm. 26] Abu Dhar
berkata:Sesungguhnya anda
telah melakukan perkara yang tidak ada di dalam
Kitab Allah dan Sunnah
NabiNya. Demi Tuhan, aku melihat kebenaran
dipadamkan,kebatilan
dihidupkan, kebenaran dibohongi, cintakan kebendaan
tanpa
ketakwaan.[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 16]
10. Khalifah Uthman
memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah,
sedangkan al-Hakam adalah
seorang yang dilaknati dan diusir oleh Rasulullah
SAWA. Oleh itu tindakannya
itu adalah bertentangan dengan nas.[al-Tabari,
Tarikh, V, hlm. 60]
11. Khalifah Uthman tidak
melaksanakan hukum hudud ke atas al-Walid bin
Uqbah kerana meminum arak.
Dia mengerjakan solat Subuh empat rakaat di
dalam keadaan mabuk dan
bertanya:"Adakah aku perlu menambah lagi
rakaatnya?"Mereka
menjawab:"Tidak, kami telah mengerjakan solat
kami."Mereka
memberitahu khalifah Uthman mengenainya, lantas khalifah
Uthman memarahi mereka,
lalu memukul saksi-saksi tersebut. Kemudian
mereka memberitahu Aisyah
mengenainya. Aisyah berkata:"Uthman telah
membatalkan hudud dan
memukul saksi-saksi."[Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 638;
Ibn al-Athir, Usd
al-Ghabah, V, hlm. 91-92; al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60; Ahmad
bin Hanbal, al-Musnad, I,
hlm. 144]
12. Khalifah Uthman
berpendapat bahawa tidak wajib mandi janabah bagi
seorang yang menyetubuhi
isterinya tanpa keluar mani.[Muslim, Sahih, I, hlm.
142. Ijtihadnya itu adalah
bertentangan dengan Sunnah Nabi SAWA,"Apabila
bertemu dua khatan, maka
wajiblah mandi janabah."[Ahmad bin Hanbal, al-
Musnad, VI, hlm. 47;
al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 16]
13. Khalifah Uthman
mewajibkan zakat kuda sedangkan Rasulullah SAWA tidak
mewajibkannya. Rasulullah
SAWA bersabda,"Aku memaafkan kalian zakat kuda
dan
hamba."[al-Buladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 26; al-Bukhari, Sahih, III,
hlm.
30; Ahmad bin Hanbal,
al-Musnad, I, hlm. 62; al-Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 22;
Muslim, Sahih, I, hlm.
136]
14. Khalifah Uthman
mengenakan hukuman kepada gabenor-gabenor supaya
tidak mengqasarkan solat
melainkan orang yang benar-benar di dalam
kesusahan atau kehadiran
musuh.[al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 312; al-
Baihaqi, Sunan, III, hlm.
137; Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 163]
Tindakannya itu adalah
bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah al-Nisa'
(4):10:"Dan apabila
kamu berpergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa
kamu mengqasarkan
solat(mu)." Sebagaimana ianya bertentangan dengan
Sunnah Nabi SAWA yang
mutlak.
15. Khalifah Uthman telah memukul
Abdullah bin Mas'ud sehingga patah tulang
rusuknya. Abdullah bin
Mas'ud memberitahu kepada Ammar supaya Uthman
tidak melakukan solat
jenazah ke atasnya nanti. Uthman meminta maaf, tetapi
Abdullah bin Mas'ud
berkata:"Aku memohon kepada Allah supaya mengambil
hak aku ke atas
anda."[Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, III, hlm. 259; Ibn Kathir,
Tarikh, VII, hlm. 163;
al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 157]
16. Khalifah Uthman tidak
melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam
mengendalikan urusan pemerintahannya,
dan tidak bermesyuarat dengan
mereka pula. Malah
melantik kerabat-kerabatnya dari Banu Umaiyyah.[al-
Imamah wal-Siyasah, I,
hlm. 32], sedangkan mereka terdiri daripada orang-orang
yang layak untuk memegang
jawatan penting seperti gabenor-gabenor dan lainlain.
Tetapi Uthman melantik
keluarganya al-Walid bin Uqbah sebagai gabenor di
Basrah yang terkenal
dengan pemabuk.[al-Tabari, Tarikh, V, hm. 60]
17. Khalifah Uthman telah
mengambil tempat khas (hima) untuknya dan kerabatkerabatnya.
Dia melarang kaum Muslimin
menggunakan tempat-tempat tersebut
yang mengandungi
rumput-rumput dan lain-lain, sedangkan Rasulullah SAWA
menjadikan tempat-tempat
tersebut milik bebas kaum Muslimin iaitu mereka
bebas memiliki air,
rumput, dan api secara saksama. Rasulullah SAWA
bersabda:"Kaum
Muslimin berkongsi di dalam tiga perkara, rumput-rumputan, air
dan api."[al-Halabi,
Sirah Nabawiyyah, II, hlm. 78; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-
Siyasah, I, hlm. 32]
18. Khalifah Uthman telah
membina rumah-rumah mewah untuk isterinya Na'ilah
dan anak perempuannya
Aisyah dengan menggunakan wang Baitul Mal.Oleh itu
perbuatannya adalah
bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA, dan tidak
hairanlah jika kaum
Muslimin mengkritiknya.[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-
Siyasah, I, hlm. 32]
19. Khalifah Uthman telah
memberikan pungutan zakat Qadha'ah (di Yaman)
kepada al-Hakam bin al-As
sebanyak 300,000 Dirham.[al-Baladhuri, Ansab al-
Asyraf, V, hlm. 28].
Sedangkan al-Hakam adalah orang yang telah diusir dan
dilaknati oleh Rasulullah SAWA.[al-Ya'qubi,
Tarikh, II, hlm. 145]
20. Khalifah Uthman telah
memberikan wang Baitul Mal kepada Sa'id bin al-As
bin Umaiyyah sebanyak
100,000 Dirham. Lantaran itu Ali, al-Zubair, Talhah, dan
Abdur Rahman bin Auf
menentangnya.[al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28]
21. Khalifah Uthman
mengambil hukum Allah daripada Ubayy bin Ka'ab. Dia
bertanya Ubayy tentang
seorang lelaki mencerai isterinya kemudian merujukkan
isterinya di dalam haidh
ketiga. Ubayy berkata:"Aku berpendapat dia lebih
berhak ke atas isterinya
selama isterinya belum "mandi" daripada haidh ketiga."
Lalu khalifah Uthman
mengambil pendapatnya.[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra,
VII, hlm. 417] Riwayat ini
menunjukkan bahawa khalifah Uthman tidak
mengetahui hukum tersebut
sehingga dia belajar daripada Ubayy dan
mengambil fatwanya. Dan
tidak syak lagi bahawa orang yang mengajarnya
adalah lebih baik
daripadanya.
22. Khalifah Uthman
menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang
bersaudara untuk
disetubuhi oleh pemiliknya secara berasingan dengan firman
Tuhan Surah al-Nisa' (4):
23,"Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu,
anak-anakmu yang
perempuan....dan menghimpunkan dua perempuan yang
bersaudara."Ali AS
mengatakan pengumpulan dua perempuan yang bersaudara
sama ada di dalam
perkahwinan atau perhambaan adalah haram. Kerana di
dalam Surah al-Mukminun
(23):6,"Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau
hamba-hamba (perempuan)
yang mereka miliki" tidak boleh dijadikan alasan
untuk menghalalkan
"pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara"
untuk disetubuhi kerana
pengharaman mereka berdua di dalam perkahwinan
dan perhambaan adalah
sama. Oleh itu semua imam-imam mazhab empat
mengharamkannya.[Fakhruddin
al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 193; al-
Zamakhsyari, al-Kasysyaf,
I, hlm. 359; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm.
72; al-Baidhawi, Anwar
al-Tanzil, I, hlm. 269; Muslim, Sahih, I, hlm. 416]
23. Khalifah Uthman
membahagikan sepertiga bahagian pusaka kepada ibu
simati dengan adanya dua
saudara lelakinya (simati) kerana dia memahami dua
saudara lelaki (akhwan)
bukanlah saudara-saudara (ikhwah). Tindakannya
adalah bertentangan dengan
firmanNya di dalam Surah al-Nisa'(4): 11:"Jika yang
meninggal itu mempunyai
beberapa saudara (ikhwah), maka ibunya mendapat
seperenam." Apabila
khalifah Uthman ditanya:"Tidakkah (akhawan) dua saudara
termasuk ikhwah
(saudara-saudara)?"Dia menjawab:"Apakah aku mampu
menentang perkara yang
telah berlaku?"Ini bermaksud dia tidak mampu
mengubahnya kerana dua
orang khalifah sebelumnya telah menetapkan
hukuman itu walaupun ianya
bertentangan dengan al-Qur'an.[al-Hakim, al-
Mustadrak, IV, hlm. 335;
al-Sunan al-Kubra, VI, hlm. 227; al-Durr al-Manthur, II,
hlm. 126;Ibn Kathir,
Tafsir, I, hlm. 459]
24. Khalifah Uthman telah
memberikan kepada Abdullah bin Khalid bin Usyad
bin Abi l-As sebanyak
300,000 Dirham dan setiap orang dari kaumnya sebanyak
1,000 Dirham daripada
harta Baitul Mal kaum Muslimin.[Ibn Abd Rabbih, Iqd al-
Fariq, II, hlm. 261; Ibn
Qutaibah, Kitab al-Ma'arif, hlm. 84; Ibn Abi l-Hadid, Syarh
Nahj al-Balaghah, I, hlm.
66] Dia memberikan kepada Abdullah 400,000 Dirham.
Persoalan yang timbul:
Kenapakah khalifah Uthman tidak memberikan wang
Baitul Mal kepada
orang-orang seperti Abdullah bin Mas'ud, Abu Dhar, Ammar
dan lain-lain?
25.Khalifah Uthman
mengambil Sunnah daripada seorang wanita. Seorang
wanita datang berjumpa
Rasulullah SAWA tentang iddahnya kerana suaminya
telah mati dibunuh di
dalam misi khas. Dia bertanya Rasulullah SAWA sama ada
dia kembali kepada
keluarganya Bani Khudrah walaupun suaminya tidak
meninggalkan rumah
untuknya? Dia berkata:"Rasulullah SAWA bersabda:"Ya."
Aku pun kembali dan
apabila aku sampai di masjid beliau memanggilku lantas
aku menyahuti
panggilannya. Dia bertanya:"Bagaimana anda berkata?"Akupun
menerangkan kisah suamiku
kepadanya. Maka beliaupun bersabda:"Tinggallah
di rumah anda sehingga
tamat "iddah." Dia berkata:"Akupun menangguhkan
iddahku selama empat bulan
sepuluh hari."Khalifah Uthman datang kepadaku
dan bertanya mengenainya.
Lalu dia mengambilnya dan melaksanakan
hukuman tersebut ke atas
orang ramai.[Syafi'i, al-Umm, V, hlm. 208; al-Baihaqi,
al-Sunan, VII, hlm. 434;
Ibn Hajr, al-Isabah, IV, hlm. 346; Malik, al-Muwatta', II,
hlm. 86]
26. Khalifah Uthman
mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara khal'
iddahnya ialah satu haidh
itupun kerana khuatir ianya hamil.[Ibn Majah, al-
Sunan, I, hlm. 634;Ibn
Kathir, Tafsir, I, hlm. 276; Muttaqi al-Hindi, Kanz al-
Ummal, III, hlm. 223]
Tindakan khalifah Uthman itu adalah bertentangan dengan
Surah al-Baqarah (2):
228,"Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri
(menunggu) tiga kali
quru'. Kerana bercerai secara khal' termasuk di dalam al-
Muttalaqat (wanita-wanita
yang ditalak).
27. Khalifah Uthman
melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis
Sunnah Nabi SAWA dengan sepenuhnya.
Dia berkata:"Tidak boleh bagi
seseorang meriwayatkan
hadith yang tidak diriwayatkan pada masa Abu Bakar
dan Umar."[Mutakhab
al-Kanz fi Hamisy Musnad Ahmad, IV, hlm. 64; al-Darimi,
al-Sunan, I, hlm. 132; Ibn
Sa'd, Tabaqat, II, hlm. 354]
Persoalannya:"Jika
Sunnah Rasulullah SAWA pada masa khalifah Abu Bakar
dan Umar telah dilarang
dari diriwayat dan dituliskan, apa lagi yang tinggal pada
masa khalifah Uthman?
Malah khalifah Uthman hanya menuruti Sunnah dua
khalifah yang terdahulu.
Justeru itu ketiga-tiga khalifah tersebut telah melarang
atau sekurang-kurangnya
tidak memberi kebebasan kepada kaum Muslimin
untuk meriwayat atau
menulis Sunnah Rasulullah SAWA mereka, yang menjadi
sumber kedua pentingnya
selepas al-Qur'an.
Oleh itu ianya bertentangan
dengan Sunnah Rasulullah SAWA,"Allah
memuliakan seseorang yang
mendengar hadithku. Kemudian dia menjaganya
dan menyebarkannya pula.
Kadangkala pembawa ilmu (hadith) membawanya
kepada orang yang lebih
alim daripadanya dan kadangkala pembawa ilmu
(hadith) bukanlah seorang
yang alim."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm.
437; al-Hakim,
al-Mustadrak, I, hlm. 78]. Dan sabdanya,"Siapa yang ditanya
tentang ilmu, maka dia
menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya
dengan api
neraka."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 263]. Lantaran itu
tidak hairanlah jika
hadith atau Sunnah Rasulullah SAWA mulai ditulis secara
resminya pada masa
pemerintahan Umar bin Abdu l-Aziz."
Ijtihad
Khalifah Ali AS
Para ulama Ahlus Sunnah
dan Syi'ah tidak mencatat hukum-hukum dan
perbuatan-perbuatan
Khalifah Ali AS yang bertentangan dengan al-Qur'an dan
Sunnah Nabi SAWA. Ini
adalah bertepatan dengan sabda Nabi SAWA:"Ali
bersama al-Qur'an dan
al-Qur'an bersama Ali."Dan di dalam hadith yang
lain,"Aku tinggalkan
kepada kalian Thaqalain; Kitab Allah dan Ahlul Baitku.
Kalian tidak akan sesat
selama-lamanya jika kalian berpegang kepada keduaduanya.
Dan kedua-duanya tidak
akan berpisah sampai bersama-sama
mengunjungiku di
Haudh."{Muslim, Sahih, VII, hlm. 122]
Dan ianya menunjukkan bahawa
khalifah Ali adalah maksum. Jika tidak, nescaya
hukum-hukum dan
perbuatan-perbuatan beliau yang menyalahi nas dicatat oleh
Ahlul Sunnah dan Syi'ah.
Nampaknya khalifah Ali AS merasa kesal terhadap
bid'ah-bid'ah yang telah
dilakukan mereka. Sementara kaum Muslimin pula telah
biasa dengan bid'ah-bid'ah
tersebut selama 25 tahun. Khalifah Ali AS sendiri
menggambarkan keadaan yang
berlaku di masa itu seperti berikut:
"Khalifah-khalifah
sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang
menyalahi Rasulullah SAWA
dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka
dengan beliau dengan
mengubah Sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku
memaksa mereka supaya
meninggalkannya dan mengembalikan keadaan
sebagaimana di zaman
Rasulullah SAWA, nescaya tenteraku akan bertaburan
lari dariku,
meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan
Syi'ahku yang mengetahui
kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan
Sunnah Rasulullah SAWA
akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian,
sekiranya aku menempatkan
Maqam Ibrahim pada tempat yang telah
ditempatkan oleh
Rasulullah SAWA, mengembalikan Fadak kepada pewarispewaris
Fatimah AS, mengembalikan
timbangan dan ukuran seperti yang lazim
di zaman Rasulullah SAWA,
mengembalikan tanah kepada orang yang telah
diberikan oleh Rasulullah
SAWA, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewarispewarisnya
dan memisahkannya dari
masjid (kerana mereka telah
merampasnya dan
memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukumhukum
yang kejam yang dipaksa
oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas
wanita-wanita yang secara
tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka,
mengembalikan jizyah
kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar
yang telah
dibahagikan-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian
dengan meneruskan
pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan
pada masa Rasulullah SAWA
tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan orangorang
kaya, memulihkan pajak
bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam
masalah nikah kahwin,
melaksanakan khums sebagaimana difardhukan Allah
SWT, memulihkan Masjid
Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi
SAWA, menutup pintu-pintu
yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan
membuka pintu-pintu yang
ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan
penyapuan di atas al-Khuffain,
mengenakan hukum had ke atas peminum
nabidh,
memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada
zaman Nabi SAWA,
memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah,
mewajibkan kaum Muslimin
membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan
suara yang nyaring pada
masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan
bersama Rasulullah SAWA di
dalam masjidnya, di mana Rasulullah SAWA telah
mengeluarkannya,
memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah
SAWA (beliau sendiri) di
mana Rasulullah SAWA telah memasukkannya,
memaksa kaum Muslimin
dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah,
mengambil zakat menurut
jenis-jenisnya yang sembilan, mengembalikan wudhuk
basuh dan solat kepada
waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan
ahli Najran ke
tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap
tawanan perang Farsi dan
bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah
NabiNya.
Sekiranya aku melaksanakan
semua ini, nescaya mereka mengembara
meninggalkanku. Demi Allah
ketika aku perintahkan orang-orang supaya tidak
melakukan solat jama'ah di
masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat
fardhu dan memberitahukan
kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah
(Tarawih) adalah bid'ah,
sekelompok tenteraku yang pernah berperang di
pihakku mulai
berteriak:"Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah
Umar dan bermaksud
menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat
Tarawih pada bulan
Ramadhan." Mereka berteriak begitu rupa sampai aku
khuatir mereka akan
memberontak. Sayang! Betapa menderitanya aku berada
"ditangan" orang-orang
yang menentangku sekuat tenaga dan mentaati
pemimpin-pemimpin mereka
yang "keliru" yang hanya menyeru mereka ke
neraka."[al-Kulaini,
al-Raudhah mina l-Kafi, VII, hadith 21, hlm. 60-63]
Khalifah Ali AS begitu
berdukacita di atas sikap negatif kaum Muslimin terhadap
seruannya untuk kembali
kepada Sunnah Rasulullah SAWA. Malah mereka pula
memarahi beliau. Khalifah
Ali AS berkata lagi,"Aneh! Hati ummat ini telah
diresapi cinta kepada
pelaku-pelaku bid'ah dan menerima segala bid'ah
mereka."Kemudian beliau
berkata lagi,"Aneh! Mereka melihat Sunnah Nabi
mereka bertukar-tukar dan
berubah-ubah sedikit demi sedikit, bab demi bab.
Kemudian mereka
meredhainya tanpa mengingkarinya. Malah mereka memarahi
(orang lain) bagi
mempertahankannya, mencaci pengkritik-pengkritiknya dan
penentang-penentangnya.
Kemudian datang kaum selepas kita, lalu mengikuti
pula bid'ah-bid'ah
tersebut. Lantas mereka mengambil bid'ah-bid'ah tersebut
sebagai Sunnah dan ugama
bagi bertaqarrub kepada Allah SWT."[Sulaim, Kitab
Sulaim bin Qais al-Amiri,
hlm. 134-135]
Persoalan yang timbul
ialah apakah ucapan khalifah Ali AS itu benar berlaku
kepada kita di abad ini?
Lantas itu kita masih mencintai bid'ah-bid'ah tersebut.
Dan sampai bilakah kita
harus dicaci, dihina dan dilarang, kerana ingin kembali
kepada hukum Allah SWT dan
Sunnah RasulNya?
Ali AS berjuang untuk
mengembalikan kaum Muslimin kepada Kitab Allah dan
Sunnah RasulNya yang
sebenar. Lantaran itu beliau ditentang di setiap masa,
malah Ali AS sendiri pada
hakikatnya telah disisihkan dan dipencilkan oleh kuasa
politik pada masa itu.
Selama 25 tahun beliau tidak menghunuskan pedangnya.
Beliau bekerja hanya
sebagai seorang petani biasa bagi menyara kehidupan
keluarganya. Tanah Fadak
peninggalan Rasulullah untuk isterinya Fatimah AS
pula telah dirampas. Dan
apa lagi yang tinggal untuknya selain dari tulang empat
kerat bagi menyara
keluarganya.
Bandingkanlah kemiskinan
Ali AS dengan kekayaan yang ditinggalkan oleh
khalifah Uthman,
al-Zubair, Talhah, Abdul r-Rahman dan Sa'ad, kelima-lima
bekas Ahli Syura atau Ahlu
l-Hilli wa l-'Aqdi yang dilantik oleh khalifah Umar bagi
memegang jawatan khalifah,
kalian akan mengetahui kezuhudan Ali AS malah
kedudukan mereka begitu
jauh berbeza di semua segi jika dibandingkan dengan
kedudukan Ali AS.
Khalifah Uthman ketika dia
dibunuh meninggalkan seratus lima puluh ribu Dinar,
seribu ekor unta, nilainya
dua ratus ribu Dinar.[Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 53],
seribu hamba selain
daripada rumah-rumah, emas, perak dan intan.[al-Dhahabi,
Dual al-Islam, I, hlm. 12]
Al-Zubair meninggalkan
lima puluh ribu Dinar, sebelas buah rumah mewah di
Madinah, dua buah di
Basrah, sebuah di Kufah, sebuah di Mesir, seribu ekor
kuda, seribu hamba lelaki
dan seribu hamba perempuan.[al-Bukhari, Sahih, V,
hlm. 21; Ibn Sa'd, Tabaqat,
III, hlm. 77; al-Mas'udi, Muruj al-Dhahab, I, hlm. 434]
Talhah meninggalkan dua
puluh ribu Dinar, mempunyai hasil pertanian
ditaksirkan sebanyak
seribu Dinar setiap hari.[Ibn Sa'ad, Tabaqat, III, hlm. 158;
al-Baladhuri, Ansab
al-Asyraf, V, hlm. 7; al-Dhahabi, Dual al-Islam, I, hlm. 18]
Abdul r-Rahman bin 'Auf
meninggalkan dua ratus lima puluh ribu Dinar, seribu
ekor unta, tiga ribu ekor
kambing, seratus ekor kuda yang dipelihara di Baqi',
ketulan emas yang banyak
dipotong dengan kapak sehingga sakit tangan
pemotong-pemotongnya dan
meninggalkan empat orang isteri setiap orang
mendapat lapan puluh ribu
Dinar.[Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 96; al-Mas'udi,
Muruj al-Dhahab, I, hlm.
434; al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 146]
Sa'd bin Abi Waqqas
meninggalkan dua ratus lima puluh ribu Dirham dan sebuah
istana yang besar dan
indah.[al-Mas'udi, Muruj al-Dhahab]
Justeru itu mereka
sepertilah manusia biasa berlumba-lumba merebut kekayaan
dunia dengan apa cara
sekalipun. Perlakuan tersebut telah disabdakan oleh
Rasulullah SAWA,"Aku
akan mendahului kalian dan sesungguhnya aku menjadi
saksi kepada kalian, demi
Allah aku sedang melihat kepada haudhku sekarang
aku dikurniakan kunci
kekayaan bumi dan sesungguhnya aku tidak khuatir
bahawa kalian akan
mensyirikkan Allah, tetapi aku khuatir kalian akan bersaing
berlumba-lumba untuk
dunia."[al-Bukhari, Sahih, V, hlm. 101]
Sebagaimana juga terdapat
sahabat yang tidak meredhai keputusan yang dibuat
oleh Rasulullah SAWA.
Malah mereka menuduh beliau melakukannya kerana kepentingan diri sendiri dan bukan
kerana Allah SWT. Al-Bukhari di dalam
Sahihnya, Jilid IV, hlm. 47 bab
al-Sabr 'Ala al-Adha meriwayatkan bahawa al-
A'masy telah memberitahukan kami
bahawa dia berkata:"Aku mendengar Syaqiq
berkata:"Abdullah berkata:Suatu
hari Rasulullah SAWA telah membahagikanbahagikan
sesuatu kepada para sahabatnya
sebagaimana biasa dilakukannya.
Tiba-tiba seorang Ansar mengkritiknya
seraya berkata:"Sesungguhnya
pembahagian ini bukanlah kerana Allah
SWT. Akupun berkata kepadanya
bahawa aku akan memberitahukan Nabi
SAWA mengenai kata-katanya. Akupun
mendatangi beliau ketika itu beliau
berada bersama para sahabatnya. Lalu aku
memberitahukan beliau apa yang
berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan
menjadi marah sehingga aku menyesal
memberitahukannya. Kemudian beliau
bersabda:"Musa disakiti lebih
dari itu tetapi beliau bersabar." Perhatikanlah
bagaimana sikap sahabat terhadap
Rasulullah SAWA! Tidakkah apa yang
diucapkan oleh Rasulullah SAWA itu
adalah wahyu? Tidakkah keputusan
Rasulullah SAWA itu harus
dipatuhi?Tetapi mereka tidak mematuhinya kerana
mereka tidak mempercayai kemaksuman
Nabi SAWA.
Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid
IV, Kitab al-Adab bab Man lam yuwajih al-
Nas bi l-'Itab berkata:"Aisyah
berkata:Nabi SAWA pernah melakukan sesuatu
kemudian membenarkan para sahabat
untuk melakukannya. Tetapi sebahagian
sahabat tidak melakukannya. Kemudian
berita ini sampai kepada Nabi SAWA,
maka beliau memberi khutbah memuji
Allah kemudian bersabda:"Kenapa
mereka menjauhi dari melakukannya
perkara yang aku melakukannnya. Demi
Allah, sesungguhnya aku lebih
mengetahui dari mereka tentang Allah dan lebih
takut kepadaNya dari mereka."
Riwayat-riwayat di atas menunjukkan
bahawa kedudukan para sahabat adalah
lebih tinggi dari kedudukan Rasulullah
SAWA. Kerana mereka mempercayai
bahawa Nabi SAWA boleh berbuat salah
sedangkan mereka sentiasa benar.
Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya
Jilid IV, hlm. 49 bab al-Tabassum wa al-
Dhahak (senyum dan ketawa)
meriwayatkan bahawa Anas bin Malik telah
memberitahukan kami bahawa dia
berkata:"Aku berjalan bersama Rasulullah
SAWA diwaktu itu beliau memakai burdah
(pakaian) Najrani yang tebal. Tiba-tiba
datang seorang Badwi lalu menarik
pakaian Rasulullah SAWA dengan kuat."
Anas berkata:"Aku melihat kulit
leher Nabi SAWA menjadi lebam akibat tarikan
kuat yang dilakukan oleh Badwi
tersebut. Kemudian dia (Badwi) berkata:Wahai
Muhammad! Berikan kepadaku sebahagian
dari harta Allah yang berada di sisi
anda. Maka Nabi SAWA berpaling
kepadanya dan ketawa lalu menyuruh
sahabatnya supaya memberikan
kepadanya."
Lantaran itu tidak hairanlah jika
Rasulullah SAWA sendiri menerangkan bahawa
majoriti sahabat akan berpaling ke
belakang selepas kewafatannya. Rasulullah
SAWA bersabda:"Ketika aku sedang
berdiri, tiba-tiba datang sekumpulan orang
yang aku kenali. Lalu seorang daripada
kami keluar dan berkata:Marilah. Aku
pun bertanya:Kemana? Maka dia
menjawab: Ke neraka. Demi Allah! Apa
kesalahan mereka. Dia menjawab: Mereka
(sahabat) telah murtad selepas anda
(meninggal) dan berpaling ke belakang.
Dan aku melihat bahawa tidak terlepas
daripada mereka melainkan sebilangan
unta yang terpisah dari
penggembalanya."[al-Bukhari,
Sahih, IV, hlm. 94-96; Muslim, Sahih, VII, hlm. 66
(Hadith al-Haudh).
Dan beliau bersabda lagi:"Aku
mendahulu kalian di Haudh. Siapa yang melalui di
hadapanku akan meminumnya dan siapa
yang telah meminumnya tidak akan
dahaga selama-lamanya. Kelak
sebilangan orang yang aku kenali dan mereka
pula mengenaliku akan dikemukakan di
hadapanku. Kemudian mereka (sahabat)
dipisahkan daripadaku. Di kala itu
akan akan berkata: Mereka itu adalah para
sahabatku (ashabi) Maka beliau
menjawab:Sesungguhnya anda tidak
mengetahui apa yang telah mereka
lakukan (ahdathu) selepas anda. Maka aku
akan berkata lagi: Nyahlah mereka yang
telah mengubah (Sunnahku) selepas
ketiadaanku."[al-Bukhari, Sahih,
IV, hlm. 94-99]
Kesemua hadith-hadith tersebut adalah
menepati ayat al-Inqilab firmanNya di
dalam Surah Ali Imran (3):
144:"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang
Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya
beberapa orang Rasul apakah jika dia
wafat atau dibunuh kamu berbalik ke
belakang (murtad)? Barang siapa yang
berbalik ke belakang, maka ia tidak
dapat mendatangkan mudarat kepada Allah
sedikitpun dan Allah akan memberi
balasan kepada orang-orang yang
bersyukur." Dan bilangan yang
sedikit sahaja yang "terlepas" adalah menepati
firmanNya di dalam Surah Saba' (34):
13:"Dan sedikit sekali dari hambahambaku
yang berterima kasih."
Ini adalah suatu hakikat dan iannya
bukanlah suatu cacian atau cercaan. Oleh itu
patut dibezakan antara "mencerca,
mencaci dan menerangkan" hakikat sesuatu
perkara. Jika tidak anda akan
mengatakan bahawa al-Bukhari, Muslim, al-Tabari,
Ibn Kathir, Ibn Hajr, Ibn Qutaibah
adalah ejen-ejen Yahudi, orientalis dan
sebagainya kerana mencatat
perbuatan-perbuatan sahabat yang menyalahi nas.
Khalifah Ali AS berkata:"Jika
seseorang itu memberitahu hal atau keadaan
seseorang yang menyalahi nas al-Qur'an
dan Sunnah Nabi SAWA adalah lebih
wajar dan ia tidak boleh dikatakan
pencaci."[Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghah,
hlm. 323] Firman Allah yang dalam
Surah al-Nur (24): 7:"Dan sumpah kelima;
bahawa laknat Allah atasnya jika dia
termasuk orang yang berdusta," dan
firmanNya lagi dalam Surah al-Baqarah
(2): 159:".....mereka itu dilaknati Allah
dan dilaknati (pula) orang yang dapat
melaknati."
Kedua-dua ayat tersebut jelas
menunjukkan orang yang melakukan dosa besar
atau menyembunyikan kebenaran yang
berkaitan dengan hukum agama dan
lain-lain adalah dilaknati oleh Allah
dan RasulNya sama ada sahabat atau tidak.
Menurut ayat tersebut orang Islam
wajib melaknati orang-orang yang telah
dilaknati oleh Allah dan RasulNya.
Khalifah Umar tidak mempercayai Abu
Hurairah dan memukulnya hingga
berdarah kerana mengambil harta
Muslimin di Bahrain.[Ibn Abd Rabbih, al-'Aqd
al-Farid, I, hlm. 26] Dia memeluk
Islam pada 7 Hijrah dan dia bersama Nabi
SAWA selama dua tahun lebih tetapi dia
telah meriwayatkan hadith sebanyak
5,374 hadith sementara Ahl Suffah yang
mempunyai masa lapang dan memeluk
Islam lebih awal seramai 18 orang
hanya meriwayatkan 116 hadith. Abu Bakar
meriwayatkan 142 hadith, Uthman 146
hadith, Umar 537 hadith dan Ali AS
586.[Lihat Syarafuddin al-Musawi, Abu
Hurairah, hlm. 20]
Abu Hurairah meriwayatkan sebuah
hadith yang menyatakan Nabi Musa AS
telah menampar Malaikat Izrail dan
mencederakan sebelah matanya? [al-
Bukhari, Sahih, II, hlm. 163; Muslim,
Sahih, I, hlm. 309] Tidakkah ia bertentangan
dengan al-Qur'an tentang sifat
malaikat dan sifat Nabi?
Hadith yang
bermaksud,"Sebaik-baik kurun adalah kurunku dan kurun
selepasku" adalah bertentangan
dengan al-Qur'an dan akal.
Firman Allah dalam Surah Fussilat
(41): 46:"Barang siapa yang mengerjakan
amal yang salih, maka pahalanya untuk
dirinya sendiri dan barang siapa yang
berbuat jahat, maka (dosanya) atasnya
sendiri dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu
menzalimi hamba-hambaNya."
Kedua-dua ayat tersebut tidak
menetapkan pahala yang lebih kepada orang
yang hidup pada kurun pertama, kedua
dan seterusnya, malah mereka diberi
ganjaran atau seksaan mengikut perbuatan
mereka.
Ianya juga bercanggah dengan akal yang
sejahtera kerana terdapat peristiwaperistiwa
yang sepatutnya tidak dilakukan oleh
orang yang hidup pada abad
pertama. Antaranya cubaan untuk
membakar rumah Fatimah binti Muhammad
SAWA kerana memaksanya memberi bai'ah
kepada Abu Bakar, lahirnya
golongan murtad dan mengaku menjadi
Nabi, Perang Jamal yang mengor__an
lebih 16,000 orang, Perang Siffin yang
mengor__an lebih 70,000 orang,
kebanyakannya sahabat dan tabi'in,
Perang Nahrawan menentang Ali AS,
penipuan Muawiyah terhadap Imam Hasan
Adapun riwayat Abu Hurairah
yang bermaksud,"Janganlah kamu
semua mencaci sahabat-sahabatku" adalah
bertentangan dengan hadith,"Allah
melaknati orang yang mengundurkan diri
daripada menyertai tentera
'Usamah'.[Ibn Asakir, Tarikh Dimasyq,I, hlm. 424; al-
Syarastani, al-Milal wa al-Nihal, I,
hlm. 21] Nabi SAWA menentang sahabatnya
yang mencaci 'Usamah (ketika itu
berumur 18 tahun) dan mengundurkan diri
mereka dari tenteranya kerana tidak
mungkin bagi Nabi yang melarang supaya
sahabatnya tidak dicaci, beliau
sendiri mencacinya pula dan orang yang
dikhitabkan di dalam hadith
tersebut adalah orang yang berada di majlis Nabi
SAWA, yang terdiri sama ada orang
kafir, munafik atau orang Islam. Ini
bermakna Nabi melarang orang kafir mencaci
sahabat, sekalipun beliau sendiri
dicaci oleh mereka.
Kalaulah ia ditujukan kepada orang
Islam, maka ianya mempunyai dua
pengertian. Pertama, orang Islam yang
ada masa hayat Nabi SAWA ialah
sahabatnya. Dengan itu khitab Nabi
SAWA bermaksud,"Janganlah kamu wahai
sahabatku mencaci sahabatku...."
Ini bermakna sahabat yang dikhitabkan itu
adalah sahabat yang jahat. Dalam erti
kata yang lain,"Wahai sahabatku yang
jahat, janganlah kamu mencaci
sahabatku yang baik," justeru itu ada sahabat
yang baik dan ada yang jahat.
Jikalaulah orang Islam itu hanya dimaksudkan
kepada orang lain daripada sahabat,
bermakna orang Islam tidak boleh mencaci
orang Islam (sahabat) yang telah
dicaci oleh Allah dan RasulNya. Ini
bertentangan dengan Surah al-Nur(24):
7, yang tidak membezakan antara
sahabat dan bukan sahabat.
Pujian atau keredhaan Allah kepada
seseorang itu atau sahabat tertentu adalah
berkait rapat dengan perbuatan mereka
itu sendiri dan sekiranya perbuatan
mereka itu pada masa yang lain
menyalahi nas, maka pujian atau keredhaanNya
tidak akan dikaitkan dengan mereka
berasaskan nas, kerana pujian atau
keredhaan dalam ayat-ayat tersebut
adalah daripada sifat fi'liyah yang terhenti
atas perbuatan makhluk dan ia bukan
dari sifat dhatiyah yang memberi
pengertian kekal tanpa berdasarkan
perbuatan mereka sama ada bercanggah
dengan nas ataupun tidak.
Jadi kalau ia memberi pengertian
keredhaan yang kekal atau selama-lamanya
maka semua orang yang termasuk di
dalam firmanNya: yang bermaksud "Wahai
orang yang beriman" tidak seorangpun
di antara mereka akan jadi murtad, begitu
juga kemurkaanNya kepada orang kafir
di dalam firmanNya:" Wahai orang kafir"
tidak seorangpun daripada mereka akan
menjadi Muslim.
Khalifah Umar telah menyebat Qadamah
bin Maz'un salah seorang sahabat
yang awal memeluk Islam dan menyertai
Perang Badar kerana minum arak.[Ibn
Hajr, al-Isabah,III, hlm. 228] Jika
Allah telah meredhainya kenapa pula Umar
mengenakan hukuman had ke atasnya?
Di manakah sumber hukum yang
mengatakan orang yang mencaci sahabat tidak
boleh diampun? Ibn Hajr di dalam
Sawaiq al-Muhriqah, hlm. 150 tidak
mengkafirkan orang yang mencaci
sahabat. Begitu juga Ibn Hazm di dalam al-
Fisal, III, hlm. 257 tidak
mengkafirkan orang yang mencaci sahabat, malah ia
diampun jika dia seorang yang jahil.
Dan sekiranya mencaci sahabat adalah
kafir, maka sahabat mencaci sahabat
adalah lebih kafir lagi dan mereka pula
lebih wajar tidak diampun!
Oleh itu Allah SWT sendiri tidak
mengakui bahawa semua sahabat itu adalah
adil. Rasulullah SAWA sendiri tidak mengakui
bahawa semua sahabatnya adil.
Al-Bukhari dan Muslim sendiri tidak
mengakui semua sahabat itu adil. Untuk
menjelaskan ketidakadilan semua
sahabat, di sini diperturunkan beberapa
soalan dan jawapan seperti berikut:
a) Soalan: Apakah "sikap"
Allah SWT terhadap sahabat yang menyalahi
hukumNya? Jawapannya: Negatif, sahabat
itu tidak adil, tidak ada istimewa,
mesti dihukum dengan sewajarnya dan
tidak boleh berijtihad menyalahi nas.
b) Soalan: Apakah sikap Rasulullah
SAWA terhadap sahabat yang menyalahi
hukum Allah dan Sunnah RasulNya?
Jawapannya: Negatif, sahabat itu tidak adil,
tidak ada hak istimewa, mesti dihukum
dengan hukumNya dan tidak boleh
berijtihad menyalahi nas.
c) Soalan: Apakah sikap Syi'ah
terhadap sahabat yang menyalahi hukum Allah
dan RasulNya? Jawapannya: Negatif,
sahabat itu tidak adil, tidak ada hak
istimewa, mesti dihukum dengan
hukumNya dan tidak boleh berijtihad menyalahi
nas.
d) Soalan: Apakah sikap kita Ahlus
Sunnah terhadap sahabat yang menyalahi
hukum Allah dan Sunnah RasulNya?
Jawapannya: Positif, sahabat itu adil,
mempunyai hak istimewa, tidak dihukum
dengan hukum Allah dan RasulNya
kerana Allah telah meredhai mereka dan
Rasulullah SAWA pula telah memilih
mereka sebagai sahabatnya. Oleh itu
mereka boleh berijtihad menyalahi nas,
mereka pula mendapat satu pahala
sebagai ganjaran menyalahinya.
e) Soalan: Apakah sikap kita Ahlus
Sunnah terhadap hukum Abu Bakar dan
Umar yang menyalahi hukum Allah SWT?
Jawapannya: Hukum Abu Bakar dan
Umar harus diikuti. Kerana mereka
berdua adalah adil dan boleh berijtihad
melawan hukum Allah SWT. Malah mereka
berdua diberikan pahala pula. Dan
jika seseorang itu tidak mengikuti
hukum mereka berdua yang menyalahi hukum
Allah SWT maka dia adalah terkeluar
daripada Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Dan
mereka berkata:"Siapakah kita
jika dibandingkan dengan mereka berdua?"
Tetapi kita tidak pernah membandingkan
mereka berdua (Abu Bakar dan Umar)
dengan Allah SWT yang menjadikan
mereka berdua. Lantaran itu kita Ahlus
Sunnah lebih meredhai hukum mereka
berdua daripada hukum Allah SWT.
Sebaliknya kita menentang orang-orang
yang mengkritik mereka berdua kerana
menyalahi hukum Allah. Dan
mempertahankan mereka berdua pula dengan apa
cara sekalipun. Sepatutnya kita lebih
meredhai hukum Allah SWT daripada
hukum Abu Bakar dan Umar.
f) Soalan: Apakah sikap kita Ahlus
Sunnah terhadap Sunnah khalifah Abu Bakar
dan Umar yang menyalahi Sunnah
Rasulullah SAWA? Jawapannya: Sunnah
Abu Bakar dan Umar harus diikuti
kerana mereka berdua adalah adil dan ini
adalah prinsip Ahlus Sunnah
wal-Jama'ah. Dan mereka berdua pula boleh
berijtihad melawan Sunnah Rasulullah
SAWA malah mereka berdua diberikan
pahala pula. Dengan ini kita Ahlus
Sunnah lebih meredhai Sunnah mereka
berdua daripada Sunnah Rasulullah
SAWA. Justeru itu kita Ahlus Sunnah
bukanlah orang yang menjaga Sunnah
Rasulullah SAWA di dalam erti kata yang
sebenar. Malah kita menggunakan nama
"Ahlus Sunnah" bagi menjaga Sunnah
Abu Bakar dan Umar dengan mengenepikan
Sunnah Rasulullah SAWA apabila
ianya bertentangan dengan Sunnah mereka
berdua. Dan ini adalah suatu
hakikat sama ada kita mengakuinya atau
tidak.
Dari jawapan-jawapan tersebut kita
dapati bahawa sikap Syi'ah tentang sahabat
adalah sejajar dengan
"sikap" Allah dan RasulNya. Manakala sikap kita Ahlus
Sunnah agak keterlaluan tidak sejajar
dengan "sikap" Allah dan RasulNya serta
akal yang rasional. Lantaran itu
doktrin semua sahabat itu adil adalah bukan
daripada ajaran al-Qur'an dan Sunnah
RasulNya. Malah ianya diadakan pada
abad ketiga Hijrah bermotifkan politik
bagi menjaga para sahabat yang
memerintah yang menyalahi nas.
Kemudian ianya dijadikan "aqidah" oleh Abu l-
Hasan al-Asy'ari di dalam bukunya
al-Ibanah, hlm. 12.
Semenjak itu ianya menular ke dalam
pemikiran golongan Ahlus Sunnah wal-
Jama'ah sehingga menjadi sebati di
dalam pemikiran mereka tanpa disedari
bahawa ianya bukanlah dari aqidah
al-Qur'an. Justeru itu mereka menjadi lebih
sensitif kepada sahabat terutamanya
Abu Bakar dan Umar daripada Allah dan
RasulNya. Lalu mereka meredhai para
sahabat yang menyalahi hukum Allah dan
Sunnah RasulNya. Dan mengutamakan
hukum dan Sunnah mereka dari hukum
Allah dan Sunnah RasulNya. Dan apabila
kritikan dilakukan kepada sahabat
yang menyalahi nas, kita Ahlus Sunnah
cepat menjadi emosi dan marah sama
ada yang berpendidikan tinggi yang
memiliki Ijazah Doktor Falsafah atau yang
berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia
atau Empat Thanawi. Sama ada yang
berpangkat Mufti atau amil zakat
semuanya mempertahankan para sahabat yang
menyalahi nas, meredhai dan mematuhi
mereka pula. Lantaran itu ianya menjadi
belenggu kepada pemikiran menurut
al-Qur'an. Malah ianya merupakan suatu
"penjajahan mental" yang
halus yang sukar di kikis dari pemikiran mereka.
Lantaran itu apabila dikritik para
sahabat yang melakukan kezaliman, perzinaan,
peminuman arak, pencurian, penipuan,
pembunuhan, pemalsuan hadith,
pengambilan dan pemberian rasuah,
pencacian terhadap Nabi SAWA,
penindasan terhadap anak cucu Nabi
SAWA dan lain-lain, mereka merasai
bahawa agama Islam tercemar dan asas
Islam telah diruntuhkan kerana mereka
menyangka bahawa para sahabat yang
melakukan jenayah-jenayah tersebut
sebagai orang-orang yang sentiasa
adil, yang mesti dihormati kerana mereka
adalah asas Islam.
Sebenarnya mempertahankan para sahabat
yang melakukan jenayah-jenayah
tersebut atau menyalahi nas bukanlah
asas Islam, malah mereka mencemarkan
hukum Allah dan Sunnah RasulNya. Dan
hanya menjadi asas kepada mazhab
Ahlus Sunnah wal-Jama'ah sahaja.
Kerana Allah dan RasulNya menentang para
sahabat tyang melakukan
jenayah-jenayah tersebut dan mereka dikira sebagai
tidak adil dan berhak diberi
pembalasan sewajarnya. Bagi kita Ahlus Sunnah kita
lebih meredhai dan mematuhi
hukum-hukum Abu Bakar dan Umar yang
menyalahi nas dari nas. Dan ini adalah
aqidah kita Ahlus Sunnah wal-Jama'ah
yang diasaskan oleh Abu l-Hasan
al-Asy'ari pada abad ketiga Hijrah.
Bagi mengesahkan hak istimewa para
sahabat yang memerintah dan menyalahi
nas, kita popularkan pula
"hadith", "Apabila seorang hakim atau pemerintah
berijtihad dan betul, dia mendapat dua
pahala dan jika tersalah (kerana
menyalahi nas umpamanya) dia mendapat
satu pahala." Hadih ini pada
hakikatnya bertentangan dengan
firman-firmanNya di antaranya di dalam Surah
al-Ahzab (33): 36:"Dan tidaklah
patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula)
bagi perempuan yang mukminah apabila
Allah dan RasulNya telah menetapkan
sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka
pilihan (yang lain) tentang urusan
mereka. Dan barang siapa menderhakai
Allah dan RasulNya, maka
sesungguhnya dia telah sesat, sesat
yang nyata." Dan firmanNya dalam Surah
al-Maidah (5): 49:".....dan
hendaklah kamu memutuskan perkara di antara
mereka mengikut apa yang diturunkan
Allah, dan janganlah kamu mengikut
hawa nafsu mereka."
Dan firmanNya di dalam Sirah al-Maidah
(5):50:"Apakah hukum jahiliyyah yang
mereka kehendaki dan (hukum) siapakah
yang lebih baik daripada (hukum) Allah
bagi orang-orang yang yakin?"
Oleh itu hadith tersebut adalah lemah kerana
ianya bertentangan secara langsung
dengan ayat-ayat tersebut apatah lagi jika
mereka menggunankan ijtihad sebagai
alasan bagi menyalahi nas.
Kemudian doktrin ini pula dijadikan
hak istimewa penguasa-penguasa tertentu di
dalam dunia Sunni. Oleh itu sebarang
pembetulan atau penentangan terhadap
hak istimewa penguasa-penguasa
tersebut ke atas hukum Allah dan RasulNya di
masa ini dan seterusnya tidak akan
terlaksana sepenuhnya tanpa pembetulan
atau penghapusan terhadap "hak
istimewa penguasa-penguasa yang terdiri
daripada para sahabat yang menyalahi
nas" yang menjadi "aqidah" kita Ahlus
Sunnah wal-Jama'ah.
Justeru itu sebarang perjuangan atau
penentangan kita Ahlus Sunnah terhadap
kezaliman bagi menegakkan sebuah
negara Islam umpamanya, adalah terhad
dan tidak pula berterusan. Ini
disebabkan kita sendiri terlibat secara langsung di
dalam kancah mempertahankan "hak
istimewa" para sahabat yang menyalahi
nas. Justeru itu ianya bertentangan
dengan firman Tuhan di dalam Surah Hud
(11): 13:"Dan janganlah kamu
cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka
kamu akan disentuh api neraka."
Apabila Ali AS menjadi khalifah,
beliau tidak memberikan hak istimewa kepada
sesiapapun. Malah beliau menyamakan
kedudukan semua orang dari segi
keadilan menurut al-Qur'an dan Sunnah
Rasulullah SAWA. Tindakan beliau itu
tidak disenangi oleh sebahagian mereka
dan akhirnya berlaku Perang Jamal
yang ketuai oleh 'Aisyah, al-Zubair
dan Talhah. Dan dialog telah berlaku di
antara Khalifah Ali AS dan al-Zubair.
Beliau berkata kepada al-Zubair:"Jika aku
mengetahui anda ahli syurga, aku tidak
akan memerangi anda." Tentang
kesalahan al-Zubair dalam peperangan
Jamal, lihat al-Syahrastani, al-Milal wa
al-Nihal, I, hlm. 103, Kitab Sulaim,
hlm. 211.
Lantaran itu hadith 10 orang sahabat
yang dijamin masuk syurga itu adalah
hadith-hadith politik yang cuba
menyatukan penyokong puak-puak yang
bersengketa. Dalam ertikata yang lain,
sekalipun mereka yang 10 itu berperang
dan caci-mencaci tetapi akhirnya
mereka ke syurga juga. Ini berlaku apabila
seorang lelaki mencaci Ali di Masjid
Kufah, maka berdirilah Said bin Zaid (w.51H)
seraya berkata:"Aku mendengar Nabi
bersabda bahawa 10 orang masuk syurga;
iaitu Ali, Talhah, al-Zubair, Said bin
Abi Waqas, dan Abdu r-Rahman bin
Auf."Kemudian orang
bertanya:"Siapakah yang kesepuluh?" Ia menjawab:"Aku."
Dalam lafaz yang lain nama Abu Ubaidah
dimasukkan dan Nabi pula tidak
dimasukkan. [al-Turmudhi, Jami', hlm.
13 dan 183] Hadith ini melalui Abdu r-
Rahman bin Hamid yang didengarinya
daripada ayahnya yang mendengar
daripada Abdu r-Rahman bin 'Auf.
Hadith ini dianggap palsu kerana ayah Abdu r-
Rahman bin Hamid yang bernama al-Zuhri
adalah seorang tabi'in, bukanlah
sahabat, ia dilahirkan pada 31 Hijrah,
sementara Abdu r-Rahman bin Auf
meninggal pada tahubn 31 atau 32
Hijrah.
Kemudian diikuti pula Perang Siffin
yang diketuai oleh Muawiyah dan akhirnya
Perang Nahrawan. Sesungguhnya benar
apa yang disabdakan oleh Rasulullah
SAWA kepada Ali AS:"Sesungguhnya
anda akan memerangi al-Nakithin (di
Perang Jamal), al-Qasitin (di Perang
Siffin) dan al-Mariqin (di Nahrawan)"[al-
Kanji al-Syafi'i, Kifayah al-Talib,
hlm. 169]
Demikianlah perjuangan Khalifah Ali AS
bagi menegakkan Sunnah Rasulullah
SAWA sekalipun beliau ditentang oleh
para sahabatnya sendiri. Tetapi sayang
sekali hasrat beliau untuk
mengembalikan kaum Muslimin kepada Sunnah
Rasulullah SAWA kurang mendapat
sambutan, sehingga beliau menemui
kesyahidannya tanpa kekayaan yang
ditinggalkannya.
AS, cacian Muawiyah di atas mimbar
terhadap Ali di masjid-masjid, perlantikan
Yazid, seorang peminum arak,
pembunuhan Imam Husayn AS, anak-anak dan
keluarganya serta sahabatnya seramai
72 orang, pembunuhan beramai-ramai di
Madinah yang diketuai oleh Muslim bin
Uqbah, panglima Yazid, 80 orang
sahabat Nabi yang telah menyertai
Perang Badar dibunuh dalam Perang al-
Hurrah.[Ibn Qutaibah, al-Imamah
wal-Siyasah, I, hlm. 216]
Bani Umaiyyah mencaci Ali AS di atas
mimbar masjid selama 70 tahun, bermula
dari Muawiyah, berterusan sehingga
pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. Cacian
dihentikan selama dua tahun lebih,
kemudian diteruskan semula.[al-Suyuti,
Tarikh al-Khulafa', hlm. 243]
Di manakah kebaikan 100 tahun pertama,
selain dari kurun lahirnya Nabi SAWA
dan keluarganya? Kenapa tidak
dikatakan sahaja sebaik-baik makhluk ialah Nabi
Muhammad SAWA, kemudian keluarganya.
KESIMPULAN
Khalifah Abu Bakar,Umar dan Uthman
berpendapat bahawa ijtihad boleh
dilakukan walaupun wujudnya nas.
Pendapat ini kemudian dipegang oleh Ahlus
Sunnah wal-Jama'ah. Sementara
Khalifah Ali AS berpendapat ijtihad tidak boleh
dilakukan jika wujudnya nas. Pendapat
ini kemudian dipegang oleh Syi'ah
(Mazhab Ja'fari).
Daripada pendapat-pendapat Khulafa'
Rasyidin lahirlah dua golongan hingga
dewasa ini. Pertama dikenali dengan
Ahlus Sunnah wal-Jama'ah yang
mendokong ijtihad ketiga-tiga
khalifah meskipun ianya bertentangan dengan
nas. Mereka juga berpendapat bahawa
pintu ijtihad telah ditutup.
Kedua dikenali dengan Syi'ah (Mazhab
Ja'fari) yang mendokong Khalifah Ali AS
berpegang kepada ijtihad tidak boleh
melawan nas hingga dewasa ini. Meskipun
begitu mereka berpendapat bahawa
pintu ijtihad masih terbuka. Lantaran itu
mereka mempunyai ramai para mujtahid
di setiap masa dan terus berijtihad di
dalam soal-soal yang tidak
bertentangan dengan nas.
Oleh itu kesemua pendapat atau
ijtihad Khulafa' Rasyidin harus dihormati dan
digabungkan di dalam satu wadah
perpaduan iaitu ijtihad mestilah diteruskan
bagi menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi oleh umat Islam di masa ini.
Kerana zaman Khulafa' Rasyidin sudah
berlalu. Dan ianya menjadi satu contoh
dan pengajaran kepada kita semua.
Saya mempunyai harapan yang tinggi
bahawa perasaan fanatik dan kejumudan
fikiran akan dicairkan melalui
pembacaan, kajian dan merujukkannya kepada
Allah SWT dan RasulNya SAWA. Semoga
Allah memberkati kita semua bersama
Khulafa' Rasyidin. Amin.
Semua fitnah syiah melalui riwayat palsu dan tidak bersanad (sanad dirahsiakan) telah dijawab banyak kali dan banyak ruangan terdahulu. Kalau kita baca sejarah Islam yang ditulis oleh pihak orientalis maka sama saja isinya dengan sirah yang datang dari puak syiah.
ReplyDeleteAmbil contoh mudah, peristiwa Ghadir Khum. Apa yang kamu katakan teksnya tidak terdapat dalam kitab Sahih Bukhari dan disalah tafsir sewenang-wenangnya. Ia datang dari sisipan/nota kaki hadis tersebut. Riwayat betul, tetapi ditokok-tambah dan di palsukan. Sesiapa pun boleh menulis sisipan tersebut termasuk kamu dan saya. Maka kamu ambil yang buruk-buruk untuk menguatkan hujjah kamu.
- Ghadir Itu letaknya lebih 250km diutara kota Makkah. Tempat pertemuan kabilah2 yang menuju keutara seperti dari Madinah atau Syam kerana disitu ada sumber air dan perlindungan angin. Jadi Rasulullah SAW mewasiatkan khilafah di situ? Mengapa tidak di Makkah? Bukankah semua ummat Islam berkumpul di Makkah? 124,000 sahabat. Betulkah seramai 120,000 di Ghadir? Kamu datang dari Taif, Yaman, Makkah, kemudian terus 250km ke utara, Ghadir, kemudian berpatah balik? Adakah Rasulullah SAW mengistiharkan pertemuan di Ghadir? Hmm…adakah kamu berakal?
- Apakah erti ‘mawla’ secara literal dan qiasnya? Orang yang terutama, rapat, dicintai, dikasihi, pembantu; hamba yang membantu tuannya juga digelar mawla. Rasulullah SAW cakap “mawla” ka atau “imam”. Rasulullah SAW sangat terang percakapannya bahkan sering ulang 3 kali supaya orang faham. Rasulullah SAW cakap “aula” wal “mawla” kan? Laymannya “sesiapa yang menjadi teman saya akan menjadi teman sifulan”. Orang pertama menyokong Ali (kwh) ialah Umar (RA).
- Apa yang sebenarnya berlaku? Ali (kwh) telah dihantar ke Yaman dengan 300 tentera. Terdapat pertikaian mengenai pembahagian harta rampasan, khususnya kain dari Yaman. Tentera Ali (kwh) bertemu di Ghadir Khum. Ali (kwh) bertindak tegas dan dia benar dalam mengatakan yang hak. Justeru Rasulullah SAW bangkit mempertahankan Ali (kwh).
Rasulullah SAW selalu memuliakan sahabat dengan berbagai perkataan yang baik-baik. Ahlussunah memuliakan Ahlul-bait termasuk umuhul mukminin dan sahabat ajmain. Bukan seperti kamu Syiah; semuanya buruk-buruk belaka.Beginilah cara Syiah, kamu menyerang dan memalsukan yang hak, lalu berkata, ini dari buku kamu! Jijik sungguh. Ini hanya menonjolkan betapa busuknya dan sukakan kebencian, kamu ini Hanazaka. Kamu mahu perpaduan pada masa yang sama memberi racun kepada saudara kamu.
Syeikh an-Nadwi menulis sebuah kitab ‘Shuurataan Mutadhaddataan’ iaitu dua gambaran Islam yang bertentangan.
Buku ini menyatakan fakta-fakta yang sekiranya kita melihat gambaran Islam dari kacatamata Ahlus Sunnah kita akan nampak Islam itu sangat indah danmenenangkan tetapi apabila kita lihat sahaja Islam dari kacamata (sudut pandangan, persepsi) Syiah maka kita akan dapati buruknya Islam, buruknya sifat nabi-nabi, gilakan harta termasuklah keluarga Rasulullah SAW s.a.w.
Hanazaka, tidakkah kamu takut dipertanggung-jawabkan perkataan kamu diakhirat kelak?