Pemimpin tertinggi revolusi Islam Iran mengucapkan takziah atas pemergian Ayatullah Sayyid Taheri Khorramabad.
Sambil menceritakan peranan ulama besar ini dalam gerakan Imam Khomeini sebelum dan selepas kemenangan revolusi Islam Iran, Ayatullah Sayid Ali Khamenei berkata, antara peribadi mulia ulama mujahid ini ialah ketakwaan dan keikhlasan, bersama kepintaran serta konsisten.
Berikut adalah pesanan Ayatullah Sayid Ali Khamenei:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Berita pemergian ulama mujahid, Ayatullah Haji Sayid Hasan Taheri Khorramabad rahimahullah setelah sekian lama menderita sakit, amatlah mendukacitakan saya.
Ulama besar ini telah berada di barisan hadapan di awal gerakan Imam (Khomeini). Setelah kemenangan (revolusi Islam), beliau masih menjalankan tanggungjawab dalam berbagai arena pemikiran, politik dan jihad. Konsisten, ketakwaan dan keikhlasan bersama kepintaran dan ketabahan merupakan keperibadian terpuji ulama mujahid ini.
Saya mengucapkan takziah kepada anak-anak, waris dan sahabat handai beliau. Kota mohon Allah (s.w.t) meninggikan darjat beliau.
Sayid Ali Khamenei
0 comments:
Post a Comment