Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan terbunuh dan 24 cedera dalam dua serangan bom diletupkan hampir serentak di Utara Baghdad, tengah hari semalam.
Kedua-dua serangan tersebut terjadi di luar masjid Al-Salam, Baquba selepas pengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah bersama-sama mengerjakan solat jumaat.
Al-Manar melaporkan serangan turut terjadi di Masjid kota Khanaqin dan membunuh seorang penduduk. Selain itu serangan bom kereta turut dilaporkan di sebuah pasar, Utara Baquba yang mencederakan lima orang.
Lebih 4000 orang rakyat Iraq terbunuh dalam serangan militan yang beroperasi di seluruh Iraq pada tahun ini.
0 comments:
Post a Comment