Monday 9 September 2013


Imam solat Jumaat di kota Incheh Borun menyifatkan hubungan Sunni dan Syiah di wilayah Golestan sebagai akrab dan perlu dijadikan simbol perpaduan di dunia Islam.





Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Haj Akhund Madad Hushmand menegaskan, "Umat Islam di Golestan yang terdiri dari golongan Syiah dan Sunni berhimpun dalam berbagai acara dan apa yang ditampilkan berasal dari ajaran Islam." Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama wartawan Agensi Berita Taghrib (TNA).


Tambah beliau lagi, "Perhimpunan bersama Sunni dan Syiah berasaskan permintaan pejabat Rahbar dan sebenarnya orang ramai telah merealisasikan simbol-simbol perpaduan."

Sambil menyiatkan perpaduan sebagai perintah al-Qur'an, Imam solat Jumaat Incheh Borun berkata, "Allah (s.w.t), Nabi (s.a.w) dan para imam (a.s) telah mewajibkan perpaduan di kalangan umat Islam dan mereka sentiasa mengingatkannya."

Selain itu beliau turut menyentuh tentang pakatan jahat musuh yang perlu dihadapi dengan perpaduan, "Pihak musuh setiap hari melaksanakan berbagai konspirasi untuk kita. Di zaman ini perpaduan antara kaum muslimin amat penting kerana misi musuh ialah membasmi Islam dan umatnya," tutur beliau.

Mengenai krisis Syria, Madad Hushmand menyatakan, "Gara-gara pakatan jahat musuh, umat Islam di Syria terbunuh setiap hari, kita mengutuk tindakan-tindakan pengganas yang disokong oleh Amerika, Israel dan kolonialisme."

Selain itu beliau memuji usaha-usaha yang dilakukan oleh Lembaga Pendekatan Antara Mazhab bagi menyatukan ummat. "Lembaga Perpaduan Antara Mazhab adalah contoh terbaik dalam mempromosikan perpaduan Syiah dan Sunni. Ahlusunnah dan ulama mereka menyokong program-program yang dianjurkannya," ujar Madad Hushmand.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~