Tuesday 3 September 2013


Manshur al-Dawaniqi berkata ilmu dan keutamaan Imam Jaafar berasal daripada Allah (s.w.t), namun disebabkan permusuhan, dia sanggup membunuh Imam. 





Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sempena ulangtahun kesyahidan Imam Jaafar Sodiq, pusat kebudayaan Majma' Jahani Ahlul Bait mengadakan majlis mengenang tokoh besar Islam ini.

Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) dalam ucapannya berkata, disebabkan kedudukan besar Imam Jaafar dalam mazhab Syiah, kesyahidan beliau merupakan salah satu musibah besar sehingga pada hari ini masyarakat berkabung sebagaimana hari ulangtahun kesyahidan Imam Husain (a.s).

Hujjatul Islam Muhammad Hasan Akhtari turut menyentuh tentang pergolakan politik di zaman Imam ke-enam ini dengan berkata, "Bani Abbas menghimpunkan para pengikut Ahlul Bait (a.s) di zaman mereka dengan slogan yang pada zahirnya "kami ingin mengembalikan hak Ahlul Bait", namun setelah mencapai kemenangan mereka menyakiti dan menyusahkan para pengikut Ahlul Bait."

Mengenai situasi umat Islam di zaman keimamahan beliau dan larangan penulisan atau penukilan hadis oleh khalifah setelah kewafatan Nabi, beliau berkata, "Larangan ini bertujuan menghalang penyebaran keutamaan-keutamaan dan kebudayaan Ahlul Bait yang maksum, namun tindakan ini turut mencetuskan pemikiran sesat dan irfan palsu."

Cendiakawan Islam ini menambah, "Di zaman kewujudan zuhud-zuhud dan firqah-firqah irfan palsu memberikan implikasi terhadap umat bagi mengenali Ahlul Bait. Kumpulan-kumpulan sesat ini memasukkan pandangan-pandangan sesat mereka walaupun dalam usul akidah dan masalah tauhid."

Hasan Akhtari menganggap di zaman tersebut kebanyakan umat dapat mengenal agama Islam yang murni. "Telah diriwayatkan bahawa isteri Imam Jaafar Ummu Hamidah mengerjakan tawaf dalam keadaan aneh dan seseorang tampil berkata kepadanya bahawa tawaf anda ada masalah. Sebagai jawapan beliau berkata kami tidak perlukan ilmu kamu," tutur beliau.

Protes-protes jahil seperti ini terjadi sedangkan seluruh imam-imam dan tokoh-tokoh Ahlusunnah mengaku bahawa tidak ada yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang al-Quran dan Sunnah dalam keutamaan dan ilmu-ilmu Islam.

Mengenai pengakuan musuh-musuh Imam Jaafar (a.s), Hasan Akhtari berkata, "Sehinggakan Manshur al-Dawaniqi, pembunuh Imam Jaafar (a.s) yang termasuk di kalangan sahabat dan orang khususnya turut mengakui bahawa ilmu dan keutamaan Imam Jaafar al-Shadiq berasal dari Allah (s.w.t). Namun disebabkan perseteruan terhadapnya, dia bertindak mensyahidkan Imam."

Sambil membaca sepotong hadis dari Imam Jaafar al-Sodiq tentang membuat keputusan yang sahih iaitu:

ثلاثة يستدل بها على إصابة الرأي : حسن اللقاء ، وحسن الاستماع ، وحسن الجواب

"Tiga perkara yang menunjukkan kesahihan dalam membuat keputusan iaitu interaksi yang baik, pendengaran yang baik dan jawapan yang baik."

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~