Wednesday, 11 September 2013



Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan fitnah musuh yang semakin meningkat di Pakistan, Afghanistan, Iraq, Syria dan Bahrain yang memperalatkan polemik Sunni dan Syiah sehingga menyebabkan kematian ratusan orang, Pemimpin tertinggi revolusi Islam Iran berkata, “Pendominan dan kuasa besar seperti Amerika tidak peduli kemusnahan dan pembunuhan insan negara lain ketika ingin mencapai kepentingan yang tidak legitimasi.”

Mengulas mengenai hasrat Amerika untuk menyerang Syria, Ayatullah Sayid Ali Khamenei menjelaskan, “Mereka mencurahkan modal demi kepentingan sebuah komuniti yang direka cipta, padahal ianya untuk kepentingan Zionis. Mereka sanggup memusnahkan dan menindas kepentingan negara serta bangsa lain.”

“Republik Islam Iran mengikuti perkembangan rantau ini dengan begitu teliti.

“Kita sebagai sebuah bangsa besar di rantau ini sensitif ini hendaklah memberikan fokus yang tepat dan memanfaatkan kudrat Islam, matlamat ulung dan kemanusiaannya berasaskan Islam, ianya perlu diletakkan sebagai sebagai contoh di mata semua orang, seluruh insan perlu diajak ke arah gerakan berasaskan Islam.

“Pencapaian berasaskan Islam akan membangunkan kudrat bangsa di mana iman yang mantap dapat menghasilkan perpaduan masyarakat, pekerjaan yang sahih, kesatuan hati dan tawakkal kepada Allah,” terang beliau.

Menurut beliau akal, spiritual, tawakkal, gerak langkah, dan praktikal merupakan lima unsur asas untuk membangunkan kudrat dalam diri. Kata beliau, “Pergerakan pemerintahan Islam di jalan ini bersama kudrat dominasi yang kian bertambah sudah pasti akan memberikan kesan terhadap keadaan rantau ini, sebagaimana yang sudah terjadi sekarang.”

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~