Friday 13 September 2013



JAKIM nafi laporan kononnya beratus-ratus pengikut mazhab Syiah mengajukan permohonan untuk murtad. 




Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha yakin pengistiharan secara rasmi beberapa individu sebagai pengikut mazhab Syiah Imamiyah telah disalah tafsir oleh media di negara ini. Beliau berkata demikian untuk membersihkan nama JAKIM setelah ada media Malaysia mendakwa kononnya pihak beliau menerima beratus-ratus permohonan murtad daripada pengikut mazhab Syiah.

Bagi membetulkan laporan palsu tersebut, beliau berkata kenyataan Timbalannya Datuk Razali Shahabudin hanyalah merujuk kepada tindakan mereka keluar dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam negara ini.

Mengulas tindakan pengikut itu, beliau menjelaskan rakyat Malaysia diwajibkan berpegang mazhab Ahlusunnah sahaja berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Mengenai Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia di Langkawi pada 2 dan 3 Mei 1996.

Mengenai pemaksaan umat Islam untuk berpegang dengan mazhab-mazhab Ahlusunnah, beliau berkata, "Antara lain muzakarah bersetuju bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

“Jadi kesimpulannya umat Islam di Malaysia adalah tertakluk kepada fatwa sedia ada di setiap negeri untuk berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti dinyatakan,” katanya.

Sebelum ini ada media melaporkan berita palsu bahawa pihak JAKIM telah menerima ratusan permohonan yang disertakan bersama salinan kad pengenalan dengan niat untuk mendapatkan perkenan atau kelulusan Jakim bagi menukar agama.

Pengikut mazhab Syiah Imamiyah di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini ditindas oleh penguasa agama tempatan ekoran fitnah yang dicanang oleh golongan Takfiri. Baru-baru ini enam individu ditangkap atas tuduhan memiliki kitab Syiah.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~