Friday 6 September 2013



Pasukan regim Saudi bertindak menyerbu beberapa rumah dan melepaskan tembakan melulu setelah mengepung kawasan Jumaimah. 


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang pemuda maut dan beberapa yang lain cedera pada hari Khamis di kawasan majoriti Syiah kota Awwamiya, Qatif, ketika pihak berkuasa Arab Saudi menjalankan operasi keselamatan.

Menurut saksi, puluhan kereta perisai menutup jalan masuk ke kawasan Awwamiya sebelum menyerbu rumah dua pemuda bernama Muhammad al-Labad dan Fadhil Al-Shafwani yang termasuk dalam senarai 23 orang buruan polis.

Gambar yang didedahkan aktivis dalam laman web sosial menunjukkan pihak polis telah menyelongkar rumah al-Labad.

Informasi turut mengesahkan pihak berkuasa melepaskan tembakan rambang ketika penyerbuan sehingga menyebabkan kematian seorang pemuda bernama Ahmed Ali Al Mishlab, 22 tahun.

Para aktivis menceritakan as-Syahid al-Mishlab berada di luar madrasah dan kebetulan berjalan di kawasan yang berhampiran dengan tempat penyerbuan. Beliau cuba melarikan diri ketika ingin ditahan dan pihak berkuasa akhirnya melepaskan tembakan sehingga mengenai kaki dan belakangnya. Al Mishlab menghembuskan nafas yang terakhir sebelum sampai di hospital di Qatif.

Kedua-dua Al-Labad dan al-Safwani merupakan daripada 23 orang yang diburu pihak berkuasa Riyadh atas kesalahan menyertai tunjuk perasaan aman dalam menuntut keadilan, equaliti dan penghapusan diskriminasi dalam pentadbiran kerajaan.

Salah seorang daripada 23 orang tersebut, bernama Hasan Jaafar al-Muthlaq terlah menyerah diri kepada pihak berkuasa pada hari Selasa lalu.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri pada petang Khamis, al-Muthlaq akan diperlakukan mengikut prosedur undang-undang yang terpakai dalam kes tersebut. Jurucakap keselamatan tersebut turut mengulangi seruan inisiatif menyerah diri. Beliau memberi amaran dengan berkata, "Barangsiapa yang melindungi, menyembunyikan atau memberikan apa-apa pertolongan kepada mereka, maka mereka juga akan dihukum dengan setimpal."



Rumah Muhammad Isa al-Labad yang diserbu


                                           Kesan-kesan serbuan di rumah Muhammad Isa al-Labad




                                                          As-Syahid Ahmad Ali Al Mishlab

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~