Friday 6 September 2013

Kedutaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur menafikan pihaknya membiayai pakar agama untuk menyebarkan mazhab tersebut di seluruh Malaysia



Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kedutaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh sebahagian ustaz bahawa pihaknya membiayai penyebaran Syiah di Malaysia.

Sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai provokatif, kedutaan juga tidak percaya kata-kata tersebut boleh terkeluar dari seorang pegawai kerajaan.

Media Malaysia kelmarin menyiarkan kenyataan Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Zamihan Mat Zin bahawa kedutaan memberi dana kepada pakar agama untuk menyebarkan Syiah tersebut melalui penganjuran seminar, ceramah, forum dan diskusi di seluruh negara.

Zamihan turut mendakwa pakar agama tersebut mempunyai kaitan rapat dengan kedutaan.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~