Thursday 5 September 2013

Amerika dan sekutunya berusaha sedaya upaya agar Islam murni yang berasal dari Iran tidak tersebar. 


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan ancaman serangan Amerika dan sekutunya terhadap Syria, anggota Majlis Khubregan Rahbari, Ayatullah Khatami berkata, "Amerika, Britain, regim Zionis dan sekutu dalaman mereka seperti Arab Saudi dan Qatar takut dan gentar dengan Islam murni yang diperlopori oleh Iran.

Ayatullah Sayid Ahmad Khatami menjelaskan pembohongan yang diutarakan negara Amerika dengan berkata, "Amerika menggunakan alasan nuklear dalam serangan terhadap Iran. Ini disebabkan dia sendiri tahu bahawa ianya adalah pembohongan. Begitu juga mengenai Syria, kisah dongeng senjata kimia hanyalah muslihat."

Beliau berkata demikian ketika bersama wartawan ABNA di perkarangan pusingan hari pertama persidangan ke-empat Majlis Khubregan Rahbari. Mengenai bom kimia yang pernah dilepaskan ke atas Iran, beliau berkata, "Amerika dan Barat sendiri yang membekalkan bom dan senjata kimia di hari tersebut, apakah mereka sudah lupa? Dalam peperangan Iran dan Iraq, Saddam jangka waktu yang singkat telah menghujani bom dan 5000 orang terbunuh secara beramai-ramai. Ketika itu Amerika tidak bersuara, malah sekarang dia cuba membela hak asasi manusia dan mula berbicara tentang senjata kimia?!"

Beliau yang juga anggota tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) mendedahkan misi-misi jahat Amerika dan sekutunya sambil berkata, "Amerika dan sekutunya berusaha sedaya upaya menyekat penyebaran Islam murni yang dipelopori Iran."

Anggota Majlis Khubregan Rahbari ini menjelaskan, "Syria merupakan garisan depan dalam menghadapi Zionis. Sedangkan Barat seperti Amerika mempunyai akidah untuk mempertahankan kesejahteraan rejim Zionis."

Ayatullah Khatami di akhir wawancara menyatakan betapa pentingnya pelestarian Moqawama (perjuangan membebaskan al-Quds). "Kerajaan dan rakyat Syria hendaklah memberikan tindak balas mereka terhadap negara-negara yang memainkan peranan dalam penyerangan terhadap negara ini," tutur beliau

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~