Tuesday, 3 September 2013


Assalamualaikum pembaca-pembaca yang masih setia membaca blog perkongsian 
yang amat simple ini. Hari ini saya nak share satu Kisah Nabi iaitu kisah berkenaan
 Nabi Musa A.S. dengan wanita penzina. Kisah ini memberi pengajaran kepada kita 
bahawa Solat itu bukanlah perkara yang boleh dibuat sambil lewa. Kisah ini untuk
 peringatan buat saya sendiri dan juga sahabat-sahabat pembaca yang dikasihi sekalian.
—————————————————————————————
Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. 
Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan 
yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka 
atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk 
wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. 
Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya
 pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari
 dalam “Silakan masuk”.
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air 
matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. 
Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” 
desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina.”
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
 “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik
 lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. 
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
 “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak
 jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil 
memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu,
 hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat 
memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu
 mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya,
 bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya 
betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa
 sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak
 bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar 
daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari
 kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan 
penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang
 lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”
“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s.
 “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. 
Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk 
berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk 
perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan 
sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui 
bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan 
menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
 tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh 
memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin
 bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu 
menerima kedatangannya.
Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata


“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia
 kafir terang-terangan”


(H.R. Atthabarani)
Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan:
 “Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanyadibanding
 dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70
 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis
yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga 
terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa
 dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh
 tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di 
akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~