Sunday 1 September 2013



Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) Kesatuan Ulama Bilad Al-Sham menegaskan fatwa-fatwa berbaur hasutan yang dikeluarkan oleh Yusuf al-Qardhawi al-Takifiri bagi pertumpahan darah di Syria adalah "Terkeluar dari kaedah-kaedah syariat, nas, hadis dan sunnah Nabi (s.a.w)."

Menurut kenyataan yang dikirim kepada Agensi Berita Syria (SANA) pada hari Selasa, fatwa-fatwa tersebut merosakkan kredibiliti dan menghilangkan kepercayaan terhadap beliau selaku ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Kenyataan menegaskan pengkafiran terhadap jemaah yang dilakukannya amat bertentangan dengan kaedah syariat dan sunnah sedangkan pengkafiran terhadap individu tertentu terjadi sekiranya ia mengingkari kemestian dalam beragama dengan keputusan hakim syariah dan selepas sidang mahkamah untuk mendengar pembelaan ke atas pihak tertuduh. Dengan itu pengkafiran tidak terjadi tanpa sebarang dalil. Jika tidak, ia akan menjadi jenayah yang berbahaya.

Kenyataan tersebut menekankan bahawa umat Islam amat memerlukan rawatan terhadap pertumpahan darah di kalangan penganutnya, dan mencari jalan keluar dari fitnah yang menyebabkan umat terjebak dalam kegelapan tanpa berkesudahan. Pertubuhan ini juga menyeru umat Islam mencari jalan perpaduan dan memadamkan api fitnah, pertumpahan darah sambil menumpukan perhatian terhadap mereka yang mencemarkan kesucian masjid Al-Aqsa.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~