Sunday, 1 September 2013

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Askar kerajaan berjaya menemui gudang yang digunakan oleh pemberontak untuk menyimpan sejumlah besar bahan kimia yang berasal dari Arab Saudi.

Pemberita al-Alam yang turut bersama-sama askar Syria di wilayah Jobar melaporkan gudang tersebut menyimpan racun dan bahan kimia yang dipercayai digunakan oleh militan sebagai senjata. Berasaskan video yang dipaparkan oleh al-Alam, bahan-bahan kimia tersebut mempunyai label "Made in the Kingdom of Saudi Arabia".

Jobar merupakan salah satu medan tempur antara askar Syria dan kumpulan militan yang disokong negara asing. Militan yang menyusup masuk ke seluruh bandar telah mengambil kedudukan di dalam bangunan yang berbeza. Mereka juga menggali beberapa terowong di bawah tanah untuk bergerak dan menyerang askar.

Operasi ketenteraan di Rif Dimashq merupakan strategi terpenting kerana ia amat hampir dengan Damsyik manakala golongan militan telah menjadikan penduduk awam sebagai perisai untuk menghalang kemaraan askar kerajaan.

Konflik di Syria bermula pada Mac 2011 apabila bantahan daripada golongan pro-reformasi bertukar menjadi pemberontakan besar-besaran berikutan campur tangan negara Barat dan serantau.

Kekacauan bertambah parah apabila kumpulan pengganas dari seluruh Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara yang mendapat sokongan politik dan moral dari Amerika menyusup masuk ke Syria sehingga terjadi pertumpahan darah atas nama agama.

Sementara itu Washington masih kekal bersikap acuh tak acuh mengenai amaran Rusia dan kuasa dunia lain tentang kesan negatif memperlengkapkan senjata kepada kumpulan militan.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~