Pemimpin tertinggi revolusi Islam Iran menjangkakan Amerika tidak akan mampu menghapuskan perjuangan menentang Israel.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin tertinggi revolusi Islam Iran berkata, "Apa yang kita saksikan sekrang di rantau ini sebenarnya tindak balas kuasa besar yang dikepalai Amerika terhadap kebangkitan Islam."
Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan anggota Majlis Khubregan tegah hari tadi.
Sambil menceritakan bagaimana pihak musuh berusaha menyelesaikan masalah berdasarkan kepentingan mereka, beliau berkata, "Kehadiran kuasa angkuh dunia di rantau ini sebagai penceroboh, setiap hari kian banyak kehendak mereka yang bermatlamatkan pembasmian Moqawama (perjuangan melawan Israel), namun blok kuasa angkuh tidak mampu menghapuskan Moqawama ini dan mereka tidak akan mampu melakukannya sedikitpun."
"Dalam kejadian terbaru di Syria, senjata kimia mula dijadikan alasan untuk perkara ini, namun Amerika berusaha bermain kata-kata supaya dapat masuk dalam konflik dengan motif kemanusiaan.
"Amerika yang sedang mengejar masalah kemanusiaan mempunyai rekod dalam kes Guantanamo dan Abu Ghraib, mendiamkan diri ketika Saddam menggunakan senjata kimia di Halabce dan kota-kota Iran, pembunuhan rakyat yang tidak berdosa di Afghanistan, Pakistan dan Iraq.
"Masalah kemanusiaan yang dikejar oleh orang Amerika bukanlah topik yang dapat dipercayai sesiapapun dalam dunia," jelas beliau.
Pemimpin revolusi ini menambah, "Kita percaya orang Amerika sedang melakukan kesalahan di Syria, kerana itu mereka dapat merasakan terjejas dan sudah tentu ianya memudaratkan.
"Kerajaan Republik Islam Iran sekarang, setelah 30 tahun mengharungi permusuhan dan pakatan jahat, kedudukan rantau ini bukan sekadar tidak menjadi lebih lemah, bahkan dari segi autoriti, keluasan pengaruh dan potensi menjadi bertambah lebih kuat," turut beliau.
Beliau turut menyentuh tentang pergolakan di Mesir dengan menyatakan, "Sekiranya di Mesir ada slogan memerangi Israel dan mereka tidak lalai ketika menghadapi janji-janji Amerika, sudah tentu mereka tidak menjadi begini sehingga diktator yang membuatkan rakyat Mesir hina dibebaskan dari penjara, sedangkan orang pilihan rakyat Mesir diseret ke penjara dan dibicarakan."
0 comments:
Post a Comment