Wednesday 18 September 2013

Tidak peduli dengan tindakan undang-undang, mufti Kedah akan turun padang untuk memfitnah Syiah 





Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Walaupun pemimpin Syiah Kedah telah membuat laporan polis tentang fitnah yang dicanang oleh Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad tetap berdegil untuk meneruskan konspirasi anti Syiahnya walaupun bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas laporan polis yang dibuat terhadap beliau mengenai kenyataan anti Syiah yang dikeluarkan terhadap pihaknya.

Malah beliau turut mengancam akan mempergunakan kuasa yang ada pada pihaknya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdullah Hasan kerana mengajar agama tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti.

Sementara itu Abdullah Hasan memandang remeh ancaman mufti tersebut sambil menyatakan pihaknya tidak memerlukan tauliah kerana beliau mengajar jemaah pengikut Ahlul Bait, bukan mengajar agama kepada pengikut Ahlusunnah.

Abdullah menjelaskan beliau terpaksa mengambil tindakan setelah mendapati pihak berkuasa agama tempatan secara sengaja mempergunakan sarana yang ada seperti media, surau dan masjid bagi memburuk-burukkan ajaran Ahlul Bait sedangkan pihaknya tidak diizinkan menjawab segala tuduhan tersebut.

Kerajaan negeri Kedah dikatakan sedang berusaha menindas minoriti Syiah di negeri tersebut dengan cara menyebarkan pembohongan, hasutan dan memutar belitkan fakta sehingga boleh mencetuskan huru hara di kalangan masyarakat.

1 comment:

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~