Monday 9 September 2013

Usaha menghapuskan teks dalam penulisan literatur Ahlusunnah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan lebih-lebih lagi ia dalil yang jelas  berbeza dengan pandangan Wahabi. Bahkan hingga hari ini tidak ada pihak yang mahu tampil menyatakan ralat dalam cetakan baru ini dan usaha ini dianggap tidak beramanah dan buruk akhlaknya.

Dalam Sahih Bukhari cetakan Darul Fikr - Beirut
دار الفكر - بيروت




Di sini hadis Bukhari telah menukilkan hadis tentang perkahwinan Mut'ah

Terjemahan:

Imran bin Hushain berkata: Ayat Mut'ah dalam kitab Allah telah turun dan kami melaksanakannya bersama Rasulullah. Ayat pengharamannya tidak diturunkan dan tidak dilarang melakukannya hingga  wafat baginda. Datang seorang lelaki setelah itu mengeluarkan arahan menurut pandangannya sendiri.  Muhammad mengatakan: Mereka berkata dia ialah Umar.

Seperti yang disebut: "Datang seorang lelaki setelah itu mengeluarkan arahan menurut pandangannya sendiri."

Maksudnya ialah seorang lelaki mengharamkannya. Disebut juga "Muhammad mengatakan: Mereka berkata dia ialah Umar." Iaitu Muhammad Ismail Bukhari (Pemilik kitab) berkata: beliau ialah Umar. 
Sekarang catatan "Muhammad mengatakan: Mereka berkata dia ialah Umar." telah dihapuskan. Nampaknya ada pihak cuba menafikan amalan tersebut sekaligus menentang sunnah nabi (as) dalam cetakan Bukhari yang baru seperti cetakan Darul Ihya Beirut, Darul Kitab al-Alamiyah - Beirut, Darul Mu'arif- Beirut.





0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~