Friday 13 September 2013


Setiausaha Agung Lembaga Pendekatan Antara Mazhab berkata, satu-satunya cara untuk menghadapi konspirasi Amerika ialah pengukuhan perpaduan.




Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Mohsen Araki dalam pertemuan bersama Mufti Lubnan Syeikh Muhammad Rashid Qabbani menegaskan betapa pentingnya perpaduan di kalangan umat Islam bagi menghadapi fitnah pihak musuh.

Beliau menganggap fitnah yang dicanang Amerika- Zionis mempunyai tujuan untuk melemahkan kekuatan umat Islam dan misi negara-negara tersebut dalam menyerang Syria juga berada dalam tujuan ini.

Setiausaha Agung Lembaga Pendekatan Antara Mazhab ini juga menegaskan pengukuhan perpaduan di kalangan umat merupakan satu-satunya jalan untuk menghadapi konspirasi tersebut. Selain itu langkah-langkah yang perlu diambil ialah menyelesaikan masalah umat dengan berasaskan keimanan, ketakwaan dan pembentukan dialog.

Katanya lagi, "Jangan sekali-kali kita cuba minta bantuan musuh bagi menyelesaikan masalah dalaman dunia Islam, ini disebabkan tindakan itu bertentangan dengan hukum hakam Islam."

Tambahnya lagi, "Selaku umat Islam, kita mempunyai iktikad bahawa kita dapat menyelesaikan masalah masyarakat Islam seperti Syria, Mesir, Iraq dengan bergantung harapan kepada ahli politik, pemikir, agamawan. Dalam keadaan ini, jangan sekali-kali kita izinkan orang asing masuk campur dalam urusan dunia Islam walaupun atas nama juru selamat."

Mufti Lubnan, Syeikh Muhammad Rashid Qabbani juga mengalu-alukan pertemuan antara ulama Iran- Lubnan untuk menganalisa kerjasama dan perpaduan di kalangan umat Islam. Beliau berkata, musuh sentiasa berusaha untuk memperluaskan fitnah antara mazhab demi menjaga kesejahteraan rejim penjajah al-Quds di samping mengambil kesempatan mengaut keuntungan ekonomi negara-negara Islam.

Beliau turut menegaskan bahawa kebijaksanaan dan teori perpaduan di kalangan para pemimpin agama adalah syarat berkesan untuk mematahkan sebarang konspirasi musuh.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~