Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ulama dan para pemimpin masyarakat
muslim dari seluruh dunia dijangka akan menghadiri sebuah persidangan di
kota Karbala tidak lama lagi. Fokus utama persidangan kali ini ialah
betapa pentingnya menolak fitnah dalam ucapan-ucapan agama sambil
memberi peringatan terhadap pemikiran golongan Takfiri dan bahaya mereka
terhadap negara dan masyarakat Islam.
Antara agenda yang bakal
dibahaskan ialah penyebaran ucapan agama secara sederhana, tanggung
jawab menolak ekstremisme dan meluaskan semangat Islam yang sebenar.
Dalam
satu kenyataan yang disampaikan kepada saluran satelit al-Alam,
Setiausaha Agung Penjaga Makam Imam Husain, Syeikh Abdul Hadi
al-Karbala'i menegaskan betapa pentingnya menghadapi ancaman asing yang
berada di sekeliling umat Islam. Beliau juga menyatakan dunia Islam hari
ini menyaksikan berbagai konflik pemikiran, doktrin, kebudayaan dan
tradisi yang ditimbulkan oleh barisan anti- Islam.
Para peserta
persidangan juga akan didedahkan dengan pemikiran dan doktrin Takfiri
yang perlu diperangi, selain menginsafi dengan apa yang terjadi di Syria
seperti serangan golongan tersebut terhadap minoriti agama yang
berpunca dari hasutan dalam rangka menghuru harakan bahagian rantau ini.
Baru-baru
ini Presiden organisasi Jam'iyyatul Wahdah di Lubnan Syeikh Adil
al-Turki baru-baru ini memberi amaran dalam satu kenyataannya tentang
wabak persengketaan mazhab yang dicetuskan oleh golongan Takfiri di
Iraq, Syria dan Lubnan. Beliau menegaskan bahawa pemikiran Takfiri
Wahabi hari ini muncul untuk menghancurkan Islam.
0 comments:
Post a Comment