Perdana Menteri Iraq Nuri al-Maliki berkata, para pemimpin kabilah menolak seruan beberapa negara (sambil merujuk kepada Arab Saudi), dan Iraq akan mengekalkan kekuatan integriti rakyatnya.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Perdana Menteri Iraq berkata, "Pembangunan negara terletak di bahu para pemuda, dan mereka memikul tanggungjawab besar dalam kemajuannya."
Beliau berkata demikian dalam ucapan dalam persidangan penubuhan undang-undang Iraq pada hari Sabtu (7/9/2013).
Nuri al-Maliki menambah, "Rakyat kita tidak tahu apakah itu pecah belah, kerana ianya dibawa masuk untuk kita daripada negara yang inginkan kejahatan."
Sambil menceritakan campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman Iraq, Maliki menegaskan, "Rakyat Iraq menolak untuk menjadi pengikut negara tersebut atau yang negara lain, kami minta negara yang iri dengan Iraq agar menghentikan campur tangannya. Para pemimpin kabilah menolak seruan tersebut kerana mereka rasa bangga berbuat demikian. Iraq tidak akan kembali ke masa lampau walaupun menghadapi kesukaran. Negara ini menyeru persahabatan sesama warganya sebagai ganti perseteruan. Sesungguhnya Iraq inginkan hubungan persaudaraan sambil menekankan perdamaian dan penghormatan sesamanya. Kita menolak untuk menjadi paksi terhadap paksi yang lain. Kita tetap kekal bersama perdamaian walau di mana pun. Ketika kita melakukan perdamaian, ini bukan atas dasar paksaan mana-mana pihak."
Beliau turut memprotes tindakan Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud yang menjemput kira-kira 2000 pemimpin kabilah dari pertengahan dan Selatan Iraq untuk bertemu dengannya.
Sambil menyeru golongan muda untuk bergiat aktif dalam politik, Maliki berkata, "Kekuatan ialah kehadiran dan pendirian kamu dalam menentang perpecahan sedangkan tidak seorang pun yang dapat mengalahkan orang Iraq."
Berasaskan berita ini, raja Abdullah telah menjemput lebih seribu pemimpin kabilah bagi satu pertemuan degannya di Arab Saudi. Kementerian Dalam Negeri Iraq menyifatkannya sebagai perkara yang mencurigakan dan campur tangan hal ehwal dalaman negaranya.
0 comments:
Post a Comment