Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Yusuf al-Qardhawi berkata, Menteri Pertahanan dan Panglima angkatan tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, telah mengamalkan apa yang beliau sifatkan sebagai "Penipuan dan Kezaliman," katanya, sambil menambah bahawa Tuhan "Akan menghukum beliau di dunia ini, sebelum menjelang hari akhirat." Al-Qardhawi juga turut menyerang gerakan sekular di Mesir, atas tuduhan bersekongkol dengan konspirasi tersebut.
Al-Qardhawi dalam salah satu siri statusnya di laman web sosial Twitter berkata, "Tiga ciri-ciri yang menyegerakan balasan Allah terhadapnya di dunia: Tidak setia, menipu dan menderhaka. Itulah yang dilakukan oleh al-Sisi, dan mereka yang bersamanya, Allah akan menghukum mereka di dunia sebelum menjelang hari akhirat."
Ulama kontroversi ini menjelaskan bahawa agama Islam selaras dengan fitrah, kefahaman yang dibicarakan akal, dan syariat yang merealisasikan keadlian. Selain itu dia turut menyerang golongan yang disifatkannya sebagai sekular dan Atheis di Mesir dengan menyatakan, "Musnahkan kejahatan itu dalam pemerintahan demi umat Islam di Mesir, keluarkanlah mereka dari pemerintah yang dizalimi, yang dibunuh dan yang dipenjarakan."
Al-Qardhawi merupakan orang yang paling menonjol dalam mengkritik proses menggulingkan Presiden Mohamed Morsi. Akibat sering menimbulkan kontroversi ulama ini sedang menghadapi tindakan undang-undang di Mesir termasuk pengguguran kewarganegaraannya.
Sebelum ini pensyarah jurusan Syariah Universiti al-Azhar, Dr. Ahmad Karimah mendakwa al-Qardhawi mengajak ke arah keganasan dengan mengeluarkan pandangan-pandangan peribadinya.
0 comments:
Post a Comment