Saturday, 7 September 2013

Salah seorang Syeikh al-Azhar menyifatkan Yusuf al-Qardhawi sebagai mufti Pentagon menyokong pakatan Barat untuk menyerang Syria 

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Salah seorang Syeikh al-Azhar mengkritik Yusuf al-Qardhawi kerana mempergunakan harta dan ilmunya untuk berbakti kepada kuasa Barat. Beliau turut menyifatkan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia tersebut sebagai "mufti Pentagon".

Syeikh Ibrahim Ridha berkata demikian pada hari Sabtu lalu melalui panggilan telefon dalam rancangan "Sabah", saluran onTV. 

Ulama al-Azhar ini memberikan reaksi tersebut dalam rangka menjawab khutbah Jumaat Yusuf al-Qardhawi baru-baru ini yang berterus terang mendukung pakatan untuk menyerang Syria. Beliau menambah Yusuf al-Qardhawi adalah orang yang meratakan muka bumi untuk membakar Libya serta Iraq sebelum ini, dan sekarang sedang menyiapkan latar untuk membakar Syria.

"Hukum syarak tidak mengizinkan pemberian bantuan kepada umat yang kafir untuk menyerang umat yang berakidah tauhid. Konspirasi yang dicanang di antara jemaah Ikhwan dan pentadbiran Amerika telah gagal di Mesir, namun mereka masih berharap ingin mencapai kejayaan di Syria."

Syeikh Ridha juga menyifatkan al-Qardhawi sebagai "perosak" dan berkata ulama tersebut cuba membakar Mesir.








0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~