Saturday 21 September 2013



Ulama Sunnah : Inisiatif perpaduan merupakan tanggungjawab penting ulama Sunni dan Syiah


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengetua madrasah Rabbaniyah Ahlusunnah wilayah Taze Yab Maneh dan Soqman (Utara Khurasan) berkata, "Tanggungjawab paling penting ulama Sunni dan Syiah ialah menjaga nilai-nilai Islam serta meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat.

"Nabi Muhammad (s.a.w) merupakan teladan sempurna untuk keselamatan manusia terutama sekali umat Islam.

Musuh Islam sedang menyerang perpaduan dan keharmonian umat sedangkan kelestarian perpaduan masyarakat Islam adalah isu paling penting," tegas Akkhound Khoshnazar.

Sambil menyatakan Nabi Muhammad (s.a.w) juga menggariskan perpaduan dalam hadis serta ucapan baginda, Akkhound Khoshnazar berkata, "Al-Qur'an beberapa kali menekankan konsep perpaduan.

"Sekiranya umat Islam ingin mendapatkan kembali reputasi dan martabat diri seperti di zaman silam, mereka hendak mengambil jalan perpaduan serta meningkatkan pendekatan antara satu sama lain," tutur beliau lagi.

Pengetua madrasah Ahlusunnah ini juga menceritakan bahawa sekiranya umat Islam menghargai kemesraan dan kegembiraan sesama mereka, maka mereka hendaklah meningkatkan semangat perpaduan.

"Hanya mereka yang sedar tentang hasil positif perpaduan sahaja yang dapat menyelamatkan masyarakat," kata ulama Sunni ini.

Beliau menyimpulkan bahawa perpaduan merupakan tanggungjawab paling penting di kalangan ulama Islam dan cendiakawannya.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~