Tuesday 10 September 2013


Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) tidak bersetuju dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh agar Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran kerana negara itu dikatakan menyebarkan mazhab Syiah.
Bagaimanapun Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata sejarah membuktikan negara yang mempunyai pengikut Syiah tidak akan menjadi aman.
"Kita memang tidak akan putuskan hubungan diplomatik malah tidak halang mereka datang ke sini, kerana negara ini tidak mengamalkan diskriminasi.
"Bila bab Syiah ini saya memang akan lawan habis-habisan kenapa mereka nak sibuk -sibuk datang mengembangkan ajaran mereka pada umat Islam di sini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pra Pelancaran Malaysia Tourism Hunt 2013 di Kuala Lumpur.
Nazri mencadangkan agar pengikut ajaran Syiah mengembangkan mazhab mereka kepada penduduk bukan Islam dan bukannya kepada majoriti rakyat Malaysia yang bermazhad Sunnah Wal Jamaah.
"Saya nak cadangkan mereka kembangkan Syiah pada bukan orang Islam di Eropah, tengok apa reaksi mereka, di sini kita memang tidak terima mereka," katanya lagi.
Semalam Wan Zahidi berkata, meskipun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan China sejak sekian lama, negara berkenaan tidak pernah menyebarkan fahaman komunis melalui hubungan diplomatik, dan perkara itu jelasnya berbeza dengan pegangan penganut Syiah.
Malah, katanya, kajian beliau sejak 1980-an mendapati, ajaran Syiah juga lebih berbahaya berbanding Yahudi dan Nasrani.
Kenyataan mufti itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu cuma dihalang untuk menyebarkannya kepada orang ramai.
Awal bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran, Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran.
Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang ditakuti negara Barat kerana kelantangannya menyuarakan bantahan terhadap tindakan Amerika Syarikat dan Israel “membuli” negara lain. – 9 September, 2013.

0 comments:

Post a Comment

Site search

    Quotes

    'Do the best bcoz u are the best from the best' ~Hana Zaka~